Friday, April 27, 2007

PENGESAHAN JAWATAN GURU

Dia datang

En Jo telah memulakan majlis ijazahnya. Apo nok dikato. Apa perasaannya ketika ini apabila dilantik sebagai Guru. Ikhlaskah dia. Sukakah dia. Rasa puaskah. Mewahkah yang dicari, atau apa-apa pun beliau sahaja yang boleh cakap. Dia ada alasan untuk menjadi Guru walaupun diri ini menganggap En Jo bagaikan tak ada langsung perasaan malu. Tapi apa yang nak dikata. “Guru”nya yang pandai berpura-pura dan bertanggungjawab mengubah isi pelajaran SC sekarang ini, mendesak beliau supaya mengambil alih jawatan Guru. Bukan senang memegang jawatan dan terus disahkan sebagai Guru. Confirm terus sebagai Guru tanpa ada apa-apa edah percubaan. Hebat sungguh Guru baru ni. Tapi rasa-rasanya bukan Guru yang baru hebat tapi yang hebat ialah mereka yang melantik beliau sebagai Guru. Tak guna peradaban langsung. Adat dan adab dalam persilatan diketepikan terus. Samalah agaknya seperti perkahwinan sekarang ini kahwin ala “Cowboy”. Kalau dah suka terus kahwin. Tak payah kenduri. Adat meminang diketepikan. Sanak saudara tak payah dibawa berbincang. Tak susah-susah buat kenduri. Tak payah pengisytiharan kepada masyarakat. Confirm terus sebagai suami isteri. Cukup tempoh bawa anak berjumpa dengan ibu bapa. Itupun kalau nak jumpa.

Pelantikan Pak Ak lain ceritanya. Nak confirm ambil masa. Mula-mula kena jadi pemegang amanah. Beliau sendiri mengakui bahawasanya dirinya hanyalah sebagai pemegang amanah. Itupun sebelum memperoleh murid yang ramai. Bila ramai murid baru Pak Ak menganggap dirinya Guru Utama. Barulah comfirm dirinya Guru Utama. Itupun setelah beberapa tahun. En Mat terpaksa panjat pagar untuk mendapatkan confirmation. Itupun kena keluarkan CD. Kalau dah main confirm terus dan adat dan adap diketepikan, mungkin itulah era zaman moden agaknya. Orang sekarang mana mahu ambil berat sangat tentang peradaban. Malah dianggap peradaban sebagai sesuatu yang mundur. Ramai cerdik pandai dalam SC tapi mereka hanya mengenali tentang silat Melayu, ketika mula-mula belajar SC. Soal-soal yang berkaitan majlis ijazah, ayam petunjuk, mandi, limau purut, kain putih dan sebagainya pernah dipersoalkan tentang kaitan dengan ilmu yang dituntut. Persoalan-persoalan lain juga banyak yang ditimbulkan tapi setakat dalam hati sahaja. Takut loo. Walaupun ada sikit-sikit perbahasan mengenainya tapi secara diam-diam. Sebabnya sebelum ini adat dan adab dalam SC sememangnya diterima oleh ahli sama ada setuju atau tidak setuju.

Bekas-bekas pelajar yang cerdik pandai ini, ketika menuntut di pusat pengajian, hanya perlu membuat bayaran pengajian dalam bentuk wang setelah mengisi borang khas. Guru yang mengajar mereka mana ada minta pengkeras, Mana ada mandi-mandi. Mana ada ayam-ayam. Mana ada ijazah-ijazah. Yang perlu, isi borang, bayar yuran pendaftaran dan bayar yuran pengajian. Mereka pun boleh berjaya dalam hidup. Dalam silat banyak pulak karenahnya. Pada hal yang nak diambil ialah ilmunya. Bukankah senang kalau kita bayar aje pakejnya untuk mendapat keseluruhan ilmu. Inilah antara pemikiran orang-orang muda yang kurang pengetahuan tentang peradaban SC. Kerana wujudnya perasaan yang tidak berperadaban inilah maka ketika jawatan Guru tergantung, pemikiran ini diluahkan dengan pelbagai alasan termasuk darurat.

Isi pelajaran SC amat mudah difahami dan amat mudah disampaikan. Itu sebab para penuntut di pusat pengajian tinggi begitu selesa menerima pelajaran SC . Cara belajarnyapun sangat mudah. Tak payah buka-buka gelanggang. Berdasarkan cara SC diajar, menyebabkan ramai yang berasa cemburu dan menganggap SC bukan silat asli yang sebenarnya. Perubahan yang dilakukan seolah-solah mencabar corak persilatan Melayu. Banyak silat Melayu lain berasa terancam dan menentang SC. Walau bagaimanapun akhirnya konsep SC diterima oleh masyarakat. Kini, bekas-bekas penuntut pusat pengajian telah mengusai pentadbiran SC. Pandangan-pandangan moden mereka terus terbawa-bawa dalam pengurusan SC. Dengan siapa dan di mana mereka bergaul. Bagaimana hubungan mereka dengan Guru. Rapat atau renggang atau bagaimana. Hubungan dengan Guru pula berbentuk formal atau tidak formal. Ikhlas atau tidak. Ini semua akan mempengaruhi sikap dan pandangan mereka pada peradaban SC. Kalau hubungan jarang berlaku dan hubungan bukan berdasarkan silat maka perbincangan tentang SC menjadi kosong dan mereka tidak mahir tentang selok belok SC. Pengetahuan mereka akan mendatar sahaja. Akibatnya akan timbul persoalan-persoalan tentang adab dan adat yang ada dalam SC. Pandangan mereka pada buah-buah silat dalam SC lebih berbentuk logik. Mulalah ubah buah mengikut tafsiran dan sesuka hati. Oleh sebab Guru susah kontrol, maka pengaruh mereka berleluasa sedikit demi sedikit. Pada mereka yang kurang berpengetahuan, mulalah menimbulkan persoalan tentang apa yang ada dalam persoalan mandat. Lantik aje sebarang Guru untuk ijazah, habis cerita. Itupun nasib baik nak dilantiknya Guru untuk ijazah. Seni mempertahan diri dari luar yang berkembang luas dalam negara ini mana ada ijazah-ijazah. Bagi duit pendaftaran dan yuran bulanan, terus belajar. Ini sama sahaja dengan pengajian di universiti. Hebat juga mereka hingga dapat pingat pada peringkat antarabangsa. Silat Melayu yang sibuk-sibuk dengan ijazah dan saknika jadah untuk belajar, nampak benar kolotnya.

