Tuesday, January 16, 2007

Silat Cekak yang Cemerlang

Menyentuh pasal cemerlang dalam SC, rasanya 3 hari 3 malam tak habis sembang. Cakap bab apa yang perlakuan dan pencapaian SC yang secara sejarahnya tidak cemerlang? Payah nak dikatakan tiada. Pendek kata SC ni cemerlang sokmo. Mungkin lah ada dua tiga kes-kes terpencil yang tak berapa nak elok, tapi pejam je sebelah mata sat. Cemerlang le dia balik.

Pada pendapat saya, SC amat cemerlang dalam dua aspek utama. Kedua-duanya sangat ekstrem dan mungkin membahayakan ketenteraman awam. Aspek yang pertama ialah persaudaraan. Mari kita bincang bab persaudaraan dulu.

Kita diajar dengan begitu baik tentang erti dan makna persaudaraan. Bermula dari ijazah pertama kita diikat dengan sumpah (yang pada ketika tu tak berapa nak jelas) tak boleh bergaduh sesama ahli. Kesannya hebat. Ahli lebih diutamakan dari orang lain. Itu belum bab mengutamakan Guru dari mak, bapak, isteri, awek dan macha yang sebelum ni lebih didahulukan. Ahli-ahli yang telah sampai ke makam fana dalam persoalan ni, mula hilang tumpuan terhadap kenikmatan berseronok bersama isteri. Silat punya pasal, pastikan hubungan dan perasaan ahli yang minat menggila nak belajar silat tu perlu dijaga walaupun pastinya isteri menggila di rumah.

Ikatan persaudaraan yang kuat yang terbina dalam sistem pendidikan SC juga telah banyak membuahkan anak-anak dari kalangan ahli yang mempertautkan persaudaraan itu dengan ikatan kelamin. Ini memang hebat. Sebabnya mudah. Market bagi pasaran potential husband and wife is very niche. Hari-hari tengok awek atau macha yang sama. At last geram sebab mana boleh berkawan tanpa ada progress. Hari ni tahu nama, esok lusa, kalau ok ajak jalan bersama. Tulat pulak, pegang tangan dan so on. Janji ada progress. Lastly bila dah boring progress berjalan terlalu cepat, ambil keputusan nikah. End of story but the beginning of another story. Suami masih mempunyai ramai saudara rapat dalam SC. Mahu tak mahu, disebabkan janji ikatan persaudaraan yang hebat maka usaha untuk membina ketamadunan ukhwah yang berteraskan lambang Ahmad Muhammad terus dijalankan. Suami jadi sibuk balik sampai isteri yang dulunya pernah aktif menggila dalam persatuan, tension tengok sikap suami yang masih dok aktif dengan silat. Anyway jumlahnya tak ramai sebab kes seumpama ini hanya berlaku kepada ahli-ahli yang begitu setia dengan persatuan je.

Persaudaraan dalam SC turut membuahkan percambahan idea yang hebat. Lantaran dari itu maka perkongsian idea dan melaksanakan idea tersebut telah meletakkan SC berada dalam kelompok elite kumpulan persatuan-persatuan Melayu yang dominan dan cemerlang. Anugerah demi anugerah diterima. Yang menariknya tiada siapa yang mengaku bahawa atas usaha dialah atau atas sumbangan dialah maka SC berjaya. Ikhlas sungguh. Paling baik sekali ialah semua kejayaan ini adalah kerana SC memiliki keberkatan yang disabitkan dengan Guru dan kefahamannya. Hebat sungguh orang-orang SC ni. Saya akui memang payah untuk sesebuah organisasi mencapai tahap begini andai tiada yang mengikat kesetiaan dalam kesatuan mereka. Banyak lagi kehebatan persaudaraan yang lain kalau hendak dicerita. Sejarahnya banyak. Buktinya melimpah. Ringkasnya kita memang cemerlang atas nama persaudaraan. Itu yang positiflah

Satu lagi aspek yang cemerlang dalam SC ialah bab persengketaan. Dalam ertikata lain persengketaan yang dimaksudkan ialah lawan kepada perkataan persaudaraan.

