Wednesday, January 17, 2007

PENONJOLAN

Penonjolan

Semua orang menerima hakikat bahawa SC mempunyai keistimewaannya. Silatnya hebat. Prinsip dan pegangan yang disemai kepada ahli sangat menyakinkan. Berdasarkan itu, ramai ahli dapat membicarakan tentang kelebihan SC. Bukan secara khayalan tapi kenyataan. Dari segi persilatan, SC mempunyai keluarbiasaannya, SC mempunyai kaedah-kaedah tetap yang amat praktikal meliputi kedudukan menyerang atau menanti serangan. Falsafah yang terkandung dalam SC amat luas sekali. Ini meliputi hal-hal yang berkaitan dengan diri, keluarga dan hubungan sesama manusia. Apatah lagi dalam konteks hubungan dengan Tuhan. Banyak aspek yang boleh dibicarakan hasil tunjuk ajar yang ada dalam SC. Semuanya praktikal dan bukan teori. Maknanya kita boleh amalkannya dalam kehidupan seharian.

Bagi menguatkan kefahaman di kalangan ahli yang sedang belajar, Jurulatih atau Penyelia Kelas memainkan peranan untuk menanam fahaman tersebut di kalangan ahli supaya menjadi sebati dengan dirinya. Di samping itu kelebihan yang ada dalam SC perlu ditonjolkan supaya orang luar dapat melihat sendiri akan kelebihan kita. Perbuatan bertanggungjawab, cakap serupa bikin, jangan menipu dan sebagainya yang dianjurkan oleh SC, sentiasa ditonjolkan oleh ahlinya. Secara langsung masyarakat luar akan tertarik dengan SC dan masuk SC. Tindakan ini bermakna kita telah berjaya menyebarkan SC dan telah memenuhi maksud perjuangan SC itu sendiri. Itu sebabnya banyak majlis besar telah dijalankan bagi maksud penonjolan SC. Kalau tidak ada sikap ini, mungkin kurang bermakna kita membuat rekod Malaysia dalam acara persembahan. Kita juga mendapat pengiktirafan sebagai persatuan yang terbaik dalam pengurusan. Banyak lagi keistimewaan SC dalam usaha penonjolan kehebatannya. Kalau sesuatu itu dianggap elok dan cantik, memang patut kita menonjolkan kecantikan dan kelebihannya.

Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa kelemahan dalam SC. Setiap kelemahan ini sentiasa dibaiki dan tidak bermaksud untuk dicanang atau ditonjolkan. Itu masalah dalaman yang perlu diselesaikan secara dalaman. Kita tidak mahu orang luar diheret dalam masalah tersebut. Kaedah yang perlu kita gunakan ialah “atasi segera.” Tujuannya supaya masyarakat tidak hilang kepercayaan dan pergerakan persatuan dapat berjalan lancar. Umpama sebuah kapal yang cantik dan indah di mata. Jika terdapat mana-mana kebocoran atau kerosakan, segera baiki sama ada menggunakan kaedah menyelenggara, mengganti atau sebagainya. Jangan heboh-heboh nanti penghuni kapal yang lain yang sedang bergembira dan menikmati keindahan melalui kapal yang dinaiki akan berasa tidak selesa. Kita yang bertanggungjawab menjaga dan mengemudi kapal tersebut, jangan tunggu lama-lama untuk membaikinya, kelak kebocoran atau kerosakan itu akan menjadi lebih parah dan kapal akan tenggelam. Semuanya punah.

Di sinilah peranan kebijaksanaan pada diri kita sendiri. Tapi ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai pemikiran yang luas dan berpengalaman. Mereka tidak panik atau tidak cepat melatah. Ancaman yang ada, dapat dihadapi dengan jiwa yang tenang. Jiwa yang tenang akan menggalakkan kita berfikir tanpa menurut hawa nafsu yang tidak dapat dikawal. Penasihat mesti memainkan peranan yang betul. Jika silap memberi nasihat dan arahan, suasana akan menjadi lebih kelam kabut. Dalam konteks SC sekarang ini kita mengharapkan kebijaksanaan akan mengiringi mutu kepemimpinan. Nyatakanlah sesuatu yang baik tentang SC. Janganlah kita memburuk-burukkan individu dalam SC, sebab kita sendiri akan mengaibkan diri sendiri. Bukan ini yang ingin kita tonjolkan mengenai SC.

Akan tetapi sekarang ini benda buruk yang kita tonjolkan. Hilang kehebatan SC. Buruk Guru yang terserlah dan tertonjol pulak tu. Kenapa benda buruk yang ditonjol. Kenapa berlarut-larutan. Menghadapi kemelut dalaman yang ada, pihak berkuasa perlu bertindak segera. Kalau tolak Guru, nyatakan siapa Guru yang disokong dan isytiharkan. Ambil persetujuan daripada cawangan. Yang tidak sokong, gantungkan cawangan. Senang cerita. Yang tak setuju, letak jawatan. Kalau cuba tarik balik perletakan jawatan, tolakkan. Jawatan bukan tali nak main tarik-tarik. Tak gitu dah pecahpun persatuan. Mungkin bila dah ditunjukkan Guru dan didapati Guru tersebut lebih baik ahli-ahli boleh buat pilihan dan sokongan. Ini lebih baik. Sekarang kita biarkan keadaan yang menentukan segala-galanya. Jangan asyik mengeluarkan surat perkeliling sahaja. Tindakan lebih penting. Tapi kalau nak lebih berkesan, serahkan pada ahli yang menentukan nasib persatuan.

