Monday, February 26, 2007

Kisah Perang

Saja nak bertanya kepada pembaca semua. Apa persamaan yang boleh kita kaitkan antara orang di Palestin dan ahli-ahli Silat Cekak di Malaysia? Ini bukan nak mengarut tapi memang saya nak bertanya. Banyak sebenarnya. Dari segi apa persamaan yang boleh diambilkira? Berbalah sesama bangsa? Betul. Tak mahu nak capai kata sepakat walaupun masing-masing bawa Qur’an ke sana ke mari? Betul jugak. Bergaduh disebabkan perkara yang yang dilakukan oleh orang (seseorang) lain? Lagi betul. Ramai yang dah terbunuh (hilang maruah) tak tentu sebab? Pun betul. Habis tu kalau semuanya betul kenapa ditanya soalan-soalan yang memang dah tahu jawapannya. Saja..saja nak sahkan pendapat yang dikatakan betul.

Palestin ada cerita dan sejarah yang lama. Silat Cekak pun mewarisi cerita dan sejarah yang tidak kurang lamanya. Cuma Silat Cekak mempunyai sedikit perbezaan dari segi matlamat dan tujuan. Palestin membangkitkan kepimpinan dan semangat. Silat Cekak juga melahirkan kehebatan kepimpinan dan semangat perjuangan. Pendek kata jika dikaitkan semua persamaan ini pastinya dihujung cerita ramai yang akan mengambil keputusan alang-alang kalau nak berbalah baik le kita berperang di Palestin dan claim syahid daripada berlawan dan berlawan tanpa ada ketentuan mati dan terbunuh. Yang pasti maruah dan harga diri dibogelkan setiap hari. Tak tahu siapa yang kalah dan tak tahu siapa pulak yang mengaku menang.

Silat Cekak sekarang ni nampak je dah tenang tapi actually sedang berperang. Memang ramai yang dah cool. Tapi actually para general sedang amat sibuk bersidang di meja-meja mamak bistro sambil pening mencatur. Para soldadu yang bersekutu dengan puak-puak berbalah masing-masing sibuk menyusun barisan di medan hadapan (kelas dan cawangan). Kucar-kacir. Sampai laskar-laskar yang baru daftar nama (belum sempat jadi rekrut) dah disuruh pegang senjata (macam cerita Enemy at the gate) Saya tak tahu kenapa secara tiba-tiba nak sentuh bab ni. Apa yang dironta-rontakan?

Jawapan syok sendiri..Konsep berperang dan matlamat peperangan tersebut.

So what is wrong with it? Kenapa dengan konsep berperang? Suka ke berperang?

Jawab hati..Of courselah wrong bro. Konsep peperangan kita la ni dah lari dari matlamat peperangan yang digariskan. Saya "suka" berperang tapi bukan dalam pendekatan sekarang. Saya inginkan peperangan dalam pendekatan dan matlamat dulu.

Gila ke apa mamat nih? Kalau Bush baca blog nih confirm dia akan hantar satu pasukan elite dan cari terrorist yang tulis artikel ni. Hantar ke Guantanamo Bay.

Sabar dan bawa bertenang. Saya masih waras. My conscience is very clear.


Memang sejarah merakamkan betapa Silat Cekak telah berperang sekian lama sejak dari awal kelahiran semula. General terbilang i.e Ustaz Hanafi akan terus dikenang sebagai the Greatest Commander Ever kerana berjaya memenangi peperangan demi peperangan yang diterajuinya. Peperangan apa yang dimaksudkan?. Beliau berperang menentang ketumbukan fahaman jumud masyarakat terhadap silat dan seni warisan bangsa. Ustaz berperang melawan idea sempit masyarakat yang menghalang kebangkitan Silat Cekak sebagai satu kuasa besar persilatan yang baru.

Jika di Palestin saban hari kita digegarkan dengan gempita bom dan mortar, tetapi satu ketika dahulu Ustaz Hanafi telah menggegarkan bangsa Melayu dengan bom pemikiran berkuasa tinggi yang mempunyai tahap effektif menjangkau keupayaan tahap berfikir masyarakat ketika itu. Akibatnya banyaklah pemikiran-pemikiran marhain yang terbunuh hancur lebur dengan ketajaman dan kepedasan bom yang dilancarkan oleh Ustaz Hanafi. Ustaz Hanafi turut melancarkan peperangan ala gerila yang cukup pantas dan terancang. Akibatnya lawan menjadi cempera dengan serangan mengejut. Lain strategi pertahanan yang dibuat, lain corak serangan yang mereka terima dari Ustaz Hanafi. Kekuatan tentera pimpinan Ustazl Hanafi sesungguhnya amat dikagumi. Tentera Hanafi masih muda tetapi semangat untuk sehidup semati dalam memperjuangkan pemikirannya amat luar biasa. Paradigma ketajaman senjata mereka amat kuat dan dahsyat. Apabila mereka berada di barisan hadapan, kata dan istilah “undur” secara-tiba-tiba diisytiharkan mati. Seolah-olah mereka adalah sebuah keretapi laju yang Ahmadenijad kata tak boleh nak diundurkan lagi. Tapi tak tau le kalau barisan pemimpin dari kedua-dua puak bertelagah sekarang, boleh ikut cara ni lagi.

Pernah sekali dalam satu battle lama dulu, betapa barisan para guru-guru silat melayubersekongkol dan bersekutu menentang Hanafi, Beliau rilek sambil mengarahkan para pengikutnya menurut perintah secara authoritarian. Akibatnya dalam battle tersebut, lidah dan upaya para pihak bersekutu dibom sekali lagi dengan ledakan kritis buah fikiran Hanafi. Memang sifat pengamal Silat Cekak perlu selalu bersedia. Ustaz Hanafi membuktikan segalanya.

Itu sejarah dulu. Kini kita berperang lagi. Tak sempat nak rasa aman. Tapi apa yang hendak dihairankan. Memang semua orang tahu kita hanya tenang di atas, bergolak di bawah. We still produce boms. We keep on firing and attacking. Bahkan kita terus menghujani lawan dengan bom-bom yang baru. Sayangnya target jauh tersasar. Bom yang digugurkan telah terlalu banyak membawa kemusnahan kepada tentera sendiri di pihak masing-masing. Yang paling hebat setakat ini ialah bom di Harian Metro "Guru Silat Cabul" Hasrat nak bagi masyarakat terkejut. Alih-alih diri kita sendiri yang sakit menanggung rasa tak tentu. Pemikiran hebat yang terbina selama ini dengan sendirinya musnah angkara bom buatan tangan kita sendiri. Tembakan so called para pejuang dari kedua-dua belah puak yang sama standardnya dengan pelajar PLKN, lebih menjurus kepada sasaran yang tidak mempunyai sebarang nilai. Rugi. Senjata dikeluarkan tetapi pulangan kosong bahkan memalukan. Adakah kita terlewat untuk membetulkan semula matlamat peperangan? Saya rasa masih ada lagi jalan keluar. Biar telah banyak maruah yang terkorban, jumlahnya secara kolektif masih kecil.

Sekadar memberi pandangan kepada warlord- warlord yang otai dan yang baru. Tak kisahlah berada dalam kubu yang mana. Bukan ke baik kalau dalam peperangan ini kita alihkan sasaran kembali kepada masyarakat. Amat bagus jika kita dapat gugurkan bom-bom yang sarat dengan rahsia keilmuan yang hebat ke dalam ruang fikir masyarakat yang majoritinya masih belum nak sedar. Alangkah cantiknya jika dapat kita goncangkan semula tanahair ini dengan satu bom rumusan kefahaman Tauhid yang padu yang bukan sekadar mengejutkan hati yang tidur bahkan turut mencelikkan mata yang selama ini buta terhadap senjata yang dinamakan Silat Cekak. Biar semua orang kembali cempara dengan peperangan ini. Mungkin payah untuk berlaku sebab ketiadaan General sehebat Ustaz Hanafi. But remember Ustaz Hanafi ada meninggalkan legasi yang tidak kurang handalnya. Ramai otai-otai yang kat luar sana yang dahpun sejuk dengan cerita-cerita bergaduh tak ketahuan ni, yang willing to make a come back. Otai does not mean they are too old. I’m talking about pemikiran dan semangat mereka. Pujuk balik mereka ini untuk kembali ke meja percaturan medan. Bagi peluang kepada untuk para otai-otai ni sit down and recommend new approach. Tapi kalau tak mahu bagi, make sure semua warlord yang ada sekarang ni dah ada plan dan strategy yang baru. For instance, let say nak lantik General yang sah dan baru, buatlah announcement cepat-cepat. Jangan tunggu lama-lama. Nanti kempunan. Rugi. Insyaallah kalau kena caranya otai-otai ni boleh follow. Mereka akan setuju.

What ever it is, damages have already been done. Kalau repair sekalipun sopak dan parut tetap ada. Tapi itu biasa laa..memang adat dalam bergaduh. Mesti ada yang kena belasah dan injured. So fikirkan semula taktik yang paling baik untuk digunakan. Ingat..sasarannya ialah minda masyarakat. Pendekatan kita ialah silat. Matlamat ialah mengembalikan penguasaan kehebatan pemikiran dan kefahaman General Hanafi. Pikir la apa yang patut dibuat. Jangan dok bergaduh je. Bagi le benifit sikit kat orang lain.

