Friday, April 27, 2007

PENGESAHAN JAWATAN GURU

Dia datang

En Jo telah memulakan majlis ijazahnya. Apo nok dikato. Apa perasaannya ketika ini apabila dilantik sebagai Guru. Ikhlaskah dia. Sukakah dia. Rasa puaskah. Mewahkah yang dicari, atau apa-apa pun beliau sahaja yang boleh cakap. Dia ada alasan untuk menjadi Guru walaupun diri ini menganggap En Jo bagaikan tak ada langsung perasaan malu. Tapi apa yang nak dikata. “Guru”nya yang pandai berpura-pura dan bertanggungjawab mengubah isi pelajaran SC sekarang ini, mendesak beliau supaya mengambil alih jawatan Guru. Bukan senang memegang jawatan dan terus disahkan sebagai Guru. Confirm terus sebagai Guru tanpa ada apa-apa edah percubaan. Hebat sungguh Guru baru ni. Tapi rasa-rasanya bukan Guru yang baru hebat tapi yang hebat ialah mereka yang melantik beliau sebagai Guru. Tak guna peradaban langsung. Adat dan adab dalam persilatan diketepikan terus. Samalah agaknya seperti perkahwinan sekarang ini kahwin ala “Cowboy”. Kalau dah suka terus kahwin. Tak payah kenduri. Adat meminang diketepikan. Sanak saudara tak payah dibawa berbincang. Tak susah-susah buat kenduri. Tak payah pengisytiharan kepada masyarakat. Confirm terus sebagai suami isteri. Cukup tempoh bawa anak berjumpa dengan ibu bapa. Itupun kalau nak jumpa.

Pelantikan Pak Ak lain ceritanya. Nak confirm ambil masa. Mula-mula kena jadi pemegang amanah. Beliau sendiri mengakui bahawasanya dirinya hanyalah sebagai pemegang amanah. Itupun sebelum memperoleh murid yang ramai. Bila ramai murid baru Pak Ak menganggap dirinya Guru Utama. Barulah comfirm dirinya Guru Utama. Itupun setelah beberapa tahun. En Mat terpaksa panjat pagar untuk mendapatkan confirmation. Itupun kena keluarkan CD. Kalau dah main confirm terus dan adat dan adap diketepikan, mungkin itulah era zaman moden agaknya. Orang sekarang mana mahu ambil berat sangat tentang peradaban. Malah dianggap peradaban sebagai sesuatu yang mundur. Ramai cerdik pandai dalam SC tapi mereka hanya mengenali tentang silat Melayu, ketika mula-mula belajar SC. Soal-soal yang berkaitan majlis ijazah, ayam petunjuk, mandi, limau purut, kain putih dan sebagainya pernah dipersoalkan tentang kaitan dengan ilmu yang dituntut. Persoalan-persoalan lain juga banyak yang ditimbulkan tapi setakat dalam hati sahaja. Takut loo. Walaupun ada sikit-sikit perbahasan mengenainya tapi secara diam-diam. Sebabnya sebelum ini adat dan adab dalam SC sememangnya diterima oleh ahli sama ada setuju atau tidak setuju.

Bekas-bekas pelajar yang cerdik pandai ini, ketika menuntut di pusat pengajian, hanya perlu membuat bayaran pengajian dalam bentuk wang setelah mengisi borang khas. Guru yang mengajar mereka mana ada minta pengkeras, Mana ada mandi-mandi. Mana ada ayam-ayam. Mana ada ijazah-ijazah. Yang perlu, isi borang, bayar yuran pendaftaran dan bayar yuran pengajian. Mereka pun boleh berjaya dalam hidup. Dalam silat banyak pulak karenahnya. Pada hal yang nak diambil ialah ilmunya. Bukankah senang kalau kita bayar aje pakejnya untuk mendapat keseluruhan ilmu. Inilah antara pemikiran orang-orang muda yang kurang pengetahuan tentang peradaban SC. Kerana wujudnya perasaan yang tidak berperadaban inilah maka ketika jawatan Guru tergantung, pemikiran ini diluahkan dengan pelbagai alasan termasuk darurat.

Isi pelajaran SC amat mudah difahami dan amat mudah disampaikan. Itu sebab para penuntut di pusat pengajian tinggi begitu selesa menerima pelajaran SC . Cara belajarnyapun sangat mudah. Tak payah buka-buka gelanggang. Berdasarkan cara SC diajar, menyebabkan ramai yang berasa cemburu dan menganggap SC bukan silat asli yang sebenarnya. Perubahan yang dilakukan seolah-solah mencabar corak persilatan Melayu. Banyak silat Melayu lain berasa terancam dan menentang SC. Walau bagaimanapun akhirnya konsep SC diterima oleh masyarakat. Kini, bekas-bekas penuntut pusat pengajian telah mengusai pentadbiran SC. Pandangan-pandangan moden mereka terus terbawa-bawa dalam pengurusan SC. Dengan siapa dan di mana mereka bergaul. Bagaimana hubungan mereka dengan Guru. Rapat atau renggang atau bagaimana. Hubungan dengan Guru pula berbentuk formal atau tidak formal. Ikhlas atau tidak. Ini semua akan mempengaruhi sikap dan pandangan mereka pada peradaban SC. Kalau hubungan jarang berlaku dan hubungan bukan berdasarkan silat maka perbincangan tentang SC menjadi kosong dan mereka tidak mahir tentang selok belok SC. Pengetahuan mereka akan mendatar sahaja. Akibatnya akan timbul persoalan-persoalan tentang adab dan adat yang ada dalam SC. Pandangan mereka pada buah-buah silat dalam SC lebih berbentuk logik. Mulalah ubah buah mengikut tafsiran dan sesuka hati. Oleh sebab Guru susah kontrol, maka pengaruh mereka berleluasa sedikit demi sedikit. Pada mereka yang kurang berpengetahuan, mulalah menimbulkan persoalan tentang apa yang ada dalam persoalan mandat. Lantik aje sebarang Guru untuk ijazah, habis cerita. Itupun nasib baik nak dilantiknya Guru untuk ijazah. Seni mempertahan diri dari luar yang berkembang luas dalam negara ini mana ada ijazah-ijazah. Bagi duit pendaftaran dan yuran bulanan, terus belajar. Ini sama sahaja dengan pengajian di universiti. Hebat juga mereka hingga dapat pingat pada peringkat antarabangsa. Silat Melayu yang sibuk-sibuk dengan ijazah dan saknika jadah untuk belajar, nampak benar kolotnya.

