Friday, January 5, 2007

PENGORBANAN

Letihlo.

Akibat peristiwa yang berlaku, kedudukan Guru telah tercabar. Kewibawaannya dipersoalkan dalam usaha memperkasakan SC. Ada yang menolak kepimpinan beliau keseluruhannya. Ramai yang memerhati dengan sikap tunggu dan lihat. Tidak kurang ramainya yang masih menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi atas kepimpinan Guru.

Walau bagaimanapun, terdengar juga mereka yang merintih atas pengorbanan yang dilakukan selama ini. Bukan maksud menyesal atas usaha yang dilakukan tetapi terasa penat. Badan kalau sudah penat, dua anggota tangan dan kaki terasa kaku untuk bergerak. Maknanya terasa malas nak mengajar lagi agaknya. Maka yang bergerak hanyalah akal yang satu. Mulalah akal memainkan peranan. Itu sebabnya dalam kelas silat, betapa pentingnya Jurulatih memainkan peranan mengisi masa, “mengajar silat” dengan sepenuhnya tanpa curi tulang. Selesai sahaja latihan, pasti penuntut akan letih dan berehat. Ketika inilah Jurulatih berperanan menyebarkan fahaman SC ketika penuntut masih boleh menggerakkan akal mereka. Jika kurang pertimbangan, akal akan dipengaruhi oleh nafsu. Tetapi akal yang berfikir pastinya dalam lingkungan pemikiran yang luas atau sempit. Akal yang luas biasanya memikirkan idea keseluruhan. Memikirkan masa depan persatuan dan perancangan seterusnya. Akal yang pendek atau singkat akan terus membincangkan isu yang sedia ada, mengulas watak dan perwatakan yang terlibat dan melepaskan geram seolah-olah bertindak sebagai penyelamat persatuan dalam bentuk lisan dan tulisan. Bergerak dan bertindak tidak juga.

Istilah pergorbanan membawa banyak makna dan tafsiran. Terpulanglah kepada mereka yang membicarakannya. Ada yang mengatakan bahawa dia telah berkorban wang ringgit bagi memperkembangan SC. Habis duitnya ditaburkan kepada persatuan , dan semestinya, termasuk juga Guru. Ada yang menegaskan bahawa dia telah mengorbankan tenaga dan masanya untuk mengembangkan SC. Baru-baru ini ada pulak di kalangan ahli yang merujuk pengorbanannya kepada kes yang melibatkan dakwaan pencabulan. Pada mereka, pengorbanan yang hebat telah berlaku di kalangan ahli, apabila si bapa berkorban hatinya melewatkan repot pada polis. AJK tertentu dalam MMK berkorban diri untuk membela Guru dengan cara memujuk pihak yang dinoda supaya bersabar dan melewatkan repot. Ahli dalam badan penyiasat dan kehakiman turut melahirkan rintihan betapa hebatnya mereka berkorban untuk mencari kebenaran. Mungkin ramai lagi ahli yang tertentu yang mendakwa bahawa mereka telah membuat pengorbanan yang hebat dalam persatuan. Hebat sungguh ahli-ahli SC. Semuanya telah berkorban, berkorban dan berkorban. Tambahan pula kita baharu sahaja meraikan Hari Raya Korban.

Kalau kita tumpukan perbincangan di atas, nampaknya istilah pengorbanan merujuk kepada dua golongan manusia ketika ini yang berada dalam SC. Satu golongan adalah mereka yang berkorban kerana kes yang berlaku berkaitan Guru Utama. Satu lagi golongan ialah mereka yang berkorban sepanjang masa kerana Silat Cekak. Mana satu yang sepatutnya, entahlah. Masing-masing ada hujah atas kepentingan masing-masing. Kita lupakan buat seketika pada golongan yang mendakwa telah berkorban kerana kes Guru Utama. Tak nampak faedahnya untuk kita berbincang dalam halaman ini. Kita tumpukan pada golongan yang berkorban untuk SC.

Bila kita sebut berkorban, maknanya ada sesuatu yang dikorbankan. Kita korbankan masa, tenaga, wang ringgit dan paling penting pada saya ialah perasaan kita. Bagaimana carta aturannya menurut keutamaan? Ini boleh dibahaskan. Ramai yang telah berkorban wang ringgit, masa dan tenaga dalam keadaan muncul sekali sekala apabila ada acara. Nampak seolah-olah sumbangannya pada SC amat hebat. Tapi kemunculan dan penglibatan mereka hanya bermusim. Jadi, sumbangan wang ringgit, masa dan tenaga ada kaitan dengan acara-acara rasmi yang dianjurkan oleh SC. Kelas silat jarang dimasukkan dalam aktiviti mereka. Walau bagaimanapun kita tidak boleh nafikan sumbangan mereka. Dengan adanya sumbangan mereka, acara silat dapat berlangsung dengan meriah. Hamper-hamper yang diperoleh daripada CNI merancakkan pengumuman juruacara. Ahli-ahli akan berasa gah dengan kehebatan acara SC. Ini secara lansung akan menguatkan semangat mereka untuk terus mengembangkan SC di seluruh tanah air.

