Wednesday, December 27, 2006

Apo Nok Jadi

Apa Nak Jadi


Seronok bukan kepalang apabila orang yang ternama dan terkenal terlibat dalam satu-satu kes yang boleh dibualkan. Itu sebab agaknya apabila ada artis yang terkenal terlibat dalam satu-satu kes, masyarakat tidak puas-puas untuk memperkatakannya. Setiap bualan, mereka hendakkan point yang baru. Akibatnya ada yang mereka-reka cerita kerana nak bagi sedap. Kalau kes tersebut melibatkan orang biasa, tak syok untuk berbincang. Nak menyebut namapun orang tak kenal. Inilah budaya penglipor lara yang masih wujud dalam budaya masyarakat kita sekarang. Mana boleh elak budaya kita.

Maka tidak hairanlah apabila En Mat kita terlibat dalam “skandal”, ramai yang suka membicarakannya. Isi mesti berlainan dari masa ke masa . Kalau tidak tak sedap nak didengar. Tulisan-tulisan terus mengalami pembaharuan hinggakan tersentuh hati mereka yang tidak terlibat. Isu-isu semakin bertambah. Kalau dulunya isu pokok ialah berkaitan dengan kes pencabulan, kini makin diluaskan lagi. Isu tidak berfokas. Yang utamanya mesti ada pembaharuan isu. Macam-macamlah cerita yang timbul. Guru merupakan objek utama. Subjeknya banyak rangkaian. Ada yang sokong dan ada yang benci. Tapi ramai yang haru-biru. Percaya ke atau tak nak percaya. Macam tak boleh terima kenyataan. Mana mungkin seorang Guru berbuat demikian. Harapkan pagar, pagar makan padi. Namun begitu tetap seronok membincangkannya. Membincangkan hal orang terkenal. Isu mesti menarik. Macamlah dunia artis. Oleh itu timbul persoalan-persoalan yang kadangkala sukar difahami.

i. Apabila En Mat menafikan kes pencabulannya secara sumpah Al-Quran, ramai yang berharap beliau ditimpa bala. Masa sumpah, dikatakan Quran tersebut telah terjatuh menandakan beliau memang bersalah walaupun tak cakap. Pada mereka yang percaya dengan angka empat puluh, menanti-nanti bilangan hari tersebut. Kaki mana yang akan riok atau tangan mana yang akan remok atau mulut sebelah mana yang akan henyut. Tak jadipun. Tunggu lagi seratus hari. Tunggu dan terus tunggu. Tunggulah buah yang tak jatuh ke atau akan jatuh.

ii. Keputusan MMT telah diketahui tapi yang seronoknya tak diakui oleh kesemua ahlinya sendiri. Tak sah kerana silap angkat tangan. Sebelum mesyuarat ada diedarkan cabutan undang-undangnya. Semua tahu jangan undi secara angkat tangan. Angkat tangan tanda setuju dan tak angkat tangan maknanya tak setuju. Jadi ada yang angkat dan ada yang tak angkat. Maknanya ada yang setuju dan ada yang tak setuju. Tak errti betul. Janganlah angkat dan tak angkat tangan. Tak ikut undang-undang. Tapi buat juga sebab tak ada bantahan kerana ikut akan Pengerusi. Yang seronoknya orang yang ada dalam mesyuarat itu pulak yang kata tak betul. Masa orang angkat dan tak angkat tangan, diam aje. Masa itu betul kata hatinya. Akhirnya jadi lain. Ada strategi rupanya. Kalaulah buat secara undi sulit, saya yakin yang tak angkat tangan tu mesti sokong En Mat. Sokongan batin boleh dilahirkan melalui undi sulit. Tapi bantahan batin pun boleh dibuat melalui undi sulit. Haru-biru.

iii. Badan Siasatan dan Kehakiman telah buat tugas. Tapi ramai yang meraguinya. Kepada orang yang tidak menerima peranan dan keputusan badan-badan tersebut, isunya kejujuran. Kalau ada yang persoalkan, maknanya adalah sesuatu yang tak kena. Yang saya dengar seperti yang di bawah ini:

a. Orangnya berbalik-balik. Bodynya ada dalam MMK dan dalam MMT. Dia siasat atau hukum, Dia pulak yang sahkan dalam MMK dan Dia pulak yang nak bertindak dalam MMT. Karton juga kata mereka. Tapi nak buat macam mana. Orang tak ada. Dalam SC mana ada orang-orang yang berkalibar. Yang ada dua tiga orang Itu saja. Itu pun di Kuala Lumpur aje. Di cawangan mana ada. Fahaman mereka mana sampai. Habukpun tarak.

b. Kata mereka. kalau ada tuduhan, kita siasat kebenaran tuduhan. Jangan melatah cepat. Buat homework sikit. Adakah tuduhan itu tuduhan utama , apakah latar belakang orang yang menuduh dan sebagainya. Guru le yang dituduh. Tapi bila dibaca cara siasat dalam internet, tertuduh ni dah bersalah dan siasatan lebih banyak untuk membenarkan yang dia bersalah. Ini orang tak puas hati. Tapi betullah. Dalam persatuan kita ramai peguam. Macam itulah cara siasatan. Lagi best kalau ada ahli yang bertindak sebagai peguam bela. Lawan sesama mereka dalam badan siasatan atau kehakiman. Orang akan puas hati.

