Monday, January 1, 2007

Cekak Oh Cekak

Dengar cerita mesyuarat agung akan melibatkan mahkamah. Apa nak buat nasib kita berulang lagi. Awal-awal lagi tak nak tolak ansur. Tunggu sahaja keputusannya. Sama-sama tanggung. Saya doakan sesuatu yang terbaik untuk pertubuhan kita. “Mungkin ada suatu faedah di sebaliknya”. Ayat buat santapan hati. Nak kata apa lagi.
Ketika duduk sorang-sorang di suatu petang, telefon berdering. Kawan silat lama nak bincang pasal orang lama. Best juga tajuk ini. Tambahan pula dalam kemelut sekarang, sering disebut-sebut orang lama. Seolah-olah wujud pertentangan antara orang lama dengan pihak keluarga. Berebutkan hak persilatan. Orang Baru duduk ternganga.

“Hebat sangatkah orang lama sampai bergaduh dengan Guru Utama.” “ Apa ceritanya ni.” Sambung kawan lama itu lagi.

Susah nak jawab dalam telefon. Apa ukuran orang lama. Berapa tahun penglibatan. Bagaimana bentuk penglibatannya. Pernah saya terbaca artikal yang cuba mengupas mengenai orang lama dalam ruangan blogsport yang lain. Ada yang menyentuh nama-nama orang yang dikatakan orang lama. Antaranya disebut-sebut nama orang lama, bakal guru yang akan menggantikan guru yang telah digantung tak bertali. Ada pulak nama yang dicacinya. Orang lama tapi tidak diakui kelamaannya. Ikut kepentingan agaknya.

Pada saya, istilah kena betul. Orang lama ada bezanya dengan istilah orang-orang lama atau orang lama-lama. Oleh sebab orang-orang ini ahli Silat Cekak semestinya perkataan lama dikaitkan dengan amalan SC. Apakah amalan SC tersebut. Ini satu hal yang perlu dibincangkan sama ada dari segi luaran atau dalaman. Secara mudah agaknya, amalan fizikalnya, orang lama tersebut masih lagi berlatih sepak kaki, senaman tangan, senaman empat anasir mandi silat dan sebagainya secara berterusan. Dari segi dalaman, berpegang pada prinsip buat sesungguh hati, tidak menipu dan banyak lagi ajaran yang telah dikembangkan oleh Allahyarham Ustaz Hanafi. Jadi kalau seseorang itu pernah bekecimpung lebih daripada sepuluh tahun tapi amalan SC tidak pernah dipraktikkan, adakah boleh dipanggil orang lama.

“Orang bangka le tu,” kata kawan saya yang inginkan penjelasan.
“He he he,” itu saja yang dapatku sambutkan kata-katanya.

Pada saya yang paling pentingnya orang itu mesti mempunyai perasaan sayangkan SC. Lama atau baru tidak menjadi persoalan. Yang lama akan jadi tua dan dari tua akan jadi bangka dan yang baru akan jadi lama. Yang baru jadi ahli, akan jadi orang baru. Ukuran umur bukan mustahak. Mungkin yang baru masuk umurnya 40 tahun. Padahal mungkin yang sudah belajar sepuluh tahun dulu baru berusia 30 tahun. Jadi, umur tidak penting. Yang penting ialah semangat SC telah meresapi dalam dirinya. “Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.” Orang-orang ini sentiasa inginkan sesuatu yang baik untuk Silat. Perkara yang menjejaskan perkembangan SC amat dikesali. Mereka mempunyai pegangan yang utuh dan sentiasa bertahtakan SC di hati mereka.
Walau bagaimanapun, pandangan orang-orang tersebut mungkin berbeza tapi matlamatnya jelas. Itu sebabnya saya yakin kalau orang itu betul-betul ahli persilatan SC yang tulin; tak kiralah lama dan baru, kalau dimaki sekalipun atau dikatakan binatangpun, semangat SC tetap membara. Amalannya yang ditinggallkan oleh Gurunya tetap memancar. Walaupun diri disisihkan atau disingkirkan daripada persatuan, itu tak menjadi hal. Ilmu yang ditinggallkan masih boleh diamalkan dan itulah lebih penting. Tidak timbul soal penyingkiran menyebabkan ilmu hilang begitu sahaja dek berkatnya guru. Tipu ma. Ilmu akan terus berkembang jikalau disebar dan diamalkan. Budaya Melayu kuno saja yang mengatakan hilang ilmu kalau guru tak suka. Budaya perasan. Mereka yang masih memegang persatuan dan dikehendaki oleh ahli memegang persatuan, biarkan mereka berbuat demikian . Mungkin zaman kita telah berlalu.