Kini seperti yang dinyatakan di atas, ramai antara penguasa SC adalah mereka yang juga menceburi dalam dunia persilatan Melayu ketika menuntut SC di pusat pengajian tinggi. Lihat saja latar belakang mereka, gaya hidup mereka dan sebagainya. Sesetengahnya adalah mereka yang dibesarkan di taman-taman mewah yang jarang sangat mengetahui budaya hidup orang Melayu secara dekat dan terperinci. Rumahpun tertutup rapat dengan loceng yang perlu ditekan sebagai tanda memberi salam. Pagar sentiasa terkunci. Nak bagi orang datang, terpaksalah dibuat rumah terbuka. Semua ini akan mempengaruhi sikap dan sifat mereka. Kalau mereka tidak betul-betul mengetahui peradaban SC, segala-segalanya akan ditafsirkan mengikut logik akal mereka sendiri. Logik ini ada kaitannya dengan nilai kehidupan mereka. Kalau mereka memimpin SC maka pastinya SC akan mendapat kesan.

Segala gejala yang timbul dalam SC sememangnya tidak dapat kita sekat. Mantan Guru kita semestinya mengalu-alukan bijak pandai dalam SC. Ketika ini banyak kelas silat di pusat-pusat pengajian tinggi berbanding dengan cawangan. Kelemahan kita ialah tiadanya satu program untuk memastikan penuntut SC benar-benar memahami peradaban SC termasuk adat dan adab dalam SC. Zaman Ustaz dulu, kelas-kelas di pusat pengajian tidak banyak. Senang untuk Allahyarham mendidik penuntut-penuntut tersebut sama ada dari segi agama mahupun pentadbiran persatuan. Bekas-bekas pelajar universiti ini diberi kepercayaan untuk mengerakkan persatuan. Akhir-akhirnya mereka mempunyai sikap akan pentingnya peranan mereka dalam SC dan bertanggungjawab sepenuhnya akan jatuh bangun SC. Kebolehan mereka tidak dinafikan oleh Ustaz walaupun ada ketikanya Allahyarham bersungut atas sikap dan sifat yang mereka tunjukkan. Walau bagaimanapun, pengurusan persatuan masih dari atas ke bawah. Cakap-cakap Ustaz tidak ada siapa yang berani membantah. Bila Pak Ak dilantik sebagai pemegang amanah, puak-puak ini memainkan peranan penting sebagai peneraju persatuan. Mereka berasa bahawa merekalah yang bertanggungjawab atas SC. Guru yang dilantik adalah atas persetujuan majlis pemuafakatan ketika itu. Oleh sebab Guru adalah dilantik sebagai pemegang amanah, pengurusan lebih banyak dari bawah ke atas. Pak Ak sentiasa diperhatikan sama ada gerak gerinya atau isi percakapannya. Apabila kelihatan terkeluar daripada landasan, timbul teguran dan berpecahlah SC hingga mereka sendiri terpecat.

Kerana minat pada silat, diri mereka tidak boleh berpisah dengan silat terutamanya SC. Ketika itu dahan yang boleh berpaut hanya pada En Mat. Nama En Jo tiada dalam perbendaharaan kata orang-orang lama. Mereka tahu akan kebolehannya. En Mat-lah satu-satunya yang layak dilantik sebagai Guru:

“Diri En Mat masih muda,
Tentera Usamah dijadikan bidasan.
En Mat kurang pengetahuan,
Orang lama akan jadi sandaran.
En Mat kurang cekap,
Orang Lama akan tolong cakap.
Kedudukan En Mat kurang mantap,
CD Mak Datin, ahli akan dapat.
En Mat kurang Layak,
Keturunan Hanafi ramai yang agak.

Ketika zaman En Mat, kerana kedudukan, mereka tidak berani bersuara. Perasaan tak puas hati di kalangan bijak pandai tersebut, mula timbul apabila En Mat sering kali mengenepikan mereka. En Mat tidak sedar bahawa situasi yang dihadapinya tak sama dengan Pak Ak. Pada masa Pak Ak, Persatuan adalah di bawah penguasaannya dan Pak Ak mendapat sokongan daripada sebahagian besar orang-orang lama. Masa En Mat, berlaianan situasi kerana mereka pulak yang menguasai Persatuan dan En Mat hanya disokong oleh sebahagian kecil orang-orang lama. Kali ini mereka menang dan Guru kecundang. Masa Pak Ak, mereka kalah, Guru menang. Masa En Jo. Siapa menang dan siapa pulak yang kecundang. Sama-samalah kita tunggu. Tapi apa isunya nanti. Mana gua tau lo. Mesti pompuan punya hal ma.

Friday, April 13, 2007

PUTAR ALAM SHAH

Dia Datang

Tak habis-habis dengan soal mandat. Puak Baiih yang berakal pendek sentiasa menyisihkan soal mandat daripada Guru untuk menjadi Guru dan dianggap tak penting. Pada mereka, Pak Ak tak de mandat. En Mat tak ada mandat. Jadi, mandat juga tak penting pada En Jo. Senangnya buat kesimpulan. Kalau macam tu ada peluanglah aku jadi Guru. Berbaik aje dengan puak-puak baiih maka cerah masa cepan. Aparahhhhh. Masa pelantikan En Mat, puak-puak ni mati-mati membuktikan adanya mandat dan kelayakan menjadi Guru. Buat CD pulak tu. Pita rakaman antara En Mat dan Pak Ak dijadikan bukti untuk menguatkan hujah-hujah mereka. Tapi, masa benci, pita tersebut ditafsirkan berlainan bentuk pulak untuk membuktikan mana ada mandat daripada Pak Ak kepada En Mat. Apa sudah jadi. Sia-sia sahaja En Mat memanjat pagar. Nasib baik pakai seluar. Apa punya pendirian puak-puak Baiih. Jadi, dulu dulu dulu, main sindiwara ye. Ayoyoyo banyak jahat punya olang. Patut la akal pendek. Ada akal ka.

