Thursday, May 10, 2007

DULU SERONOK MA!

Dia Datang


Ada yang berasa kecewa dengan keadaan yang sedang berlaku. Sesama ahli telah mula tidak bertegur sapa. Minat untuk senyum pun telah menjadi tawar. Kalau dulu apabila bersua muka akan membincangkan hal silat tapi sekarang apabila bersua muka mereka lebih inginkan penjelasan – geng mana. Pada cawangan pula, isu yang dibangkitkan oleh puak-puak tertentu ialah keputusan menyebelahi siapa. Mereka inginkan pendirian. Pada mereka bukannya susah untuk membuat keputusan. Tak payah buat mesyuarat agung khas bertanyakan ahli. Cukup ketua cawangan dan setiausaha cawangan membuat keputusan. AJK pun boleh ditinggalkan. Oppp silap! Parti politik pulak. Maksud saya MMN lo. Begitulah rapuhnya hubungan sesama ahli ketika ini. Tapi itu semua buat seketika. Apabila keadaan menjadi reda, ahli akan berpecah dua dan masing-masing akan membawa haluan tersendiri. Tidak menegur ahli yang kenal rapatpun akan menjadi perkara biasa. Jangan impikan perpaduan lagi. Perpaduan hanya wujud di zaman Ustaz. Walaupun ada perasaan tak puas hati ketika itu tapi tidak ada siapa yang berani luahkan secara terbuka. Hanya tiba-tiba ahli berkenaan ghaib secara beransur-ansur sebagai tanda protes. Perpaduan sangat padu ketika itu hinggakan tidak ada siapa yang berani merobeknya. Tidak timbul orang-orang lama yang cuba menegakkan kuasa atau menyebarkan pengaruh. Takut lo. Lagipun, masa itu mereka belum lagi bergelar orang lama maaaa. Sikalang sudah bangka lo.

Ketika ini, pepecahan sesama ahli bukanlah sesuatu yang boleh dielakkan. Kita berkenalan kerana adanya Silat Cekak. Atas prinsip Guru yang satu dan aktiviti SC kita bersua muka dan menjalin ikatan mesra yang sangat rapat. Apabila Guru telah tiada dan SC sudah tak tentu hala maka hubungan kita atas dasar apa lagi. Sesuailah dengan bidalan, “kita bersua kerana silat maka kita berpisahpun kerana silat.” Selepas ini hubungan sesama ahli adalah seperti sebelum mengenali SC. Maknanya tak ada hubungan langsung. Jadi apa sebab nak dirisau atau disedihkan. Kita yang memilihnya. Bukannya ada hubungan persaudaraan atau hubungan darah. Kita boleh rapat kerana adanya SC dan Gurunya. Bila dah tak ada Guru dan SC, rapat sebab apa. Bawalah diri masing-masing. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Oleh itu, tidaklah perlu dibandingkan dulu dan sekarang. Yang pastinya, dulu kerana silat kita bersatu dan bermesra dan sekarang kerana silat kita berpecah dan bermasam muka. Itulah enam tolak enam namanya.

Kita sudah jemu dengan perbahasan mengenai soal mandat. Masing-masing ada pandangan sendiri berdasarkan kepentingan masing-masing. Bukan senang untuk mengubah pegangan yang sedia ada. Biarlah masing-masing dengan pandangannya. Kita berbahas sebelum ada sebarang lantikan Guru baru. Kalau Guru baru telah dilantik, apa ada isu lagi. Cuma yang perlu kita berhati-hati ialah untung nasib SC pada masa-masa yang akan datang. Apa yang kita lakukan sekarang ini, kesannya adalah pada generasi yang terkemudian. Bila ikatan sudah longgar dari segi hak dan asal usulnya, SC akan berkembang maju dalam nama yang pelbagai dan tenaga pengajar atau Guru yang pelbagai nama dan keturunan. Lihat sajalah Labuuuuuu.
Suatu masa duluuuuuuu, SC amat hebat dalam segi apa pun. Silatnya hebat. Organisasinya hebat. Ahli-ahlinya hebat dan semuanya hebat. Tiba-tiba SC jatuh merudum menyembah bumi. Ini tentunya akan menjadi tarikan buat generasi akan datang untuk membuat kajian atau tesis. Tengoklah siapa yang membuat kajian tersebut. Kalau individu itu menekankan adab dan adat dalam dunia persilatan Melayu, maka akan terbitlah nama-nama yang telah bertanggungjawab merobek ikatan tersebut. Tak kiralah sama ada di peringkat pusat atau cawangan. Termasuk ketua ikrar lo.

