Wednesday, May 2, 2007

BISIKAN HATIKU

Dia Datang

Dengar khabar, Hari Tenaga Pengajar bagi Guru yang baru dilantik, baru saja habis. Tak kisahlah sama ada meriah atau tidak. Apa saja program yang dilakukan sebelum ini perlu dikembalikan bagi membuktikan kewibawaan Guru baru. Kewibawaan ini perlu diraikan oleh ahli-ahli yang masih setia dengan En Jo. Ahli-ahli yang datang pastinya mereka yang telah membulatkan hati kesetiaan mereka pada Guru baru. Walaupun bila ditanya pelbagai alasan akan diberi, sokong – mesti disokong. Sayunara En Mat. Jasamu tetap kulupakan. Seperti yang dikata oleh yang empunya diri ketika menongkat kewibawaan Guru baru, baru-baru ini.

“En Jo mesti hebat. Kalau tak hebat masakan kami sanggup meraikannya. Badannya lebih tinggi lampai daripada En Mat. Mukanya mempunyai ciri-ciri Brorey yang lebih tenang untuk didakap. Banyak lagi perawakan fizikalnya yang mantap. Beliau pandai bersilat. Mungkin inilah masanya untuk kami menambahkan ilmu yang semakin kurang di dada. Kurang kerana telah ditarik oleh En Mat. Guru baru kami ini disokong oleh ahli-ahli lama yang telah lama berkecimpung dengan Ustaz. Perawakan mereka hebat. Pengajian mereka tinggi dan sama dengan kami. Sesuailah untuk kami berbincang dan bertukar-tukar fikiran kerana aras pengetahuannya sama dengan kami. Orang-orang lama yang ada bersama En Jo, berkreatif tinggi. Pengetahuan silatnya hebat sekali. Kami tertarik dengan mereka. Merekalah yang akan memandu kami. Oh Tuhan! Terima kasih kerena kami bersua rapat dengan mereka.”

“Kami yakin Guru kami adalah manusia yang dapat kawal nafsunya. Umurnya telah mencecah enam puluhan. Masakan nafsu boleh timbul. Ini penting bagi kami. Guru umpama kepala keretapi. Kalau Guru bernafsu kurang dan rendah maka kamipun akan dapat mengawal nafsu kami. Isteri-isteri kami akan suka akan kami. Jadilah kami sebagai suami mithali. Ini penting kerana kami telah terambil ilmu KK tempoh hari.”

“Kami berjanji akan melupakan salasilah silat yang digembur-gemburkan oleh puak En Mat. Zaman moden ini perlu apa mandat-mandat. Persetankan adat dan adab. Ini semua meruntuhkan bangsa Melayu. Apa guna menggoreng ayam kalau kentucy ada di pekan. Buang masa sahaja. Perkara penting ialah sebarkan silat. Keturunan Guru jangan diperbesarkan. Masyarakat Melayu telah maju – dimajukan oleh orang Melayu. Tapi jangan persoal darah keturunannya sama ada DKK atau DKA. Jangan peduli hala tujunya. Pokok pangkalnya ialah MAJUUUU.”

“ Orang kata Melayu itu mudah lupa. Itu orang kata. Kami tak mudah lupa. Tapi kami benci Guru lama. Silap banyak ka, silap sikit ka, apa kami peduli. Sumpah Quran ka, apa ka, apa kami dapat. Nah! tengok sekarang, masa En Mat habukpun tarak. Sekarang dapat dia jawatan LPT. Ilmunya pasti hebat. Itu sebab kami sokong En Jo. Boleh rapat dengan ahli itu. Cuti yang patutnya kami bersama keluarga, kami korbankan untuk menunjukkan kecintaan kami pada En Jo, dan semestinya memadankan muka En Mat.” “ Kami inginkan pembaharuan. Guru baru dan segala-galanya baru. Kalau buah ditukar barupun memang minat kami. Semua ini suratan takdir seperti sejarah negara kita. Masa dijajah oleh Portugis, kami inginkan sesuatu yang baru. Kami dapat Belanda. Tapi tak puas. Kami inginkan pembaharuan. Kami dapat Inggeris. Tak puas lagi, kami dapat Jepun. Jepun tak syok kami dapat Bintang Tiga. Tapi kami dapat balik Inggeris. Bila kami perintah, tak ada ummm lah. Jadi tukar-tukar Guru bestlah. Apa ada pada pendirian seperti yang dilaung-laungkan. Buang masa saja. Kami ingin bebas. Bebas menetapkan pendirian. Orang lama-lama jangan campur tangan. Orang lama yang ada pada En Jo sudah cukup memenuhi impian.”