iv. Timbul juga isu hutang. Tuan guru ni kaki hutang. Beliau dikatakan menekan anak murid. Orang yang beri hutang tu dikatakan kena paksa . Bila tak bayar mestilah geram sebab pinjam dalam keadaan tak rela. Setiap hutang mesti ada saksi. Dalam kes ini ada ke saksi dan penjamin. Yang bagi hutang kenapa. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Jangan berlagak ada duit. Bila terkena dah melenting. Salah sendiri ma.

v. Isu pencabulan dimainkan kerana takut nama persatuan dan nama baik diri akan terpalit. Kerana takut , Guru mesti letak jawatan. Dalam hal ini, kita tak ada ketentuan bahawa segala tuduhan akan ditarik balik. Maknanya apa keputusan yang diambil, keraguan atas tuduhan akan berterusan. Jadi yang pentingnya kalau nak senang, repot aje. Katakan dah repot. Sepatutnya tunggu keputusan. Kenapa kecoh-kecoh. Sungguh tak faham. Kalau salah, senang MMT ambil keputusan. Tak pakai undi sulit pun jelas keputusannya. Tak akan pulak mereka mengekalkan Guru yang telah didapati salah. Salah ni mesti diakui oleh badan sah kerajaan kan! Yang takut hilang nama, saya rasa tak perlu risau. Ular menyusur akar tak akan hilang bisanya. Kita tetap kita.

Banyak isu baru yang timbul. Yang pastinya hubungan dengan Guru telah berpatah arang. Tambahan pula Mak Teh dah buang sanak saudara yang tak suka padanya dalam silat . Oleh itu, “Alang-alang mandi biar basah”. Lawan pasti lawan. Saya tidak yakin kita akan bersatu semula. Walaupun kudis hilang, parut tetap ada. Orang-orang lama, orang lama-lama, orang-orang tua dan orang tua-tua , bekas ahli-ahli serta bekas-bekas ahli dalam silat ada fahaman sendiri. Semuanya pandai-pandai belaka. Ada pegangan dan pandangan sendiri. Perkara sudah berlaku, tidak mungkin ditarik balik. Kadang kala hilang adap kita. Dari riaksi mulut dan gerak badan telah menyentuh ramai jiwa dalam silat . Punah segalanya. Apa nak jadi.

Apakah yang akan berlaku seterusnya. Pada saya, orang yang mengamalkan ajaran SC yang disemai oleh Allahyarham Ustaz Hanafi akan tetap dengan pendiriannya. Amalan ini tidak semestinya melalui silat. Boleh dilakukan dalam amalan kehidupan seharian. Kalau silat sudah tidak sesuai, biarkanlah dipandu oleh mereka yang sesuai dengan amalan silat yang ada. Pada saya, buat segera mesyuarat agung. Siapa yang hendak pimpin persatuan yang ada yang dikatakan telah ternoda, teruskan. Yang tak nak dicop bernoda, biarkan mereka yang hendak berpersatuan. Yang pasti semangat dan ajaran Hanafi tatap membara dalam hati kita.

Sekarang Guru telah digantung oleh persatuan. Seingat saya, ini pertama kali berlaku dalam sejarah persilatan tanah air. Silat yang bertaraf kebangsaan mengalami nasib yang malang. Gurunya digantung. Tapi tak “mati-mati”. Ada yang kata semuanya berlaku kerana nafsu dan kepentingan. Tiada pertimbangan langsung pada ketika ini. Tolak terus. Kegiatan persatuan dalam konteks ijazah silat untuk pengambilan ahli baru telah “terhenti”. Atas kehendak siapa. Atas kehendak ahli-ahli atau kehendak pemimpin tertentu. Mungkin atas kehendak setiausaha yang perlantikannya dulu atas tiket Presiden yang digantung.

Dalam keadaan sekarang, biarlah ahli yang menentukan segalanya. Di tangan ahlilah ketentuan untuk masa depan persatuan. Panggil mesyuarat yang melibatkan semua ahli di seluruh negara. Apa akhirnya. Kalau nak diteruskan persatuan, jalankan. Kalau kita tersingkir sekalipun, tak ada masalah. Jangan biarkan silat orang lain mengambil kesempatan atas kekecohan yang ada. Pelihara perjuangan kita. Sesama kita tak menjadi masalah untuk bergaduh tapi kita tidak rela orang lain mengambil kesempatan atas pergaduhan kita.

Lupakan hubungan sesama ahli kalau itu akhirnya diperlukan. Kita berhubung dan berkenalan melalui Silat Cekak. Andainya kita berpisahpun atas sebab Silat Cekak, tak akan jadi masalah. Persahabatan boleh dibina semula. Kalau bukanpun melalui silat yang ada, boleh dibina persahabatan melalui hubungan lain. CNI misalnya. Jangan kita ranapkan SC. Biarlah dia terus berkembang. Jangan nanti akan tercatat dalam nukilan sejarah kita sebagai penyebab berpecahnya Silat Cekak yang satu masa dulu sangat gah di pelusuk negara. Gahnya bukan kerana individu tertentu tapi usaha bersama di bawah satu payung. Payung Guru Utama Silat Cekak.

Sekian setakat ini.