Misi En Jo begitu hebat sekali. “ Kita silat bukan kerana silat, kita bersilat kerana agama. Kita silat bukan kerana silat, kita bersilat kerana Allah.” Cantik sekali misinya. Sendiri punya atau Abang Baiih punya. Tak kisahlah. Kalau kerana Allah kita bersilat maka peranan kita bersilat akan membawa dua makna. Makna pertama, kita bersilat kerana ditentukan oleh Allah. Bersabit kederat yang ada, minat yang dianugerahkan, masa yang lapang yang dikurniakan Allah dan kebolehan yang diberi, membolehkan kita bersilat. Kita bersyukur kerana kita masih berkederat. Makna kedua ialah kita melakukan perbuatan bersilat tanpa ada apa-apa kepentingan melainkan untuk mendapat ganjaran dari Allah. Menjaga diri adalah wajib, maka mengajar atau memandu sesuatu yang wajib adalah besar pahalanya di sisi Allah. Amat padanlah kita bersilat kerana Allah. So mana satu lo. Kalau yang pertama maka kita utamakan kesyukuran atas nikmat dan rahmat yang Allah berikan kepada kita. Jangan berlebih-lebih semasa menjalankan tugas. Guru sebagai pemimpin utama, jangan lebih-lebih. Pakai kereta Produa cukup. Sampai juga arah yang dituju. Untuk pakaian diri, baju kot , tiga pasang cukup. Kepiah tak apa banyak.. Kalau ada duit, kawin takat empat. SPA jangan pegi ma. Semuanya biar sederhana. Sebaliknya kalau kita memegang pendirian yang kedua maka kita korbankan diri semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Orang mengajar agama kerana Allah. Wang yang dipungut setakat untuk duit minyak dan duit makan sahaja. Jadi, En Jo sebagai Guru Utama pastikan kutipan dari penuntut memadai untuk membiayai kereta Produanya, makan minum beliau dan keluarganya dan sikit-sikit tengok wayang dengan keluarga. Anak murid jangan bawa ye. “ Kalau itu macam yuran ijazah boleh turun lo. Dulu sepuluh ringgit tiga puluh sen tapi sekarang sudah jadi lebih dua puluh ringgit. Ikut dulu lo. Yuran bulan kasi turun ma. Kelapa pun selalu turun. Kerana Allah ma. Cakap serupa bikin ka.

Cuma yang kita curigai ialah kata-kata itu bukan kata-katanya tapi kata-kata punesihatnya yang akalnya pendek. Punesihatnya yang diketuai oleh puak Baiih selalu menegaskan bahawa misi kerana Allah itulah sebenarnya perjuagan Silat Cekak. Misi itu tidak pernah dihayati dan dipraktikkan oleh kedua Guru sebelumnya. En Jo sahaja yang faham akan perjuangan sebenar SC.
“Tak tau mau cakap lo. Masa itu jam zaman Ustaz saya taatak dengar Ustaz ada cakap itu macam. Kalau Ustaz tatak cakap itu macam, makna cakap, Ustaz pun bolo la kerana tatak tahu perjuangan. Itu En Jo banyak pantai lo.”
Setelah berpuluh tahun maka baharulah ada orang yang mengerti perjuangan Ustaz. Orang itu ialah En Jo. Maka layaklah beliau dilantik sebagai Guru Utama. Kepintarannya berfikir semacam sama dengan Ustaz, malah mungkin lebih daripada Ustaz. Pak Ak dan En Mat tidak ada standard. Kita benar-benar berharap agar kenyataannya itu bukan kenyataan Puak Baiih. En Jo ni dari dulu mana erti cakap bab-bab itu. Orang kata dia hebat dengan silat. Tapi dari segi pelarasan buah, apa yang diceritakan oleh orang yang empunya cerita, En Jo mengikut sahaja apa yang dibuat oleh Abang Baiih yang sekarang ini terlampau hebat kempennya untuk mendaulatkan En. Jo. Kenapa lo.

“Tak tau ka. Itu Abang Jo anak murid dia. Buah-buah kita dia kasi ubah. Itu abang Jo ikut saja. Banyak takut lo. Sikalang dia sudah jadi Guru lo. Nanti dia boleh dapat itu lading mas dan bintang seri utama lo. Lia boleh kata itu pantatbiran En Jo lebih mantat lo.”

Ada yang cakap budaya SC telah hilang sekarang sejak zaman Pak Ak dan En Mat. Hai ya!. Mentang-mentanglah generasi sekarang ini tak dapat banding-banding dengan dulu, maka berani cakap la. Bukankah budaya sekarang, budaya zaman En Mat dan budaya zaman Pak Ak didokong oleh orang-orang lama yang masih hidup lagi sejak zaman Ustaz dan ramai yang berada dalam MMK dan MMT sekarang ini. Mereka inilah yang membawa budaya tersebut sejak zaman Ustaz, Pak Ak dan En Mat. Bukankah mereka yang menimbulkan permusuhan dengan Pak Ak. Sekarang ini bermusuh pula dengan En. Mat. Percayalah, selagi mereka berada dalam SC, budaya ini akan mereka teruskan. Kalau En Jo panjang umur, silalah tungguuuuuuuuuuuuu dan terima padahnya. Mesti ikut cakap lo.

Cakap di atas samalah dengan cakap-cakap tentang kualiti. Puak Baiih mengatakan bahawa Kualiti Silat yang ada sekarang jauh lebih rendah daripada dulu. Dulu semuanya hebat tapi sekarang semakin kurang. Ini semua akibat kepimpinan Pak Ak dan En Mat yang tidak bermutu. “ Hai ya, diaolang mana boleh bikin sendiri-sendiri ma. Dia olang ijazah saja dan angkat duit lo. Mana ada turun kelas. Tapi lu olang selalu kontek pelajar dan kasi ajar. Apa lu ajar. Lu ada ubah buah ka. Porahhhhh. Citt!

Dalam hal ini, kalaulah Guru tersilap atau terlanjur, mereka buat apa. Mengaku sahaja pendokong. Entah apa yang didokongnya. Kalau Guru silap, buat teguran. Rupa-rupanya merekalah yang telah mengasaskan budaya baru dalam SC iaitu budaya kepura-puraan. Nak tinggalkan SC, sayang. Budaya dulu, kalau tidak bersetuju dengan pendapat Guru maka SC ke, Ustaz ke, boleh jalan. Bukan kerana SC kita jadi kaya. Ramai tok-tok alim di negara ini tak belajar SC pun. Ramai tokoh keparat yang tak belajar SC pun. Ramai yang dapat ijazah Phd dan MBA yang tak belajar SC pun. Ramai pegawai pentadbir yang hebat-hebat tapi tak belajar SC pun. Tapi budaya yang mereka asaskan, perasaan tak puas hati ini dipendam lama-lama dan menunggu saat dan ketika yang sesuai untuk membalas dendam. Itu budaya ada baik ka. Kalau biawak yang dihidangkan kek atau capati, binatang-binatang ini tetap memilih bangkai. Itu pasai ka Mak Teh cop mereka binatang. Mana gua tahu. Gua bukan anggap itu Mak Teh selupa gua punya emak. Tapi dia orang anggap Mak Teh sebagai emak dunia akhirat. Sekali dikata biawak, hilang emak. Hai ya! Jangan cakap biawak lo. Cakap binatang sudah ma. Kalau itu macam kalau dua kali Mak Teh cakap itu binatang, apa hilang lo. Gua tatak tahu. Tapi gua ingat kita mesti tahu itu orang jantan atau pompuan. Hai yaaaaaaaa. Pinat ma.

