Saturday, January 13, 2007

Istimewanya Silat Cekak

Ado kok Lagi Istimewonya Silat Cekak Ma



Salah satu keistimewaan SC, silat ini memberatkan penggunaan istilah yang melambangkan konsep sesuatu yang ingin digambarkan. Itu sebabnya kita selalunya berhati-hati semasa menggunakan perkataan yang berkaitan dengan SC. Misalnya, penggunaan perkataan berlatih silat, bukan bermain silat. Kelas silat lebih tepat penggunaanya daripada gelanggang silat. Mungkin ada banyak lagi penggunaan perkataan yang kita gunakan secara berhati-hati. Satu ketika dahulu kita tidak pernah mengisytiharkan bilangan ahli dalam SC. Perkataan “ahli” membawa dua makna. Ahli persatuan atau ahli silat. Kalau mendaftar diri tapi selepas tiga bulan cabut, penuntut itu masih bergelar ahli persatuan SC, tapi pastinya tidak diiktiraf ahli silat. Belajarpun tak habis. Hatta sekalipun berada dalam persatuan beberapa tahun tapi tidak pernah mengamalkan SC selepas tamat, statusnya tetap ahli persatuan. Sebagai ahli silat, belum tentu. Jangan-jangan pelajaran SC pun boleh jadi lupa. Dalam konteks “ahli” rupa-rupanya ada pengertian zahir dan hakikat. Pada zahirnya ahli SC tapi hakikatnya tidak, kerana tidak mengamalkan disiplin SC . Itulah antara contoh perkataan yang menunjukkan begitu mendalam pengertian dan penggunaan sesuatu perkataan dalam SC.

Perkataan zahir dan hakikat juga memainkan peranan dalam kefahaman SC. Lihat kata-kata yang berikut:

‘Silat Cekak pada zahirnya
Hakikat gerak pada batinnya……’

Kalau dibandingkan dengan senjata, ramai yang bersetuju bahawa zahir dikaitkan dengan sarungnya manakala senjata itu sendiri dikaitkan dengan hakikatnya. Ini semua melambangkan betapa setiap perkataan itu ada perlambangannya dari segi konsep dan penggunaannya dalam SC. Begitu indah sekali SC pada suatu masa dahulu. Sekarang ini tak ada ke. Masih ada. Ada orang yang merenung zahir hingga ke hakikatnya. Pandang luar nampak batinnya. Tengok luar, tahu dalamnya. Tengok seluar tahu apa isinya. Hebat ilmu zahir dan hakikatnya. Saya ingin kaitkan prinsip ini dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari masa ke masa.

Apabila saya membaca perkeliling MMK 1/07, penolakan En. Mat sebagai presiden, nampak logiknya. Walaupun kadang kala tertanya-tanya juga, si penulis Surat Perkeliling ialah orang yang dilantik oleh Presiden. Macam tak kenang budi rasanya. Kalau Presiden buat silap dan melakukan noda, rasanya Sipenulislah yang terlebih dahulu letak jawatan kerana tak sudi dan tak rela pelantikannya dibuat oleh orang yang telah dicop melakukan noda. Ini maruah dan nilai diri. Nilai diri ialah harga diri. Bukannya nilai sepuluh sen atau sesen dua, tapi tidak ternilai jumlahnya. Tapi betul juga kata sahabat. Kerana perjuangan ketepikan sikap tersebut. SC perlu dipelihara. Bukan soal kenang budi yang utama tetapi perjuangan dan maruah SC perlu dipelihara walaupun terhancur SC hingga terbenam di hujung dunia. Adake patut teman setianya siang malam dirunas bersama. Tentu tak patut dan tak patut. Jadi, biar dua-dua kalah. Gajah sama gajah berjuang biarlah kancil ke, kerbau ke atau apa-apa yang dikatakan binatang ke, mati dicelah-celahnya. Puas, puas, puas. Walaupun telah ada penghuni di celah tersebut. Perjuangan menegakkan kepuasan pasti berjaya. Selepas berjaya, rehatkan badan. Orang yang bermati-matian menegakkan perjuangan SC mati kehausan. Siapa suruh mati kehausan. Air banyak, kenapa tak minum. Takut kena pecat lo.

Perkeliling itu juga menegaskan bahawa MMK telah menolak En. Mat sebagai Guru Utama berkuat kuasa pada 17 September 2006. Yang ini pelik sikit kalau ikut hukum. Kita kena pakai formula zahir dan hakikat. Ikut fahaman zahir, akal boleh kata mungkin ada di mana-mana peruntukan dalam perlembagaan yang membolehkan MMK buat tindakan. Kalau ikut fahaman hakikat, susah sikit untuk diterima oleh kebanyakan ahli. Hakikat Guru ada muridnya. Yang patut menolak Guru ialah muridnya. Bukan ahli-ahli MMK yang entah berapa kerat. Tak ngam pulak tu antara mereka. Itu sebab murid-muridnya perlu ditanya. Macam mana nak tanya? Itu kerja AJK ma. Cuba buat undi sulit. Berapa ramai anak murid yang mengakui Gurunya. Buat tinjauan betul-betul secara sulit. Jangan main angkat atau tak angkat tangan. Lantik wakil di setiap cawangan. Cara kita demokrasi. Yang lebih kira menang. Tapi mesti kira betul-betul. Dalam proses undi sulit, jangan dikira benda sulit sebagai satu undi walau pun benda itu terangkat.

Nampak macam main-main tapi betul kalau ikhlas nak elakkan pepecahan lebih besar dan supaya tindakan kita lebih bertanggungjawab. Pecah tetap pecah. Jangan kita sahaja yang tak ingin lagi Guru yang ada. Bagaimana dengan murid-muridnya yang lain. Yang dera bagi hutang, bagi kereta dan bagi anunya pasti tak sokong Guru yang ada, itu soal peribadi. Masa bagi, bagi dan bagi dulunya pasti rela. Sekarang pulak tak rela. Dulu sedap, sekarang sedup kot.

