Tuesday, March 13, 2007

ADAB DAN ADAT SC

Hubungan yang rapat antara kita dengan Guru juga akan melahirkan sifat kesetiaan pada Gurunya tanpa berbelah bahagi. Kesetiaan ini erat kaitannya dengan perasaan kasih. Itu sebabnya pada pengikut yang setia, sesuatu yang berlaku atau sebarang dakwaan kepada Guru, tidak mudah diterima melainkan setelah dia melihat atau mendengar sendiri perkara tersebut berkali-kali. Setelah itu baharulah pemikirannya akan membuat keputusan. Kes En Mat yang dituduh mencabul bukan mudah untuk dipercayai kerana mereka tidak melihat dan mendengar daripada semua pihak . Mereka telah membuat pertimbangan untuk mengatakan En Mat tidak bersalah. Apatah lagi En Mat sendiri telah bersumpah menafikannya. Kita hormati pemikiran mereka. Tuhan telah menciptakan kita dengan dua telinga, dua mata, dan satu mulut. Mungkin dengan mempunyai satu mulut, dua telinga dan dua mata memberi petanda bahawa kita perlu mendengar dan melihat dua kali lebih banyak daripada bercakap. Ataupun mungkin sebab mendengar dan melihat itu dua kali lebih sukar daripada bercakap, kita perlu dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Itulah pandangan pengikut setia En. Mat. Orang-orang ini dituduh taksub oleh puak yang bencikan Guru kerana tidak sehaluan dengan pemikiran yang bertentangan dalam semua segi. Kalau sudah benci, sedikitpun perasaan kasih pada Guru sudah tiada. Maka dipanggillah Guru dengan perkataan Mat Jilat, Mat Hebat, Mat Jebat, Pak Pandir, Pak Kaduk, Linda dan sebagainya tanpa ada perasaan hormat atas jasa yang diberi selama ini. Janganlah marah-marah, janganlah muncung-muncung dan janganlah sakit hati. Kata Tok Guru, anjing yang kehausan jika diberi air minuman boleh masuk syurga. Haiya! Jangan cakap binatang lo, sensitif ma.

Adab dan adat amat penting untuk menjaga suasana harmonis dan seimbang dalam hubungan sesama manusia. Ibu dan bapa yang garang dengan anaknya, kalau tidak ada adab dan adat, pasti akan dibelasah oleh anaknya sendiri bila anaknya berasa marah atau geram. Anak semakin lama semakin kuat dan membesar. Kedua ibu bapa semakin lama semakin lemah dan mengecut. Mana larat lagi. Kalau disondol sekali memang orang tua itu akan terpelanting. Akan tetapi, kerana perasaan kasih dan sayang pada kedua ibu bapalah anak-anak masih menghormati mereka walaupun jiwa terseksa. Geram sebanyak manapun tetap disimpan dalam hati. Tetapi ada juga terdengar kes anak mencederakan kedua ibu bapanya. Kebiasaannya kerana pengaruh dadah hingga menyebabkan mereka tidak boleh lagi berfikir ataupun kerana sudah sasau. Hormat pada kedua ibu bapa perlu dipupuk sejak kecil lagi.

Begitu juga dalam konteks silat. Ramai Guru yang jatuh dek kerana anak muridnya. Setakat ilmu pengetahuan silat, pasti Guru ada kelebihannya. Tapi Guru semakin lama semakin berumur. Kalau umur sudah enam puluh ke atas, pergerakannya sudah lemah, urat selalu sakit, stemina mana ada. Sekali bagi buah, sekali lelah. Kalau ada sakit jantung dan darah tinggi, lagi teruk. Itu sebabnya penurunan ilmu banyak dilakukan secara Petua. Pratikal lama-lama mana boleh. Penatlo. Bayangkan kalau adab dan adat tidak diamalkan. Teruk si Guru dibelasah oleh murid kalau Guru buat silap. Tambahan pula ketika Guru tengah mengah. Mana upaya untuk Guru melawan. Sepak tang kaki ke, tang punggung ke atau tang anu ke, apa dia boleh buat. Nak kejar dah tak larat. Penatt. Nasib baiklah ada amalan adab dan adat. Kita boleh nampak keperluan adab dan adat untuk dipupuk dan dikekalkan. Cara pelaksanaannya pasti menimbulkan pelbagai tafsiran termasuk istilah taksub. Apa pun , yang penting adat dan adab perlu ada sebagai usaha menjamin keselamatan Guru. Kecualilah kalau Guru boleh bertukar jadi Ultra Man. Setakat kederat nasik jangan cakap loo.

