Thursday, June 26, 2008

SILAT HAKIKI

SILAT BARU!

Bukan silat baru tapi Persatuan baru. Silat yang dijelmakan di bawah naungan persatuan yang baru. Silat Cekak tetap Silat Cekak. Tapi nama persatuan mesti berlainan. Persatuan adalah alat untuk menggerakkan silat. Silat tetap tidak berubah. Yang berubah ialah pembawa dan pengamal Silat Cekak tersebut berdasarkan tafsiran dan kebolehan ahli silat tersebut. Berlainan nama persatuan yang berasaskan pada satu silat hanya mengundang pepecahan. Pepecahan dalam silat berarti berkerat rotan, berpatah arang. Tidak mungkin boleh disambung-sambung lagi. Sesuailah dengan konsep,”Kita bertemu kerana silat maka kita berpisahpun kerana silat” – bukan kerana Allah. Siapa pun tak untung dan siapapun tak rugi. ”Back to the square one.”

Orang-orang Melayu dulu-dulu sangat mementingkan asal keturunan. Dalam hikayat-hikayat lama ada diceritakan betapa hendak berlawanpun, kaedah menyeru keturunan sangat diutamakan. Dulu, kalau kita pergi ke mana-mana kampung, kalau tidak diketahui asal usul keturunan, pasti balik dengan bekas lebam di tangan atau di mana-mana badan. Itu agaknya konsep ”selamat datang” digunakan. Bukan senang nak selamat kalau datang ke kampung orang Melayu.

Ketuanan Melayu dulupun masih terikat dengan asal usul keturunan. Lagi pelik kaitan usulnya maka lagi istimewa dan canggih asal keturunannya. Maka ramailah yang berasal dari muntah lembu, tanah datar, buluh betung dan pelbagai lagi. Semua istilah keturunan tersebut, amat besar pengertiannya. Usul keturunan tersebut dijadikan asas untuk generasi pemerintah berikutnya. Salasilah keturunan tetap dipentingkan agar mereka sentiasa berada dalam landasan yang betul berdasarkan warisan. Tapi sekarang kalau dikatakan berusulkan muntah lembu maka bersabitlah perangainya macam lembu. Tafsiran telah berbeza.

Orang-orang hebatpun sama ada penulis atau ulama dulu, mesti menghubung dan menekankan asal keturunannya. Sekurang-kurangnya keturunan yang berasaskan nama tempat. Nama-nama ulama atau penulis terkenal seperti Hamzah Fansuri, Samsuddin al-Sumatrani dan pelbagai nama lagi, juga menggunakan asal usul tempat sebagai kebanggaannya.

Dalam konteks kepercayaanpun, untuk memilih jodoh, agama kita menekankan juga soal keturunan. Malah dalam ilmu pelik orang Melayu pun masih terdapat ilmu yang hanya boleh diamal dengan syarat mengetahui asal keturunannya. Sekurang-kurangnya tiga generasi keturunan mesti diketahui.

Nampaknya dulu-dulu, asal usul dan keturunan sangat dipentingkan. Tapi itu duluuu. Namun, kesannya masih tetap wujud walaupun secopet. Pepecahan kita mesti dikaitkan dengan Hanafi. Sama ada pada nama silat atau pada nama persatuan. Kalau tidak disebut secara jelas, nama Hanafi tetap disebut dalam proses penyampaian ilmu silat.

Walau bagaimanapun, yang saya nampak kaitan Hanafi adalah pada zahirnya, bukan secara hakiki. ”Tapi perkataan-perkataan hakiki ke, hakikat ke, makrifat ke, syariat ke – ape la bendanya.” Yang penting belajar silat dan mengurus persatuan. Orang sangat banggakan Hanafi tapi pengajarannya entah mana ghaibnya. Tafsirannya banyak. Lagi tinggi belajar maka lagi tinggi pandainya dan lagi cerdik tindakannya. Kalau Hanafi pentingkan warisan, mereka juga pentingkan warisan tapi pengertian warisan adalah dalam bentuk baru. Samalah dengan konsep jelmaan semula pada pengertian konsep dalam silat yang dibawa oleh Hanafi.