Sejarah telah merakamkan persengketaan yang berlaku dalam persatuan dan persilatan biar kecil mana telah meninggalkan satu kesan yang sungguh hebat. Bukan sekadar ahli-ahli terpalit bahkan negara secara tak semena-mena terganggu dengan perbalahan dikalangan orang-orang SC yang dikatakan memiliki nilai-nilai persaudaraan yang hebat. Orang SC kalau berbalah, wow takut. Dia akan pastikan lawannya patah atau mati. Itu adalah moto yang sememangnya ditanam oleh Jurulatih kepada pelajar baru bagi menggerunkan pelajar tersebut dengan kehebatan SC. Rupanyanya kesan moto tersebut memang membawa padah. Kalau ada berlakunya perbalahan dan sejarah merakamkan dua peristiwa besar, ahli SC akan sanggup melakukan apa yang terbaik untuk memastikan lawan mereka patah, lingkup, merana, malu, terkangkang, hilang upaya, jatuh maruh, hilang harga diri dan banyak lagi. Pendek cerita once fight the result is known.

Kecemerlangan persengketaan dalam SC turut menghasilkan tinggalan parut yang akan terus luka sampai bila-bila. Parut tak sempat nak jadi sebab luka tak baik-baik. Usaha untuk membaikpulih luka pun tak sempat sebab masa lebih tertumpu kepada strategi mematikan gerak lawan. Makin hari strategi makin menggila dan semakin pelik. Ahli yang duduk diluar sebab malas nak masuk campur dipaksa untuk masuk campur dan luka bersama-sama atas nama persaudaraan. Akibatnya ahli yang asalnya tak luka, akan menjadi luka dan terus luka disebabkan nilai persaudaraan yang hilang angkara persengketaan yang sangat cemerlang.

Ahli SC bersengketa tanpa mengira bulu. (mana nak kira..tak nampak) Sebab itulah kita amat senang untuk memulakan sengketa dengan saudara yang dahulunya kawan spa(ring) sendiri. No big deal to fight with him. Alasan untuk memulakan persengketaan biasanya mudah. Sebagai contoh Guru. Apa le sangat Guru ni. Tapi disebabkan Guru adalah punca persaudaraan maka sangat baiklah kalau Guru juga dijadikan punca persengketaan. Fair right? So bergaduh le kita siang malam. Yang bagusnya ialah masing-masing akan kembali membicarakan soalan persaudaraan yang terhasil melalui perpecahan tersebut. Satu pihak bangga dengan adanya ahli yang masih bersaudara dengan mereka dan begitu juga dipihak yang lain. Ada pula yang mengatakan persengketaan ini adalah rahmat untuk melihat persaudaraan yang sejati. So it is correct lah. There is no big deal in fighting. There is still good thing while fighting.

Persengketaan turut menghasilkan percambahan idea yang baru. Soal idea tersebut menjuruskan ke arah positif atau berlawanan tidak penting. Pokoknya melalui kecemerlangan dalam persengketaan yang sekarang ni satu negara terlibat, akan ada nanti ahli dan para pemikir yang berjaya mengeluarkan satu buah fikiran yang unik yang sesuai dengan konsep dan falsafah persengketaan tersebut. Tiada yang rugi. Bahkan kita sebenarnya belajar dalam berbalah. Kita menimba ilmu dalam bermusuh. Untung sungguh orang yang selama ini menghabiskan masa dan nyawa untuk menyaksikan akhirnya (selepas puas dan bergembira kita bersaudara) bersengketa juga penyudahnya.

Demikianlah adanya kecemerlangan dalam SC. Kagum sungguh dengan pencapaian ini. Setidak-tidak saya berbangga kerana dapat belajar memahami tabiat semulajadi orang SC.