Friday, May 18, 2007

TERDETIK DI HATI

Dia Datang

Zaman dulu dulu, untuk menjadi Guru silat bukan senanng. Ilmu tersebut perlu diperturunkan daripada Guru asal kepada anak muridnya yang terpilih. Persatuan-persatuan mana ada. Guru mempunyai kuasa mutlak. Anak murid yang berasa tak puas hati hanya menyimpan perasaan tersebut dalam hati. Ada peluang, mereka akan menderhaka kepada Guru sama ada secara langsung atau melalui orang lain. Itu sebabnya kita sering mendengar tentang jatuhnya Guru adalah akibat orang-orang kanannya. Itu baru nak jadi Guru; bukannya pewaris. Dalam SC ada kaitan dengan gelaran jurulatih. Dalam tulisan berikut istilah Guru adalah merujuk Guru yang utama.

Keinginan untuk menjadi pewaris Guru di kalangan murid silat agak terhad dan sempit. Biasanya Guru akan memilih bakal pengganti daripada kalangan keluarganya. Kecualilah jika anak-anaknya tidak mahu mewarisi ilmu bapanya. Maka Guru akan mencari orang lain. Kalau beliau mati sebelum sempat mencari pengganti, anak atau keturunannya akan mencarikan ganti. Begitulah keadaannya apabila minat menjadi pewaris Guru bukan fokas utama kepada ahli. Sebabnya, peluang tersebut sangat terbatas. Disitulah lahirnya istilah salasilah, mandat, waris atau pelbagai istilah yang menunjukkan adanya pertalian antara Guru yang ada dengan Guru sebelumnya.

Amalan ini sememangnya telah wujud dalam SC. Ustaz telah perbetulkan balik konsep ini apabila beliau menerima mandat daripada Gurunya. Pak Ya telah menyerah balik ilmu ini kepada anak Kedah sebagai pewaris seperti yang sepatutnya. Dalam hal ini kita perlu berfikiran luas. Walaupun dikatakan anak Kedah, itu masih merujuk pada keturunan Melayu . Orang Kedahpun adalah orang Melayu. Pada pandangan bangsa lain, semua orang Melayu yang berasal sama ada daripada Kelantan atau Terengganu atau Perlis atau Perak atau sebarang negeri lain, tetap dianggap Melayu. Tak kira apa jawatannya. Tukang sapu ke, tukang sunat ke, tukang ikrar ke atau apa-apa saja. Malah orang Jawa ke, orang Minang ke atau orang Mendeleng ke atau sebagainya tetap dianggap Melayu. Melayu yang berasal dari Kedah hanya untuk merujuk asal keturunan atau salasilah atau waris sahaja.

Sekarang ini dalam SC, oleh sebab wujudnya golongan lama yang berfikiran baru, soal-soal yang menyentuh tentang Guru telah diambil mudah. Ahli jawatankuasa mempunyai hak untuk melantik Guru. Dalam konteks SC, MMK dan MMT mempunyai kuasa penuh atas pelantikan tersebut. Ini bermakna hal-hal yang berkaitan dengan salasilah, keturunan dan asal usul tidak dikira dalam SC untuk pengesahan Guru baru. Pandangan ini disogokkan oleh mereka yang berkuasa dalam persatuan. Merekalah yang telah bertanggungjawab membuka ruang dan mewujudkan saingan terbuka untuk ahli-ahli mendapat kuasa menjadi Guru. Perkara pokoknya, mereka itu direstui oleh MMK dan MMT. Kedua-dua badan ini telah memainkan peranan seakan-akan sebagai Lembaga adat dan adab dalam SC. Ahli-ahli yang juga merupakan anak murid Guru akan diketepikan. Pandangan ahli hanya boleh didengar melalui mesyuarat agung atau mesyuarat luar biasa. Akan tetapi untuk menganjurkan mesyuarat-mesyuarat tersebut, kita terikat dengan undang-undang yang dikatakan perlembagaan. Undang-undang ini bikinan manusia. Orang yang pakar undang-undang, pasti akan dapat mengubah dan bermain dengan undang-undang.

