Sunday, June 3, 2007

LAGI SAMBUNG

“Kita sambung lagi lo. Gua mau kasi ingat semua olang. Jangan main-main bagi picah ini persatuan ma. “

Perlu rasanya buat saya menyambung penulisan untuk santapan minda pada pendokong-pendokong dan bakal-bakal pendokong SC. Jangan dipecah-pecahkan ikatan mesra yang selama ini terjalin antara ahli-ahli SC. SC bukan diperjuangkan untuk berpecah. Tapi telah dipecah-pecahkan oleh golongan tertentu yang berasa diri merekalah yang bertanggungjawab menentukan masa depan SC. Orang SC ni hodoh sikit daripada segi pelakuannya. Kalau dah benci, benci terus. Kalau kita meyebelahi geng En Mat, alamat terputus langsung hubungan dengan Puak Jo dan bakal penggantinya. Kalau sokong En Jo, alamat hilang kemesraan dengan puak-puak En Mat. Kita tidak dapat membezakan antara hubungan sebagai insan dengan hubungan sesama ahli SC. Semuanya pukul rata, kulluhum. Dalam hubungan sesama ahlipun tak professional, inikan pulak dalam tindak tanduk mereka mentadbir persatuan.

Ramai yang tidak menulis lagi termasuk si Linda yang pasti wajahnya ayu kerana berkulitkan putih gebu. Gunungnya umpama Kinabalu. Tapi tinggi sebelah lo. Biasanya orang yang tidak utuh berprinsip agak sukar sikit untuk menulis. Pandangan dan hatinya tidak sekata. Atas pagar bukan kerana pegangan tapi kerana serba salah. Cari makan loooo. Jangan cakap itu macam. Gua tatak ikrar loo. Ada yang masih sibuk menyebarkan pendapat dan pandangan serta menegakkan prinsip. Pastinya cawangan jadi sasaran. Semua ini semacam satu keperluan. Apa tujuannya, kita tidak tahu. Yang pastinya, jawatan Guru sudah terbuka. Siapa pun boleh jadi Guru. Pandai strategi dan yakin diri serta perancangan rapi daripada segi anisiatif diri, peluang pasti cerah seerti cerah warna langit. Langit itu biru. Biru tandanya kasih sayang dan perhatian. Maka bergeraklah mereka untuk mendapatkan pengaruh di setiap cawangan untuk memberikan kasih sayang dan perhatian yang hebat. Pastinya bakal pengganti Guru akan memainkan watak utama. Pemimpin-pemimpin Cawangan yang sudah hilang kasih sayang atau telah dianaktirikan selama ini, rebutlah peluang yang ada. Kasih sayang dan perhatian yang ada terutamanya daripada bakal Guru bukan mudah diperoleh. Bermanjalah dengan mereka terutama pada bakal pengganti. Aribaaa.

“Hai ya! Kalau itu kasih sayang, pompuan kalo mesti best lo. Linda atak kah! Linda sudah pencen lo.”

Masih ada pendapat yang disebarkan di cawangan-cawangan, dikira memperbudakkan ahli. Tapi apa nak buat. Memang ramaipun ahli-ahli yang bersifat kebudak-budakan dalam SC. Kumpulan ini menegaskan bahawa kejayaan ustaz kerana adanya hubungan yang erat antara Guru Utama dengan barisan kepimpinan persatuan. Dikatakan bahawa ikatan ini sudah tiada semasa Pak Ak dan En Mat. Senangnya cakap. Kenapa sekarang baharu perkara itu diungkit-ungkitkan. Apa yang pemimpin-pemimpin persatuan buat selama ini. Sepanjang pengurusan En Mat sebagai Presiden, tak nampakpun wujudnya golongan penentang pendapat Guru dalam SC. Semuanya kelihatan berjalan seperti biasa dan mantap. Keadaan ini membolehkan Persatuan kita mendapat anugerah daripada Kerajaan Malaysia atas pengurusan Persatuan yang baik. Tiba-tiba dikatakan sekarang ini bahawa dulu dulu duluuuuuuuuu zaman Ustaz hubungan adalah baik tapi masa En Mat hubungan tidak ada. Cubalah kita analisis kenyataan ini.

Pertamanya, kalau mereka kata hubungan tidak baik dalam pengurusan SC antara En Mat dengan para pendokong lain bagaimana Persatuan kita boleh mendapat pengiktirafan tersebut? Maknanya En Mat disokong penuh oleh barisan ahli yang lain yang setia dengan kepimpinan En Mat. Maknanya juga golongan yang bermasalah dengan En Mat tidak memberi apa-apa sumbangan kepada perkembangan SC. Siapakah mereka? Enam serangkai looo.