Tuesday, February 20, 2007

ANALISIS POLITIK SC

Hampir setahun sejak kekecohan yang berlaku dalam persatuan kita sudah mula nampak bibik-bibik kesudahannya. Harapan agar En Mat dihukum nampaknya tidak semudah disangka. Sebaliknya, kegiatan ijazah penuntut oleh En Mat masih bermaharajalela. Suasana tersebut menyakitkan hati ahli-ahli MMK yang ketika ini sangat benci pada En Mat. Maklumlah En Mat manusia, mereka pulak dikatakan binatang. Pengaruh En Mat semakin meluas akibat kegiatan ijazah tersebut. Sambil ijazah, beliau boleh membuat syarahan untuk memberi penjelasan kepada ahli atas kekecohan yang timbul. Kalau bukanpun En Mat, para pengiringnya akan memainkan peranan untuk menyebarkan fakta. Perkara ini umpama duri dalam daging pada barisan kepimpinan yang menolak En Mat. Suasana ini pula menimbulkan parasaan serba salah di kalangan cawangan. Satu segi, cawangan terikat dengan keputusan MMK dan satu segi yang lain, dalam kegiatan silat, ikatan dengan Guru perlu ada. Malangnya Guru yang ada telah ditolak oleh MMK. Nak salahkan cawangan memanggil Guru pun tak patut. MMK menolak Guru yang ada tapi tidak mengisytiharkan Guru baru. Saya yakin MMK pun serba salah dalam menghadapi kemelut ini.

Walau bagaimanapun nampaknya MMK sedang dan terus membuat perancangan agar En Mat tersingkir atau disingkirkan. Dalam hal ini mereka akan berhati-hati. Dalam mesyuarat MMT tempoh hari, walaupun puak-puak MMK ini menolak En Mat sebagai Guru dengan cara tidak mengundi, tapi ada ahli MMT daripada kalangan mereka yang menegaskan bahawa pengganti Guru tetap daripada kalangan keluarga Ustaz. Ahli MMT itu pastinya bercakap daripada hati kecil yang ikhlas ketika itu. Kalau sekarang sudah berubah entahlah. Tapi saya yakin MMK akan mengemukakan Guru baru. Pengenalan gelaran Guru sukar diramal, sama ada Guru itu bergelar Guru Amanah atau Pemegang Amanah atau Guru Kontrak Tiga Tahun atau atau atau. Andaian bahawa mereka akan mengemukakan Guru baru adalah berdasarkan perkembangan yang berlaku ketika ini. Mereka sedang berusaha mengganti Penyelia kelas yang ada tapi tidak sehaluan. Malah jurulatih yang terang-terang bercanggah pendapat dengan mereka juga dalam proses ditendang. Apabila starategi ini berjaya, senanglah diisytiharkan Guru. Setelah itu, pandangan mereka akan beralih kepada cawangan. Kalau Guru baru diterima oleh cawangan, mudah cerita. Kalau sebaliknya, tindakan yang tegas akan diambil. Tindakan mereka seterusnya ialah menyingkirkan pengerusi-pengerusi cawangan yang menentang arahan MMK. Kalau perlu, akan ada cawangan yang akan dibubarkan. Apabila ini selesai maka baharulah mudah membuat mesyuarat agung setelah para penentang sama ada individu atau cawangan dicantas terlebih dahulu. Pengisytiharan Guru akan dilakukan dengan lebih yakin. Kita dapat gambarkan sambutan yang akan diadakan. Keraian akan dikaitkan dengan angka tujuh. Pastinya tubuh badan Guru baru akan diskrap dengan tujuh jenis limau. Ketuanya mestilah Cik Linda yang dikatakan kuat anunya. Guru juga akan dimandi dengan tujuh jenis air berserta tujuh jenis bunga dalam masa tujuh hari dan tujuh malam. Setelah itu, Guru akan diarak dengan tujuh jenis kenderaan termasuk WFT 7. Pemandunya akan diketuai oleh Pak Kaduk dengan barisan ahli yang membuat jamin hutang. Pemegang bunga mangga akan diketuai oleh Setiausaha dan diapit oleh Bendahari. Itulah antara lain yang dapat saya gambarkan sambutan yang bakal dialami oleh Guru baru. Hebat Guru SC.

Kumpulan MMK juga ketika ini sedang membuat serangan saikologi di kalangan ahli sebagai persediaan agar ahli-ahli SC mudah menerima Guru baru. Mereka menegaskan bahawa tidak terdapat sebarang bukti yang menunjukkan bahawa Ustaz menamakan penggantinya. Pak Ak dulupun dinamakan oleh orang-orang lama dan orang-orang bangka. Sekarang ini terbukti En Mat pun tak ada bukti disebut pengganti oleh Ustaz. Bukti kelayakan En Mat yang dinyatakan oleh Cikgu Rauhi mana ada pengesahannya seperti yang dibuat dalam CD Mak Datin tempoh tahun yang lalu. Mungkin rekaan beliau semata-mata. Mereka juga memainkan isu taksub yang melampau terhadap Guru. Kumpulan MMK ini menunjukkan perbuatan menyokong En Mat melampaui batasan agama seolah-olah seperti perbuatan peramugara yang melampau. Mereka juga menggelarkan En Mat sebagai Guru Hebat dalam semua segi. Walau bagaimanapun apa sahaja dakwaan mereka, semuanya sebagai persediaan untuk merobek pemikiran ahli agar ada ruang untuk memikir dan menerima Guru baru. Itulah pemikiran strategik yang dirancang begitu rapi oleh pihak MMK.

Namun begitu taktik mereka ini akan menghadapi masalah juga. Bagi mereka yang berfikir, agak susah sikit untuk dipengaruhi oleh kumpulan MMK tersebut. Mungkin Ustaz tidak menamakan penggantinya tapi memberikan gambaran yang boleh dibuat jangkaan oleh pendokong SC sebagai pengganti Ustaz.. Kenapa dulunya diterima oleh ahli hingga buat CD tapi sekarang ditolak CD tersebut. Adakah Cikgu Rauhi dibayar dengan sejumlah karipap atau apom yang membolehkan beliau membuat pengakuan. Setahu saya akhirnya beliau pun ditendang daripada LPT.

Soal Guru Hebat, sememangnya patut Guru SC hebat. Kalau silat hebat, ahlinya hebat maka Guru mesti hebat. Kehebatan En Mat memang terbukti. Sekurang-kurangnya kehebatan beliau terbukti hasil dakwaan ahli tentang kegiatan jilatnya. Sudah tentu ilmu KK yang dibawanya teruji dan praktikal hingga orang yang kena akan truma dan tak sedar diri. Bagaimana pula dengan ahli yang mempelajari ilmu KK daripada beliau. Sudahkah diuji dan teruji. Kata orang-orang lama dan orang-orang bangka sesuatu ilmu yang dipelajari sama ada kita suka atau tidak, sama ada kita rancang atau tidak, akan teruji dan diuji dengan sendirinya. Maka ini bermakna, bersedialah orang yang mengambil ilmu KK tersebut. Anda akan diuji dengan kehebatan ilmu tersebut tanpa anda sedari. Tungguuuu. Tapi kalau secara package ok juga.

Namun begitu bagaimana pulak kumpulan En Mat. Memang mereka sedar tentang taktik yang sedang dijalankan oleh ahli MMK yang dianggapnya binatang. Mereka juga sedang menyusun strategi. Mereka sememangnya sedar tentang adanya usaha-usaha mengisytihar Guru baru. Ahli kumpulannya sedang berusaha juga mempastikan setiap cawangan menyokong En Mat. Majlis ijazah diteruskan di cawangan-cawangan bagi mendapatkan sokongan padu ahli kepada beliau. En Mat akan mencari seberapa banyak sokongan daripada cawangan dan ahli-ahli lama. Keadaan ini penting sebelum wujud Guru baru. Apabila ada Guru baru, proses penyingkiran ahli dan pembubaran cawangan akan berlaku di seluruh negara. MMK akan membuat mesyuarat agung apabila ada sokongan padu daripada cawangan. Ketika itu En Mat akan menghadapi masalah. Kalau beliau tidak dapat tempat sebagai Presiden, usaha mengekalkan kewibawaannya sebagai Guru akan terjejas. Jalan pintas yang paling mudah bagi beliau ialah menubuhkan persatuan baru. Dalam hal ini kalau pengaruhnya kuat di cawangan, beliau tidak menghadapi sebarang masalah. Kalaupun cawangan tersebut dibubarkan, mereka akan bersama-sama En Mat membuat pendaftaran baru pertubuhan SC yang baru. Apabila wujud pertubuhan SC yang baru maka baharulah aman persatuan kita. Guru baru akan meneruskan kerjanya dan En Mat pula dengan kerjayanya. Sehinggalah kedua-dua mereka menamatkan hidup di dunia, maka akan ada pengganti Guru-Guru yang baru. Timbul lagi penentangan kepada mereka akibat perasaan tak puas hati. Berpecah lagi. Maka SC akan terus berpecah. Itulah pusingan dunia. Harap-harap kita boleh hidup seratus tahun lagi bagi melihat bentuk-bentuk pepecahan berikutnya. Ya Allah!, Panjangkanlah umurku. Aminnnnn.