Berdasarkan fakta dan suasana yang ada sekarang tafsiran dalam SC semakin banyak dan pelbagai. Orang-orang lama atau orang-orang baru atau orang-orang bangka akan mentafsir pelbagai konsep dalam SC berdasarkan tafsiran sendiri. Susah dikatakan salah dan betul sebab Hanafi telah tiada. Orang-orang kanan Hanafi pada satu masa dulupun boleh bertukar pendapat dan bertukar tafsiran. Merekapun sudah tidak bersatu hati lagi akibat tafsiran yang berbeza. Semuanya ada tafsiran sendiri. Bingung pada orang yang baru. Tambahan pula kalau sememangnya mereka bingung.

Jadi, dalam zaman sekarang susahlah kita nak kait-kaitkan nama persatuan yang berbeza, dengan asal usul keturunan atau warisan pengajarnya. Orang sekarang tak akan faham akan itu semua. Contoh mudah ambil saja baju bola sepak seperti Manchanster United. Ramai orang yang memakainya. Di London harga sehelai lebih daripada dua ratus ringgit Malaysia. Di Siam hanya lima belas ringgit. Tapi ada yang kata di Petaling Street harganya dua belas ringgit aje. Mana satu yang originalnya. Kalau mereka fotostat, senang kita nampak kepalsuan atau keasliannya. Strategi kedai untuk meyakinkan keasliannya pada pembeli akan menentukan kuantiti yang dijual. Pembeli yang terpikat pada strategi penjual akan mudah membeli sama ada original atau tidak, walaupun keinginannya kuat untuk memiliki yang asli. Tapi ada juga pembeli yang inginkan harga yang murah. Asli atau tak asli adalah tidak penting. Yang pentingnya dia memiliki baju tersebut. Bukannya orang tahu akan keaslian baju tersebut. Tambahan pula kalau baju yang ingin dibeli adalah untuk anak kecilnya yang belum tahu membezakan antara origial atau tidak.

Jelaslah, strategi adalah faktor utama. Sesiapa yang dapat menyusun organisasinya dengan strategi yang mantap maka peroleh kejayaanlah akan beliau. Pada mereka yang tidak mementingkan faktor mandat atau warisan, guru hanya dijadikan alat untuk menyebarkan ilmu. Bukan guru yang mengajar tapi jurulatih guru berkenaan yang mengajar. Keaslian Guru hanya terasa ketika mereka berjabat tangan dengan bakal muridnya.

Itulah perkembangan hakiki yang pasti terjadi. Mahu tak mahu atau setuju tak setuju maka kita kena mengakui. Duit ada semua boleh jadi. Susunlah dari sekarang akan strategi. Kalau tidak yang aslipun akan mati. Tak boleh lagi bergantung pada konsep tongkat ali. Konsep Guru asli, mana mereka peduli. Sifat luaran merekapun sama, berduakan guli. Mandat mereka dikatakan sukar diakui. Ustaz dikatakan belum serah lagi. Masing-masing pandai mendakwa kepandaian sendiri. Itulah pendapat ahli yang sakit hati. Tapi ramai yang tetap mencari Guru yang asli. Guru hakiki. Hi hi hi. Ini macam boleh mati!! Madu asli susah mau cari lo. Susu asli senang ma.

Wednesday, June 11, 2008

PERPADUAN!

Dalam majlis Wajadiri tempoh hari, ucapan perasmi telah menyetuh soal perpaduan Melayu. Dikatakan bahawa amalan perpaduan semakin longgar di kalangan bangsa. Maka medan silat kita telah dijadikan tempat utama beliau meluahkan sesalan. Pastinya tertunjang harapan beliau agar silat kita dapat berperanan sebagai penggerak perpaduan bangsa Melayu.

Tapi bagaimana silat kita dapat memainkan peranan tersebut kalau perpaduan yang wujud dikalangan ahli kita juga turut rapuh. Itulah malangnya kalau seseorang itu bercakap tanpa mengetahui latar belakang yang jelas tentang apa yang dicakapnya.

Perpaduan erat kaitannya dengan kepimpinan yang ada. Kalau pemimpin ditolak maka pastinya akan berlaku pepecahan. Apatah lagi apabila muncul pemimpin baru yang cuba mengambil alih kepimpinan yang ada. Tentunya masing-masing mempunyai pengaruh dan cuba menyebarkan pengaruhnya. Apatah lagi apabila ramai di kalangan ahli yang buta huruf dan buta kayu. Banyak faktor yang yang telah dibincangkan tentang sumbangan pemimpin dalam pepecahan sesama ahli.