Kalau MMK ikhlas tentang penerimaan Guru oleh ahli-ahli, cuba hilangkan budaya ugut kepada ahli-ahli dan cawangan-cawangan. Tanya pendapat mereka secara tulus dan ikhlas tanpa ada sebarang ugutan. Tunggu jawapan mereka. Kalau mereka menentang lantikan Guru baru, terima hakikat pendapat mereka. Jangan ugut-ugut. Baru kita tahu sama ada Guru yang ada boleh diterima ahli atau tidak. MMK bertindak garang sekarang kerana mereka ada kuasa yang bersandarkan perlembagaan. Cawangan tak berani menyatakan pandangan ikhlas sebab kuasa yilek. Duluuuuuu orang-orang lama yang ada sekarang bertentangan pendapat. Puak yang mempunyai kuasa tetap menang. Teruslah mereka dalam CM manakala yang tak boleh melawan kuasa kerana tak ada kuasa telah tersingkir dan menubuhkan CH. Pendokong-pendokong ini telah banyak pengalaman hingga mereka tersingkir. Itu sebabnya puak-puak En Mat susah sikit nak melawan. Sebabnya mereka ada kuasa dan mereka itu ada pengalaman soal-soal yang berkaitan singkir-menyingkir.. Walau bagaimanapun kita rasa tak akan boleh dibiarkan lagi peyingkiran-peyingkiran ini berleluasa dalam SC. Kalau empat lima enam kerat tu yang suka cari pasal, dikeluarkan mereka daripada SC. Dengan penyingkiran mereka tersebut, pasti SC akan terus bersatu dan berada dalam suasana harmoni sepanjang hayat. Enam tolak enam tetap kosong. Tapi apa kan daya. Perangai lama mereka tidak boleh dipisahkan daripada diri mereka sendiri.

Memang seronok kita melihat pendapat-pendapat dan tindakan lucu yang dicurahkan demi menaikkan Guru Baru. Kalaulah ada ilmu yang boleh tengok apa yang ada di dalam dada mereka, teringin sangat kita nak tahu isi hati dan isi dada mereka. Ikhlas atau tak ikhlas. Bagaimana pulak perasaan En Jo apabila dipaksa menjawat jawatan Guru. Hanya jauhari sahaja yang mengenal Jo. Siapa itu jauhari. Gua tatak tau. Itu Jauhari bukan gua punya saudala lo.

Sunday, April 8, 2007

GENG MANA

Dia datang

Menyusahkan. Mungkin itulah perkataan yang diungkapkan pada kumpulan yang sukar membuat pemilihan sama ada MMK dengan Guru barunya atau En Mat yang merupakan bekas Guru yang sah pelantikannya. Ini semua akibat ugutan yang disebarkan ketika ini bagi membolehkan Cawangan membuat pilihan tersebut. Bersetuju berarti selamat dan mengakui kewujudan Guru baru. Menentang bererti terkuburlah cawangan tersebut. Menyusahkan kerana Cawangan hanya ada satu pilihan. Yes or No. Dari segi pengiktirafan pada Guru mana boleh paksa-paksa. Pengiktirafan perlu lahir dari jiwa dan hati yang ikhlas. Kalau tidak, jadilah mereka sebagai golongan bertopeng di mulut, beraja di jiwa. Hiduplah mereka dalam suasana yang berpura-pura semata-semata memelihara persatuan yang telah sekian lama wujud. Persatuan SC adalah hak semua ahli. Malangnya satu pihak mendakwa hak keluarga dan satu pihak lagi mendakwa hak orang lama yang bertanggungjawab mempastikan SC berada dalam landasan yang betul. Pada hal kesemua mereka didokong dan disokong oleh ahli. Dalam hal ini suara ahli diketepikan. Pemilihan Guru bukan satu perkara yng kecil. Ahli-ahli perlu dilibatkan secara memberi pendapat dan akhirnya dibuat undian. Tak kiralah secara angkat tangan atau undi sulit. Nampaknya pemilihan Guru diambil mudah. Dengan kuasa yang ada, pihak yang melantik mengenakan kaedah paksaan. Kalau dah dipaksa ketaatan tidak semestinya ada.

Ketika ini imej SC begitu aib sekali. Aibnya bukan kerana Guru tapi kerana wujudnya puak-puak yang ingin menyingkirkan Guru. Teringat kisah lama-lama yang sentiasa berulang dalam ingatan. Kisah menubuhkan badan-badan siasatan dan kehakiman bukan kerana membela Guru tapi menghukum Guru, masih timbul tanda tanya. Walaupun sumpah Guru telah dilakukan tapi mereka tidak berpuas hati. Apabila berita dalam akhbar tidak berkesan, majalah silat dijadikan sasaran. Semua ini dibiarkan berlaku dalam masa setahun. Masyarakat yang tidak tahu, terus tahu. Kadang-kadang terfikir juga kenapa tidak MMK jangan melatah. Kalau aduan pada polis telah dibuat, tunggu sahaja keputusannya. Kalau didapati bersalah, MMT ambil keputusan. Tapi ahli-ahli MMK cepat geram. Setelah dapat pengganti Guru, mereka mula bertindak. Puak-puak ini menganggap merekalah satu-satunya golongan yang boleh menjadi pembela SC. Golongan lain diketepikan dan dianggap kurang kesedaran untuk membela silat. Begitulah angkuhnya mereka. Biar SC mendapat malu asalkan cita-cita penyingkiran Guru berjaya dilakukan. Apa nak dibuat. Segala-galanya telah berlaku dan kenyataan di atas hanya boleh diulang-ulang untuk menyedapkan hati. Pandangan kita tidak sama dengan pandangan mereka. Kalau marahkan nyamuk biar kelambu dibakar. Kalau Guru tidak disingkirkan, biarlah persatuan punah ranah.