Manakala istilah “orang-orang lama” pelik sikit. Sifatnya umum. Saya golongkan mereka dalam kategori sudah ketinggalan zaman. Ramai yang perasan. Biasanya jenis orang ini akan tiba-tiba muncul bila ada kesempatan. Mulalah mendakwa dulunya dia hebat. Tidak boleh dinafikan bila dia bercakap, dia akan mulakan dengan perkataan “duluuuuu…….” Oleh sebab kepentingan, orang akan mendengar cakap mereka. Mulalah cerita cabar orang ini, cabar orang itu dan macam-macam lagi nak menunjukkan kehebatannya. Macamlah harimau tak ada gigi. Bila mengaum orang takut juga. Tapi bila menerkam dan menggigit, orang geli. He he he. Berbeza pulak dengan gelaran “orang lama-lama”. Malas nak ulas. Mereka ini orang antik. Kebanyakannya bergigi palsu. Kalau banyak cakap amat sesuai berada dalam tahap mezium khazanah SC. Sumber rujukan. Bagaimana pula dengan orang-orang bangka atau orang bangka-bangka seperti yang dinyatakan oleh kawan kita tadi. Entah. Orang yang tak sedar diri kut.

Orang yang sayangkan SC sentiasa berterus terang. Kalau ada yang tak betul, terus buat pembetulan atau dapatkan penjelasan. Jangan jaga hati atau perasaan demi mengorbankan kebenaran dalam silat. Tapi ramai yang hipokrat. Bila ada yang tak kena, diam membisu. Apatah lagi bila ada perbuatan guru yang tidak menyenangkan. Diam sahaja. Dalam mesyuarat pun diam. Langsung tak berani bersuara. Inilah manusia jahat yang ada dalam organisasi. Ikut saja arahan macam burung tok belatok. Bila sudah tidak tahan dan “meletup”, terus menjauhkan diri ataupun menjahanamkan persatuan. Kenapa selama ini ikut sahaja? Salah satu faktornya saya rasa kerana mereka kekurangan ilmu. Terima sahaja cakap guru tanpa tapis. Nak tapis macam mana, ilmu tak ada. Jadilah orang yang lurus bendul. Terima sahaja. Orang koner pun tarak errti. Bila masa benci, mulalah ulang balik cakap guru yang sekarang dianggap tak betul. Dulu betul, sekarang tak betul. Mana punya pendirian! Sekarang, ramai orang yang menentang hebat ialah orang yang dulunya rapat dengan Guru. Dulu apa mereka buat. Setuju semua tanpa ada bantahan. Malah apabila ada orang yang komen Guru, merekalah barisan depan yang utama menentang orang berkenaan. Sekarang apa dah jadi. Mereka pulak barisan depan yang utama menentang Guru. Tidak ikhlas betul sikap mereka. Hidup dalam dunia kepura-puraan Bacul dan tidak berani berterus terang.

Kalaulah betul sikap dan tingkah laku Guru kita sedemikian, maknanya beliau telah mula berkecimpung dalam lapangan “tersebut” dari sejak dulu lagi. Tapi tak kan mereka tak tahu dan tak adakah antara mereka yang berani menegur. Tentu bila ditanya kenapa tak berbuat sesuatu, mereka menjawab dengan seribu alasan. “Baru tahulah”. “Patutlah dulu Guru….” Dan macam-macam lagi alasan. Perkataan yang sesuai untuk mereka …”porahhhh”.

Ada juga di kalangan ahli-ahli SC yang sangat perasan. Dari segi silat perasannya sangat hebat. Orang lain tak boleh kalahkan SC. Itu sebab dalam pertunjukan, usahkan kena pukulan, kena sentuhanpun musuh dah kecundang. Hebat sungguh SC. Tapi mungkin betul. SC memang hebat dan sukar dikalahkan. Tapi diri sendiri bagaimana? Jangan pulak senang nak dikalahkan. Itu baru dari segi fizikalnya. Dalamannya?. Kain putih semestinya dijadikan sandaran,. Kalau guna kain putih, jika habis minyak kereta di Melaka, masih boleh lagi sampai ke Johor. Hebatlah Kain Putih. Kenapa banjir terjadi terutama di Johor dan Melaka yang tak pernah jadi banjir hebat sebelum ini? Kerana orang SC sokong En. Mat Radzi lah. Hebat pulak SC. Apa nak jadi!

