Sunday, March 4, 2007

Kekaburan Erti Perjuangan

Ayoyo, pelik jugak sekarang ini. Di kemelut yang melanda silat cekak ketika ini, ramai jugak ahi-ahli yang telah tampil untuk menyumbangkan keringat, wang ringgit dan masa untuk bersama-sama membantu kelas latihan. Nak kata dasyat sungguh minat dan semangat mereka ini..., susuh jugak. Sebelum ni batang hidung pun tak nampak. Nampaknya ini strategi untuk menyelinap masuk dalam kelas latihan sedia ada sebelum BOM singkir menyingkir berlaku dan kelas latihan dapat diambil alih dengan mudah. Boleh baca lo.

Bersatu teguh bercerai roboh. Satu ketika kalangan ahli cekak hanafi percaya bahawa persatuan kita memang teguh dan cukup sukar untuk roboh. Itulah kepercayaan dan keyakinan barisan pendokong silat cekak. Namun, sekarang ini ia telah roboh dan berkecai sama sekali. Percayalah. Itulah hakikatnya. Isu pencabulan telah dijadikan sebab robohnya kota cekak hanafi. Namun biarlah kita selidik jauh sedikit dari isu yang kita ketahui dan cuba selongkar perkara-perkara yang menjadi rentetan kepada jahanamnya Silat ini.

Kita bertemu bersabit silat dan langkah pertama dalam aktiviti persilatan ini ialah melalui majlis ijazah pertama. Niat kita untuk belajar silat maka sebagai adatnya, ijazah tersebut kita harus lalui dahulu. Sehingga peringkat tamat, 100% daripada penuntut tamat ini kabur dengan istilah perjuangan. Itu belum lagi pemahaman matlamat perjuangan. Keadaan ini berlaku disebabkan kurang pemahaman oleh tenaga pengajar itu sendiri. Mengapa tenaga pengajar boleh kurang pemahaman? Sebabnya, tiada siapa yang dapat membentuk dengan sempurna setiap tenaga pengajar yang dilantik. Production tenaga pengajar ramai tapi... kualiti Yelek!! Nak harapkan kursus jurulatih, banyak cakap yang ranting daripada memperjelaskan erti perjuangan sebenar. Sebagai buktinya, mustahil untuk kita Bersatu Teguh kerana apabila ditanya kepada beberapa tenaga pengajar (baru atau lama) tentang perjuangan kita, setiap satu dari mereka memberi jawapan yang berlainan. Jawapan yang berlainan memberi makna pemahaman individu yang berbeza dan hasilnya, mudahlah bercerai dan mustahillah untuk teguh.

Istilah perjuangan memberi erti kepada usaha atau pengorbanan untuk satu jangka yang panjang yang mungkin tidak akan ada titik nokhtanya. Selagi tak kiamat, perjuangan sentiasa diteruskan oleh anak cucu cicit piut.... dan sebagainya. Kalau ia bersifat jangka pendek, istilah Kepentingan sesuai untuk digunakan. Oleh itu, bila dikatakan perjuangan dalam silat cekak maka sudah tentulah ia satu jangka masa yang panjang kerana ia telah berkembang lebih 40 tahun dan ia akan terus dikembangkan oleh generasi akan datang. Mungkin atas nama persatuan yang berbeza tapi ilmu silat itu tetap sama.

Apabila jelas dengan istilah perjuangan maka barulah kita melangkah kepada apakah perjuangan silat cekak ini. Kalau ditanya kepada tenaga pengajar sedia ada, rata-rata memberikan jawapan berbeza. Jawapan yang kononya hebat ialah untuk menegakkan tauhid. Ada yang lain pulak... untuk membasmi tahyul kurafat. Patutlah lingkup silat cekak. Bila masa pulaklah kita diijazahkan untuk belajar agama. Kemampuan tenaga pengajar ialah setakat mengajar dan mengembangkan silat. Ilmu silat diperturunkan maka logiknya biarlah kita fokus dengan ilmu yang kita mampu untuk sampaikan, iaitu Ilmu Silat. Guru yang ada tauliahnya ialah menyampaikan ilmu silat maka biarlah kita fokus dengan keupayaan beliau sebagai guru silat. Problemnya, ahli-ahli sendiri yang melihat guru silat kita sebagai juga guru 'agama'. Maka timbullah pulak istilah Wali dan sebagainya yang mengaitkan guru Utama kepada Guru Agama. Walaupun, guru utama mempunyai sedikit kemampuan untuk membincangkan hal agama, fokus utama kita harus menjurus kepada ilmu persilatan dan usaha-usaha untuk mengembangkannya kerana Mengembangkan Silat Cekak inilah merupakan Perjuangan utama kita. Inilah yang kita sama-sama mampu laksanakan dengan baik kerana kita mempunyai knowledge tentang produknya serta dilengkapi dengan jentera persatuan untuk mentadbir perjuangan ini dengan lebih effisyen dan dinamik.

Persoalannya, berapa kerat dari tenaga pengajar yang membincangkan isu persilatan dengan serius serta memastikan bahawa setiap tenaga pengajar pula memahami perjuangan silat cekak yang satu. Pengalaman menjelajah negeri-negeri membuktikan, bahawa hampir 100% tenaga pengajar silat kita dalam kekaburan tentang perjuangan sebenar silat cekak. Ada pulak yang Buta terus. Bukan itu saja, orang lama yang tua dan bangka sedikit sekali membawa topik perjuangan ini dengan mendalam, betul dan menarik perhatian. Saya percaya hanya ada segelintir orang lama yang betul-betul faham akan perjuangan silat ini. Daripada segelintir ini, hanya satu atau dua orang lama yang mengetahui dan mampu pula menzahirkan serta menyampaikan maksud tersirat dan tersurat Perjuangan Silat ini. Proses penzahiran serta penyamapaian konsep perjuangan silat cekak inilah yang akan membentuk kepada pemahaman perjuangan silat Cekak secara menyeluruh kepada tenaga pengajar. Pemahaman inilah yang dikatakan dapat mendukung perjuangan yang ditinggalkan oleh Ustaz Hanafi.

Jurulatih yang memahami perjuangan silat ini mampu membawa kelas-kelas latihan dengan lebih fokus, effisyen dan berfakta. Bukan setakat mengajar kelas, malah mereka juga mampu untuk berkongsi pengalaman dan pemahaman bersama rakan tenaga pengajar lain agar konsep perjuangan ini bertahan teguh dan kekal untuk diketahui oleh generasi pesilat akan datang.

Kabur akan erti perjuangan disebabkan gagal penyampaiannya oleh tunjang persatuan. Majlis-majlis ijazah tidak diselitkan pemahaman-pemahaman yang diperlukan. Aktiviti-aktiviti persatuan sebelum ini tidak pernah disebutkan tentang maksud perjuangan. Yang banyak majlis ialah bagi pingat. Banyak sangat nama-nama pingat sampai tak tahu mana satu yang paling hebat. Orang kanan, kiri dan tengah persatuan pula hanya bising menyebutkan yang kita mesti menegakkan perjuangan. Maksud perjuangan tidak jelas. Adakah cabul salah satu satu perjuangannya? Adakah SPA termasuk dalam perjuangan atau adakah singkir menyingkir menjadi konsep perjuangan. AYOYO... Saya kabur loooo...Apa mau buat. Pergi urut lo.