Wednesday, March 7, 2007

Kayu.

“Yang menjahanamkan kayu, adalah kayu juga (hulu kapak).”
(Ustaz Hanafi)

Maka tidak salahlah jika yang menjahanamkan silat cekak itu adalah ahli silat cekak itu sendiri. Mungkin ada yang mempertikai, zaman sekarang mana ada orang guna kapak lagi untuk tebang pokok. Orang sekarang sudah pakai chainsaw ma. Ya betul. Jadi kepada siapakah istilah "kayu" itu ditujukan? Sah-sah bukan kepada chainsaw kerana diperbuat daripada besi. Pastinya kepada pengguna chainsaw tersebut. Ayoyo.. Ini macam manyak susah ma. Manyak ahli PSSCH sikalang bukan human lagi lo. Itu kayu saja meh.

Masuk geng MMK, jadi kayu. Masuk geng Mat Radzi pun jadi kayu. Akhirnya dijadikan kayu api saja untuk memasak hidangan mereka, untuk memuaskan selera mereka semua. Oh, sorry.. Sekarang orang masak pakai gas ma. Mana pakai itu kayu api lagi. Maka jadilah kayu-kayu semua sebagai kayu pencungkil gigi MMK dan Mat Radzi.

Cungkil-cungkil, jilat..
Cungkil-cungkil, hisap..
Cungkil-cungkil, selet..

Atau mungkinkah, “kayu” sebenar itu bukannya ahli-ahli yang lain tetapi dalang kepada kedua-dua geng tersebut? Mungkin juga. Kerana kedua-duanya lah yang bertelagah dan “mencipta” situasi sekarang. Astaga.. Terasa benak pula diri bila memikirkan selama ini kita hanya mengikut telunjuk kayu-kayu. Umpama menepis kayu tongkat panjang dengan Kaedah C. Sakit lo. Itu kayu talak sakit, tangan kita manyak sakit. Hati lagi sakit lo. Siapa yang ajar kaedah macam ni?

Apa yang pasti, kedua-dua pihak sekarang sedang sibuk berperang untuk menjatuhkan pihak musuh masing-masing. Sudah mencuba pelbagai method buruan, sekarang dipasang jerangkap samar pula – menunggu pihak musuh terperangkap.

Persoalannya, adakah kesemua pihak ini memikirkan apakah kesannya pada masa akan datang? Usah fikirkan salah satu pihak yang akan menang. Katalah kedua-dua pihak kalah (worst case scenario). Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Keputusan yang pasti adalah persatuan terpaksa ditutup. Maka kedua-dua kayu pun terpaksa memulakan persatuan baru.

Tetapi memandangkan kebanyakan perkara telah "diperlembagakan" di dalam persatuan lama, maka banyaklah perkara-perkara yang tidak dapat diteruskan. Lambang "Ahmad Muhammad" misalnya. Memandangkan ia sudah diperlembagakan, maka kedua-dua pihak tidak boleh menggunapakainya lagi. Apatah lagi untuk diletakkan pada uniform. Kalau dipakai juga, nanti kena saman meh. Ayoyo..

Sedangkan itulah perdu kepada semua perjuangan silat cekak. Di mana silat cekak itu sendiri disimpulkan keseluruhannya di dalam pantun silat cekak. Keseluruhan pantun itu pula disimpulkan di dalam pantang larang. Dan keseluruhan semuanya tadi diperlambangkan melalui lambang Ahmad Muhammad. Maka itulah perdu ”lambang” perjuangan yang dibawa oleh Ustaz Hanafi yang patut dipertahankan. Bukannya membanteras tahyul dan khurafat atau "syirik khafi" (itu kerja Jabatan Agama Islam ma), bukannya mempertahankan negara (itu kerja askar ma).

Walau bagaimana sekalipun, jika berlaku worst case scenario tadi, bagaimana pula ingin diperjelaskan kepada ahli-ahli generasi akan datang?

"Dulu, dalam silat cekak ada lambang Ahmad Muhammad.."

"DULU" juga yang dipakai. Menunjukkan hanya pada zaman dahulu sahaja silat cekak (dan mereka yang hidup pada ketika itu) hebat, tetapi pada zaman sekarang semuanya sampah dan yang tinggal hanyalah kenangan mengenai kehebatan "dulu". Itulah penyakit orang-orang lama untuk kedua-dua geng tersebut. Jika dahulu mereka boleh manjadi hebat sebegitu, mengapa pula sekarang tidak membimbing ahli yang sekarang ini untuk menjadi hebat sebagaimana dahulu? Mengapa pula sekarang ini lebih banyak "menyimpan" sahaja daripada "menyebarkan" ilmu mengenai "dulu" itu?