Kita tertunggu-tunggu juga kenyataan MMK tentang bilangan Cawangan yang menentang dan bilangan yang menyokong. Yang menyokong susah hati dan yang menentangpun susah hati. Kalau menyokong, bagaimana pula hubungan dengan En Mat. Seburuk-buruk perangainya pun pasti ada jasanya. En Mat hanya bermasalah dengan ahli-ahli MMK, bukannya dengan cawangan. Kalau menentang keputusan MMK alamat cawangan akan dibubar. Bagaimana dengan jasa AJK nya selama ini yang berhempas-pulas mengorbankan masa dan tenaga untuk perjuangan SC. Sia-sia sahaja perjuangan mereka selama ini. Kerana perkataan menentang, jasa yang ditabur berpuluh tahun akan tidak dihargai. Dalam hal ini tindakan MMK mungkin tidak mendatangkan kesan. Pergerakan cawangan banyak bergantung pada aktiviti Pusat Latihan sama ada di sekolah atau di pusat pengajian tinggi. Penguasa Pusat-Pusat Latihan tersebut terletak pada ketua organisasi berkenaan. Kalau di sekolah, Pengetuanya lebih berkuasa. Kalau di Pusat Pengajian, Bahagian Hal Ehwal Muridnya adalah pihak yang berkuasa. Kalau En Mat diiktiraf sebagai Guru Utamanya maka Pusat-Pusat Latihan itu adalah bebas untuk memilih Guru. Siapa yang dipanggil bergantung pula pada siapa Jurulatihnya. Pastinya MMK akan tidak senang. Akhirnya berlakulah proses pemecatan ahli. Ramailah yang akan terpecat. Sampai bila lo. Kalau MMK dianggap zalim, siapa pulak yang akan memecat mereka. Bestlah sekarang ini. Seronok tengok bab pecat memecat dan sorong tali tarik tali untuk menjemput Guru. Hebat sungguh SC tinggalan Ustaz. Semuanya gara-gara si tukang pandai yang ada dalam SC.

Ramai yang tertanya-tanya tentang hukuman Guru yang digantung selama tiga tahun. Kalaulah tidak ada dakwaan mahkamah, selepas tiga tahun keahlian Guru sepatutnya akan dikembalikan. Begitu juga haknya sebagai Guru juga sepatutnya akan dapat semula. Adakah ini akan berklaku. Setakat ini tidak ada keputusannya. Walau bagaimanapun selepas tiga tahun, tentu lagi kecoh kalau En Mat masih bertahan dalam SC. Tak sabar buat kita menunggu saat dan ketika tahun 2010.

Tindakan yang dilakukan oleh ahli-ahli MMK ketika ini ialah membuktikan bahawa En Jo layak menjadi Guru. Banyak alasan-alasan yang diberikan. Hubungan yang rapat dengan Ustaz dijadikan alasan utama walaupun ramai yang rapat dengan Ustaz. Kehandalannya menewaskan murid yang mencuba dengan En Jo di Universiti Malaya satu ketika dulu juga dijadikan alasan walaupun mencuba buah, bukannya bergaduh. Macam-macam lagilah yang dilakukan bagi membuktikan bahawa En Jo adalah seorang yang sememangnya layak sebagai Guru Utama. Saya rasa alasan-alasan tersebut tidak mudah diterima oleh kebanyakan ahli yang boleh berfikir. Pendokong En Jo juga cukup marah dengan sikap ahli yang berdiri di atas pagar. Pada mereka golongan ini tiada pendirian dan tidak dikehendaki dalam persatuan. Sebaliknya merekalah golongan yang dianggap berpendirian dari dulu hingga sekarang. Ye ke? Jangan tipu lo.

Cuma yang menariknya dalam sebuah akhbar terpampang gambar Abang Bai bersalam dengan En Jo. Apa agaknya yang terlintas dalam hati si abang Bai kita tu. Satu masa dulu dulu dulu dulu dulu di zaman Pak Ak, Abang Bai selalu membuat kursus Jurulatih tanpa pengetahuan Pak Ak selaku Guru ketika itu. Pak Ak selalu bersungut. Ketika itu semuanya baik. Banyak buah yang diubahnya kecuali Buah Dua, kegemarannya. Salah seorang penuntut setianya ialah En Jo. Jadilah En Jo tukang pak turut. Tak pernah dengar dia bersuara. Buah-buah yang diubahnya tanpa restu Pak Ak yang diperkudakan ketika itu. Banyak tipu lo. Harap-harap En Jo jangan diperkudakan olehnya. Masa Pak Ak, beliau adalah penentang utama. Penentangan ini berlarutan di zaman En Mat. Zaman En Jo bagaimana pula. Cubalah sekat aktiviti abang kita tu, pasti malang yang akan menimpa pada Guru Utama. Harap-harap jadilah En Jo harimau belantara yang kuat ngaumnya agar tak mudah si abang kita memperharimaukan diri En Jo. Hai ya. Pisang buah dua kali lo.

Kita akan membaca dan mendengar banyak pendapat daripada MMK tentang mandat yang dulunya sangat dipertahankan. Kalau murid baru, mungkin tak jelas. Tapi pada mereka yang telah bergelumang sejak zaman pepecahan yang lalu akan nampak cerita-cerita lucunya tentang betapa hampasnya istilah mandat dan betapa hebatnya usaha untuk mempastikan kelayakan Guru baru. Banyak lagi peristiwa-peristiwa lucu yang akan timbul. Orang yang faham akan terasa geli gelemannya. Mana pendirian, mana pegangan dan mana matlamatnya. Glamour maaa.

Wednesday, April 4, 2007

CABARAN GURU UTAMA

Dia Datang

Setiap pemimpin organisasi pasti menghadapi cabaran. Zaman Ustaz ada cabarannya. Apabila muncul Pak Ak, beliau juga menghadapi cabaran yang hebat. Cabaran ini lenyap apabila mereka yang mencabar menubuhkan silat baru. Apabila muncul En Mat maka beliau juga tidak terkecuali menghadapi cabaran hingga akhirnya tersingkir daripada jawatan Presiden dan Guru Utama. Cuba kita lihat cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh En Jo pula berdasarkan harapan dan tuntutan daripada golongan yang mengangkatnya. Ramai yang kesal dengan Pak Ak dan En Mat kerana tak ikut cara Ustaz. Maknanya cabaran pada En Jo ialah ikut cara Ustaz. Oleh itu kita lihat apakah kelebihan yang ada pada Ustaz secara umum berdasarkan pengalaman sendiri atau yang diceritakan oleh orang yang empunya cerita. Kelebihan-kelebihan inilah antara faktor-faktor yang menyebabkan saya sendiri secara peribadi begitu tertarik dengan Silat Cekak. Semua cabaran ini akan menjadi cabaran kepada En Jo. Adakah beliau berjaya mengembalikan nestolgia orang-orang lama dan orang-orang bangka. Prinsip orang hebat yang sentiasa memandang ke hadapan tidak boleh diambil kira ketika ini. Seboleh-bolehnya cara cakap, cara batuk, cara beranu, cara berjalan dan pelbagai jenis cara mesti sama dengan Allahyarham Ustaz.