Pemimpin yang lemah akan mudah dikuasai oleh orang sekeliling sama ada orang keliling tersebut merupakan orang kanan atau orang kiri. Jadilah pemimpin itu sebagai kerbau yang dicucuk tali. Keadaan ini pastinya tidak akan menyenangkan pihak yang lain. Maka akan wujudlah perasaan tak puas hati hingga menyebabkan pepaduan semakin retak.

Paling malang lagi apabila pemimpin tersebut tidak dapat memainkan peranannya sebagai pemimpin yang berjaya memikat hati ahli yang dipimpinnya. Ilmu kepemimpinan tidak banyak. Jadilah beliau sebagai seorang pemimpin yang mengikut arus yang ada. Oleh itu tidak banyak kemajuan yang akan tercipta. Pengurusannya lebih banyak bergantung pada kalangan ahli yang ada. Pemikirannya tidak bebas.

Semua yang direpekkan di atas menunjukkan silat kita sendiri entah mana asal usul perpaduannya. Jangankan ingin menyatukan kalangan bangsa Melayu, sesama kitapun sudah tidak tentu hala. Selagi pemimpin atasan kita tidak meletakkan nokhtah dalam pepecahan yang sedang berlaku sekarang maka selagi itulah perpaduan sesama kita semakin goyang dan semakin goyah.

Ramai yang mengatakan bahawa penyelesaiannya mudah sahaja. Buatlah segera mesyuarat agung. Biar ahli yang membuat keputusan. Perpaduan akan kembali nyata. Mereka yang menentang fahaman seramai sepatutnya akan mengundur diri secara sah dan jujur. Pemerintah yang kalah, buatlah kerajaan baru. Pastinya namapun akan berlainan. Yang tinggal akan wujud perpaduan yang jitu manakala yang meninggalkan persatuan akan berusaha membina perpaduan baru. Itupun tak lama. Lepas sepuluh tahun maka kita akan berpecah semula. Maka mulakan kembali formula perpaduan kita.

PERPADUAN

Betulkah wujud Perpaduan.

Dalam majlis Wajadiri tempoh hari, ucapan perasmi telah menyetuh soal perpaduan Melayu. Dikatakan bahawa amalan perpaduan semakin longgar di kalangan bangsa. Maka medan silat kita telah dijadikan tempat utama beliau meluahkan sesalan. Pastinya tertunjang harapan beliau agar silat dapat berperanan sebagai penggerak perpaduan bangsa Melayu.

Tapi bagaimana silat kita dapat memainkan peranan tersebut kalau perpaduan yang wujud dikalangan ahli juga turut rapuh. Itulah malangnya kalau seseorang itu bercakap tanpa mengetahui latar belakang yang jelas tentang apa yang dicakapnya.

Perpaduan erat kaitannya dengan kepimpinan yang ada. Kalau pemimpin ditolak maka pastinya akan berlaku pepecahan. Apatah lagi apabila muncul pemimpin baru yang cuba mengambil alih kepimpinan yang ada. Tentunya masing-masing mempunyai pengaruh dan cuba menyebarkan pengaruhnya. Apatah lagi apabila ramai di kalangan ahli yang buta huruf dan buta kayu. Banyak faktor yang yang telah dibincangkan tentang sumbangan pemimpin dalam pepecahan sesama ahli.

Pemimpin yang lemah akan mudah dikuasai oleh orang sekeliling sama ada orang keliling tersebut merupakan orang kanan atau orang kiri. Jadilah pemimpin itu sebagai kerbau yang dicucuk tali. Keadaan ini pastinya tidak akan menyenangkan pihak yang lain. Maka akan wujudlah perasaan tak puas hati hingga menyebabkan pepaduan semakin retak.

Paling malang lagi apabila pemimpin tersebut tidak dapat memainkan peranannya sebagai pemimpin yang berjaya memikat hati ahli yang dipimpinnya. Ilmu kepemimpinan tidak banyak. Jadilah beliau sebagai seorang pemimpin yang mengikut arus yang ada. Oleh itu tidak banyak kemajuan yang akan tercipta. Pengurusannya lebih banyak bergantung pada kalangan ahli yang ada. Pemikirannya tidak bebas.