Teringat suatu ketika, tatkala ada orang lama (tidak dinyatakan daripada geng mana) menyatakan:
"Dulu, pada zaman Ustaz Hanafi, buah serang yang sebenar-benarnya adalah sebegini.."

Sedangkan dia jugalah yang beriya-iya membuat penyelarasan buah supaya diajar buah serang yang "palsu" kepada orang ramai. Betapa terasa diri ini ditipu bulat-bulat apabila mengetahuinya. Betapa terasa semua yang dipelajari melalui silibus selama ini hanyalah rekaan dan mainan kepentingan mereka semata-mata. Ayoyo.. Apa pasal itu cakap talak selupa bikin lo? Kayu ma.. Manyak tipu saja ma.. Tipah tertipu..

Itu silibus low kualiti, yang manyak tipu punya, kasi sama olang lain. Juga kasi itu low kualiti silibus selaras sama standard untuk semua cawangan. Itu silibus high kualiti, kasi simpan sendiri punya. Bila sudah tua, bila rasa-rasa value dan pengaruh sudah semakin kurang, dan terasa akan disingkirkan, baru kasitau olang lain pasal high kualiti punya barang. Bila buat gitu, barulah dihargai semula oleh ahli-ahli lain, menjadi sumber rujukan, malah mendominasi persatuan dengan adanya pengaruh yang besar. Politik ma. Mainan kepentingan saja meh.

Berbalik kepada worst case scenario tadi. Lebih parah lagi jika lambang itu diharamkan terus daripada digunakan. Maka berlalulah tahun demi tahun dalam keadaan ahli-ahli baru semakin lupa mengenainya, yang mana akhirnya luput daripada ingatan. Apabila hanya segelintir sahaja yang mengetahuinya dan majoritinya pula tidak tahu mengenainya, kesannya, apabila dibangkitkan kembali atau diceritakan dan didedahkan kepada orang ramai, akan dikatakan ajaran sesat pula. Ah sudah.. Berpecah lagi..

Silap gaya, semakin banyak perpecahan, semakin banyak perkara yang "diperlembagakan" supaya pihak lawan tidak boleh mengambil kesempatan (atau claim originality) untuk persatuan masing-masing. Silap-silap, mandi silat, majlis ijazah, pantun silat cekak dan pantang larang itu pun akan diperlembagakan oleh kayu-kayu itu semua. Bila berlaku perpecahan lagi, sedikit demi sedikit perkara tersebut akan hilang ditelan zaman – nak pakai/buat tak boleh ma. Nanti kena saman. Haiyo..

Maka semakin berjangkitlah penyakit "DULU" kepada orang lama pada masa akan datang. Dan semakin bengaplah ahli-ahli pada masa akan datang kerana semakin sedikit pendedahan dan semakin kabur pada istilah sebenar perjuangan. Kualiti silat pula semakin lama semakin teruk. Itu tak termasuk lagi "perubahan" pada penyelarasan untuk silibus persilatan pada masa akan datang oleh kayu-kayu dan kaki tipu. Sah-sah jadi lagi mengarut.

Akhirnya, setiap yang betul itu akan dilabelkan salah hanya kerana majoriti ahli tidak pernah melihatnya. Maka yang memberitahu kebenaran tersebut pula akan dikecam – atau mungkin disingkirkan daripada persatuan (atas alasan memporak-perandakan dan menimbulkan kekeliruan kepada ahli-ahli). Ayoyo, kalau betul, kasi la peluang untuk itu olang explain ma. Bukan buang itu olang supaya diri itu nampak betul (walhal jelas sekali salahnya). Ma hai..!! Apa takut hilang pengaruh ka? Poodahh!!

Itulah kebarangkalian besar nasib silat cekak pada masa akan datang yang tidak diberi perhatian oleh ”kayu-kayu” tadi dek kerana terlalu sibuk berperang untuk menjatuhkan pihak lawan masing-masing.

Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Arang dan abu berada di bawah jaringan pagar untuk masak barbeque. Mereka di atas pagar pula dok melepak menikmati suasana hangat pergaduhan kayu-kayu dibawahnya. Akhirnya, yang beruntung ialah mereka yang berada diluar pagar – Cekak Malaysia. Membuang semua arang dan abu tadi, kemudian menikmati kelazatan pemahaman-pemahaman mereka yang berada di atas pagar tadi.