Sekarang kita lihat telah wujud kebebasan bercakap dan mengeluarkan pendapat. Itulah erti kemerdekaan pada mereka dalam SC. Asal saja terlintas sebarang pendapat, berdasarkan logik, mereka akan ketengahkan pendapat tersebut, bersesuaian dengan matlamat dan kehendak mereka. Punca rujukan telah tiada. Nak rujuk pada siapa. Yang empunya silat telah diketepikan. Orang yang mendakwa SC ini dia yang punya, ramai. Mereka menganggap bahawa diri merekalah yang bertanggungjawab untuk mempastikan SC berada pada landasan yang betul. Akibat ramainya golongan ini maka pendapat yang dikeluarkan adalah banyak dan tidak terkawal. Saya tak fikir En Jo akan dapat mengawal keadaan ini dan tidak mungkin semua punca kuasa, punca pendapat dan punca suara akan hanya datang daripada En Jo. Perkara ini tentunya mustahil. Walau bagaimanapun tidak mustahil apabila muridnya bertambah ramai. Tapi jaga baik-baik. Rujuk selalu pada orang-orang bangka pada masa itu yang telah terlalu lama dalam SC. Kalau tidak rujuk pasti En Jo akan tersingkir juga akhirnya. Alasannya? Mencabul nenek tua, ibu kepada……… Hai yaaaa. Lagi kes cabul ka. Ada masuk ka.

Betapa bencipun kita dengan En Mat, pada pendapat saya eloklah dielakkan kebencian tersebut ditujukan pada Mak Teh khasnya dan di pihak keluarga amnya. Murid-murid Pak Ak dan En Mat mungkin kurang memahami tentang keperluan menjaga nama baik keluarga Allahyarham Ustaz. Kalau mereka bercakap dan menulis secara hentam keromo sahaja terhadap Mak Teh dan keluarga, patutlah kerana ikatan mereka dengan keluarga Ustaz tidak sama dengan generasi terdahulu. Kepada ahli-ahli lama yang rapat dengan Ustaz dan menganggap Mak Teh sebagai emak kandung, walaupun tak dikeluarkan daripada Mak Teh, ingat-ingatlah pesan Ustaz. Itupun kalau Ustaz ada berpesan. Tapi antara mereka tentunya ada menerima pesanan tersebut. Pesanan agar menghormati Mak Teh. Saya angkat tangan pada seorang ahli MMT dari Johor yang masih memegang prinsip ini walau dalam keadaan apapun. Beliau tetap akur atas pesanan Ustaz. Tak kanlah beliau seorang sahaja yang menerima pesanan tersebut. Kalau dah anggap Mak, tak kan sekali marahpun putus hubungan langsung. Mak Teh panggil binatang aje. Bukan babi atau biawak atau ayam atau itik. Binatang itu gelarannya umum. Mungkin maksudnya kancil, sebab pandai menyusun strategi untuk memporakprandakan keadaan. Tak kan la tak ada kemaafan langsung. Tak akan la hati tu tertutup langsung. Anak derhaka hidup tak selamat lo. Hai ya! Itu bukan gua punya mak lo. Gua cakap-cakap saja serupa mak. Depan Ustaz gua main-main lo. Gua takut ma dengan Ustaz. Gua terpaksa pura-pura lo. Kalau tatak buat itu macam gua sudah lama kena tendang lo. Kalau gua sudah kena tendang mana macam gua mau pecah ini pesatuan maaa. Chittttt. Busuk punya olang.