“Orang-orang yang hebat dan berjaya di Malaysia sekarang ini mesti jadi ahli SC ke?.’Tanya hati kecilku. Rasanya tak payah jadi ahli SC pun seseorang itu boleh berjaya dam hebat dalam pentas dunia ini. Yang pentingnya disiplin diri dan ada visi dan misi diri. Jangan tipu, jangan main perempuan dan kalau boleh jangan SPA. Jaga disiplin diri, jaga anak bini, jasa hubungan dengan Tuhan dan jaga kedua ibu bapa kalau ada. InsyaAllah selamat. Tak payah masuk SC pun boleh berjaya. Tapi kalau berasa kekurangan atau tak ada kekuatan atau inginkan kekuatan, masuk SC biasanya akan “menjadi”. .Silat ini alat untuk membantu kita mendapatkan kekuatan dalam segala aspek hubungan kita dengan manusia dan dengan Tuhan. Tapi ada ke kekuatan dalam SC untuk membentuk kita ke arah itu sekarang ini. Ada yang mengatakan sekarang ini mana ada . Guru pun tak cukup masa nak bersembang dengan murid. Habis masa dengan ijazah. Lepas kira duit terus balik. Harapkan Penyelia kelas dan Jurulatih sahaja. Kalau ada ilmu tiada masalah. Malangnya apabila Penyelia atau Jurulatih asyik bercakap fasal CNI misalnya, habis rosak pengajian silat. Bolehkah memandu ahli-ahli dalam hubungan mereka dengan manusia dan Tuhan melalui CNI? Boleh lah. Akal mahu tipu lo.

Macam-macam ilmu salah yang dikatakan ajaran En. Mat. Masa ini pulak timbulnya. Sebelum ini bagaimana. Diam menerima. Ilmu KK boleh pakaike. Ada pulak yang kata kurang berkesan. Ilmu itu diajar tak lengkap. Tak ada wiridnya. Cara wirid disimpan. Itu sebab selalu tewas dalam perjuangan. Pulak. Bila ditanya apa namanya wirid tersebut. Lantas dijawan Wirid Haji. Adake wirid Haji? Ada katanya. Macam-macam ada.

Ketemu lagi.


Apo Kono Jeng

Susah nak percaya. Bagaimana seorang Guru silat, Silat Cekak pulak tu boleh terlibat dalam skandal dengan perempuan. Perempuan muda terantang-tang keanak-anakan lo. Hinggakan ada penuntut yang terus percaya dan mengambil keputusan menjauhkan diri atau mendiamkan diri daripada aktiviti Silat. Rasa bencinya pada Guru Utama meluap-luap dan kalau boleh tidak mahu melibatkan diri dengan SC lagi. Timbul rasa semacam menyesal pula atas penglibatannya dalam SC selama ini. Mereka ini seolah-olah hilang pendirian . Pendirian yang ada terlalu goyah dan kitapun susah nak faham bagaimana pendirian mereka selama ini. Susah nak jawab. Jurulatih yang membimbing mereka rasa sesal kerana banyak ayat yang telah diungkapkan bagi menyuburkan kefahaman SC mereka. Tak lekatpun. Seolah-olah mencurah air di daun keladi.

Tapi ramai yang menerima berita tersebut, begitu berhati-hati. Kata orang pengaruh tiga TA banyak memainkan peranan untuk menjatuhkan seseorang jika seseorang itu tidak pandai mengendalikannya. Tetapi pengaruh Tiga TA itu juga sangat kuat bagi dijadikan alasan untuk mencaci dan menjatuhkan seseorang pemimpin oleh musuh-musuhnya sama ada orang jauh atau orang kanannya sendiri. Tak tepat dan tidak lengkap untuk menyerang seseorang pemimpin jika tidak dikaitkan dengan kuasa, wang ringgit dan wanita. Inilah lumrah dalam hidup terutamanya dalam kehidupan organisasi. Tuhan menganugerahkan kita dua telinga dan dua mata serta satu mulut dan satu akal. Mendengar dan melihat itu dua faktor yang perlu diambil berat dan dilakukan berkali-kali. Jangan mudah kita bercakap dan membuat kesimpulan. Tengok betul-betul dan dengar betul-betul. Apabila jelas pada mata dan jelas pada telinga, tanpa dipengaruhi oleh sesiapapun barulah gunakan akal untuk kesimpulan dan dinyatakan melalui mulut yang satu yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada kita. Janganlah banyak bersangka. Bersangaka-sangka akan mengundang sifat suka mencaci dan mengumpat. Tak fasal-fasal kita mengumpul dosa. Sepatutnya dalam SC kita meneguhkan kekuatan dan minda supaya kita berfikiran luas dan hebat, tapi akhirnya menjadi seorang yang berfikiran kecil yang membina perasaan hasad dan dengki.