Banyak benda-benda pelik tapi benar yang berlaku dalam silat kita. Mana ada silat di Malaysia ini yang Gurunya dipecat oleh muridnya. Tapi Guru anu dengan muridnya biasa aje di kalangan pertubuhan-pertubuhan silat. Nanti akan ada dua Guru dalam satu ketika. Semua ini sesuai dengan motto kita SC peneraju mutlak. Peneraju bermakna memulakan sesuatu. Mutlak bermaksud kita sahaja, tidak ada orang lain melainkan kita. Itulah antara lain kehebatan kita. Banyak amalan kita yang baik dan ditiru oleh pertubuhan lain. Kita telah berjaya bertindak sebagai peneraju. Konsep ini perlu diteruskan oleh mana-mana Guru yang ada dalam SC nanti. Penghargaan berbentuk sijil dan pingat kepada ahli, telah diterima oleh masyarakat silat lain. Dalam SC menghargai seseorang sentiasa dititikberatkan. Apabila persatuan silat kita mendapat gelaran persatuan terbaik, ahli-ahli beramai-ramai meraikannya. Jika ada kalangan ahli yang berkahwin, kita menghadiahi mereka dengan hadiah yang lumayan. Jika dapat anak, juga kita berikan mereka hadiah. Mana logik kalau seseorang itu berkahwin maka dia pulak kena bagi hadiah atau bila dapat anak, dia pulak kena bagi hadiah pada tetamu. Itulah kebiasaan orang ramai. Kalau berjaya atau mendapat sesuatu, kena belanja. Tetapi hubungan dalam SC berlainan sikit. Setiap ahli yang berkahwin atau memperoleh cahaya mata, tetap diraikan. Begitu juga apabila ada antara ahli yang menjawat jawatan lebih tinggi atau dapat naik pangkat. Sebagai pengamal SC, mereka semestinya akan meraikan ahli yang bertuah tersebut. Mana mungkin ahli yang bertuah itu pulak meraikan orang lain. Umpama pelari jarak jauh yang memenangi lariannya. Kejayaannya diraikan hasil usaha yang gigih dan berterusan. Mana mungkin dia pulak yang meraikan penonton! Itulah amalan SC sejak dulu lagi. Itulah namanya amalan membuat dan memberi penghargaan. Adakah amalan ini masih ada atau ahli sediri telah berubah sikap. Entahlah. Sekarang ini nilai-nilai SC sangat banyak ditinggalkan walaupun diri mengaku sebagai pengamal silat yang suci lagi murni. Kerana itu teruskanlah nilai memberi penghargaan kerana inilah yang akan memantapkan hubungan sesama ahli dan antara murid dengan Gurunya. Haiya kasi bawak Bangkok ma.

Tuesday, February 13, 2007

Tiada Lagi Seni

Perkara ini amat jarang dibahaskan dahulu. Jauh sekali dari berhasrat untuk menokok tambah apa yang dipraktikkan. Perkara ini, tiada siapa yang berani mengusulkan perubahan untuk penambahbaikannya, baik di zaman Us Hanafi, Pak Ak mahupun En Mat. Malah perkara ini sudah dianggap satu kefardhuan mutlak yang tidak akan ditukar ganti dan tidak akan dicemari selagi Silat Cekak kekal atas paksi Silat Cekak. Perkaranya simple tapi amat menarik. Kita nak bincang soal yang ada bersangkutan dengan ayam, terung dan kain putih.

Kenapa bab ini tiba-tiba menarik perhatian saya? Saya pun tak tahu. Yang pasti semasa berada di pasar, bila ternampak ayam dan terung secara spontan tersebut..”teringat kat En Mat”. Kalau dah sebut En Mat tu maknanya teringatlah sikit kat Silat. Tapi banyaknya teringat kat perkara lain. Cuma yang lebih mendorong perkara ini ditulis bukanlah kerana En Mat tetapi teringat kepada pesan Ustaz yang boleh dikaitkan dengan pantun “demi mendaulatkan seni kebangsaan”. Kalau dulu, seperti yang dinyatakan di atas, tiada siapa yang berani mengubah penggunaan ayam kepada itik atau angsa yang jauh lebih besar. Tak pernah terfikir orang silat nak gantikan telur ayam kepada telur burung unta atas dasar meningkatkan industri burung unta. Tak pernah langsung ada usul dari para pendokong persilatan (yang sekarang ni dah mula bersembang pasal modenisasi dalam persilatan atas nama darurat) yang mencadangkan idea bernas kepada Ustaz mahupun dua orang GU yang kemudiannya, menggantikan penggunaan kain putih kepada kain tenun Terengganu yang pastinya boleh dijual semula oleh Mak Teh sebagai income sampingan keluarga.

Tak tahu pulak kenapa perkara yang dinyatakan tersebut tidak berlaku. Walhal perkara-perkara tersebut sedang rancaknya dibualkan sekarang. Tambahan pulak ura-ura adanya Guru Utama yang baru sedang rancak diterbangkan angin. Dari sudut pandangan En Mat, mungkin dia amat tidak senang dengan sebarang cadangan menghapuskan perkara yang bersangkutan dengan ayam, terung dan kain putih demi atas nama menyambung perjuangan. “Mana boleh. Ini adalah tradisi yang dahulunya diperjuangkan oleh ayahanda saya. Saya amat bertanggungjawab mempertahankannya”. Itu kata dia. Kata saya ialah mungkin saya pun konfius. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan seni dalam pantun Us Hanafi? Bagaimana pula tafsiran umum terhadap perlaksanaan “mendaulatkan seni” patut dilakukan? Ini lebih menarik dibincangkan daripada terus bersembang bab pergaduhan mesra antara En Mat dan MMK.

Us Hanafi bukan Nabi. Sah. Maka semua peninggalannya boleh diterima, diubahsuai, dibuang, dicemari, dilelong dan diframe untuk tontonan sejarah. Jadi usaha pentarbiayahan beliau terhadap mempertahankan tradisi dan warisan dalam persilatan pastinya boleh diremehkan oleh sesiapa sahaja atas nama pembangunan dan pemodenan. Yang penting dalam kontek semasa (especially dalam situasi darurat) semua peninggalan Us Hanafi are all dispensable. Pendek sembangnya asalkan ada kaedah dan buah, asalkan ada orang yang berdiri lurus, ada yang mengajar sambil membilang arahan, maka itu telah cukup untuk menyatakan tradisi silat Cekak masih diperjuangkan. Mungkin betul. Sebab..memang dah ramai, terutama daripada kelompok generasi mutakhir yang tak pernah nak ambil pusing soal daulat dan seni. Kenapa boleh berlaku? Mungkin kerana pentarbiyahan yang salah dari pihak pentadbiran persilatan. Mungkin jugak kerana kekeliruan Guru dalam mengenal pasti topik perbincangan yang penting antara “our business is Silat” atau “our business in Silat”. Ada banyak kemungkinan yang serba mungkin.

Mempertahankan seni serta mendaulatkannya adalah agenda utama penubuhan silat. Maka mahu tidak mahu perkara ini perlu diambil kira dengan sewajarnya oleh setiap yang mengaku dan perasan diri mereka adalah pendokong. Baik dari kelompok En Mat mahupun puak-puak yang mengiktiraf kedaulatan Silat Cekak adalah ditangan MMK. Fikir betul-betul sebelum mengeluarkan jawapan mudah. Us Hanafi dahulunya terpaksa mengharung seribu kepayahan bersama semua pendokong-pendokong demi memastikan kesinambungan tradisi dan warisan. Seni diperjuangkan bukan sekadar pada penampilan bahkan turut diperjuangkan dalam perlakuan seharian.Bahkan yang paling unik, seperti yang dinyatakan sebelum ni, tiada siapa yang berani melakukan penambahbaikan yang bersentuh terutamanya soal tradisi persilatan. Biarpun wujud persoalan demi persoalan bersangkutan dengan rasional seni tersebut dipertahankan. The bottom line is let it remains unchanged.

Warga terkini Silat Cekak pasti akan pelik dan hairan jika para senior mentertawakan mereka dengan soalan-soalan cepumas bersangkutan dengan ayam, terung dan kain putih. Budak-budak baru ni naïf. Mereka tak tahu pokok pangkal. Mereka tak tahu cerita dan sejarah. Mereka budak baru. Tapi kenapa ditertawakan? Sebabnya ialah kerana mereka sudah tidak lagi melihat seni yang sejak dari dahulunya dipertahankan. Mereka akan menjadi terbantut kerana berdasarkan buku dan rujukan, Silat Cekak mempunyai rentetan seni tradisi dan warisan yang diamalkan sepanjang pembelajaran silat. Nak tanya pada siapa persoalan ini. Guru? MMK? Entah. Pastinya siapa yang terlibat kena pikir balik masak-masak. Betul Silat Cekak sekarang ni darurat. Tapi itu darurat yang masih boleh dikawtim. Alah.. bukannya Us Hanafi adapun. Kalau setakat ubah sikit-sikit tu biasala . Pak Ak pernah buat. En Mat pun pernah. Bukannya Ustaz nak marah. Jauh sekali dari dia nampak. Tapi kalau ubah secara terang dan nyata, dah tu ditiadakan tradisi majlis yang sepatutnya ada, itu akan menyebabkan anak-anak dia nampak dan pastinya mereka mampu (menerusi mimpi-mimpi syahadah) melaporkan hal ini kepada Us Hanafi. Sure le dia marah. Bila marah.. «mana nak ada berkatkan kata anak beliau.