Siapakah dalang yang sentiasa menentukan hala tuju institusi perguruan SC ketika ini. Umumnya semua ahli lebih mengetahuinya. Saya lihat ada sekurang-kurangnya enam serangkai perwatakan atau personaliti dalam SC yang berkuasa ketika ini dan menentukan hala tuju SC. Mereka ialah orang kuat MMK atau MMT atau LPT dan tidak asing pada kita semua. Ahli yang bergelar Ustaz tak masuk kira sebab beliau kurang aktif menentukan hala tuju walaupun masih berpengaruh. Nama-nama lain yang baru timbul atau yang geram kerana dikatakan dah kena “pau” adalah generasi kedua dan kurang berkuasa. Kita ketepikan En Jo buat sementara waktu kerana anak muridnya tidak ramai lagi. Kuasa En Jo adalah terbatas dan terpaksa tunduk pada enam serangkai yang berkuasa di atas. Cuba kita analisis secara telahan apakah perancangan mereka untuk masa depan SC.

Pertama sekali mereka akan menyusun barisan LPT dan MMT. Barisan LPT semestinya terdiri daripada mereka yang boleh dikuasai. Selepas itu pastinya MMT menjadi tumpuan. Sekarang ini ahli-ahli MMT meliputi keluarga Ustaz. Keadaan ini tentunya kurang menyenangkan mereka. Golongan enam serangkai ini akan memberi tekanan dan akhirnya ramai ahli MMT yang akan kecundang dan seterusnya akan diganti dengan orang-orang bangka yang boleh dipercayai kesetiaan mereka. Sasaran berikutnya ialah individu-individu terutamanya jurulatih cawangan dan pusat-pusat latihan. Ekorannya, individu tertentu akan ditendang keluar daripada SC sebagai langkah pembersihan. Keamanan dalam SC perlu diwujudkan. Puak-puak En Mat perlu disisihkan segera. Lagi cepat mereka beredar dan menubuhkan silat yang baru, lagilah baik buat Enam Serangkai. Kalau En Mat telah menubuhkan silat baru maka urusan mereka tidak akan terganggu dan mudahlah menyusun jentera untuk meneguhkan pengaruh mereka dalam SC En Jo.

Setelah semuanya selesai maka persoalan berikutnya ialah siapakah yang bakal menggantikan En Jo sebagai Guru Utama andainya En Jo telah pergi. Ini satu persoalan yang baik. Oleh sebab mandat, keturunan dan hak telah tidak penting lagi dalam konteks pemilihan Guru dalam SC, maka pelantikan Guru adalah terbuka. Semua orang boleh menjadi Guru. Walaupun terbuka tapi kita harus ingat bahawa pihak berkuasa yang diketuai oleh Enam Serangkai tersebut masih ada dan kuat.

Ketika En Jo telah tiada, dua orang antara mereka akan dimulai gelaran mereka sebagai “Pak” sebab kalau panjang umur, pastinya menjangkau umurnya lewat enam puluhan. Kederat semakin kurang walaupun ada ilmu KK. Kalau nak ambil jawatan Guru, nanti ditempelak oleh ahli-ahli ketika ini, yang menganggap kedua-duanya sememangnya gilakan jawatan Guru satu masa duluuuuu. Agak susah untuk mereka memenuhi hajat menjadi Guru. Tinggallah saudara empat orang lagi yang mempunyai peluang yang cerah untuk dilantik sebagai Guru oleh MMK dan MMT. Pengalaman enam serangkai tersebut bersama anak mamak jati di zaman Ustaz dan awal Pak Ak, banyak memberi pengajaran. Keturunannya ada dalam Enam Serangkai tersebut. Sama-sama seketurunan DKK. Walau bagaimanapun saya yakin bahawa mereka juga mempunyai hajat untuk jawatan Guru tersebut. Kedua-duanya orang dari negeri yang sama. Apalah salahnya. Pak Ya pun orang negeri tersebut. Mungkin itu sebabnya mereka memerlukan satu pengkalan daripada cawangan. Semestinya cawangan negeri tumpah darahnya sebagai cadangan. Mereka akan menyusun strategi. Orang-orang lama yang ada di negeri itu kalau menjadi batu penghalang, perlu disingkirkan. Presiden dan setiausaha serta orang kuat cawangannya yang lain perlu “dicekup” terlebih dahulu. Mereka akan pastikan bahawa kedua-dua jawatan tersebut adalah sebulu pahat dengan mereka. Keadaan ini amat penting buat mereka. Kalau ada cawangan sebagai landasan, pastinya akan memudahkan mereka untuk berjuang mendapatkan jawatan Guru dalam SC.