Saya masih teringat ketika kita berpecah dengan CM. Ada golongan yang ragu-ragu dengan En. Mat yang bakal menerajui SC. Orang muda biasanya nafsu kuda. Beliau dikatakan tidak cukup pengalaman untuk menghadapi dugaan dan tanggungjawab sebagai pemimpin SC. Namun begitu ada golongan yang mempertahankannya. Tidak ada yang lebih layak melainkan dia. Tentera Usamah dijadikan landasan. Orang muda boleh memimpin persatuan. Oleh itu orang yang ragu-ragu pada mulanya, akhirnya beralih menaruh harapan. Berjalanlah kepimpinan Guru SC di bawah “payung” orang lama. Orang lama dilantik menganggotai LPT dan semestinya terlantik dalam MMK. Payung bermaksud peranan orang lama sebagai penasihat utama mempastikan Guru berada pada landasan yang dibena oleh mantan Guru Utama. Bukannya payung bermaksud hentam habis-habisan atau umpama senjata mencari sarungnya.

Tapi mana silapnya. Apa peranan penasihat utama hingga menyebabkan Guru melencong seperti didakwa. Lencongan tersebut dikatakan telah lama. Kenapa selama ini tidak berani bersuara. Duduk membisu umpama tok belatok. Ada yang beri alasan, ketika itu susah diberi nasihat kerana faktor umur. Umurnya belum mencecah empat puluh tahun. Angka empat puluh sangat keramat dalam SC. Lepas garisan umur itu, dia akan matang dan pasti berubah. Jadi, dibiarlah kepimpinan secara ikut rasa hingga umurnya empat puluh. Dikatakan jarum emas dan bubuk jawa menjadi amalan. Lepas umurnya empat puluh, adake apa-apa perubahan. Entah. Tiba-tiba meletup cerita dan dakwaan hisap darah dan hisap dara. Apa sudah jadi. Mana perginya punesihat yang selama ini diberi amanah untuk memayung Guru. Maka rosaklah sikit pantatbiran persatuan. Baru sekarang Guru diberi payung berbentuk amaran dan dan kecaman. Beliau diserang dan dipukul habis-habisan dari mula dilantik sebagai peneraju SC hingga sekarang. Nasib baik Guru kita lelaki. Kalau perempuan, lagi teruk kena payung. Tidak ada satu pun yang baik tentangnya. Maknanya selama ini orang sekelilingnnya ramai yang berpura-pura. Sepatutnya setelah dilantik sebagai Guru, orang lama akan memayung Guru, tapi sudah terbalik. Guru pulak memayung mereka di peringkat awal lagi. Dikatakan mereka tak berani langsung bersuara untuk menyatakan pendapat yang berbeza. Pastinya takut tersisih tatkala Guru mempunyai ramai pilihan murid. Yang lebih dahsyat orang-orang keliling ini mengambil kesempatan bersandarkan kepercayaan yang diberi oleh Guru untuk menyingkir orang lama yang lain yang membuat komen perjalanan persatuan atau perjalanan Guru. Mereka bertindak atas kuasa mereka sebagai pegawai persatuan yang dilantik oleh Guru. Paling seronok lagi, melihat akan lakonan mereka. Di peringkat awal, ada pulak usaha untuk singkir-menyingkir sesama mereka daripada persatuan. Maklumlah. Orang lama pun ada beberapa kumpulan yang berbeza. Ada kumpulan awal perkembangan SC dan kumpulan akhir SC dalam zaman Ustaz Hanafi. Dan macam-macam lagi. Ketika zaman Guru yang ada, pengaruh Guru sering dipergunakan. Hiduplah mereka dalam suasana curiga-mencurigai antara satu sama lain. Tapi, bila timbul kes ini, mereka bersatu menentang kepimpinan tertinggi yang ada. Pelik sungguh atas sikap orang yang tiada pendirian ini.

Apakah pengajaran yang boleh kita dapat daripada peristiwa tersebut. Mungkin ada banyak pengajaran, bergantung pada tafsiran masing-masing. Saya teringat satu berpatah,” buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali.” Pepatah itu memberi ingatan kepada kita. Kita perlu berhati-hati jika ingin membuat kebaikan secara bersungguh-sungguh. Sebabnya apabila kita melakukan kesalahan atau kesilapan walaupun sekali, segala kebaikan akan dilupakan terus . Kita akan terus dikecam sepanjang hayat . Kesian En. Mat. Kerana kesilapannya, segala kebolehan dan kebaikan yang pernah dilakukannya sebelum ini habis dilupakan. Jadilah beliau insan yang tidak berguna di sisi mereka yang menyerangnya secara habis-habisan. Apanak buat. Itulah budaya bangsa kita. Kerana itu juga lahirnya perkataan amuk dan juga pepatah yang berbunyi,” alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.” Kalau dah orang benci, biarlah diteruskan kesilapan tersebut. Bila nafsu bersekongkol dengan akal, bukan main hebat jadinya. Daripada nafsu kuda jadi nafsu gajah. “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali tapi banyak kali.” Baru puas di hati.

Pengajaran lain yang saya dapat, sebaik-baik sahabat atau kawan mesti ada perasaan iri hati. Kita semacam tidak mahu menerima kelebihan orang lain walau dalam bentuk apa sekalipun. Sekurang-kurangnya iri hati pada pendapatan bulanan kita. Ada yang berpangkat besar dan bergaji lumayan. Dalam silat, jauh di lubuk hati mereka; ada perasaan puas kerana dikatakan pendapatan Guru dah tak masyuk lagi. Apa kena mengena dengan kes yang asal. Dengki loooo.