Soal tradisi dan seni yang diperjuangkan bukan soal remeh. Kalau tidak masakan perkara ini diselitkan dalam pesan Ustaz. Mesti ada muslihatnya. Kita perlu kaji secara terperinci. Dari sudut manakah seni ini perlu diperjelaskan agar kita semua faham dan tidak ghaflah. Andai seni itu ialah gerak langkah silat, maka terangkan hal ini sebaik mungkin kepada semua ahli agar mereka faham. Andai seni yang dimaksudkan ialah tradisi warisan zaman berzaman yang baik, maka hebahkanlah agar kita tidak malu untuk meneruskan satu budaya yang baik. Penjelasan adalah perlu. MMK yang semakin ghairah mencanangkan perubahan atas nama darurat wajib turun memberikan penjelasan dan rasional. Jangan biarkan ahli dicawangan membuat tafsiran sendiri. Kalau mereka dah buat ketetapan dan pendirian sekalipun, masih wajar untuk MMK turun memberikan pandangan tambahan. Tetapi jangan lupa, ahli-ahli dicawangan bukannya kayu yang tak tahu apa-apa. Ramai jugak yang setanding kepala otaknya. Jangan pulak under estimate mereka ni.

Yang pasti jika semua maksud sudah diterangkan, ramai yang tenang dan tidak kurang yang pening. Apa taknya. Akan ada industri sampingan yang terjejas. Paling tidak caterer makanan dan tokeh ayam. Busines dalam Silat Cekak dah makin kurang. India yang jual kain putih mungkin turut hilang pelanggan regular. Makcik yang supply limau purut mungkin bertanya bila lagi nak beli limau. Susah jugak ye. Tapi ayam jantan boleh senyum sikit sekarang..

Sunday, February 11, 2007

BERDIRI ATAS PAGAR

Ramai yang tidak berpuas hati dengan kewujudan golongan duduk di atas pagar atau kadang kala dikenali sebagai golongan yang berdiri di atas pagar. Kumpulan ini dirujuk ekoran kes dakwaan pencabulan ke atas Guru. Mereka dianggap golongan yang buat-buat tidak tahu dan mempunyai agenda yang tersembunyi untuk menjaga hubungan dengan kedua-dua pihak akibat perbuatan durjana En Mat. Mereka dikatakan sebagai golongan yang mengambil jalan mudah. Mereka ini berdiri atau duduk di atas pagar. Kalau diteliti antara berdiri atau duduk, berdiri atas pagar lebih hebat. Bukan senang untuk berdiri. Pagar berduri pulak tu. Jadi, kita lupakan istilah duduk atas pagar. Orang yang berdiri atas pagar ialah orang yang berani menanggung risiko. Bukan senang untuk berdiri. Proses imbangan badan amat penting. Tersilap langkah, akan terjatuh sama ada di sebelah kiri atau sebelah kanan. Agaknya sebelah kanan puak MMK dan sebelah kiri puak En. Mat. Orang yang berdiri atas pagar tidak mudah pergi ke mana-mana pihak. Berdirilah mereka di atas pagar hingga ke satu tahap sama ada tersilap langkah, letih atau pening. Di mana jatuhnya. Kanan atau kiri. Walau bagaimanapun pada mereka yang tidak mudah pening, langkah tidak silap dan sentiasa berhati-hati serta tidak mudah letih maka mereka akan terus berada di atas pagar. Bukan senang untuk berdiri sepanjang masa di atas pagar. Maklumlah, di samping pengamalan ilmu KK, Tongkat Fatimah dan Kacip Ali sentiasa jadi amalan. Perbuatan ini adalah luar daripada kebiasaan manusia dan memerlukan daya tahan yang tinggi. Mereka mempunyai sifat keluarbiasaan dari segi pemikiran, tenaga dan kemudahlenturan. Sudah semestinya orang yang mempunyai kelebihan tersebut boleh berbuat perlakuan sedemikian. Kita berasa kagum dengan kelebihan yang mereka ada. Kelebihan berdiri atas pagar.

Di samping maksud tersurat, kita pun ingin tahu kenapa mereka susah-susah sangat untuk berdiri atas pagar. Bukankah itu akan menyeksa diri. Keadaan itu umpama telur di hujung tanduk, bila-bila masa boleh jatuh dan pecah berderai. Tapi kenapa mereka memilih jalan yang susah tersebut. Mesti ada sebab mereka berbuat demikian. Cuba kita tinjau kemungkinan-kemungkinan yang berikut dengan menggunakan pemikiran positif.

Tujuan orang yang masuk SC, penuh dengan pelbagai alasan. Ada yang masuk dalam silat ini kerana SC itu sendiri. Oleh itu penglibatan mereka semata-mata untuk menimba sebanyak mungkin ilmu yang ada dalam SC. Apa dia peduli dengan krisis yang berlaku. Ada juga yang masuk SC kerana mengisi masa lapang bagi mengurangkan ketegangan fikiran. Setelah penat bekerja dan memikul tanggungjawab di rumah yang tiada akhirnya, mereka mencari satu tempat yang boleh merehatkan fikiran di samping menambahkan ilmu di dada. Semestinya persatuan SC sebagai pilihan mereka. Kalau persatuan ingin dijadikan tempat untuk mendapatkan ketenangan, kenapa perlu terlibat dalam kancah yang boleh merosak atau mengganggu fikiran. Itu sebabnya mereka tidak mahu terlibat dengan mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan yang tersendiri. “Gajah sama gajah berjuang, pelanduk yang kurang cerdik terhimpit di tengah-tengah.” Kalau ketenangan di tempat silat sudah tiada, ke mana pula hala tuju mereka. Selain ke SPA, nak pergi mana pula. Nak ke surau panjang pulak wiridnya. Lebih baik wirid haji di rumah.

Saya yakin, orang-orang atas pagar ini adalah merupakan orang yang benar-benar faham tentang perjuangan SC. Pada fahaman mereka, Guru akan tetap pergi dan mari tapi perjuangan SC akan sentiasa wujud tanpa padam-padam. Perjuangan mereka yang utama ialah menanam konsep dan prinsip SC di kalangan penuntut di samping menyebarkan SC melalui pembukaan kelas-kelas baru. Kalau perjuangan mereka jelas, kenapa mesti mengambil berat tentang persengketaan yang ada. Dari segi perjalanan persatuan, mereka dapat membezakan antara keutamaan dan sampingan. Contoh yang paling mudah kita rujuk pada perut sebagai satu perjuangan untuk beri kekenyangan. Makan nasi merupakan satu keutamaan. Bihun dan mee adalah makanan sokongan manakala apom ke atau karipap ke merupakan makanan sampingan. Dalam konteks SC, menyebarkan silat adalah satu keutamaan. Menyebelahi mana-mana pihak lebih merupakan sokongan manakala menyertai aktiviti-aktiviti persatuan selain silat lebih merupakan perjuangan sampingan. MMK dan MMN ada. Tugas mereka jelas dan kita letakkan kepercayaan kepada mereka untuk menyelesaikannya. Apa perlunya kita menyokong mana-mana pihak hingga terpaksa menjadikan diri kita sebagai alat untuk mencari sokongan. Undian dan sokongan hanya layak dinyatakan dalam mesyuarat agung atau mesyuarat agung luar biasa. Siapapun yang menang, kelas silat mesti dijalankan. Orang yang akan menyelenggara kelas tersebut tetap diri mereka sendiri. Kalau En Mat menang, yang akan mengendalikan SC tetap mereka. Kalau MMK menangpun tanggungjawab yang sama juga terpaksa mereka pikul. Tapi Kalau MMK menang, ahli-ahli AJKnya yang akan mengendalikan kelas silat ataupun kalau En Mat yang menang, En Mat sendiri yang akan mengendalikan kelas tersebut, itu hal yang lain. Bolehlah kita buat pilihan untuk menyatakan sokongan. Tapi kalau ribut ke, taufan ke atau apa-apa ke, yang mengendalikan kelas silat tetap diri mereka sendiri, buat apa nak kecoh-kecoh. Pihak berkenaan yang mencipta masalah, mereka sendiri yang perlu selesaikan.

