4. Penerimaan Ahli Terhadap Guru En Mat.
Pada pendapat saya, puncak penolakan anak murid SC terhadap guru PA bermula apabila En Mat menerima balik mandat daripada guru PA. Mandat adalah sesuatu yang amat penting untuk menjadi seorang guru. Mandat ini mestilah atas sifat kerelaan daripada guru sebelumnya. Jika tidak rela maka mandat tersebut adalah tidak sah dari segi adat dan adabnya.
Atas sifat mandat telah diberi secara sukarela maka En Mat adalah dianggap sebagai guru yang sah untuk mengetuai persilatan SC. Namun begitu atas kekuatan persatuan, mandat yang diterima oleh En Mat tersebut adalah dianggap tidak sah. Mereka mendakwa bahawa mandat yang diterima oleh guru En Mat adalah berdasarkan paksaan. Maka wujudlah dua orang guru yang berlainan untuk mengetuai SC yang satu. Masing-masing ada pengikutnya sendiri. Akhirnya En Mat ditolak keluar daripada persatuan Silat Cekak Malaysia. Untuk meneruskan kesinambungan perjuangan Ustaz di bawah kepemimpinan En Mat, terpaksalah beliau menubuhkan persatuan baru yang bergelar Cekak Hanafi.
Dengan penubuhan dua buah persatuan yang berlainan tetapi satu bidang persilatan, secara langsung maka wujudlah dua orang guru dalam SC. Masing-masing mendakwa mempunyai mandat yang sah sebagai guru. Sekali lagi mandat memainkan peranan penting untuk menentukan kedudukan guru itu sama ada sah atau pun tidak.
Di sebelah PA, dengan peyingkiran En Mat dan rakan-rakan seperjuangannya yang lain membolehkan beliau mengekalkan anak muridnya yang setia. Anak-anak muridnya itu meliputi mereka yang pernah diijazahnya dan berada di bawah kepimpinan PA, atau anak murid yang diijazah oleh Ustaz Hanafi. Mereka bersatu hati dan bersatu tenaga untuk mendaulatkan guru yang ada iaitu PA. Anak murid yang diijazah oleh Ustaz tetap mengakui bahawa PA adalah guru SC.
Di sebelah En Mat, di bawah persatuan yang baru maka kegiatan SC masih boleh diteruskan. Walaupun persatuannya berlainan nama akan tetapi isi pelajaran tetap serupa. Masing-masing tetap mendakwa isi pelajaran yang diajar adalah merupakan pusaka Hanafi.
Walau bagaimanapun, di sebelah guru PA, krisis penerimaan guru yang sebenar boleh dianggap telah selesai dengan sepenuhnya. Murid yang tinggal bersama PA adalah dianggap mereka yang benar-benar menganggap PA sebagai guru mereka yang sah dan berdaulat. Kesetiaan mereka terhadap guru adalah terjamin seratus peratus. Persoalannya di sini adakah murid-murid silat yang menyeberang bersama En Mat dalam persatuan yang baru benar-benar mengakui En Mat sebagai guru mereka yang sah dan benar.
Persoalan yang saya nyatakan di atas adalah sangat manarik dan boleh dibuat satu kajian. Saya rasa konsep bergurukan En Mat sepenuh hati mungkin diragu-ragukan pada kebanyakan pihak. Perlu diingat bahawa puak yang menentang atau tidak menerima kepemimpinan PA antara lain adalah disebabkan atas sifat perasan diri sendiri lebih layak atau menentang PA atas sifat kewibawaan PA tidak dapat menyaingi Ustaz. Puak-puak ini juga telah terkeluar daripada kepimpinan bergurukan PA. Tetapi kini mereka pula telah berada bersama En Mat. Bagaimana pula penerimaan mereka pada En Mat sebagai guru SC. Juga hal yang sedemikian boleh menjadi persoalan yang baik dan boleh dibuat kajian untuk ahli-ahli SC seterusnya.
Saya rasa kumpulan-kumpulan yang disingkirkan oleh PA juga mungkin sukar sedikit untuk mengiktiraf En Mat sebagai guru dalam SC. Perasaan syak wasangka dan perasaan curiga tetap berlaku. Saya mendengar sahaja pengaduan dan keluhan kedua pihak. Yang pastinya En Mat mula menerima anak muridnya sendiri. Manakala orang-orang lama yang menyokong En Mat sebagai guru baru dalam SC mulai masuk ke alam tua. Nafsu kuat tapi kurang daya. Maka generasi baru dalam SC mula muncul dan bayak mengambil alih peranan-peranan utama.
Kita ketepikan dulu puak yang berasa diri lebih layak sebagai guru di zaman PA yang kini telah berada bersama En Mat. Bagaimana pula sifat mereka yang inginkan guru yang mempunyai standard yang tertentu dalam ukuran mereka sendiri seperti mana masa PA. Mereka ini juga telah ada bersama En Mat. Saya tidak mahu mengulas panjang.
Ketika diri mereka berasa diketepikan maka tentunya mereka juga ada strateginya. Seperti yang saya tegaskan dalam tulisan terdahulu, semua yang berlaku bukanlah berlaku begitu sahaja. Tapi apa yang berlaku adalah hasil perancangan untuk menjadikan apa yang berlaku itu sedemikian rupa. Tuduhan mencabul adalah merupakan satu daripada tuduhan terhadap guru mereka. Itupun tuduhan yang bukan utama. Tapi disiasat juga akan kebenarannya. Akhirnya dijadikan tuduhan utama.
Kepimpinan guru tidak diiktiraf dengan alasan sifat guru yang tidak mencapai standard kualiti yang mereka kehendaki. Alasan peribadi En Mat mereka jadikan ukuran utama ketidakcapaian standard kualiti tersebut. Kalau dengan PA mereka terbuang maka dengan En Mat mereka membuang. Strategi mereka sangat mengena. Bersumberkan peraturan persatuan maka adat dan adab silat dalam SC telah diketepikan. Terkoyak besar akibat dinoda.
Kita sambung lagi.