Peristiwa masuk dalam rumah tidak boleh dinafikan kerana diakui oleh En. Mat sendiri. Soal cabul atau dicabul kita tak tahu. Selama ini kita hanya bersandar pada badan siasatan dan badan kehakiman. Mereka juga manusia. Intergriti mereka masih boleh lagi dipersoalkan. Mereka bukan pakar dalam bidang tersebut. Hanya pekerja separuh masa. Keputusan mereka boleh dipersoalkan. Percaya atau tak percaya, masing-masing ada pandangan. Yang pentingnya yang empunya diri telah bersumpah. Tapi ramai yang tak puas hati atas sumpahan tersebut kerana tak ada apa yang berlaku. Seolah-olah mereka tidak percayakan kekuasaan Tuhan. Biarlah Tuhan yang menentukannya. Percayalah pada Tuhan. Jangan persoalkan lagi cara dan bentuk sumpah yang dilakukan oleh En Mat. Kita semua maklum, sumpah-sumpah bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main. Ingat peribahasa, tak hidup dek doa dan tak mati dek sumpah. Tuhan lebih berkuasa. Serahkan segalanya pada Allah. Biarlah Allah yang menentukannya. Jangan kita bicara kesannya. Itu luar bidang kita. Pada dasarnya bila Guru telah bersumpah, habis cerita. Beliau telah nafikan bersandarkan Tuhan. Berpegang pada peristiwa tersebut sepatutnya kita kembali tenang dan boleh meneruskan kerja-kerja atau tugas kita sebagai pengembang silat Cekak. Tapi ini tidak berlaku, hanya kekecohan yang melanda.

Kalau mangsa tak puas hati, repot sahaja kepada polis. Tunggu keputusannya. Kalau keputusan tak ada apa-apa, tak ada masalah. Silat kita boleh terus berkembang tanpa ada sekatan atau halangan. Kalau keputusan menunjukkan ada kes dan Guru dikenakan tindakan walau dalam apa bentuk sekalipun oleh pihak berkuasa, MMT akan tentukan peranan Guru seterusnya. Seperti yang saya nyatakan, tak akanlah MMT tak boleh buat keputusan yang logik. Walau apapun, pergerakan silat kita jangan tergendala. Kita semua terima keputusan dengan fikiran terbuka. Banyak tugas lain lagi ma. Dalam hal ini perkembangan silat kita jangan diganggu. SC kena terus berkembang. Itulah perjuangan hakiki kita. Banyak masa telah ditumpahkan dalam perjuangan tersebut.

Bila keadaan kekecohan ini berlaku, macam-macam saranan dikemukakan. “Jalankan silat walaupun tak ada ijazah.” Pada mereka Guru tak penting, yang penting kelas silat berjalan. Ada yang mengatakan tunggu beberapa bulan lagi kerana akan dilantik Guru baru. Setelah dapat mimpi baik punya. Bukan main sedap cakapnya. Apa dikacau-kacau perkembangan silat. Sekarang ini kita menunggu keputusan polis. Sementara menunggu keputusan, biarlah Guru yang ada jalankan tugas gurunya. Jangan hentikan pergerakan silat. Jangan dengki dan jangan ragu-ragu. Ada yang kata, kalau berani, ijazah sendiri SC tanpa Guru yang ada bagi mempastikan kita dapat menjalankan pergerakan silat ini secara berterusan. Wow! sedapnya mulut. Berbulan-bulan lagi agaknya individu yang mengijazahkan sendiri silat ini boleh bergerak secara berleluasa. Boleh ijazah sewenang-wenangnya. Boleh pakai ejen cari murid. Boleh kumpul pengaruh dan akibatnya rancak lagi pepecahan kita. Orang yang mengsyorkan idea ini, orang-orang Cekak Malaysia kot? Jahatnyaaaa.

Perkara pokok yang perlu kita fikirkan bersama ialah bagaimana kita ingin mengembangkan SC tanpa membantutkan tarikh yang diinginkan oleh kelas silat bagi majlis ijazah. Selama ini banyak kelas silat yang terbantut program mereka kerana masalah tarikh. Terdapat kelas yang terpaksa menunggu berbulan-bulan bagi majlis ijazah. Ini merugikan pergerak silat kita. Guru Utama tak menang tangan untuk memenuhi jemputan. Bagaimanakah cara untuk mengatasi hal ini.