Kini seperti yang dinyatakan di atas, ramai antara penguasa SC adalah mereka yang juga menceburi dalam dunia persilatan Melayu ketika menuntut SC di pusat pengajian tinggi. Lihat saja latar belakang mereka, gaya hidup mereka dan sebagainya. Sesetengahnya adalah mereka yang dibesarkan di taman-taman mewah yang jarang sangat mengetahui budaya hidup orang Melayu secara dekat dan terperinci. Rumahpun tertutup rapat dengan loceng yang perlu ditekan sebagai tanda memberi salam. Pagar sentiasa terkunci. Nak bagi orang datang, terpaksalah dibuat rumah terbuka. Semua ini akan mempengaruhi sikap dan sifat mereka. Kalau mereka tidak betul-betul mengetahui peradaban SC, segala-segalanya akan ditafsirkan mengikut logik akal mereka sendiri. Logik ini ada kaitannya dengan nilai kehidupan mereka. Kalau mereka memimpin SC maka pastinya SC akan mendapat kesan.

Segala gejala yang timbul dalam SC sememangnya tidak dapat kita sekat. Mantan Guru kita semestinya mengalu-alukan bijak pandai dalam SC. Ketika ini banyak kelas silat di pusat-pusat pengajian tinggi berbanding dengan cawangan. Kelemahan kita ialah tiadanya satu program untuk memastikan penuntut SC benar-benar memahami peradaban SC termasuk adat dan adab dalam SC. Zaman Ustaz dulu, kelas-kelas di pusat pengajian tidak banyak. Senang untuk Allahyarham mendidik penuntut-penuntut tersebut sama ada dari segi agama mahupun pentadbiran persatuan. Bekas-bekas pelajar universiti ini diberi kepercayaan untuk mengerakkan persatuan. Akhir-akhirnya mereka mempunyai sikap akan pentingnya peranan mereka dalam SC dan bertanggungjawab sepenuhnya akan jatuh bangun SC. Kebolehan mereka tidak dinafikan oleh Ustaz walaupun ada ketikanya Allahyarham bersungut atas sikap dan sifat yang mereka tunjukkan. Walau bagaimanapun, pengurusan persatuan masih dari atas ke bawah. Cakap-cakap Ustaz tidak ada siapa yang berani membantah. Bila Pak Ak dilantik sebagai pemegang amanah, puak-puak ini memainkan peranan penting sebagai peneraju persatuan. Mereka berasa bahawa merekalah yang bertanggungjawab atas SC. Guru yang dilantik adalah atas persetujuan majlis pemuafakatan ketika itu. Oleh sebab Guru adalah dilantik sebagai pemegang amanah, pengurusan lebih banyak dari bawah ke atas. Pak Ak sentiasa diperhatikan sama ada gerak gerinya atau isi percakapannya. Apabila kelihatan terkeluar daripada landasan, timbul teguran dan berpecahlah SC hingga mereka sendiri terpecat.

Kerana minat pada silat, diri mereka tidak boleh berpisah dengan silat terutamanya SC. Ketika itu dahan yang boleh berpaut hanya pada En Mat. Nama En Jo tiada dalam perbendaharaan kata orang-orang lama. Mereka tahu akan kebolehannya. En Mat-lah satu-satunya yang layak dilantik sebagai Guru:

“Diri En Mat masih muda,
Tentera Usamah dijadikan bidasan.
En Mat kurang pengetahuan,
Orang lama akan jadi sandaran.
En Mat kurang cekap,
Orang Lama akan tolong cakap.
Kedudukan En Mat kurang mantap,
CD Mak Datin, ahli akan dapat.
En Mat kurang Layak,
Keturunan Hanafi ramai yang agak.

Ketika zaman En Mat, kerana kedudukan, mereka tidak berani bersuara. Perasaan tak puas hati di kalangan bijak pandai tersebut, mula timbul apabila En Mat sering kali mengenepikan mereka. En Mat tidak sedar bahawa situasi yang dihadapinya tak sama dengan Pak Ak. Pada masa Pak Ak, Persatuan adalah di bawah penguasaannya dan Pak Ak mendapat sokongan daripada sebahagian besar orang-orang lama. Masa En Mat, berlaianan situasi kerana mereka pulak yang menguasai Persatuan dan En Mat hanya disokong oleh sebahagian kecil orang-orang lama. Kali ini mereka menang dan Guru kecundang. Masa Pak Ak, mereka kalah, Guru menang. Masa En Jo. Siapa menang dan siapa pulak yang kecundang. Sama-samalah kita tunggu. Tapi apa isunya nanti. Mana gua tau lo. Mesti pompuan punya hal ma.