Istilah taksub dari segi amalannya ada kaitan dengan adab dan adat yang ada dalam dunia persilatan kita. Dalam konteks taat pada kedua ibu bapa ada adab-adabnya dalam hubungan antara anak dengan ibu bapa dan antara ibu bapa dengan anaknya. Konteks hubungan ini pula berbeza dalam adat Melayu dengan adat bangsa lain. Adat Melayu, kedua ibu bapa sentiasa benar. Oleh itu anak perlu mengalah dengan kedua ibu bapanya. Menggunakan perkataan “aku” pun semasa bercakap dengan kedua ibu bapa, umumnya sudah dianggap kasar. Dalam adat orang barat, mungkin berlainan. Anak boleh mempersoalkan kedua ibu bapanya.

Membicarakan adat dalam persilatan kita bermakna kita membicarakan tatacara persilatan kita yang amat berbeza dengan silat-silat lain dalam dunia ini. Tatacara ini ada kaitan dengan peraturan yang diterima pakai dan dipersetujui bersama jika kita ingin menjadi ahli silat. Kalau kita tidak mampu mengamalkannya, kita tidak perlu menjadi ahli dan boleh mencari silat lain yang sesuai dengan kita. Ikutilah adat yang ada. Dalam SC ada adatnya dalam hubungan Guru dan murid. Bakal murid perlu diijazahkan tanpa mengira waktu dan ketika. Kalau murid kena bawa ayam untuk gurunya, bawalah. Kalau disuruh bawa kereta, bawalah. Bagi? Belum tau ma. Perkara yang penting ialah rela. Janganlah dikatakan nanti sebagai manusia yang tak beradat. Kalau dah tak beradat, sifatnya soborono sahaja. Habis semuanya dilanggar. Jadilah dia manusia yang suka menyondol tanpa kira apa sekalipun.

Begitu juga dengan perkataan adab. Adab ialah tatasusila dan ada kaitan dengan tingkah laku. Tingkah laku merupakan penampilan dan hasil terjemahan emosi, perasaan dan pemikiran. Tingkahlaku atau tatasusila ini merupakan pancaran daripada dalaman diri kita. Maka itu lahirnya sifat bertatasusila seperti sifat sopan santun dan budi pekerti yang baik. Adab akan mendisiplinkan diri daripada bersikap biadab. Tanpa adab bermakna biadab. Biadab ialah kurang ajar atau membawa maksud pendidikan yang kita ada masih kurang sempurna. Adab ini meliputi adab berguru, adab bertemu rakan-rakan yang sebaya atau berlainan umur atau sebagainya. Jadi dalam konteks ini jika ada yang nak mencium tangan Guru, ciumlah kalau difikirkan itu caranya beliau beradab dengan Guru. Kalau Guru melakukan kesalahan, ada adabnya untuk si murid membuat teguran. Kalau murid tua dikatakan binatang, ada adabnya untuk mereka membetulkan keadaan. Dapatkan penjelasan. Kalau kancil maksudnya, adatnya Guru suka dan boleh terus berada dalam persatuan. Tetapi kalau babi atau badak sumbu maksud bicara, adatnya Guru dah tak suka. Boleh belah saja looo.

