Thursday, May 3, 2007

Cerita Adat

Bukan selalu kita berpeluang menyaksikan majlis Pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Sementara dah berkesempatan, ada baiknya keseluruhan perjalanan majlis tersebut dijadikan sedikit pelajaran buat yan nak berfikir. Dibawah disertakan sedikit petikan Wikipedia berhubung majlis tersebut

• Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin telah diadakan dalam adat istiadat di-Raja Melayu, di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari Khamis, 26 April 2007 pukul 10 pagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Seri Paduka Baginda telah dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-208 di Istana Negara pada 3 November 2006 bagi tempoh 5 tahun mulai 13 Disember 2006 untuk menggantikan Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail.

• Sultan Mizan melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong. Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj sebagai saksi surat sumpah jawatan.

• Penggunaan tulisan Jawi dalam tulisan watikah pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin serta surat jemputan kepada Raja-raja Melayu untuk berangkat ke majlis itu menghidupkan kembali budaya tulisan itu di istana seperti zaman dahulu kala.

Apa yang pasti majlis tersebut berlangsung dalam suasana yang penuh adat dan istiadat bermula seawal proses pemilihan hinggalah ke saat “Daulat Tuanku” dilaungkan. Memang adat dan budaya Melayu ni hebat. Hatta penggunaan tulisan jawi dalam tulisan watikah pertabalan pun sudah cukup menggambarkan betapa pihak yang mempertahan kedaulatan institusi Raja-raja Melayu bersungguh-sungguh dalam memastikan budaya, adat dan istiadat ini kekal sepanjang zaman. Maka bertepatanlah apa yang diluahkan oleh Sastrawan Negara Usman Awang berhubung dengan sifat Melayu

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Baik, itu cerita Raja-raja Melayu. Apa pulak ceritanya dalam alam persilatan Melayu. Perlukah adat dan istiadat dipertahankan? Perlukah para so called penggerak alam persilatan Melayu memainkan peranan memastikan adab, adat dan istiadat yang terhimpun dalam alam persilatan Melayu dikekalkan atau setidaknya diangkat ketahap yang boleh dibanggakan oleh anak cucu kita nanti? Payah nak jawab tuh. Ada banyak sebab. Ada banyak perkembangan yang dikatakan menghalang usaha mengekalkan tujuan tersebut.

Usah tengok jauh. Tengok muka kita dalam cermin dulu. Kita ahli Silat Cekak. Kita claim kita adalah Peneraju Warisan Mutlak. Kita claim sejarah silat kita penuh dengan kehebatan dan adat budaya. Ilmu perguruan diwariskan secara beradab dari Guru ke Guru. Pelajar diperturunkan ilmu dari generasi ke genarasi melalui istiadat pengijazahan. So great. Tetapi berapa lama semua ini boleh dipertahankan? Ahli-ahli baru yang belajar semakin bijak. Ahli yang menuntut semakin berfikiran terbuka. Kebanyakannya tergolong dalam Generasi Y yang dikatakan paling pandai tetapi amat jauh dari sudut penghayatan sejarah. Mereka amat cenderung dengan kehebatan teknologi bahkan mampu kaku seandai komputer di”blackout”kan secara tiba-tiba. Sekali lagi nak tanya, berapa lama semua ini boleh dipertahankan? Ini bukan soalan main-main. Tapi ini persoalan penting yang perlu difikirkan oleh semua the so called pendokong Peneraju Warisan Mutlak.

Mungkin cerita ni tidak lagi sensasi. Bab “pertabalan” YM Guru Utama PSSCUHM , (En Jo) yang baru. Sampai sekarang ni masih ramai yang dok mempersoalkan kewajaran dan cara perlantikan tersebut. Tok sah sembanglah komen yang diberikan oleh group En Mat. Konfem bercambah punya. Cuba kita bandingkan situasi ini dengan apa yang berlaku dalam pertabalan Raja kita. Betapa adat dan istiadat dipertahankan hingga sekarang biarpun semua yang hadir dalam majlis tersebut dikelilingi dengan seribu kecanggihan alat. Itu puncanya kenapa ramai yang bercakap. Persoalan yang dimainkan oleh pihak yang bercakap-cakap pasal perkara ni memang ada logiknya. Dasar perbincangan memang jelas. Mereka sangat menitik beratkan soal adat dan istiadat. Meraka amat sayangkan budaya yang ada dalam Silat Cekak. Silat Cekak tu sendiri bernyawa dalam adat dan istiadat yang penuh dengan muslihat perguruan dan persilatan melayu. Bila dah dikatakan bernyawa, maka tidak mustahil satu saat dan ketika nanti jika adat ditiadakan atau mungkin sengaja dilupa-lupakan, Silat Cekak akan mati dalam kepungan the so called Peneraju warisan Mutlak.