Keduanya pula, baru kita tahu bahawa mereka ini hidup kepura-puraan dalam zaman En Mat. Mereka tidak berani menegur tindak tanduk En Mat yang dianggap salah pada kaca mata mereka. Tambahan pula En Mat tidak perlu bergantung pada mereka sebab muridnya ramai dan ramai antara mereka yang berkualiti. Tentulah hati puak enam serangkai itu geram tidak terkata. Perasaan dendam dibina dari masa ke masa. Sayang sekali En Mat tidak mengesan golongan seperti api dalam sekam ini. “Bisik semak tarak jadi ka!”

Kerana wujudnya sikap tersebut maka kita dapati cara pengurusan yang diamalkan oleh manusia yang mengaku sebagai pendokong-pendokong SC lebih banyak bersifat kepura-puraan. Kaedah mereka lebih banyak menghukum daripada mencegah. Daripada penulisan yang dibuat oleh mereka, banyak perkara yang diungkit sebagai kelemahan En Mat dikatakan telah berlaku sejak sekian lama. Itulah lemahnya jika wujudnya manusia yang tiada prinsip dan mengambil kesempatan dalam persatuan. Tak ada siapa di kalangan mereka terutamanya enam serangkai tersebut yang berani ke depan menyatakan kelemahan. Kalau adapun dikatakan nasihat belakang-belakang. Citttt! Main belakang punya olang Kaaaa!. Alasannya untuk jaga maruah Guru dan memberi peluang untuk beliau berubah. Hai ya, “manisnya mulut”

Ingat pesanan orang-orang tua,” manis mulut membawa durjana, masin mulut membawa kencana.” Mulut yang masin kena berkawan dengan mulut yang pahit. Kita berharap semoga segala peristiwa pepecahan yang berlaku dalam SC tidak berulang lagi.

Kadang-kadang hati ini rasa pelik. Perkara-perkara yang diungkit-ungkit sebagai kelemahan En Mat, bukannya berlaku sehari dua. Tapi sudah lama berlaku seperti yang mereka dakwa. Ketika itu sikap mereka bagaimana? Muka mereka selamba sahaja, seolah-olah semuanya berjalan dengan baik dan teratur. Kenapa tak ditegur atau dicegah pelakuan En Mat kalau dianggap salah. Kenapa pula bila ada ahli yang menegur, ahli itu diserang habis-habisan. Itulah dunia kepura-puraan mereka. Kini mereka berkuasa dalam persatuan. Langkah utama mereka ialah menyebarkan pengaruh di cawangan-cawangan. Kalaulah mereka dapat pengikut di cawangan, apa bezanya sikap pengikut-pengikut mereka dengan diri mereka sendiri. Dua kali lima sahaja. Selagi kumpulan enam serangkai memerintah, selagi itulah SC akan punah. Ketika ini kumpulan ini juga masih menguasai En Jo. Adakah En jo berupaya mengawal mereka. Kalau diri sendiripun mengharapkan belas iksan daripada golongan enam serangkai ini, apa yang En Jo boleh buat. Hebat sungguh politik dalam SC. Saya yakin selagi wujud golongan ini maka pepecahan yang amat digemari mereka akan terus berlaku. Mereka cukup berpengalaman dalam aspek persengketaan terutama dengan Pak Ak. Apa diherankan dengan En Mat. Orang muda pulak tu.

Oleh sebab sudah jemu dengan pepecahan maka di sini saya menyeru kepada para pendokong atau mereka yang ingin terus berjuang dalam SC supaya menunjukkan sifat keiklasan dalam tindak tanduk ketika berada dalam SC. Janganlah bersikap kepura-puraan melalui ikrar yang dilafazkan. Masa En Mat pun mereka baca ikrar tapi lawan balik. Orang-orang ni macam pak turut aje. Cuba tanya pada mereka, masih ingat ke lagi bacaan ikrar tersebut?. Citt! tipu punya olang. Hai ya! bukan tipu lo, tapi hanya hipokrit saja lo. Itu macam manafik ka. Jangan cakap itu macam. Sensitif lo. Kalau faham erti perjuangan, kepentingan diri perlu diketepikan. Gunakan prinsip mencegah daripada menghukum. Daripada mencegah, kita membina. Biarlah sejarah yang menentukan segala-galanya dan bukannya peranan kita menentukan sejarah. Hukum alam tetap berlaku dan terus berlaku. Segala-galanya telah ditentukan oleh Allah. Jangan pulak kita campur tangan.