1. Majlis ijazah yang dilakukan pada zaman Ustaz terdapat perbezaannya antara tahun 70an dan 80an. Dalam zaman 70an, ijazah senang ditempah secara terus dengannya. Tak payah wakil-wakil. Setiap kelas yang nak ijazah, Ustaz akan datang lebih awal dan bermalam di kelas tersebut. Pada malamnya murid akan berpeluang mendengar ceramah atau amanat yang diberikan. Aktiviti ini termasuk fahaman tauhid dan pelakuan syariat seperti sembahyang dan banyak lagi. Pada waktu paginya baharulah Allahyarham menyebelih ayam untuk dijadikan penunjuk atau dibuat kenduri. Setiap murid mesti membawa seekor ayam jantan yang galak sifatnya tanpa sebarang alasan. Ini simbolik atas harapan pemilik ayam berkenaan sentiasa bersemangat. Ketika semua kerja selesai, ahli yang terlibat dengan kerja-kerja memasak akan melakukan tugas masing-masing manakala yang lainnya akan mendengar amanat atau sebarang bentuk hubungan lisan daripada Allahyarham. Allahyarham tidak tergesa-gesa untuk balik seperti mana yang dilakukan oleh kedua mantan Guru berikutnya. Ustaz jarang mengajar kecuali yang melibatkan kelas kemahiran atau penurunan petua gerak dalam SC. Majlis petua tak pernah ada. Pada zaman berikutnya pada era 80an telah nampak perubahan. Ayam boleh digantikan dengan daging kecuali ayam penunjuk. Tempahan majlis ijazah mula dilakukan melalui orang tengah. Ayam petunjuk tidak lagi disediakan oleh kelas berkenaan tapi dibawa daripada Kuala Lumpur. Hubungan erat sesama ahli ketika mengadakan persiapan kenduri telah mulai hilang apabila hidangan lebih bayak ditempah. Zaman mantan Guru-Guru Utama, Perubahan ini semakin ketara dalam era Guru-Guru berikutnya. Majlis Petua telah menjadi wajib. Kalau dulunya setakat petua menyukat jari dan sebagainya, diserahkan kepada Jurulatih maka ketika itu telah berubah. Tempahan majlis ijazah semakin susah. Kehadiran lebih banyak secara tergesa-gesa dan isi bualan kerap kali berkisar masalah peribadi. Semua hal yuang berlaku ini ada kaitannya dengan bilangan kelas yang semakin bertambah. Pada orang lama nampak sangat kekosongannya. Inilah cabaran yang hebat yang akan dihadapi oleh Guru baru. Mungkin dalam zaman awal kemepimpinannya pelakuan Usataz boleh ditiru kerana kelas tak banyak Tambahan pula kesetiaan sepenuhnya tidak mudah diberikan kepada beliau. Pada awalnya bolehlah beliau mempertahankan budaya yuang diamalkan oleh Ustaz seperti mana yang diharapkan oleh kebanyak ahli yang lama-lama yang mengangkat beliau sebagai Guru Utama. Bila dah ada kereta besar nanti takut-takut cakap pasal kereta. Jangan pulak akhirnya terjebak dalam dunia perniagaan. Peluang lo.

2. Ketika bercakap dengan Ustaz, kita perlu berhati-hati dengan pengunaan ayat, pemilihan perkataan dan pergerakan badan. Ustaz sensitif dengan hal-hal tersebut. Apa yang ada di hati biasanya dipancarkan melalui kata-kata yang dikeluarkan dan air muka yang kita tunjukkan. Malah cara dudukpun diambil kira terutama pada mereka yang begitu rapat dengan Allahyarham. Biasanya teguran jarang dilbuat secara langsung tetapi melalui orang lain sebagai ingatan agar berhati-hati. Ilmu isyarat ini ada kaitan dengan pengalaman dan pengetahuan beliau yang mendalam dalam konteks hubungan sesama manusia. Guru baru kena betapalah untuk mendapatkan kelebihan ini.

3. Presiden cawangan adalah wakil Ustaz untuk mengembangkan SC. Ustaz sangat ambil berat dalam semua segi. Kalau lama tidak berhubung dengannya, Allahyarham sendiri akan berhubung bertanyakan khabar. Sifat ambil berat ini menyebabkan mereka yang diberi tanggungjawab sentiasa bersemangat untuk meneruskan tugas bagi mengembangkan SC. Itu sebabnya SC terus berkembang dan dapat menumbusi benteng dunia persilatan yang lainnya. Jelas sangat ilmu SC sebagai ilmu yang hak. Ke mana SC bertapak, silat lain yang ada akan malap begitu sahaja.

4 Arwah Ustaz adalah seorang yang sangat tegas dan kadangkala bersifat garang. Walau bagaimanapun, pengurusan manusianya mengikut pelabagai bentuk sesuai dengan keadaan. Ada masanya beliau bersifat autokratik. Dalam masa yang dianggap perlu bertindak tegas, kita hanya mengikut arahannya tanpa sebarang persoalan. Kalau nak kena tengkeng, sila bertanya. Akan tetapi ada masanya pengurusannya secara demokratik. Ustaz boleh berbincang dan kerap kali juga suasana akan menentukan tindakan tanpa campur tangan beliau. Saya rasa ustaz tak pernah belajar tentang teori-teori gaya kepimpinan seperti itu. Pengalaman telah membentuk Ustaz sedemikian rupa.

5. Pengetahuan agamanya sangat luas. Hati yang sedih, apabila berjumpa dengannya akan terbit perasaan puas. Dukacita akan hilang. Malah jika kita dirundung masalah, berjumpa dengannya maka akan terungkai masalah yang dihadapi. Begitu hebat sekali pembawaan Allahyarham. Sifat sebegitu bukan mudah kita dapat. Ramai kalangan manusia yang hanya menarik semangat kita apabila kita memandang mukanya. Sebab itu agaknya ramai yang menganggap SC sebagai silat tauhid. Mendengar ceramah agama ustaz, menyebabkan kita berasa tawar hati untuk mengikuti ceramah-ceramah agama yang lain. Ceramah-ceramah yang hebat ketika ini oleh tokoh-tokoh agama begitu asing pada masa dulu. Tidak hairanlah kehebatannya bersyarah dan kupasannya pada satu-satu tajuk mendapat sambutan hebat di kalangan ahli. Syarahannya lebih praktikal dan boleh diamalkan.