Golongan berdiri atas pagar juga berkemungkinan tidak bersetuju dengan kedua-dua pihak yang bertelagah. Kedua-dua pihak berjuang atas kepentingan masing-masing. MMK dengan badan siasatan dan kehakiman, En Mat dengan kenyataan bersumpahnya. Siapakah yang betul. Mana kita boleh tahu. Badan yang ditubuh oleh MMK bukannya badan professional. Cara siasatan dan integritinya dipersoalkan oleh ramai pihak termasuk nenek dan datuk ahli yang kurang arif mengenai perundangan. Kebenaran kes hanya boleh dijawab oleh En. Mat. Beliau telah bersumpah tapi sumpahan beliau dipersoalkan juga oleh pihak yang lain. Semua pihak yang bertelagah, ada betul dan ada yang tidak betul. Susah untuk dibuat ketetapan fikiran dan amat susah untuk memberi sokongan. Satu pihak harimau dan satu pihak buaya. Kalau terjatuh pada mana-mana kumpulan habis kita dibahamnya. Kalau tidak mahu dibaham, lebih baik duduk atas pagar memerhatikan kedua-dua puak membuka mulut mencari mangsa. Seronok juga melihat lakonan yang dimainkan oleh pihak-pihak berkenaan. Jadi dalam hal ini lebih baiklah hukum alam sendiri yang membuat hukuman. Kalau En Mat betul, beliau akan bejaya dan kalau MMK yang betul, mereka juga akan berjaya. Tunggu sahaja saat dan ketikanya. Difahamkan juga bahawa kes tersebut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa. Kita tunggu sahaja keputusannya. Segala hukuman menunjukkan siapa yang bersalah. Walau bagaimanapun salah atau benar, SC perlu diteruskan. Dalam hal ini, hakikatnya orang yang berdiri atas pagar adalah mereka yang mempunyai pendirian.

Ramai kalangan ahli termasuk para pendokong asyik merintih atas kejadian yang berlaku. Rintihan mereka dalam pelbagai bentuk. Paling melucukan apabila rintihan tersebut mempersoalkan kejadian yang telah berlaku. “Kenapalah En Mat pergi ke rumah budak tu.” Apapun rintihan yang diluahkan, kejadian tetap telah berlaku. Penubuhan badan-badan siasatan dan kehakiman telah mengundang perselisihan pendapat dan pepecahan sesama ahli. MMK bertegas untuk menggantung Guru. Malangnya Guru tetap tak mati-mati dan meneruskan program ijazahnya. Maka berentaplah kedua-dua pihak dengan harapan akan lahir satu kuasa yang akan menjahanamkan atau melenyapkan pihak yang bertentangan. MMK berharap En Mat akan lenyap dalam perbendaharaan kata SC. Manakala En Mat menunggu masa dan ketika untuk melenyapkan puak-puak MMK yang menentangnya daripada bumi SC. Berjuanglah mereka bermati-matian bagi menjahanamkan identiti antara satu sama lain.

Ekoran perjuangan tersebut ungkit-mengungkit menjadi amalan. Satu puak mengungkit-ngungkit segala tindak tanduk puak yang lain. Guru dan kaum kerabatnya dijadikan bahan cacian dari mula penglibatan mereka dalam silat hingga sekarang. Hilang fokas atas tuduhan yang utama. Habis diceritakan termasuk warna seluar dalam. Begitu juga dengan puak yang lagi satu. Habis segala tindak tanduk ahli-ahli yang menentang Guru diungkit meraka. Semuanya pandang ke belakang untuk menceritakan keadaan sekarang bagi membolehkan mereka membuat tafsiran untuk masa depan. Kita boleh nampak tahap pemikiran ahli-ahli SC ketika ini. Kadang kala tidak melambangkan ajaran-ajaran yang ditanam dalam SC. Saya teringat kata-kata Tok Guru saya satu ketika dahulu:

“Small minds discuss persons
Big minda discuss events
Intelligent minds discuss ideas”

Nampak sangat betapa dangkal dan singkatnya pemikiran kebanyakan ahli SC. Malu rasanya di hati atas perkembangan ini. Adalah sangat sesuai dan tepat jika peristiwa yang melanda persatuan kita dikaitkan dengan perancangan yang lebih mantap untuk langkah yang berikutnya. Orang-orang yang hebat sentiasa memandang ke hadapan. Hal-hal yang kebelakang hanya dijadikan panduan dan sempadan. Ungkitlah sebanyak mana dan setinggi gunung atau bukit perwatakan seseorang, perkembangan SC juga yang perlu diutamakan. Inilah fokas utama kita melibatkan diri dalam persatuan SC. Selama ini tidak ada apa-apa keuntungan material yang kita hajatkan. Apabila SC berkembang luas, itulah keuntungan yang merupakan kepuasan peribadi. Kepuasan bagi memenuhi erti perjuangan pada empunya diri.

Wednesday, February 7, 2007

ERTI PERJUANGAN PADA SAYA

“Apa itu perjuangan dalam SC. Betulkah ada perjuangan dalam SC. Di mana perginya perjuangan SC sekarang”. Itulah antara lain persoalan yang ditanyakan tentang perjuangan SC ketika ini. Kalau persoalan-persoalan itu dipersoalkan sekarang maka ini bermakna kita tidak ada satu definisi khas tentang perjuangan SC. Perjuangan lebih merupakan konsep yang boleh ditakrif oleh sesiapa dengan pelbagai tafsiran mengikut pengalaman masing-masing. Malangnya orang yang menjawab persoalan tersebutpun tidak dapat menjawab dengan jelas. Terkonteng-kontenglah budak-budak silat memikirkannya. Bila ahli silat sekali-sekali muncul, mereka akan dimarahi. Antara ayatnya ialah “tu le kalau tak faham perjuangan, selalu ponteng.” Kalau kita bertengkar atau berselisih pendapat tentang satu-satu perkara dalam SC, akan terkeluar juga ayat,” tu le kalau tak faham tentang perjuangan”. Semuanya akan menjawab dengan perkataan “tu le”. Tak pernah dengar jawapan three le”.

Akibat kes cabulan dan nodaan yang didakwa terjadi, ada puak-puak yang menganggap kemaluan besar telah menimpa SC. Kerana itu maruah SC perlu dipertahan daripada kemaluan yang mendatang. Pada mereka ini adalah satu perjuangan yang suci. Tapi tidak dinyatakan kemaluan jenis apa yang menimpa kita, sama ada melepap atau bertanduk. Pada mereka, nama baik Ustaz Hanafi perlu dipertahan kerana Guru yang ada terlibat dalam lakonan . Mereka juga menganggap “orang yang faham tentang SC akan bangkit untuk mempertahankan SC kerana perjuangan SC itu lebih besar daripada mana-mana individu dalam SC termasuk yang menjadi presiden dan Guru Utama”. Kalau ahli perlu bangkit maknanya selama ini ahli tidur. Tapi apa yang perlu dibangkitkan. Anunya kah, semangatnya kah, nafsunya kah atau apa lo. Mereka yang bangkit inilah dinggap sebagai pejuang-pejuang tulen yang perlu dicontohi. Pening bila kita fikirkan seruan dan tanggapan mereka tentang perjuangan dan pejuang tulen.

Kalau berdasarkan ayat dan fahaman mereka, perjuangan maknanya jaga nama baik Ustaz Hanafi. Apabila timbul kes yang melibatkan Guru, mereka menyuruh kita melawan Guru yang ada hingga habis-habisan. Itulah pejuangan tulen. A yoyoyoyoyo manyak susah ma.

Saya tak tahulah apa maknanya perjuangan pada setiap ahli. Ramai yang bersetuju bahawa perjuangan maknanya gerakan ke arah matlamat atau visi atau objektif atau hala tuju. Dalam perlembagaan ada tertulis. Kalau itu rujukannya, MMK baca betul-betul, faham betul-betul perlembagaan tersebut. Presidennya merangkap Guru Utama perlu bertindak sebagai pemimpin ke arah pencapaian matlamat. Ahli-ahli MMK yang lain mesti berganding bahu bersama Presiden sebagai satu pasukan. Mana yang silap, perbetulkan. Jangan tikam dari belakang. Tak sedap dan amat menyakitkan. Kecualilah jika kita menggunakan ilmu KY dan bukannya ilmu KK. Tapi kalau nak tikam biar berdepan. Itu gunanya mesyuarat. Mana-mana ahli yang menyeleweng, termasuk Presidennya, gunakan kaedah nasihat atau sebarang kaedah secara hikmah kalau mesyuarat tidak mahu digunakan. Kalau kita tidak pertahankan ahli, termasuk Presiden, siapakah yang boleh kita harapkan. Mana ada ahli silat lain yang akan pertahankan kita.

Ahli-ahli yang baru masuk SC perlu membayar yuran pengajian. Yuran itu bagi membolehkan mereka menuntut ilmu silat daripada jurulatih. Jadi, tugas penuntut ialah belajar dengan sepenuh hati. Kenapa pulak kita mengheret mereka dalam masalah persatuan. Jangan celarukan fikiran mereka. Tapi kalau mereka mengeluarkan pendapat sendiri tentang kes yang berlaku, itu hak mereka. Untuk kita memaksa mereka berfikiran sama seperti kita, itu tidak sesuai. Akibat kes yang berlaku telah menyebabkan pembelajaran SC terbantut kerana tiada ijazah. Keadaan ini juga merupakan tanggungjawab kita yang memerlukan perjuangan. Apapun kita perlu mempastikan mereka mendapat ilmu SC tanpa ada apa-apa sekatan. Inilah perjuangan kita sebagai Penyelia kelas atau jurulatih. Kalau MMK gantung Guru yang ada, mereka perlu menunjukkan Guru yang baru. Tanpa Guru mana boleh ijazah. Kalau terbantut ijazah kerana ketiadaan Guru, bermakna pelajaran mereka terbantut. Ini merupakan kesalahan besar dalam adat kita yang dilakukan oleh MMK. Oleh itu, Penyelia dan Jurulatih kena bangkit tak kira apa yang bangkit. Yang pentingnya sedarkan MMK atas perbuatan mereka yang salah tersebut. Itulah yang dinamakan perjuangan tulen. Perjuangan untuk mempastikan ahli silat yang sedang menuntut mendapat ilmu yang sepatutnya.