Namun begitu usaha-usaha mereka akan menemui tentangan daripada saudara sepusat sepusing yang dua orang lagi. Kalau tidak ditendang keluar, pengaruh mereka akan dikurangkan. Kadua-dua saudara ni hebat dan mereka adalah orang lama. Jasa mereka sangat banyak sejak zaman Ustaz seperti yang mereka dakwa. Kedua-duanya akan berlumba-lumba mendapatkan pengaruh bagi memudahkan pemilikan jawatan Guru. Mereka pernah bertanding untuk jawatan Presiden Cawangan Wilayah. Kecoh juga masa tersebut. Tapi salah seorang daripadanya pandai strategi dan akhirnya beliau akan menjadi Guru SC bagi menggantikan En Jo pada satu masa nanti. Saya rasa beliau tahu akan keadaan ini. Itu sebabnya beliau bermati-matian menyerang fahaman yang berpegang pada mandat. Kalau soal mandat masih diutamakan maka tertutuplah peluangnya untuk menjadi Guru SC. Strateginya telah lama dirancang. Semasa zaman En Mat, beliau cuba mendapatkan sokongan daripada cawangan di bahagian selatan tanah air sebagai pengkalan. Malangnya cawangan tersebut beralih angin dan menyebabkan beliau menyusun strategi lain untuk mendapatkan pengaruh. Jawatannya dalam MMK dan MMT cukup untuk membolehkan beliau menjadi orang yang berpengaruh dan dapat meraih simpati untuk dilantik sebagai Guru oleh MMK dan MMT. (Sikalang olang panggil lia bang. Nanti akan tukar nama pak loo.)

Mereka yang menyebelahi En Jo sekarang ini perlu memahami hala tuju SC untuk tempoh jangka masa panjang. Jangan berpandangan dalam kotak hitam, berdasarkan suasana ketika ini sahaja kerana ikatan dalam persilatan SC mulai longgar dan akan mempengaruhi suasana yang akan datang. Ikatan ini meliputi daripada pelantikan Guru nya, isi pelajaran dan fahamannya.. Kecualilah kalau memang hajat dihati untuk bergiat dalam SC dalam jangka masa pendek. Tetapi kepada mereka yang berhajat untuk menjadikan SC sebagai satu kegiatan sepanjang hayat, fikir dalam-dalam dengan akal yang bebas supaya diri tidak kecewa. Janganlah diri diperalatkan untuk kepentingan seseorang dan apabila tidak dikehendaki, akan ditendang keluar umpama bidalan, “habis manis sepah dibuang.” Tapi kalau kita anggap SC hanya sama tarafnya dengan jenis sukan yang lain, teruskan penglibatan. Sekurang-kurangnya badan sihat kerana ada tempat mengeluarkan peluh.

A yo yo apa fasat lu tulis ini semua ? Fitnah loooo!. Tak tau lo.

Tapi semua rintitan itu sememangnya terdetik di hati. Sama juga dengan hati yang terdetik ketika Ustaz kembali. Tapi ketika itu tak mahu cakap kerana jaga hati. Orang-orang yang asyik turun padang hanya menumpukan perhatian kepada usaha-usaha mengembangkan SC. Detik di hati selalu diketepi. Hal-hal yang berkaitan dengan mainan politik tak pernah diambil berat. Akan tetapi orang yang tak turun padang tapi hanya turun ketika perayaan, ada banyak masa. Mereka inilah yang sering menyusun strategi untuk kepentingan diri. Kali ini, hati kecil ini tak mahu dikecewakan lagi. Apa yang terdetik, eloklah luahkan. Haaaa! Lega!.
Nanti sambung loo.Sikit-sikit kasi taburrr cukup ma.