Ada yang berkorban wang ringgit, masa dan tenaga untuk mengerakkan pergerakan SC. Ini bagi mempastikan persatuan berjalan lancar. Mereka mengorbankan masa dan tenaga untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran, malah mengorbankan wang ringgit membeli peralatan untuk kerja-kerja pentadbiran. Walaupun mereka berkorban tiga puluh sen membeli pencil, kalau dijumlahkan dengan pembelian-pembelian kecil yang lain setiap tahun, membuktikan sejumlah besar wang telah digunakan daripada poket mereka sendiri.

Orang yang turun padang mengajar SC juga telah berkorban dengan begitu hebat sekali. Pengorbanan masa dan tenaga, perkara biasa. Penggunaan wang ringgit pulak begitu besar jumlahnya kerana mengisi minyak ke kelas silat. Ukuran kilometer adalah pelbagai. Ada yang jaraknya melebihi tiga puluh meter. Kerana perjuangan, mereka sanggup berkorban mengisi minyak kereta ke kelas silat. Oleh sebab wang ringgit, masa dan tenaga mereka tidak diganti atau dinilai, maka mereka diistilahkan sebagai telah berkorban. Begitulah hebatnya pengorbanan mereka untuk mengerakkan SC. Pengorbanan mereka susah nak nampak. Kalau sumbangan wang ringgit dalam satu-satu acara SC, nama mereka akan diumumkan. Kalau sumbangan berupa masa dan tenaga, nama mereka juga akan diterterakan dalam buku cenderamata. Tapi pada mereka yang mengajar silat, pengorbanan mereka akan dibalas dalam perjumpaan Jurulatih. Mereka akan dijamu dengan pelbagai juadah termasuk bihun ataupun bihun dawai, dan kuih cucur badak ataupun kadang kalanya dapat kuih cucur kulit badak. Tengah harinya mereka akan disajikan nasi bungkus. Sedap juga. Bersyukur dapat nasi bungkus dek kerana ada mesyuarat agung atau koperasi selepasnya. Tapi ada hadiah. Hadiah yang tidak boleh dilupakan ialah alat pengorek telinga dan penarik janggut, Canggih buatannya.



Walau bagaimanapun, pada saya pengorbanan yang paling hebat yang dialami oleh mereka yang turun padang ialah pengorbanan yang mengorbankan perasaan orang lain. Maknanya ialah kita melibatkan juga pengorbanan daripada isteri kita, anak kita atau mungkin kedua ibu bapa kita dan rakan-rakan kita. Kerana SC banyak program, perasaan isteri dan anak-anak, terpaksa dikorbankan. Permintaan mereka mungkin ditolak. Jadual aktiviti yang ditetapkan bersama, mungkin perlu diubah. Biasanya dari aspek lain, si suami mengalah tapi bila menyentuh hal silat, si suami akan bertegas. Tergoreslah hati anak isteri mereka. Apa nak buat. Perjuanganlah katakan. Bila berlaku suasana yang kecoh sekarang ini, baru sisuami frust. Kali ini hati mereka pula yang tergores. Pada isteri dan anak, mungkin dalam hati mereka, terlintas kata-kata “Padan Muka”. Semangat si suami turun dari Gred “a” ke “e”. Daripada perkataan Jurulatih bertukar status Juruletih. Nasib badan.

Pengorbanan yang lagi hebat ialah apabila terpaksa berehat di hospital. Masa ini kunjungan yang kerap hanya daripada sanak saudara, terutamanya anak isteri. Paling malang, tiada ahli yang menjenguk atau menampakkan muka. Apatah lagi barisan tertinggi dari pusat. Pusat Islam ramai-le. Tapi mereka bukan ahli. Teringat nasib macam motor atau kereta. Apabila baik keadaannya, motor dan kereta ditonggang atau dipandu merata-rata. Bila motor atau kereta rosak, hantar sahaja ke bengkel. Jangka masa pembaikan bergantung pada kerosakan. Habis kurang, sehari. Biasanya sepuluh hari. Tersadailah motor dan kereta di bengkel. Tuannya tidak akan menjenguk hinggalah ke saat kerja-kerja pembaikan telah selesai. Bila siap dibaiki, motor dan kereta terus ditonggang atau dipandu merata-rata tempat untuk tiba ke destinasi. Bila rosak, hantar balik ke bengkel. Teringat nasib motor atau kereta, teringat pulak nasib diri mereka yang malang. Ini akal yang cakap bila badan dan penat dan nafsu masuk sikit-sikit. Penat dengan karenah yang berlaku sekarang ini. Kot kot dapat le Pingat Berjasa ke Setia ke atau apa-apa pingat. Nampaknya habukpun tarak. Siapa nak bagi. Persatuan dah berpecah., Guru dah digantung, MMT dan disunat. Akhirnya isteri juga yang kena buat Pengat. Aku? Sambung belajarlah!! Belajar apa! Macam-macam ada.