Ada yang mengatakan bahawa mereka yang mendekati Ustaz tentu memahami perjuangan SC dengan sebenar-benarnya. Tapi hingga kini merekapun tak jelas untuk bercakap tentang perjuangan.

Pada zaman dahulu kala, ketika bulan sedang mengambang, tatkala SC mula berkembang, cawangan kita hanya kuat di bandar Kuala Lumpur. Apabila ada ahli yang tamat dan melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi, SC berjaya dibawa masuk ke pusat pengajian tinggi pula. Apabila ahli-ahli tersebut tamat pengajian dan bekerja di pelusuk negara, mereka juga mengembangkan SC. Secara langsung SC telah berkembang dengan hebat di segenap pulusuk tanah air. Kenapa SC dapat berkembang sebegitu rupa?. Pastinya kerana wujudnya sikap untuk mengembangkan SC. Sikap ini terbentuk hasil daripada pemupukan kefahaman yang dibuat oleh Ustaz sendiri. Mereka telah menjadikan usaha mengembangkan SC sebagai satu perjuangan. Inilah perjuangan yang hakiki. Mereka yang berjuang ke arah itulah merupakan pejuang yang tulen. Apabila kelas telah dibuka, mereka masih bertanggungjawab mempastikan penuntut mendapat ilmu yang sepatutnya dari mula hingga akhir. Apabila penuntut tamat, mereka akan mencari ahli baru. Wow! betapa hebatnya perjuangan mereka untuk mendaulatkan SC sebagai warisan bangsa. Hinggakan ada yang lupa tentang kebajikan diri dan ahli keluarga, semata-mata untuk menyebarkan SC. Merekalah pejuang hakiki yang tahu erti perjuangan. Perjuangan untuk mengembangkan SC. Hinggakan perkembangan zuriat sudah menjadi perjuangan nombor dua. SPA diketepikan dan banyak perasaan dikecewakan.

Tapi puak-puak hipokrit professional lain pula mainan perjuangan mereka. Silat sudah jatuh nombor dua. Yang utama pada mereka ialah kedudukan dan kuasa. Hinggakan kalau Guru buat silap, Guru digantung hingga tiga tahun dan tidak dibenarkan majlis ijazah anjuran bekas Guru tersebut. Pengganti Guru tidak dinamakan. Maknanya mereka rela perkembangan silat terbantut dek kerana kepuasan atas hukuman pada Guru. Itulah erti perjuangan pada mereka. Bertopengkan perjuangan, mereka menganggap usaha-usaha mereka membetulkan keadaan dalam persatuan adalah murni dan tulen. Sungguh mengharubirukan.

Kalau kita menganggap mengembangkan silat itu sebagai perjuangan maka kepentingan diri dan kepentingan yang ada selain silat perlulah diketepikan. Keutamaan kita tetap pada silat. Perjuangan ini mesti ada misi dan misi ini mesti jelas di kalangan ahli dan pendokong SC. Aktiviti lain yang tidak melibatkan silat seperti perniagaan CNI, sukan dan sebagainya sangat susah untuk dikaitkan dengan perjuangan. Kalau kita sudah faham maksud perjuangan dan menghayatinya maka senanglah kita bertapak di USM atau UUM. Dalam perjuangan jangan ada cuti-cuti. Hujung minggu nak cuti. Bulan puasa nak cuti dan banyak pulak nak cuti. Kalau cuti sekalipun jangan terbantut proses perkembangan silat. Mesti ada pengganti. Kalau Guru nak bercuti di hujung minggu atau di bulan puasa, tunjukkan pemangkunya. Baharulah silat ini akan dapat berkembang dengan hebat. Inilah perjuangan kita yang sebenarnya. Pada ahli yang sedang menuntut, berjuanglah untuk menguasai pelajaran SC dengan sepenuhnya. Pada Jurulatih, berjuanglah bagi mempastikan ilmu yang kita sampaikan benar-benar dihayati oleh penuntut kita. Pada pendokong SC, berjuanglah untuk mengembangkan SC di pelusuk negara. Pastikan semua individu yang bernama Melayu akan mempelajari SC. Hinggakan satu masa nanti, kalau ada Melayu saja di mana-mana, pastikan mereka belajar SC. Inilah perjuangan yang suci dan abadi.

Kalau ada yang menyebut tetang perjuangan bagi memelihara nama baik Ustaz, turunlah ke padang dan kembangkan SC yang diamanahkan kepada kita. Ilmu yang ditinggalkannya jika dikembangkan kepada orang lain akan memberi manfaat kepada Ustaz. Secara langsung, Ustaz sendiri akan mendapat saham di akhirat. Itulah namanya cintakan pada Ustaz. Janganlah kita bekerja keras membuka aib ahli di kalangan kita. Itu tak masuk buku dalam erti kata perjuangan. Tapi nak buat macam mana. Mereka ada tafsiran sendiri tentang perjuangan. Perjuangan mereka ialah penyingkiran, pembolenan , penyiasatan, penghakiman, pesumpahan dan perniagaan. Hai yaa. Lu tatak patut ma. Lu kaya, gua kayap lo.

Monday, February 5, 2007

HANYA KENANGAN

Kes yang melanda persatuan silat kita telah bawa banyak makna dan peringatan pada semua pihak. Sekurang-kurangnya kita sedar bahawa kuasa dalam organisasi silat tidak lagi bergantung pada pihak atasan persatuan ; maksudnya Guru sahaja. Orang bawahpun boleh berkuasa. Jadi sekarang hubungan bukan sehala tapi dua hala. Kalau dulu kita terima apa saja daripada Guru sebagai pemimpin tertinggi tapi sekarang murid boleh mempersoalkan. Kalau dahulu, persoalan hanya timbul dalam hati murid. Mereka ditakut-takutkan dengan perkataan bala atau tulah. Kalau ada perasaan curiga pada Guru, mereka akan ditimpa bala. Mereka dipupuk supaya mengakui bahawa Guru mempunyai kuasa yang luar biasa. Sikap buruk terhadap Guru bererti kecundang. Oleh itu persoalan hanya berlalu begitu sahaja. Tidak berani untuk diluahkan. Jadilah mereka seperti burung belatok yang hanya panda mengangguk.

Tapi kini senario bertukar sepenuhnya. Murid boleh menyuarakan pendapat dan bangkangan. Guru sudah tidak boleh berselindung dalam perkataan berkat atau daulat atau menguji hati murid dan sebagainya. Kalau dulu, boss always right. Now no more. Dulu, Guru datang lambat, dikaitkan kesesakan lalulintas. Dulu Guru tidur awal kerana mendapatkan ilham. Dulu Guru pinjam duit untuk melihat kesetiaan murid. Dulu Guru meraba perempuan kerana menguji nafsu murid dan banyak lagi dulu ma. Semua perbuatan Guru betul. Kalau ada murid yang persoalkan maka sama ada dia diboikot atau ditendang daripada persatuan persilatan. Tapi kini akibat kes nodaan dalam persatuan kita, sudah nampak perubahan. Murid telah berani persoalkan perbuatan Guru. Murid telah berani menyatakan bahawa Guru bukannya maksum. Nafsunya sama seperti manusia biasa, ada peluang semuanya beres. Guru juga tidak lagi dianggap menguji kesetiaan murid tapi murid telah berani menyatakan bahawa Guru juga berupaya mengambil kesempatan atas kesetiaan murid. Jadi baru nampak adanya hubungan dua hala yang menunjukkan kedua-dua pihak mempunyai kepentingan dan kakuatan yang sama. Keadaan ini bersesuaian dengan konsep, Guru memerlukan murid dan murid memerlukan Guru. Sama-sama ada kuasa. Kalau murid melarikan diri maka akan tinggal Guru terkonting-konting. Itu kalau Guru lelaki. Kalau Guru perempuan, kalau murid lari maka akan tinggal dia terbuai-buai. Nampak jelas pada kita orang atas dan orang bawah sama penting. Semua ini menunjukkan sifat di luar norma orang silat sebab itulah amalan kebanyakan silat terhadap Gurunya. Tapi SC lain daripada kebiasaan silat yang ada. Tidak hairanlah sikap ini boleh timbul. Kalau dulu orang atas saja penting dan dipentingkan, sekarang tiada lagi. Atas bawah sama penting. Ini baru sesuai dengan hukum alam. Kalau atas dan bawah sama-sama dipentingkan, baharulah hebat dan wujud kenikmatan. Yang atas boleh pergi ke bawah dan yang bawah boleh pergi ke atas, baharulah hubungan lebih puas. Guru boleh turun padang dan murid boleh persoal dan beri pendapat pada Guru. Dengan cara ini baharulah persatuan akan menjadi lebih hebat. Masing-masing berkuasa dan saling memerlukan. Saya percaya hubungan sedemikian akan berlanjutan dalam dunia persilatan SC untuk jangka masa seterusnya. Sekurang-kurangnya semasa generasi Guru yang ada. Tidak kira siapa yang menjadi Guru. Guru sekarang telah digantung hingga 3 tahun. Selepas tiga tahun siapakah Guru SC. Sama-sama kita tunggu. Tapi saya rasa peranan dan tuntutannya akan tetap sama.

