Tuesday, January 2, 2007

KELETIHAN

Penatlo


Puluhan tahun yang lalu, ketika berjumpa rakan karibku, pernah aku ajukan satu soalan, “Kenapa tak main golf,” aku memulakan bualan dengan kawanku yang sedang menyandang jawatan yang hebat.

“Mana ada masa. Aku hanya minat pada silat. Keseluruhan hidupku, kuhabiskan dengan silat. Bermula dari jam 8 malam, kakiku akan kulangkahkah ke kelas silat. Hampir jam 1 pagi setiap malam baru aku jejakkan kaki ke rumah. Inilah aktiviti harianku setiap hari. Mana aku ada masa. Siang hari akan kuuruskan kerja harianku. Waktu petang pun kerap sangat aku terlibat dengan kelas silat yang ada pelajaran di waktu petang. Sibuk sekali.” Begitulah alasan kawanku yang begitu minat dan taksub dengan kegiatan SC. Keseluruhan hidupnya diamanahkan kepada perjuangan silat. Cakap-cakap itu entah berapa tahun yang lalu. Walau bagaimanapun aku berterima kasih padanya yang menemukan aku dengan SC.

Baru-baru ini aku berkesempatan berjumpa denganya sekali lagi. Raut wajahnya tidak seceria seperti dulu. Kalau dulu nampak saja mukaku, dia tersenyum dan menjemputku minum. Ceritanya tak ada lain. Pasti bab silat. Kini segala-galanya nampak berubah. Aku boleh meneka sebab aku juga ahli SC. Pastinya kes yang melibatkan Guru sedikit sebanyak telah mempengaruhi kekecewaannya. Aku berbual panjang dengannya. Memang benarlah bahawa kes yang melanda SC benar-benar telah bergoncang hebat dan memporakperandakan aktiviti SC. Kesnya bermula dengan dakwaan cabul oleh seorang gadis yang didakwa anunya diramas. Bapanya telah membuat dakwaan dan aduan mengenai Guru SC pada MMK. Dengar cerita dengan ugutan. Kalau tidak dapat selesaikan, akan diadukan pada polis. Tapi dalam aduannya, kes tersebut bukan merupakan tuduhan utama. En. Mat telah dikaitkan dengan kes-kes lain yang bercorak peribadi. Tuduhan itu termasuk “menipu” anak murid. Ekorannya, kerana ancaman dan ugutan, tertubuh Badan Siasatan dan Badan Kehakiman. Tetapi kedua-dua badan tersebut telah dipersoalkan kewibawaannya oleh sesetengah pihak. Kini, persatuan telah haru biru. Tuduhan tidak berfokas. Cacian dan fitnah sangat dahsyat sekali. Peneraju persatuan yang ada sangat bersemangat menentang Guru Utama atas prinsip kononnya. Terdapat gelagat antara ahli yang merupakan peneraju persatuan tersebut, rela persatuan terhapus bersama-sama Presidennya walaupun ada antara mereka telah dilantik sebagai orang penting Persatuan.

Apa yang dikesalkan oleh kawan saya itu, bukan kes pencabulan yang telah berlaku. Kes tersebut telah diadukan kepada pihak berkuasa. Biarlah mereka yang bertindak. Tapi perkara yang dikesalkan ialah suasana yang wujud sekarang telah memanggil satu lagi pepecahan yang tidak mungkin akan bertaut semula. Sifat yang wujud sekarang tidak melambangkan mereka bekas anak murid yang mendapat ajaran daripada Ustaz Hanafi. Mudah sangat merajuk dan menjauhkan diri. Manakala yang ada dan tidak bersetuju dengan Guru, terus menyerang dengan pelbagai fakta dan alasan. Semuanya fakta buruk belaka. Ada yang bersedih kerana disebut binatang. Tak jelas pulak tu, binatang apa. Kalau kancil, nampak cerdiknya. Begitu mudah sekali mereka mengiktiraf gelaran tersebut daripada orang yang tak ada hak memberi gelaran. Bila dikatakan silat ini hak keluarga, ramai lagi yang kecewa. Menghempas-hempas kepala di bantal pada yang berhajat. Rata-rata, ramai yang tidak dapat menerima hakikat SC sebagai silat keluarga. Apa yang mereka perjuangkan selama ini bukan kerana keluarga tapi kerana prinsip dan kebenaran yang ada dalam SC. Prinsip dan kebenaran ini pasti erat kaitannya dengan aspek ketuhanan. Kalau selama ini perjuangan kerana keluarga sahaja, bukan kerana Allah, apa yang dapat? Haiya susah lo. Lawak atak sikit-sikit lapat ma.

“Aku dah penatlah,” itulah perkataan yang terkeluar secara tiba-tiba daripada kawanku tersebut.

Daripada perbualannya, aku faham apa yang dimaksudkan dengan perkataan “penat” tersebut. Sewaktu pepecahan kali pertama, beliau memainkan peranan membuat kempen dan penerangan bagi menegakkan kebenaran SC Hanafi. Bila berjumpa dengannya, isi percakapan berkisar tentang perselisihan pendapat antara SC Hanafi dan Malaysia. Beria-ria beliau menegakkan kebenaran SC Hanafi. Dalam Perayaan 40 tahun SC, beliau tersenyum puas. SC kembali sedia kala. Kekuatannya kalau tidak menyamai pasti melebihi kekuatan SC sebelum berpecah. Mereka memberi ucapan tahniah sesama sendiri tanda puas. Perjuangan yang tekal selama ini membuahkan hasil yang hebat. Memang Cekak hebat.