Ada orang kata zaman Ustaz dulu sangat seronok. Ikatan sesama ahli sangat rapat dan saling bekerjasama. Hai ya! Tak tau mau cakap lo. Adatnya kalau wujud keseronokan zaman Ustaz, maka Pak Ak dan En Mat akan terus mewarisi ahli yang hidup dalam keseronokan tersebut. Kenapa berpecah pulak ketika zaman Pak Ak. Rupa-rupanya ramai ahli yang hanya seronok dengan Ustaz sahaja tapi tak seronok dengan beberapa kerat ahli yang lain . Ahli-ahli ini sentiasa cuba menguasai persatuan hingga timbul perasaan tak puas hati. Perasaan ini tidak diluahkan sebab menghormati Ustaz. Mereka hanya menyimpan rasa dan perasaan dalam hati. Apabila Pak Ak memerintah, ahli-ahli yang menguasai persatuan di zaman Ustaz tersebut terus ingin menguasai persatuan dan dengan Pak Ak sendiri. Alasannya ialah mereka menganggap mereka bertanggungjawab akan masa depan SC. Pak Ak bernasib baik sebab ramai ahli lama yang tidak sebulu dengan mereka dan terus menyebelahi Pak Ak. Itu sebabnya ketika pepecahan awal di zaman Pak Ak, kisah-kisah lama di zaman Ustaz diungkit-ungkit kembali menunjukkan betapa bencinya mereka pada ahli-ahli lama tersebut.

Ada kisah menarik di sebuah cawangan di utara tanah air. Dikatakan Presiden Cawangan tersebut berjaya memimpin cawangan tersebut dengan jayanya semasa zaman Ustaz. Semua ahli dikatakan berpadu dan bersatu serta sentiasa tersenyum dan ketawa. Hidup mereka dalam suasana keseronokan. Tapi rupa-rupanya bila diadakan foram di USM satu ketika yang lalu di zaman Pak Ak, ada peserta foram yang merupakan AJKnya yang mengungkit perasaan tak puas hati terhadap presidennya sejak zaman Ustaz lagi. Jelaslah di sini betapa ramai manusia yang bergelar ahli SC yang tak berpuas hati dengan segelintir manusia yang cuba menguasai persatuan di zaman Ustaz walaupun mereka sentiasa ketawa keseronokan. Mereka seronok dengan Ustaz sahaja tapi cukup meluat dan benci dengan puak yang cuba menguasai persatuan.

Puak-puak ini cuba menunjukkan kuasa di zaman Pak Ak. Malangnya mereka kecundang dan tersingkir jatuh. Mereka terpaksa berpaut pada En Mat kerana itulah punca dahan yang boleh berpaut. Dengan En Mat, puak-puak ini menyanjung tinggi En Mat serta mencaci Pak Ak dan merekalah yang membuktikan betapa layaknya En Mat sebagai Guru. CD Mak Datin dikeluarkan sebagai bahan bukti mandat yang ada pada En Mat. Sikalang ini puak mau kuasai persatuan dan En Mat. Mereka banyak kuat lo. Dulu mereka kalah tapi sikalang mereka menang. Guru kena tendang lo.

Sejarah Berikut: (Boleh baca dan boleh buat telahan apa akan berlaku ma)

Mereka telah berpaut dengan En Jo. Bahan-bahan bukti dikeluarkan betapa En Jo amat layak sebagai Guru. Mereka akan mengeluarkan pelbagai dokumen untuk menyokong tindakan tersebut dan pelbagai jenis dokumen yang menunjukkan En Mat tidak layak sebagai Guru. Mereka terus berkuasa dan berkuasa di sebalik Guru yang baru. Maka tersebutlah kisah di suatu masa nanti…………………………………………………… Kasi sambung lo. Gua tak mau tulis ma. Itu sejarah akan jadi selupa lo. Lagi pecah lo. Tapi lama-lama itu olang kuat-kuat sudah tatak lo. Hai ya! Dia ada pelapis lo. Perangai sama ma. Pecah lagi ma. Chitttttttt. Gua pinat lo.