Berdasarkan perkembangan ini, saya rasa perwatakan ahli MMT yang bertindak sebagai punesihat persatuan, ada kaitannya dengan perwatakan yang sepatutnya bagi Guru kita yang akan datang sama ada En Mat atau orang yang bakal dilantik oleh MMK. Guru itu mesti mempunyai salah satu daripada perwatakan berikut. Pertamanya latar undang-undang dan keduanya perwatakan membawa al-Quran. Maknanya Guru kita di masa akan datang mesti ada pengetahuan undang-undang. Lebih mendalam lebih baik. Pengetahuan ini penting bagi menghadapi murid-murid yang akan membuat tuduhan atau mencabar Guru dalam sebarang keadaan. Kalau Guru diheret ke mahkamah, Guru boleh bersedia atau Guru sendiri yang mengheret murid ke mahkamah. Murid sekarang dah tak takut dengan perkataan berkat atau hilang ilmu dek kerana melawan Guru. Murid-murid ini hanya boleh diajar melalui undang-undang. Jadi pengetahuan tentang undang-undang telah menjadi penting.

Ataupun Guru juga boleh membawa beg, tak kira kulit atau kertas atau sebarang alat yang boleh membawa al-Quran. Termasuklah sampul surat yang boleh dimuatkan al-Quran. Dalam mesyuarat atau mana-mana keadaan, kalau Guru dicabar senang aje. Keluarkan al-Quran dan buat sumpah. Kalau murid berani menegakkan kebenaran, suruh murid itu bersumpah. Kalau murid pulak tak percaya, Guru bersumpah. Kan ke senang. Jadi al-Quran mesti sentiasa di pinggang. Dengan cara ini daulat Guru dapat ditegakkan. Sumpah-sumpah sekarang ini tak jadi masalah bak kata pepatah, tak hidup dek doa, tak mati dek sumpah. Langgar aje. Kalau terpeleot, hospital ada, bomoh ada dan macam-macam ada.

Siapapun yang jadi Guru jangan lupa perjuangkan SC. Kembangkan SC seantero dunia termasuk Bangkok, Puket dan Hadyai. Itu juga tempat-tempat yang boleh menguji kepahlawanan ilmu KK kita. Tapi jangan lupa pula pesaing terdekat iaitu CM. Mereka juga ada strategi. Di akhir-akhir ini perkembangan silat kita tidak begitu hebat. Kadang kala malap sekali. Pergerakannya lebih banyak bergantung pada pusat pengajian tinggi. Satu ketika pernah timbul persoalan,” Kalau SC kita adalah silat yang hak kenapa kita tak dapat masuk di tempat CM seperti di USM. Kenapa di tempat silat kita bertapak yang dikira kuat dapat ditembusi oleh CM. Misalnya di UPM dan UTP. Sepatutnya bila tertegak yang hak maka terbatallah yang bathil.” Persoalan ini ada asasnya terutama era sekarang ini. Pada saya, faktor utama situasi ini ialah Kesungguhan. Faktor ini memainkan peranan yang penting. Selama ini kita kurang bersungguh dalam usaha menyebarkan SC. Kesungguhan lebih banyak dalam persengketaan, perniagaan dan sikap curiga-mencurigai.

Mungkin kita boleh melihat faktor kesungguhan ini dalam perbincangan ringkas yang berikut: Bakal Guru kena tengok-tengok hal di bawah ini untuk perkembangan SC seterusnya.

Perjuangan tidak jelas.

Pada zaman Ustaz, perjuangan kita jelas iaitu menyebarkan SC. Oleh itu tumpuan penuh diberikan kepada usaha untuk penyebaran SC. Bab-bab yang berkaitan dengan pembasmian tahyol dan khurafat atau sebagainya diletakkan bawah tanggungjawab Guru Utama. Mana kita faham tentang pengamalan khurafat dalam Silat. Tetapi kalau mereka menerima SC, secara langsung amalan ilmu itu akan terhenti. Dalam SC telah disahkan tidak ada ilmu-ilmu yang mengarut. Tapi ahli yang mengarut, banyak. Kerana usaha menyebarkan SC inilah menyebabkan ahli-ahli bergerak jauh untuk mencurahkan ilmu. Ramai yang bertugas dengan menggunakan motor atau naik bas. Semangat mereka hebat sekali.


Berniaga

Paling dahsyat sekali apabila unsur-unsur perniagaan digalakkan dalam SC. Jangan salahkan Guru berniaga. MMT dan MMK pun membenarkan perniagaan tersebut di kalangan ahli. Ada di kalangan ahli yang menjadi Jurulatih dan Penyelia Kelas turut berniaga. Sekurang-kurangnya CNI. Kalau tersalah perhitungan, dalam dunia perniagaan, sikap ahli akhirnya terbentuk menjadi manusia yang mata duitan. Segala yang dipandangnya ialah duit. Tidak hairanlah Guru juga terlibat dengan duit. Kalau mengajar silat di tempat yang jauh, minyak siapa mau taruh. Hilang fokas dalam menyebarkan ilmu persilatan.

Faktor Usia.

Ketika bergiat mengembangkan SC zaman Ustaz, pendokong SC tersebut masih muda dan bertenaga dan berada dalam barisan kepimpinan persatuan. Orang-orang ini dalam zaman En Mat telah tua dah tak larat tapi masih berada dalam barisan kepimpinan persatuan juga . Sudahlah tua, ramai yang mempunyai perut melebihi paras tetek. Kekuatan telah kurang. Mereka lebih banyak memberi pendapat dan tidak berkemampuan untuk turun padang. Jadilah mereka sebagai pengarah untuk mengarah. Mana mungkin mereka meluaskan aktiviti silat. Untuk mengundur diri, sayangkan persatuan. Untuk turun kelas dah penat. Oleh itu ramai yang menjadi pihak penguasa yang melihat kelemahan orang lain. Rasa tak sebulu, tendang keluar. Akhirnya, Tuan Guru tertendang.

Ambil Mudah.

Masa Pak Ak telah mula nampak kekenduran dalam menyebarkan fahaman SC. Banyak faktor yang menyebabkan hal ini berlaku. Sekurang-kurangnya kelas-kelas latihan semakin banyak. Kerana itu, Guru hanya ada masa untuk ijazah, kira duit dan balik. Oleh sebab banyak kelas yang terlibat, masa agak terhad tapi perbualan kadang kala lebih banyak menyentuh soal-soal keletihan dan kerosakan dan kehebatan kereta di tengah jalan dan tidak boleh dilupakan, soal perniagaan. Bab silat hanya disentuh sedikit sahaja sebelum ijazah. Pengetahuan lebih banyak diberi oleh Penyelia Kelas atau Jurulatih. Jadi, kalau banyak ilmu mereka maka banyaklah yang didapati oleh para penuntut. Ahli-ahli yang semata-mata belajar silat sahaja tanpa ada satu kefahaman yang kukuh, semangat juang di kalangan mereka semestinya kurang.

Curiga-Mencurigai.

Setelah berpecah dengan CM dan kita bersatu semula di bawah persatuan Silat Cekak Hanafi, ramai pihak yang mendakwa telah berjuang menegakkan semula SC. Masing-masing berasa diri mereka sepatutnya dihargai dan diletakkan di satu tempat yang teratas. Lahirlah pelbagai sikap manusia sama ada sebagai pengampu, pengacum, pencucuk atau sebagai ular air. Bila manusia jenis ini wujud maka lahirlah persaingan untuk mendapatkan pengaruh. Hiduplah pemimpin-pemimpin SC dalam keadaan saling mencurigai. Tambahan pula lahir generasi baru murid En Mat yang telah diijazah tamat oleh beliau. Mereka ini tertonjol dan ditonjolkan. Pahit maung menegakkan SC kurang dirasai oleh golongan baru ini. Lama-kelamaan wujud kaedah penyingkiran kerana perbezaan pendapat dan pandangan. Maka ramailah yang tersingkir. Keadaan ini telah memporakperandakan SC . Masa yang ada lebih banyak terbuang dengan pemikiran yang negatif. Akibatnya mana boleh timbul semangat untuk menyebarkan SC di kubu-kubu kuat CM yang tidak dapat ditembusi. Tidak dapat dinafikan masih ada yang ikhlas untuk terus memantapkan SC. Orang-orang ini hanya boleh melaksanakan program yang diatur tanpa membuat sebarang komen. Silap komen, pasti sayonara.

Majlis Ijazah

Banyak sangat karenah untuk mendapatkan tarikh ijazah. Mungkin pada zaman dahulu, kita terdorong untuk membuka kelas baru kerana berpeluang bertemu Ustaz, sambil dapat menambahkan ilmu dunia akhirat. Tapi zaman En Mat, bila nak ijazah kita akan susah hati. Hal ini terjadi kerana tarikh ijazah tak akan sama dengan apa yang kita kehendaki. Paling malang apabila tarikh ijazah tertunda hingga dua atau tiga bulan. Kita tidak dapat memberi janji kepada ahli-ahli yang akan tamat atau mandi potong dan paling malang pada mereka yang ingin menceburi SC. Akibatnya wujud perasaan kecewa untuk membuka kelas. Kelas yang adapun susah untuk mendapatkan tarikh ijazah bagaimana pula untuk membuka kelas-kelas baru. Jadilah mereka bersikap kurang usaha untuk mengembangkan SC.