Perkara pokoknya kalau kita bergiat dalam SC, pastikan kita mempunyai ilmu untuk berguru. Dapatkan gambaran tersebut melalui ahli-ahli silat yang ada atau dengan merujuk pada mereka yang berilmu. Kegiatan kita dalam silat hanya sebagai aktiviti sampingan, sebab kita terikat dengan tanggungjawab yang utama sama ada bertugas dengan Jabatan Kerajaan atau syarikat swasta. Janganlah libatkan diri hingga ke peringkat tidak sedar akan diri sendiri dan melupakan tanggungjawab terhadap anak isteri dan kedua ibu bapa jika mereka masih hidup. Kita boleh berbakti pada sesiapapun terutama pada yang memberi pulangan kepada kita. Dalam konteks silat, kita berbakti kepada Guru yang ada kerana Guru tersebut sentiasa membimbing dan memberi ilmu dunia akhirat kepada kita. Tapi kalau tak ada, apa yang kita dapat. Buat apa kita mengorbankan diri. Setakat ilmu KK yang harus dibeli, banyak lagi pil-pil vegra atau urutan kursani atau wirid haji yang bercambah boleh dipelajari dan dimiliki atau didapati di merata tempat. Mau atau tak mau. Aparahhhh tapi banyak sildap ma.

Berdasarkan perbicaraan di atas, jelas bahawa dalam SC peranan adat dan adab begitu penting sekali. Mungkin dalam silat-silat lain yang wujud di negara ini konsep adat dan adab juga dititikberatkan. Kedua-dua amalan tersebut memainkan peranan untuk memantapkan bidang persilatan kita. Sekurang-kurangnya dapat menjaga keselamatan Guru. Pada kebanyakan seni bela diri, keselamatan Guru dipelihara melalui tohmahan dan propoganda yang dibena di kalangan muridnya. Itu sebabnya Guru dikaitkan dengan kuasa luar biasa. Hinggakan kalau ada kalangan murid yang berhati tidak jujur, dengan sendirinya murid tersebut dikatakan akan ditimpa bala. Malahan ketika berada dalam kelas silat, jika murid berniat serong terhadap Guru maka murid berkenaan juga akan ditimpa bala. Bala, bala, bala. Semua tohmahan dan propoganda tersebut berjaya ditanam dalam benak murid hingga menyebabkan mereka berhati-hati dalam komunikasi dengan Guru. Selamatlah Tok Guru daripada sebarang angkara nakal muridnya. Pun begitu ada juga kalangan murid yang berani menentang arus. Walau bagaimanapun mereka kerap diketepikan dan tidak mempunyai pengaruh yang kuat.

Dalam SC, mungkin ada juga kaedah untuk menakut-nakutkan murid secara tidak langsung dalam konteks hubungan dengan Guru. Ilmu Bisik Semak dijadikan landasan. Murid yang berhati curiga dengan Guru secara langsung akan ditimpa bala. Namun begitu, Bisik Semak ini kurang popular di kalangan ahli. Ramai yang tidak memahami ilmu tersebut dan tidak ambil peduli tentang akibatnya. Secara langsung ilmu tersebut tidak dapat dijadikan peraturan untuk mendisiplin murid ketika berhubung dengan Guru. Kalau sebenar-benarnya ilmu itu sebahagian daripada kelebihan Guru, ramai yang kecundang sejak zaman Ustaz Hanafi, Ishak Itam dan sekarang ini En Mat sendiri. Kejadian dalam bentuk khayalan banyaklah diperkatakan. Tetapi tiada bukti yang jelas. Walau bagaimanapun amalan adat dan adab yang dititikberatkan dalam SC sudah mencukupi bagi memantapkan hubungan murid dengan Gurunya.

Amalan adab dan adat sudah banyak yang dirobek oleh ahli-ahli yang berkepentingan. Suasana yang ada banyak berubah dan perubahan ini memperlihatkan hubungan yang longgar antara Guru dan muridnya. Keadaan ini akan berlarutan untuk jangka masa yang panjang dan amat sukar untuk diperbetulkan. Kepada En Mat dan bakal Guru yang akan dilantik, bolehlah memikirkan strategi berikutnya bagi mempastikan murid yang belajar SC akan terus menghormati Guru hingga ke peringkat “takut” pada Guru. Ayoyoyo. Ini macam susahlo. Semua guru mau, mesti kasilo. Takutttt.