6. Ketrampilan Ustaz tidak boleh dinafikan oleh pihak kawan dan lawan. Gaya berpakaian, senget songkoknya dan personalitinya hebat sekali. Itulah dia Ustaz Hanafi. Kita berasa bangga atas kehebatan dirinya. Teringat akan saya ajaran yang pernah dilaungkan. “Seseorang yang melampaui batas atas kita maka hendaklah kita melampauai batas ke atasnya pula sebagaimana dia melampauai batas ke atas kita, tetapi dalam keadaan kita bertakwa.”

7. Aspek pengurusannya juga hebat. Ustaz boleh merancang, mengelola, memimpin dan menilai buruk baik sesuatu program. Kemahirannya memimpin telah melonjak pengenalan SC di kalangan masyarakat. Kerana kehebatannya itulah maka ada yang menganggapnya sebagai Sheikh Tajrid, wali dan sebagainya. Itu adalah tafsiran pada mereka yang sangat mengkagumi kehebatan dirinya.

8. Bukan mudah untuk mencapai ke tahap yang mantap bagi persatuan yang baru muncul. Telah banyak persatuan silat yang lain ketika SC mula mengambil tempat. Berkat kepimpinannya, Allahyarham telah berjaya melonjakkan kehebatan SC daripada sebuah persatuan yang tidak dikenali kepada sebuah persatuan yang terkenal di pelusuk tanah air. Strateginya menimbulkan isu tatkala persidangan silat di USM pada tahun 1970an, memberi publisiti yang meluas kepada SC dan menapakkan SC di pusat-pusat pengajian tinggi benar-benar memberi keuntungan kepada SC untuk terus berkembang dengan pesat di pelusuk negara. Siswazah lepasan universiti telah berada di mana-mana dan menjawat jawatan yang tinggi. Mereka telah menjadi ajen dalam perkembangan SC dengan membuka cawangan-cawangan atau pusat-pusat latihan di tempat mereka bekerja.

9. Dalam zaman Ustaz, pelarasan buah adalah tetap dan di bawah pengawasan Guru sendiri. Ustaz mengemas kini buah-buah dan tetap dipakai sepanjang zamannya. Tidak timbul golongan yang membuat perubahan pada pergerakan buah tanpa merujuk kepada Guru. Tidak pernah muncul sebarang hamba Allah yang suka mengubah buah sesuka hati.

10. Ketika Ustaz mengurus SC, beliau mempunyai kebebasan bertindak dan mengurus persatuan. Tidak ada mana-mana pihak yang cuba mengongkongnya. Pada masa itu tidak ada orang-orang lama. Walaupun ada puak yang memberi pendapat tetapi tidak semestinya diterima oleh Allahyarham.

Segala perbincangan di atas akan memberi cabaran kepada En Jo. Orang tetap akan membandingkan beliau dengan arwah Ustaz. Meninjau perwatakan En Jo saya rasa ramai ahli yang boleh membuat perbandingan antaranya dengan Allahyarham. Ketika ini semuanya baik belaka. Sejarah telah menunjukkan bahawa perubahan tetap berlaku. Mana mungkin En Jo mewarisi semua perwatakan Ustaz. Nanti akan timbul persoalan dan perasaan tak puas hati. Perasaan-perasaan ini akan terus terbawa-bawa dalam pengurusannya. Ketika En Jo mempunyai ramai murid yang kraetif, inovatif dan inginkan perubahan pasti akan timbul ketegangan dalam hubungannya dengan orang-orang lama. Itupun kalau panjang umur.

Monday, April 2, 2007

GURU UTAMA BARU LO!

Dia Datang

Setelah sekian lama, akhirnya Guru Utama telah dimunculkan. Secara rasmi pada hari Sabtu, 31 Mac 2007 En Jo Marwi telah diisytiharkan secara rasmi Guru Utama Silat Cekak. Apakah kriteria pemilihannya sebagai Guru Utama. Hanya MMK dan sebahagian ahli MMT yang boleh menjawabnya. Kepada ahli-ahli, kalau tidak ada jawapan daripada mereka, tubuhkanlah Ahli Jawatankuasa penyiasat untuk mendapatkan latar belakang Guru Utama kita. Oleh sebab mandat perguruan tidak diperlukan, mestilah ada sesuatu yang istimewa tentang Guru Utama kita hingga membolehkan beliau dilantik sebegitu rupa.

Pelantikannya menyebabkan ramai pihak berasa gembira, duka, sedih dan serba salah. Walau bagaimanapun pada kebanyakan ahli-ahli MMK dan MMT semua perasaan tersebut tidak diambil kira atau tidak penting. Yang penting SC telah ada Guru Utama.

Mereka yang gembira adalah kerana hajat mereka telah tercapai. Bekas Guru berjaya disingkirkan. Tindak-tanduk beliau yang selama ini menyakitkan hati orang-orang tertentu yang berkuasa dalam persatuan telah berbalas. Kes yang didakwa sebagai pencabulan telah dijadikan sebab utama penyingkirannya. Mereka turut gembira betapa Guru yang baru pasti akan termakan budi. Akibatnya segala perancangan Guru akan merujuk pada mereka. Baharulah puas rasa di hati apabila rujukan sentiasa diberi. Guru Utama tak boleh keras kepala kecuali keras pada yang satu. Tapi ingat pesanan saya. Apabila telah ramai murid, jangan ikut pendapat mereka. Teruskan pautan pada yang berkuasa. Pastinya yang melantik Guru Utama. Kalau gagal mengikut cakap orang-orang lama, bersedialah untuk disingkirkan. Alasan mereka mudah sahaja. Oleh sebab dah tua bangka maka Guru Utama layak dituduh mencabul nenek murid SC. Tersingkir juga akhirnya kalau keras kepala kok sebab ilmu KK.