Be wise bro. Jangan cepat melatah. GU yang baru dah boleh mengijazahkan murid-muridnya yang pertama. OK fine. Cuma itu tidak bermaksud golongan yang masih dok bercakap-cakap pasal ketiadaan adat dan istiadat akan terus senyap. Sejarah membuktikan bahawa selepas 13 tahun, CD Penegak kebenaran yang dahulunya dianggap senjata memusnahkan puak-puak Pak Ak rupa-rupanya menjadi AK47 bagi penyokong En Mat untuk menyerangbalas pihak MMK. Ungkapan yang dah 13 tahun diterima sebagai satu kebenaran rupanya tidak lagi relevan sekarang. At any click of time, things can change. Satu hari nanti jangan terkejut kalaulah ada terpacul satu statement dari sorang hamba Allah yang sekarang ni mungkin setia dengan En Jo mengatakan bahawa “ketiadaan cara perlantikan GU yang mengikut adat dan istiadat sebenarnya mencabul salasilah perguruan Silat Cekak. Dan sehubungan itu apa sahaja perisytiharan yang dibuat dan apa jua keputusan yang dipersetujui adalah dengan sendirinya terbatal dan tidak sah”. Jangan kata mustahil. Semua ni dah berlaku sekarang maa.

Dari sudut logik umur pulak, mungkin perlantikan bakal GU yang akan menggantikan GU baru sedia ada akan berlaku dalam tempoh yang tidak lama. Timbul persoalan. Apakah kaedah perlantikan yang bakal diguna pakai? Apakah adat dan istiadat perlantikan yang akan dilaksanakan? Bagaimana proses pembuktian salasilah Guru dilakukan? Ini semua memerlukan satu penelitian semula dan perlu dibincangkan oleh the so called Peneraju Warisan Mutlak sekarang. Hari ini mungkin persoalan ini tidak perlu dijawab. Namun jangan lupa generasi yang bakal mentadbir nanti bukan semuanya faham sejarah dan budaya. Mereka dibesarkan dengan melihat contoh perilaku dan cara tindak abang-abang dia sekarang. Mereka telah didedahkan dengan pendekatan “darurat menghalalkan sebarang cara”. Kalau tak betul cara didik, tak mustahil bakal GU selepas ini akan diisytiharkan di Saloma Bistro aje, melalui hasil rundingan dan permuafakatan yang berteraskan kehendak semasa dan undi popular sms. Jangan main-main bro, ini soal penting. Sekarang ni mempertahankan tradisi bukan lagi satu kemestian. Maka sesiapa sahaja yang mentadbir kemudian hari (diwaktu para the so called Peneraju Warisan Mutlak reach the limit) boleh melakukan apa sahaja pendekatan yang difikirkan sesuai dengan kepentingan yang tertentu. No body can argue. Nak argue apa pulak, mereka ikut cara yang orang sekarang ajar. Kira betul le tu.

So..apa mau bikin sekarang? Wa tak tau. Cuma yang sempat difikir ialah..andai GU, MMT, LPT dan MMK hanya mengekalkan status quo tanpa memperbaiki semula keadaan, pastinya apa yang dinyatakan kat atas, bakal berlaku. Itu jam kalu, we just sit aside and see. I've told you already maa. Sebaliknya jika GU, MM, LPT dan MMK menyemak semula perincian dalam perlembagaan persatuan serta adat dan istiadat persilatan, mungkin satu pendekatan terperinci perlu digubal, dibahas dan disahkan sebagai kaedah yang perlu diterima sebagai tatasusila perlantikan GU yang sah. Semua orang, tak kira sapa perlu main peranan. Kalau tak nak jugak, ada baiknya kita renung-renungkan balik cara turun temurun yang pernah dibuat oleh Panglima Ismail, Panglima Tok Rashid, Pak Ya, Ustaz, Pak Ak dan En Mat dulu. Apapun ini bukan satu cadangan. Ini Cuma sekadar nak bagi tahu. Terpulang nak difikirkan atau tidak.