Saturday, January 27, 2007

ANALISIS IT PERSEKITARAN

En Mat diberitakan telah disoal siasat oleh pihak polis. Pelbagai tanggapan wujud atas kejadian tersebut. Cara tangkapanpun telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Beliau dicekup daripada rumah persatuan. Dikatakan ada penunjuk jalan kerana polis gagal mencarinya dari pagi hingga ke malam! Ada yang dukacita dan tidak kurang pula yang berasa puas. Pada mereka yang berasa puas, En Mat telah termakan sumpah sendiri. Setelah sekian lama bersumpah, beliau masih tak jejas apa-apa. Jadi dengan tangkapan itu dikatakan sebagai kehendak Tuhan atas sumpah yang dilakukan. Baharulah mereka berasa puas. Tidak tahu apa yang berlaku selepas ini. Kalau En Mat dikenakan hukuman maka kesan sumpahan semakin menjadi. Namun begitu, dalam keadaan sekarang MMK mungkin mempunyai kekuatan yang boleh menarik sokongan ahli. Tindakannya mengheret En Mat ke sesi penyiasatan menunjukkan ketegasannya. Mereka serius dengan apa yang dinyatakan. Ini memberi satu amaran kepada ahli-ahli supaya menurut kehendak perkelilingnnya. Cita-cita mereka untuk menyisihkan En Mat telah berjaya dan hampir menuju ke matlamatnya. Kalau Guru dapat disingkirkan apatah pulak MMT dan MMN. Mereka tegas dengan tindakan mereka walaupun persatuan terhenti dan SC tidak bergerak. Kekuatan mereka boleh menyebabkan ahli-ahli MMT dan MMN berfikir banyak kali. Mungkin ada ahli MMT dan MMN yang telah berubah fikiran dek kerana takut lo.

Keadaan tersebut memberi peluang kepada mereka untuk berkempen di merata tempat tentang Tok Guru yang durjana. Tok Guru patut disingkir sajak awal pelantikannya lagi. MMN semakin senang untuk dipengaruhi kerana siasatan polis bermakna ada kes. Kebenaran atas salah lakunya telah terbukti dan boleh dikembangkan di kalangan ahli. Kalau En Mat didapati bersalah, usaha dan kempen mereka akan lebih berkesan. Kalau mereka segera menamakan pengganti Guru, pasti kempen yang dijalankan lebih bermakna kerana ada kesimpulannya.

Walau bagaimanapun MMK akan tetap menghadapi masalah. Hubungannya dengan MMT tidak baik akibat isu salah angkat tangan. Dari segi persatuan, perjalanan persatuan boleh diteruskan tapi dari segi persilatan agak rumit sikit. Bukan senang buat mereka memikirkan Guru yang baru. Kalau En Mat ditolak maknanya kena cari ganti. Untuk mengambil keluarga Ustaz, jauh panggang dari api. Mereka akan menolak terus kepimpinan daripada keluarga. Tambahan pula pihak keluarga tersebut telah menganggap mereka sebagai binatang. Binatang apa tidak disebut pulak. Kalau kancil, gajah atau singa, kira ok juga. Harimau tak boleh sebab itu En Mat punya. Tapi kalau mereka dianggap sebagai binatang babi, biawak atau buaya, pasti tak sedap didengar. Oleh sebab tidak dinyatakan dengan jelas maksud binatang tersebut telah menyebabkan mereka tersangat anti dengan pihak keluarga. Jadi siapa pula yang sesuai sebagai Guru. Kalau berdasarkan ahli MMT, agaknya mungkin akan terlantik En. Amruddin atau En. Nasir. Kedua-duanya berkalibar. Sekurang-kurangnya pakar dari segi strategi dan pakar bercakap walaupun jarang turun padang. Mereka ada tokoh dan berkeupayaan untuk memimpin dan memecahbelahkan persatuan jika ada ancaman. Ustaz Yusof juga berkebolehan. Orangnya hebat dan luas pandangan dan rasional juga tindakannya walaupun simpati sikit dengan pandangan anak dara. Tapi beliau masih pegawai kerajaan. En Jo pulak tak berapa boleh. Lembab sikit. Yang dua orang lagi, En Khalid dan En Amrahi tak boleh sebab belum “masuk jawi”. Akal pendek. Kalau En Kamarul lagi parah, sebab beliau akan menjadikan SC jadi bengap. En. Shafie pun susah sebab orang bawa teksi mana ada masa. Cikgu Rauhi lagi tak boleh. Masih pegawai kerajaan dan jaga bebudak bolehle walaupun berpandangan luas. En. Abu pun tak boleh, nanti matlamat persatuan tak sampai-sampai. En Ramli dan En Azlan bukan ahli MMT. Fikiran juga tak matang lagi. Luar dari MMT mungkin ada. Pastinya Pak Wan . Beliau pernah jadi Naib Presiden dan cekap membuat serangan “atas dan bawah.” Beliau sering mengatakan bahawa SC dah tinggal sarung sebab senjatanya pada beliau. Agaknya sebab itu serangannya sangat berbisa hinggakan sipenerima serangan terpaksa menanggung derita berbulan-bulan. Ada yang mencadangkan Makcik Linda. Entahlah, tak kenalpun tapi bolehke beliau tahan daulat SC. Nanti lama-lama beliau akan bergelar Linda Kulum pulak. Begitulah susahnya untuk mencari pengganti yang sebiji macam Ustaz. Kalau ada yang terlantik nanti, beliau juga perlu ikut telunjuk orang lama. Kalau tidak, beliau akan tersingkir dan persatuan berpecah lagi selagi si tukang pemecah tak mati-mati.