Saya rasa dan saya yakin selepas mesyuarat agung nanti, En Mat akan terus berkuasa sebagai Guru Utama. SC akan terus berkembang dan meluas lagi di pelusuk Negara. Fikirkanlah masalah di atas. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah pengijazahan. Perlukah diadakan pembahagian kuasa dalam konteks Ijazah silat?. Ini mungkin logik. Kuasa ijazah boleh diturunkan kepada keluarga sendiri. Tambahan pula ada yang menyifatkan silat ini dah jadi hak keluarga. Lagi senang. Jadi, tak ada masalah-lah . Yang penting SC terus berkembang. Bolehlah dibuat “Zon Ijazah” dengan ketuanya dilantik sendiri oleh Guru Utama. Tak kiralah anak sendiri ke atau abang-abang yang tercinta. Soal bayaran dan sebagainya, bolehlah dibuat pelarasan di peringkat mana sekalipun. Buahnya, jangan bantutkan program kelas silat. Atau kalau dah susah-susah sangat, kirim aja CD atau DVD untuk tujuan ijazah. Kalau hebat lagi, boleh buat Tele sidang. Pendek kata buatlah apa cara dan apa bentuk sekalipun. Jangan bantutkan pergerakan silat kita.

Selagi ada orang-orang lama yang menganggap diri mereke banyak berjasa kepada Guru Utama, memang akan menjadi masalah. Kalau dibiarkan, mereka akan terus berkokok. Dilempar dengan seliparpun, mereka akan tetap berkokok. Orang lamalah katakan. Banyak jasanya. Tak bergerak persatuan kalau mereka tak ada. Oleh itu saya rasa eloklah pelihara kebajikan mereka. Letakkan mereka dalam satu badan, atau satu dewan tertinggi yang boleh dianggap peranan mereka sebagai punesihat. Jangan letak mereka dalam MMK . Kalau mereka berada dalam MMT, jangan libatkan meraka dalam apa-apa jawatan lain. Kalau perlu , bagi mereka kuasa ijazah sebagai wakil Guru. InsyaAllah, banyak karenah dapat dihapuskan. Apa kita nak risau. Umur merekapun rata-rata dekat 60 tahun. Berapa lama lagi nak hidup. Hiburkan hati mereka dalam sisa-sisa kehidupan mereka yang telah banyak berjasa dalam persatuan.

Mereka yang duduk dalam LPT, cari muka-muka baru. Kalau berlari satu padang masih tidak megah. Mereka perlu memikirkan senarai buah umum yang tidak berubah sejak 70an lagi. Selama ni LPT lebih banyak membincangkan program tanpa banyak memikirkan pelajaran silat. Orang-orang lama yang ada tak perlu dilibatkan. Guru Utama sorang dah cukup untuk memandu Silat. Kalau betul tindakannya, akan menjadikan SC terus maju. Kalau silap tindakannya maka SC akan lingkup. Tapi sekejap saja. Belajar dari kesalahan. Perbaiki dan bangun semula dengan menyusun strategi baru. Saya rasa Guru kita layak untuk memikirkan hal ini. Bidang silat adalah lapangan hidup beliau. Kalau berniaga sikit-sikit, biasalah.Tak akan le dia asyik berwirid aje. Hal-hal lain fasal silat, tak payah fikirlah. Kalau Guru nak berhutang dan ada murid yang bagi, gasaklah. Kalau tak dibayar, nasiblah. Itu adalah risiko dalam bidang pinjam meminjam. Kalau ada murid yang setia nak bagi kereta, bagilah. Kalau tak mampu, hadiahkan replika sahaja.

Saya berharap kita jangan berpecah lagi. Kalau dirasakan Guru kita kesunyian, offerkan sesiapa sahaja sebagai isterinya. Boleh empat. Nampak macam main-main tapi serius lo. Perkara ini, perkara biasa dalam masyarakat kita. Cuba lihat tokoh-tokoh atau ahli-ahli agama dalam masyarakat kita dulu. Ramai yang menyerahkan dara atau janda mereka kepada guru secara sah. Bukankah akan tenang perjalanan persatuan kita. Tak ada kecoh-kecoh. Tak ada alasan-alasan tiga TA dan sebagainya dalam usaha untuk menjatuhkan Guru Utama. SC akan terus berkembang dan pasti akan bertaraf antarabangsa. Jangan perkecilkan pendapat ini. Terus mencuba. Kalau tidak, mana tahu hasilnya.

Saya berdoa selepas krisis besar yang kita sama-sama hadapi sekarang ini selesai, SC akan terus berkembang maju. Setiap kelemahan kaji balik untuk membuat penambahbaikan.


Selamat Mengembang.