Tapi kenapa kes yang timbul sekarang ini yang belum tahu asal usulnya, benar salahnya dan apa biji buahnya, boleh menggugat dan memecahbelahkan langsung SC. Semasa perayaan dulu bukan main hebat kesetiaannya. “Bersatu teguh, bercerai peluh.” Tapi kenapa Guru yang terlibat dengan kes, tiba-tiba telah dilambung atas bawah, kiri kanan tanpa ada sikitpun habuan kebenarannya. Betul-betul tiga ratus enam puluh darjah ma. Paling malang ada antara ahli yang cuba mengaitkan tindakan En. Mat melompat pagar berjumpa Pak Ak dianggap sesuatu yang tidak betul walaupun dulu betul. Pendek kata dari mula kehidupan En. Mat dalam SC sebagai tenaga pengajar hingga sekarang, semuanya tidak betul. Apabila kedudukan Guru tergugat dan terumbang-ambing, secara langsung persatuan ikut sama jadi tak tentu hala. Sedih sungguh. Lagi sedih bila timbul mazhab yang melibatkan sesiapa sahaja yang berkait rapat dengan En. Mat, akan diserangnya. Tak kira adik beradik, ibu dan baru-baru ni birasnya di Pulau Pinangpun kena. Kesian dia. Tak fasal-fasal kena. He he he he. Kadang-kadang lawak pun ada. Dalam sedih-sedih, tergelak sikit. Semuanya dikulluhumkan dalam istilah Bani Hanafi. Bersempena dengan nama bapaknya. Ayoyoyo apa sudah jadi. Amma.

Saya masih ingat pesanan Guru, “Sesuatu yang dilakukan bermula dengan dengan perasaan MARAH akhirnya nanti akan diakhiri dengan perasaan MALU.”

Maknanya kalau kita melakukan sesuatu, janganlah dipengaruhi perasaan marah. Marah akan menidakkan akal yang sempurna dan lebih dipengaruhi oleh nafsu atas kepentingan yang tertentu. Biasanya mereka akan bertindak tanpa betul-betul menggunakan dua mata dan dua telinga. Ikut nafsu, biasanya akal pendek. Lama-lama tengkok pun turut pendek. Orang ini biasanya akan malu sendiri apabila terbit kebenaran yang sebenarnya yang akhirnya pasti terserlah. Segala fakta, banyak yang bersandarkan pada apa yang dikatakan oleh orang lain. Siapa orang-orang itu? Mesti ada kepentingannya. Mesti orang-orang lama. Ataupun orang-orang lama-lama. Jangan-jangan orang bangka.

Saya sangat bersetuju dengan pendapat bahawa “Penat” juga dapat dikaitkan dengan perjuangan. Beliau berpendapat, perjuangan SC padanya sangat simple sahaja.”Mengembangkan Silat Cekak”. Dua perkataan yang melambangkan usaha murni beliau dalam kegiatan SC selama ini. Padanya mengembangkan SC adalah merupakan perjuangan hakiki setiap ahli yang mempelajari SC. Dalam SC terdapat “rahsia” yang besar, bertindak sebagai kunci kehidupan. Kelebihan ini perlu disebarkan dan diperjuangkan. Menentang khurafat dan tahyol, jabatan agama ada. Menjaga negara, polis dan tentera ada. Membela bangsa Melayu, parti politik kita ada. Mengembangkan silat, kita sahaja yang ada. Bila pergerakan dan usaha-usaha mengembangkan silat terbantut dan dibantutkan, bukankah ini menjadikan kita penat. Penat setelah itulah sekian lama yang kita perjuangkan. Tapi puak puak yang menyekat ijazah dan pengembangan SC tidak terasa penat. Perjuangan mereka ialah membasmi tahyul dan kurafat dalam silat. Usaha mereka ialah mencari apakah yang kurafat dan tahyol dalam SC. Yang lebih dahsyat, mereka yang berfaham global, akan merata-rata membuat kajian atas Silat-Silat Melayu yang ada untuk menentang tahyol dan kurafat. Bila terasa makam lebih tinggi, mereka ke sana-sini mempertahankan tanah air daripada anasir tahyol dan khurafat dan meningkatkan bangsa Melayu dengan menjauhi anasir tahyol dan khurafat. Peningggg. Agaknya itu sebabnya bila pergerakan SC terganggu, mereka tidak terasa apa-apa sebab perjuangan mengembangkan SC tidak ada dalam perbendaharaan kata mereka. Tapi pada mereka yang perjuangannya untuk mengembangkan SC, apabila terasa tergugat kerana tidak dapat mengembangkan SC atau tersekat dengan pelbagai peraturan, terasa penat atas usaha yang dilakukan selama ini. Seolah-olah perjuangan yang dilakukan selama ini akan sia-sia.

Sekurang-kurangnya sekarang kita dapat membezakan erti perjuangan di kalangan pendukung-pendukung SC. Apa yang mereka dukung selama ini. Jawatan sahajakah. Atau sanggup turun padang melibatkan masa dan tenaga dalam usaha mengembangkan SC. Yang hanya dukung jawatan Cuma kerap kali mengekori Guru mengejar sedikit populriti sepanjang hayatnya dalam SC. Tak ekori pun hanya akan mengangguk tanda sokong tanpa meletakkan akal di otak kepala. Haiya! Kalau tak letak di kepala, letak di mana?. Celah tu kan ada! Ooooo