“Ustaz sudah lama mati. Kenapa disebut-sebut namanya lagi. Isterinya sudah tak berkuasa lagi. Kadang-kadang menyakitkan hati. Anak-anaknya ramai yang tak tentu arah. Kerana Ustaz kami pendamkan hati. Kami tertanya-tanya bilakah revolusi akan berlaku. Kami tertunggu-tunggu pada pemimpin kami. Apabila pemimpin kami memberi lampu hijau, hati kami melonjak kesukaan. Terima kasih Mak Teh kerana mencaci mereka. Atas cacian itu mereka berubah sikap. Inilah yang kami nanti. Sekarang hajat kami dipenuhi. Kami benci apabila didengar dengan istilah Bani Hanafi. Tambahan pula umur Guru dulu hampir sebaya dengan kami. Apa kelebihannya. Pengajiannya tak sampai ke universiti. Kami boleh menilai sendiri.“

“Sekarang silat ini boleh dianggap silat ilmiah yang diterajui oleh mereka yang memiliki akademik tinggi. Guru yang ada, tak apa. Tugasnya hanya ijazah aje. Tapi pentadbirannya dikuasai oleh mereka yang berkelulusan tinggi. Walaupun ada antara mereka yang tak pernah merasa mandi di perigi, itu tidak penting. Apa bezanya pili dengan perigi. Yang penting kita memiliki ijazah tinggi. Baharulah sama taraf dengan diriku ini. “

Demikianlah kata-kata yang diberikan oleh mereka yang menghadiri majlis baru-baru ini. Walaupun saya tak pergi tapi mereka yang pergi bila balik cepat-cepat memberikan laporan seperti yang terperi di atas. Begitulah semangat mereka ketika berada dalam majlis tersebut. Rasa-rasanya mereka ingin terus mengisytiharkan kesetiaan mereka pada En Jo. Tambahan pula tokoh-tokoh lama seperti Am Brothers, Azlan dan Ramli adalah sanjungan mereka. Mereka mempunyai daya fikir yang hebat dan berwibawa. Tak ada mereka apalah ilmu silat yang ada pada diri sendiri.

SC masih lagi terumbang-ambing. Ramai yang mengharapkan keputusan mahkamah tentang persatuan kita. Kes Guru pada polis tak dengar berita. Apapun keputusan yang dikeluarkan, Guru baru telah ada. Ramai yang setia. Sekurang-kurangnya mereka yang hadir pada hari Tenaga Pengajar tempoh hari adalah pengikut setia yang sanggup mati untuk Guru yang baru dilantik. Ramai yang ternanti-nanti agar satu penyelesaian yang adil didapati. Kalau yang hadir pada hari tersebut, hanya dua ratus orang, itu tidak menjadi masalah. Kalau Guru lama terlantik kembali, tersingkirnya bilangan dua ratus itu tidak akan menjadi sebarang kudis di mana sahaja. SC tidak boleh berpecah. Gurunya mesti satu. Selagi Guru itu tidak mati, kita perlu kekalkannya hinggalah beliau sendiri menurunkan mandat pada orang lain. Oleh sebab kita orang Melayu, berpeganglah pada adat Melayu. Kalau Guru didapati bersalah oleh mahkamah, masakan Guru ingin mempertahankan diri. Ketika itu baharulah kita jatuhkan Guru. Tapi mana ada hukuman. Kalau ahli yang menjatuhkan hukuman pada Guru samalah maknanya, anak murid menjatuhkan hukuman pada Guru yang mengajarnya dan samalah maknanya anak menjatuhkan hukuman pada kedua ibu bapanya. Alangkah haru-birunya dunia. Kalau kita ikut, kitapun turut haru-biru. Aparahhhhh.