Kesimpulannya, Guru yang akan datang mesti dapat sesuaikan dengan tuntutan murid sekarang. Murid sekarang lebih berani dan lebih terbuka. Tak seperti murid dahulu yang menyerahkan segala-galanya pada Guru. Guru yang hanya bijak dalam dunia persilatan semata-mata tidak akan menjadi Guru yang baik. Beliau mesti mempunyai ilmu yang berkaitan dengan pengurusan organisasi. Kalau tidak, beliau pasti akan ditelan oleh mereka yang bijak berorganisasi.

Thursday, February 1, 2007

The rules have changed...

Alhamdulillah En Mat telah kembali semula berada dalam kelompoknya. Ramai yang jadi tak keruan akibat tersalah jangkaan. Sebelum ini, bukan kecil jumlah yang mendoakan agar pihak polis terus menahan En Mat sehingga selesai dakwaan dibuat di mahkamah. Tak kurang juga yang sibuk bertempiaran ke sana ke mari mencari jalan membantu meringankan tanggungan pihak keluarga andai bantuan kewangan diperlukan bagi menjamin En Mat.

Pihak pemberita tak rasmi pula, sibuk menjuarai penyebaran maklumat agar berita merekalah yang paling terkini dan sensasi. Akibatnya perkhabaran yang sepatutnya hanya diketahui selepas ayam bangun berkokok, telahpun tersebar seantero dunia seawal turunnya embun jantan. Hebat sekali. Cuma sayang, andainya kepantasan dan sifat proaktif ini dipamerkan seawal 13 tahun yang lalu pastinya Silat Cekak tidak berada ditakuk ini. Pastinya Silat Cekak telah mendahului zaman kerana maklumat yang begitu ditagih dan ilmu yang sangat diidamkan oleh para ahlinya, tersebar meluas tanpa perlu mengharapkan Guru turun ke kawasan menyampaikan cerita. Itupun (bukan le nak cakap tak bagus) yang pastinya Guru sampai dengan membawa cerita kehebatan kereta dan perniagaan lebih dahulu dari keindahan ilmu dan rahsia persilatan. Kesian kat budak-budak. So tak patut sangatlah kalau kita marah budak-budak yang masih setia dengan En Mat. Bukannya depa dapat apa-apa ilmupun selama ni.

Pastinya dengan kembalinya En Mat ke persada kancah dan keriuhan balah, pihak MMK dan sekutunya terpaksa kembali menyusun langkah. Setidak-tidaknya mencari alternatif, andainya harapan menggunung bahawa sumpah telah mula menyerang En Mat, diterbalikkan Allah menjadi satu perancangan yang jauh lebih hebat serta lebih memeningkan kita sebagai manusia. Siapa tahu kes yang dikatakan ada, tiba-tiba ditolak mentah-mentah atas sebab kelemahan teknikal dan bukti. Kisah hebat Man Datuk pun boleh terbalik. Ini kan pulak kisah En Mat yang serba sederhana. Paling tidak pun MMK akan merangka strategi baru dan persiapan untuk membina jawapan-jawapan solid bagi memastikan affidavit atau apa juga persoalan yang bangkit dari kes ini dan apa juga kes yang sewaktu dengannya, boleh disediakan dengan pantas dan segera.

Di pihak En Mat pula tidah kurang kemeriahannya. Juak-juak yang selama ini begitu mengharapkan agar peristiwa Jumaat 26 jan 2006 tidak berlaku akhirnya terpaksa bermuzakarah panjang pada sebelah malamnya bagi menyusun gerak tindak yang perlu bagi menyelamatkan Guru tercinta. Pastinya langkah awal yang telah diambil dan seterusnya akan dikekalkan pelaksanaannya ialah mengekalkan tahap penyebaran maklumat yang benar pada level yang paling minimum. The least people know the fact, the better. Cover the story. Kalau perlu kelentong, kelentonglah. Kalau perlu kencing, kencinglah. Hasilnya, ramai sekali yang dikencing sejak awal-awal pagi berhubung kejadian sebenar yang berlaku. Buktinya dalam tempoh yang sesingkat itu, sempat pulak satu cerita yang dilihat menjadi lima cerita yang kita dengar. Perhhh hebat betul. Tapi apa nak buat itu adalah strateginya dan saya terpaksa menghormati strategi tersebut

Dalam pada itu juga, hingga ke saat ini puak-puak yang masih kekal unknown on their identity nampaknya makin meneballah ke”unknown”nan mereka. Kedua-dua pihak, baik En Mat mahupun MMK saling berusaha mencari jalan agar mereka mampu memberikan andaian tepat mengenai kedudukan dan status puak-puak unknown identity tersebut. Penting ke puak-puak ni? Apalah nak susah-susah, pada saya biarkan je puak-puak tu. Bukannya penglibatan mereka dalam perbalahan yang dikatakan begitu hebat selama ini, besar sangat. Kalau penting sekalipun, puak-puak yang dimaksudkan tu, pada pandangan saya bukannya berada dalam main stream persatuan dan perguruan. Biarkan mereka khayal dalam dunia mereka. Biarkan mereka fana dalam kefahaman mereka. Yang pasti kita yang sedang rancak bergaduh ni harus mencari jalan agar jika perlu kita berdamai maka berdamailah. Andai perdamaian bukan satu yang realiti, maka pastikan kita terus bermufarakah sehingga ke anak cucu. Puas. Mana tahu satu hari nanti seperti kata Us Hanafi, yang lebih kurang berbunyi begini “kalau tidak kita maka satu hari nanti anak cucu kita akan teruskan perjuangan ini” akan menjadi kenyataan.

Saya amat tersentuh dengan pandangan jauh Us Hanafi ini. Sebagai orang yang disanjung pastinya kata-kata tersebut bukan satu yang kosong. Sejarah berulang dan pasti akan berulang kerana itu sunnahnya. Cuma persoalannya ialah adakah ulangan sejarah akan berlaku seperti mana ulangan siaran langsung perlawanan bola? Semuanya tepat seperti mana yang dirakam. Atau ulangan sejarah akan sama seperti ulangnya movie tahun 70an dalam versi tahun 2007? Perubahan akan berlaku dan lari dari versi asal demi kehendak dan kepuasan penonton. Jika inilah yang berlaku, pada ketika itu (yakni 50 – 100 tahun akan datang..awat? tak logik? Lama sangat? Ok..ok kita tukar. Let say 30 -50 tahun akan datang) ada diantara anak cucu yang bangkit seraya berkata lantang, “lihatlah wahai seluruh bangsaku, betapa datuk nenek kita dahulu bersengketa demi kerana perempuan, penjilatan dan perabaan. Mereka berbalah demi kerana meruntuhkan sebuah persatuan, mereka bertikam hingga maruah demi maruah terbunuh, mereka beriktiar sesungguh hati demi menelanjangkan keaiban rakan taulan…sayangnya kita sekarang hanya mampu membaca sejarah tersebut. Pelik ye..Kita sendiri pun tidak pasti apakah benar SC yang dilaung-laungkan itu sememangnya suci hingga mereka menjadi bodoh dan hilang pertimbangan dalam memperjuangkannya. Sekarang kita tidak pernah tahu kewujudan SC lagi walaupun ada dirakamkan kisah dan sejarahnya dimerata alam. Kita tidak pernah melihat ada diantara anak bangsa kita yang berdemonstrasi di sana sini mempamerkan gerak tari silat tersebut. Kemana hilangnya mereka? Jika benar ada sekalipun yang mengaku bahawa merekalah saki baki waris terakhir yang memperjuangkan amalan, kefahaman dan rahsia pergerakan seni buahnya, mungkin mereka dah nyanyuk agaknya

Itu semua adalah kemungkinan yang mungkin akan menjadi satu kenyataan atau mungkin juga akan terus terkubur sebagai satu kemungkinan. Pastinya dalam suasana kembalinya En Mat ke pangkuan para penyokongnya, senario pergolakan kembali ceria dengan dendam dan kesumat. Janganlah ada yang silap pasti akan ada yang tertiarap. Jangan ada yang curang pasti akan ada yang kecundang. The rules of the game have been changed. Semua pemain dinasihatkan lebih peka dengan perubahan ini agar kad merah tidak mudah dilayangkan. Pengadil pertandingan bukan lagi dari pihak pentadbir dalaman dan rakyat marhain Cekak Hanafi. Sebaliknya lantaran dari perubahan tempo dan corak permainan yang semakin agresif, terpaksalah kita mengiktiraf pengadil professional yang terdiri dari pihak polis dan perundangan, untuk mengambil tempat menggantikan sistem pengadilan yang telah lama ditolak. What to do. They are professional. They know the game better.

As spectators, kita tunggu sahaja hasil perlawanan tersebut bila selesai nanti. Bila nak tamat game tu ye? Aik lu suda lupa ka ? Itu rules of the game suda tuka lo. Itu bila habis punya timepun wa tak tau maa..