Monday, January 22, 2007

Kesetiaan

Salah satu budaya orang Melayu (khususnya) adalah akur tanpa banyak persoalan apabila bersangkutan dengan bab-bab keagamaan. Hatta walaupun mempunyai persoalan, diajukan persoalan tersebut, dan menerima jawapan seperti:

“Hisshh..!! Mana boleh tanya soalan yang macam gitu..!! Sesat tuh..!!”

Sudah cukup membuatkan yang bertanya itu berpuas hati (walaupun jawapan sebenarnya tetap tidak diperolehi). Biarpun khatib membaca khutbah yang tidak berapa tepat maklumatnya, Melayu tetap diam dan membenarkannya hanya kerana “Barangsiapa yang berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah, maka luputlah pahala Jumaatnya”.

Budaya tersebut semakin terserlah apabila persilatan itu sendiri dikaitkan dengan unsur-unsur keagamaan. Maka ahli-ahli silat jadilah sebagaimana mereka yang mendengar khutbah Jumaat terhadap guru silat mereka. Apa yang diperkatakan oleh mereka kiranya benar sajalah. Maklumlah, “Barangsiapa yang bersuara, maka derhakalah ia dan luputlah jawatan persatuannya”.

Masing-masing mempunyai kepentingan masing-masing. Nampaknya si sini ramai ahli silat cekak masih agak kabur mengenai perbezaan antara DERHAKA dengan TEGURAN. Jika dah anggap guru semuanya betul, tegur sedikit kesilapannya pun dikatakan derhaka – almaklumlah, sesetengah berpendapat bahawa guru bebas daripada kesilapan (malah ada yang pergi lebih jauh ke arah istilah ’maksum’).

Kita telah dididik untuk tidak menderhaka kepada ibu dan bapa, malah menuruti mereka selagi mana apa yang mereka minta daripada kita itu tidak bercanggah dengan agama. Hatta jika kita hendak menegur pun hendaklah dengan cara yang tidak menyakiti hati mereka.

Yang peliknya, bagaimana ahli silat cekak yang dididik untuk tidak derhaka kepada ibu dan bapa tidak boleh melaksanakan perkara yang sama kepada guru? Jika guru buat silap, tegurlah dia – dengan cara yang tidak menyakitkan hatinya. Jika bercanggah, jangan turuti kehendaknya, dengan cara yang tidak menjatuhkan maruahnya. Masih tidak suka? Tinggalkan saja dia – tetapi dalam keadaan yang tidak putus hubungan terus. Bak kata-kata orang yang putus cinta, “At least we can still be friends..”

Puak yang lagi satu itu pun sama juga. Jika tahu bersalah, mengaku sajalah. Habis cerita. Susah-susah, turun takhta terus. Pasti akan ada yang melangkah ke hadapan untuk mengganti.

Bak sembahyang berjemaah. Jika imam dah terkentut sampai speaker pun boleh pecah dek bunyinya, keluarlah. Ambil wudhu’ semula dan join kembali sebagai makmum. Apa perlu risau? Pasti akan ada orang lain akan melangkah ke hadapan dan menggantikannya. Adakah MESTI hanya orang yang betul-betul berada di belakang imam? Tak semestinya. Sesiapa sahaja yang berada di barisan hadapan boleh menggantikannya (walaupun di hujung barisan).

Adakah MESTI ada mandat jika keadaan terdesak sebegitu? Pernahkah kita melihat Pak Imam yang batal solatnya menamakan calon yang menggantikannya? Atas sebab itulah Ustaz Hanafi menekankan kriteria Hakikat, Ma’rifat, Syariat dan Isyarat di dalam pantun silat cekak yang menyimpulkan segala perdu silat cekak. Bukan Mandat atau Syarikat.

Jika imam dah kentut bunyi mengalahkan bom nuklear, dan tetap tak reti bahasa untuk undur diri, apa yang makmum buat? Tegur dengan ”Subhanallah”. Dah tegur, pun tak reti bahasa juga (khusyuk tahap maksima sampai batal solat pun tak sedar), mufaraqah sajalah. Apa susah?

Persoalannya, kebanyakan kita lebih mementingkan yang mana? Mementingkan perjalanan solat itu sendiri ataupun imamnya? Kita setia kepada yang mana? Setia kepada imam atau setia kepada solat? Dan yang paling utama, yang mana harus dipelihara? Menyumbat lubang buntut imam yang terkentut itu atau meneruskan solat dengan cara yang sah? Adakah jika imam terbatal, kita pun harus turut membatalkan solat kita untuk mengikutnya? Ataupun adakah kita tetap meneruskannya?

Guru Utama sendiri pernah memberi kenyataan berikut:
“Jadilah makmum yang setia..”

Setia kepada yang mana? Kepada guru? Kepada MMK? Atau kepada perjuangan silat? Wa puchi tau.. Lu tanya sama itu olang la. Itu statement dia yang kasi ma. Haiyaa.. Lu tanya sama itu budak sekolah pakai analogi tadi aaa, itu budak sekolah pun boleh jawab ma.