Semua yang direpekkan di atas menunjukkan silat kita sendiri entah mana asal usul perpaduannya. Jangankan ingin menyatukan kalangan bangsa Melayu, sesama kitapun sudah tidak tentu hala. Selagi pemimpin atasan kita tidak meletakkan nokhtah dalam pepecahan yang sedang berlaku sekarang maka selagi itulah perpaduan sesama kita semakin goyang dan semakin goyah.

Ramai yang mengatakan bahawa penyelesaiannya mudah sahaja. Buatlah segera mesyuarat agung. Biar ahli yang membuat keputusan. Perpaduan akan kembali nyata. Mereka yang menentang fahaman seramai sepatutnya akan mengundur diri secara sah dan jujur. Pemerintah yang kalah, buatlah kerajaan baru. Pastinya namapun akan berlainan. Yang tinggal akan wujud perpaduan yang jitu manakala yang meninggalkan persatuan akan berusaha membina perpaduan baru. Itupun tak lama. Lepas sepuluh tahun maka kita akan berpecah semula. Maka mulakan kembali formula perpaduan kita.

Tuesday, June 3, 2008

SATU KAEDAH MEMBUAT KEPUTUSAN

”Dah masuk bulan enam.” Masa begitu pantas berlalu. Masa depan persatuan kita masih belum ada penghujungnya. Mahkamah saja harapan kita. Tapi kita pun tertunggu-tunggu keputusan mahkamah yang sering tertangguh. Nak harapkan anisiatif daripada puak-puak persatuan bagi menyelesaikan kekusutan, jauh panggang dari api. Pergerakan kita cukup terhad. Pengajaran silat sahaja nampaknya menjadi fokas utama. Sekali-sekali dapat berita tentang pertandingan waja diri. Itu semua dalam lingkungan persilatan dalam persatuan. Begitu malap sekali pergerakan kita setakat ini.

Cuba kita renungkan peristiwa di masa-masa yang lalu; kita sering mengundang Mak Teh dalam satu-satu majlis besar SC. Tak kiralah sama ada Mak Teh sihat atau tidak sihat. Kehadirannya dalam majlis SC tersebut amat diperlukan; tak boleh tidak, hadir mesti hadir. Atas perasaan tanggungjawab agaknya, Mak Teh pasti menerima hajat dan undangan tersebut.

Kadang-kadang hati bertanya juga kenapa perlu kehadiran beliau yang kebelakangan ini tidak begitu sihat. Tapi saya tak pernah bertanya. Saya rasa tak ada siapa pun yang bertanya atau berani bertanya. Mungkin kita ada telahan sendiri. Yang pastinya mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan kehadiran beliau amat diperlukan.

i. Pengorbanannya dalam SC sejak pemulaan Ustaz mencari ilmu hingga SC dikembangkan – beliau telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan perasaan bagi mempastikan SC bertunas dan berkembang.

ii Sebagai kesinambungan zaman Ustaz dengan zaman sekarang. Kehadirannya melambangkan betapa ’semangat’ Ustaz masih membara di kalangan ahli.

iii. Beliau perlu diberi pengiktirafan dan pengiktirafan ini menunjukkan betapa beliau amat diperlukan dalam proses pengembangan SC.

iv. Menunjukkan bahawa beliau amat penting demi masa depan SC.


Berdasarkan beberapa faktor di atas berkemungkinan besar menjadi penyebab pentingnya penglibatan Mak Teh dalam setiap pergerakan atau perkembangan SC. Maknanya suara atau nasihatnya masih diperlukan.

Kalau gelombang melanda Persatuan maka Mak Teh juga perlu dilibatkan bersama untuk menenang gelombang tersebut. Apakah keputusannya tentang Guru yang dikatakan melakukan kesalahan. Apapun keputusannya, kita perlu memberi perhatian yang berat. Beliau lebih tahu tentang masa depan SC. Alasan hubungan emak dengan anak perlu diketepikan. Kalau betul-betul kita pentingkan peranan Mak Teh selama ini maka keputusannya juga perlu diberi perhatian. Tapi jelaslah selama ini sanjungan kita kepada beliau hanya berbentuk sendirawa sahaja.