Siapapun yang dilantik oleh MMK, untuk mendapat pengiktirafan MMT dan MMN satu hal dan untuk mendapat pengiktirafan ahlipun satu hal yang lain. Ini merupakan satu ancaman kepada mereka. Apatah lagi apabila diadakan mesyuarat agung. Pasti akan timbul pertelingkahan. Kalau En Mat dipenjarakan seumur hidup, kerja-kerja mereka mungkin senang sikit. Tapi setakat didenda atau penjara dalam tempoh yang singkat pasti ancaman yang diterima oleh MMK lebih besar.

Tindakan polis menyoal siasat En Mat mungkin menjejaskan sedikit kredibilitinya sebagai Guru. Sekurang-kurangnya untuk jangka masa yang terdekat. Apatah lagi jika beliau didenda atau dipenjarakan. Siasatan Badan Penyiasat dan Badan Kehakiman SC mungkin boleh dipersoalkan oleh ahli-ahli SC tapi keputusan hakim tiada siapa yang layak untuk mempersoalkannya. Kalau beliau dijatuhi hukuman, maknanya memang beliau kaki perempuan. Usahkan dijilat tapi habis dihirupnya. Sebaliknya kalau tak bersalah, beliau akan menjadi ancaman pada MMK. En Mat masih boleh menagih simpati pada ahli-ahli akibat kes ini. Dakwaan adanya konspirasi orang lama terhadap beliau berkemungkinan besar diterima oleh kebanyakan ahli. Mungkin ini satu kekuatan pada En Mat.

Walau bagaimanapun kita harus ingat bahawa En Mat masih muda. Kalaupun beliau dihukum, beliau boleh membuat jelmaan kembali. Masih banyak masa lagi buat beliau yang baru menjangkau umur empat puluhan. Orang-orang lama yang berkepentingan dan beria-ria nak nyahkan beliau rata-rata hampir ke Magrib dan ke Isyak. Badan tak larat dan ada kerja lain. Kita jangan lupa bahawa adanya seorang yang bergelar mahaguru satu silat yang dibuang daerah dan namanya busuk di kalangan masyarakat tapi sekarang telah memimpin silatnya semula. Bukan setakat itu malah memimpin seluruh dunia pesilatan dalam Malaysia. Jangan lupa juga kes seorang pemerintah yang didakwa belakang kira punya tapi sudah bergiat semula dalam lapangan profesionnya. Orang kita memang mudah lupa. Biasanya selepas empat puluh hari atau selewat-lewatnya seratus hari, sesuatu peristiwa akan dilupakan terus. Apapun En Mat akan tetap kembali. Ayoyo takut juga lo.

Namun begitu beliau menghadapi masalah untuk mendapatkan sokongan daripada ahli-ahli yang kecewa dengan tindak tanduknya. Walaupun beliau didapati tidak bersalah tapi parut tetap ada. Oleh itu beliau terpaksa bekerja keras untuk mengembalikan kepercayaan ahli kepadanya. Beliau juga akan berdepan dengan tanggungjawab untuk menyatukan kesemua ahli. Walaupun mustahil sebab adanya ahli yang tetap membenci beliau tetapi beliau mungkin berjaya dalam jangka panjang setelah berkali-kali membuat ijazah. Ancaman kepada beliau lebih hebat jika telah ada Guru yang telah diisytiharkan oleh MMK. Jangan heran jika En Mat bergabung dengan Pak Ak untuk menghadapi Guru SC yang baru.

Apapun kejadian yang berlaku sekarang ini telah memberi ruang kepada CM untuk bergerak bebas. Alasan-alasan mereka mengenai faktor pepecahan pada satu ketika yang lalu dapat mereka jadikan kenyataan. Pada mereka berpecah adalah disebabkan tindak tanduk ahli-ahli lama yang sekarang ini memberi masalah kepada En Mat adalah benar. Ketidakupayaan En Mat mentadbir SC kerana umurnya yang muda juga adalah benar. Amnya CM telah dapat mengembalikan moral mereka. Secara langsung kekuatan CM yang semakin kukuh sekarang ini akan memberi ancaman kepada Guru SC yang akan datang.

Ketika krisis kepimpinan sedang berlaku sekarang, pergerakan silat kita semakin lembab. Tetapi mungkin ada rahmatnya. Keadaan ini telah memberi ruang dan peluang kepada ahli di cawangan untuk berehat sikit. Kelas-kelas dapat direhatkan bagi membolehkan para Jurulatih dan Penyelia Kelas mengambil peluang untuk membanyakkan masa bersama keluarga. Dapatlah mereka bercuti di merata tempat dan di merata hotel. Kalau tidak mana bisa berbuat demikian kerana asyik memikirkan perjuangan.

Kes mesyuarat agung yang tidak sah akan didengar sekali lagi pada bulan Mei ini di kamar hakim. Keadaan ini memberi ruang kepada MMK untuk menangguhkan mesyuarat agung. Jikalau keputusan bulan Mei mengatakan mesyuarat agung yang lalu tidak sah, akan ada mesyuarat agung yang baru. Pasti ahli MMK yang ada sekarang akan bertukar ganti. Bagaimana dengan kes En Mat. Sudah pasti akan berbeza antara En Mat yang didapati bersalah dengan En Mat yang didapati tidak bersalah. Tapi bagaimana pula jika pihak mahkamah menangguhkan keputusan atas kes mesyuarat agung yang tidak sah, ke bulan lain. Maknanya kita tidak ada mesyuarat agung hingga akhir tahun ini. Wow! Enjoy le cawangan. Bergaya nampak!