Golongan yang berduka akan bertambah nestapanya. Hati mereka berasa sebak dengan alasan tertentu. Mana mungkin terlantik Guru yang baru dalam keadaan masih ada Guru yang digantung cuma tiga tahun. Apa akan jadi bila pergantungan ini ditarik balik. Kalau pergantungan diteruskan, nampak sangat tindakan berasaskan nafsu semata. Ini bukan ajaran Ustaz. Keputusan mahkamah belum membawa apa-apa berita. Apalah salahnya jika kita sabar menunggu keputusan tersebut. Jika beliau didapati bersalah, memang patut beliau disingkirkan terus daripada SC. Apa kata jika tidak ada dakwaan yang boleh mensabitkan kesalahan beliau tersebut. Jadilah Guru mangsa kepada tuntutan segelintir ahli yang mempunyai niat yang buruk kepada Gurunya.

Golongan ini banyak mempertikaikan cara Guru menerima hukuman. Guru langsung tidak terbela oleh mereka yang sebelum ini diberi kepercayaan sepenuhnya. Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan balasan yang baik akhirnya termakan diri seperti melepaskan anjing yang tersepit. Orang-orang ini dulunya berada di sekeliling Guru. Arahan Guru diangguk sahaja. Alasannya Guru degil dan susah mengikut kata. Kalau ikhlas, tegakkanlah prinsip walaupun akhirnya tersingkir. Tapi ini tidak berlaku. Mereka lebih suka bermuka-muka. Rupa-rupanya segala yang berlaku dijadikan timbunan dendam dalam hati dan mencari ruang untuk membalas dendam tersebut. Guru pula tidak menyedari hakikat ini. Beliau memberi kepercayaan penuh dan bersikap membela dan mempertahankan orang-orang ini . Mana perginya ilmu makrifat. Mana perginya bisik semak. Akhirnya semak betul fikiran Guru. Segala kepercayaan akhirnya memakan diri. Hal ini mungkin sama keadaannya di satu masa dulu. Orang yang ikhlas menyatakan kebenaran telah disingkirkan tanpa ada sebarang perasaan untuk mengenang jasa. Sekarang, terima pula balasannya. Perit juga ye.

Golongan yang sedih dengan suasana yang berlaku sekarang, lain pula alasannya. Pemilihan Guru Utama tiada puncanya. Soal mandat tidak lagi diambil kira. Kalau dulu, mandat dikira utama hingga terbit CD berbentuk Mak Datin untuk menegaskan hak Guru, tapi sekarang telah berlainan cerita. Dengan sekelip mata, keutamaan mandat tidak diambil kira. Banyaklah alasan yang diberi untuk mengiakan tindakan mereka. Golongan ini juga berasa sedih kerana adat dan adab yang istimewa, yang dilaungkan selama ini hanya ada dalam SC, telah mulai pudar. Pantun taat pada Guru membawa barkat, akan lenyap begitu sahaja. Usaha-usaha Guru untuk mendapatkan mandat daripada Pak Ak semacam sia-sia sahaja. Mujurlah ketika melompat pagar, buah Guru tidak tersangkut di mana-mana. Kalau tidak, alangkah sedih di hati Guru dan golongan yang bersimpati dengannya. Usahanya selama ini untuk mendapatkan taraf Guru sia-sia sahaja. Gajah sama gajah berjuang , palanduk pulak yang mendapat untungnya. Kerbau punya susu sapi dapat nama. En Mat bersusah payah mendapatkan hak SC akhirnya terlepas ke tangan En Jo. Kalau tersangkut telur Guru di pagar, alangkah kecewanya bekas Guru kita.

Penyelia-penyelia kelas mana-mana cawangan atau pusat latihan akan menjadi serba salah. Siapa gerangan Guru yang akan dijemput untuk membuat ijazah. Kecualilah mereka telah membuat ketetapan. Kalau fikiran terbuka, masalah ini semakin ketara. Kalau jemput bekas Guru, takut diri akan tersingkir atau cawangan dibubarkan. Kalau dijemput Guru yang ada, apa haknya kecuali dikatakan berhak oleh MMK dan MMT. Bekas Guru telah nampak jasanya. Kebolehannya banyak yang ketara dalam pelbagai segi. Namun begitu Guru baru yang ada belum teruji. Cawangan sendiripun tak boleh dikuasainya adakah beliau berjaya untuk menonjokan kehebatannya menguasai seluruh cawangan dalam negara. Persoalan-persoalan ini menjadikan mereka serba salah. Hiduplah mereka dalam suasana takut. Sekurang-kurangnya takut tersingkir setelah sekian lama menceburi SC dan berasa serba salah antara tuntutan hati dengan tuntutan persatuan.

Apapun alasan yang diberi, segala-galanya telah berlaku. Guru dulu telah diketepikan dan sekarang muncul Guru Utama yang baru. Alasan yang ada pada pihak berkuasa ketika ini, cukup mudah. Kalau tidak suka pada yang baru, pergilah pada yang lama. Tinggalkan SC yang ada. Kalau tidak, gantung atau singkir jawabnya. Nadanya sama seperti seruan Mak Teh pada mereka yang berkuasa. Pada Mak Teh, kalau mereka tak suka silat ini, keluarlah dari SC sekarang juga. Jangan kacau Guru yang ada. Silapnya, Mak Teh kaitkan silat yang ada dengan silat keluarga. Alasan ini dijadikan modal untuk memutuskan salitulrahim dengan Mak Teh yang dulunya disanjung hebat di depan Ustaz Hanafi. Dulu dulu dulu. Berpura-pura rupanya.

Apapun alasan dan perasaan yang ada, jangan lupa hubungan akrab dengan bekas Guru yang terbina sekian lama. Kepada orang-orang kepercayaan Guru di suatu masa dulu dulu dulu jangan mudah putuskan hubungan yang terbina. Jangan kerana satu kesalahan, segala jasa beliau dilupakan begitu sahaja. Mungkin atas tuntutan Persatuan, peranan Gurunya diketepikan tapi atas prinsip hubungan sesama insan yang pernah berjasa, tetap dikenang sepanjang hayat. Kalaupun terpaksa bergantung pada yang baru tapi hati orang yang lama jangan parah dilukakan. Cukup dengan goresan yang tidak mengalir darah merah yang sama dengan darah kita. Apa yang telah berlaku pada bekas Guru, tidak mustahil berlaku pada kita semua. Sehebat mana pengawasan kita, jika Tuhan ingin menguji pasti “terkena” dan “terjebat” diri kita. Jangan sombong dan jangan bongkak. Kata tok guru, tidak mudah kita mendapat kejayaan tanpa diuji oleh Tuhan kita.

Pada generasi baru, banyak iktibar yang boleh direnung dan dipelajari. Pada mereka yang telah lama berkecimpung dalam SC jangan mudah kecewa, sedih atau berduka. Segala-galanya telah ditentukan pengakhirannya sebegini. Kehendak siapa agaknya.