Perkeliling itu juga menegaskan hukum dalam perenggan dua dengan menyatakan bahawa, “…jawatan Presiden dan Guru Utama yang disandang oleh beliau sebelum ini juga tidak berfungsi.” Ayat tersebut memberi makna jawatan tersebut masih ada tapi tak berfungsi – tak boleh digunakan. Dulu berfungsi, sekarang tida berfungsi lagi. Kalau hendak lebih faham lagi, kita ada senjata tapi tak boleh digunakan lagi. Dulu tajam, sekarang tumpul. Anu dulu ada, tapi sekarang tak boleh guna. Dulu tegang, sekarang lembik. Itu maknanya tidak berfungsi. Jadi kalau diurut-urut dan kena ubatnya, Insyaallah, kelapa dua biji pasti boleh pikul lo. Maknanya jawatan ada tapi tak leh guna. Jadi, kalau kedua-dua jawatan tersebut iaitu Presiden dan Guru tidak berfungsi, betul cara tindakan, pasti akan berfungsi balik.

Dalam perenggan tiga, En. Mat juga dilarang daripada segala-galanya termasuk pertemuan dengan ahli secara formal dan tak formal, kutip duit dan sebagainya. Kalau dah tolak dan tidak diakui beliau sebagai Presiden dan Guru Utama, apa hal buat peraturan padanya. Karton lo. Dah tolak maknanya dah tak masuk kira. Biarlah dia buat apa saja. Yang patut larang ahli yang berhubung dengan beliau secara formal. Kalau tak formal, itu hak kebebasan individu ma. Berjumpa di tepi jalan atas sifat sahabat kalau berbual tak akan tak boleh. Dahsyatnya. Ini KGB punya stail. Tapi kalau berjumpa di tengah jalan, ini patut dilarang. Kereta banyak lo. Perhimpunan yang dianjurkan oleh En Mat pun tak boleh dihadiri oleh ahli-ahli tanpa kebenaran pihak persatuan. Perhimpunan apa tak jelas. Kalau beliau buat kenduri ke atau apa-apa sahaja, jangan hadir. Begitu dahsyat sekali kebebasan kita dicabul. Hubungan ingin diputuskan terus walaupun sebagai kenalan. Pihak MMK dikatakan telah dan akan sentiasa memaklumkan perkembangan persatuan kepada pihak berkuasa bagi mengekalkan perkara-perkara di luar kawalan MMK berlaku apatah lagi ianya melibatkan keselamatan dan ketenteraman pegawai persatuan serta ahli-ahlinya. Maknanya MMK akan bertanggungjawab pada pihak berkuasa serta bersandarkan keselamatan individu pada pihak berkuasa dan bukannya pada ahli. MMK dah jadi alat orang lain pulak. Bukan untuk kepentingan ahli. Haiyaaaaaa.

Selama ini persatuan SC di peringkat manapun dapat dijadikan tempat untuk melepaskan tekanan dan tempat untuk mendapatkan ketenangan Perbincangan dan pengetahuan yang diperoleh daripada Jurulatih amat berguna bagi memotivasikan diri dan menguatkan semangat untuk perjalanan hidup seterusnya. Di tempat kerja banyak betul tekanannya sama ada daripada ketua atau tekanan akibat bebanan kerja yang melampau. Di rumah, kadang kala kita menghadapi beberapa tekanan tapi tidak sampai ke peringkat untuk melarikan diri daripada tanggungjawab yang terpikul. Namun kita juga memerlukan satu tempat yang benar-benar bebas daripada sebarang ikatan tanggungjawab dalam masa beberapa jam. SC satu daripada pilihan yang sangat berkesan. Kenangan tinggal kenangan. Jiwa dah tak dapat tenteram di tempat persatuan lagi. Tambahan pula apabila tiada rumah persatuan atau akan bakal kehilangannya. +miang. Kalau adapun sebagai tempat himpunan ahli-ahli tapi hubungan banyak yang menjadi sumbang kerana menyebelahi pihak berlainan yang bersengketa dalam menegakkan kebenaran Noda.

Atas prinsip, untuk menyebelahi En Mat, takut juga. Surat ugutan dan berlipat lapis dan berangkai, sentiasa menghantui ahli. Takut juga kena pecat. Kalau nak letak jawatan nanti ada pulak pihak yang tidak menerimanya. Kena pegang jawatan balik. Eksyen balik. Nak menyebelahi MMK, nampaknya macam raja tak ada rakyat, Kuasa yang ada pada sesetengahnya telah diberi mandat oleh Presiden. Ahli dah ramai yang tak suka. Kalau En. Mat terus berkuasa, kena sayonara pulak sesetengah yang ada. Bingunggggg.

Tapi yang jelasnya MMK betul-betul tunjuk kuasa. Tindakannya macam pihak berkuasa. Tidak mahu mengalah dan beralah. Mereka lebih suka memikirkan tindakan sesama mereka untuk mengawal ahli tanpa merujuk kepada ahli. Oleh itu, untuk tindakan seterusnya, rujuklah pada ahli. Buat mesyuarat perwakilan untuk mendapatkan hak tadbiran seterusnya. Jangan tunggu perintah mahkamah. Malu kita nanti. Kita rasa kita betul, sebelah En. Mat pulak rasa mereka betul. Semuanya rasa betul. Betulka!. Perasaan sahaja kot sebab kita tak tahu mana yang banyak betul. Undiiiiiiiiiii lo. Sulitttttttttttt lo.