Sunday, April 8, 2007

GENG MANA

Dia datang

Menyusahkan. Mungkin itulah perkataan yang diungkapkan pada kumpulan yang sukar membuat pemilihan sama ada MMK dengan Guru barunya atau En Mat yang merupakan bekas Guru yang sah pelantikannya. Ini semua akibat ugutan yang disebarkan ketika ini bagi membolehkan Cawangan membuat pilihan tersebut. Bersetuju berarti selamat dan mengakui kewujudan Guru baru. Menentang bererti terkuburlah cawangan tersebut. Menyusahkan kerana Cawangan hanya ada satu pilihan. Yes or No. Dari segi pengiktirafan pada Guru mana boleh paksa-paksa. Pengiktirafan perlu lahir dari jiwa dan hati yang ikhlas. Kalau tidak, jadilah mereka sebagai golongan bertopeng di mulut, beraja di jiwa. Hiduplah mereka dalam suasana yang berpura-pura semata-semata memelihara persatuan yang telah sekian lama wujud. Persatuan SC adalah hak semua ahli. Malangnya satu pihak mendakwa hak keluarga dan satu pihak lagi mendakwa hak orang lama yang bertanggungjawab mempastikan SC berada dalam landasan yang betul. Pada hal kesemua mereka didokong dan disokong oleh ahli. Dalam hal ini suara ahli diketepikan. Pemilihan Guru bukan satu perkara yng kecil. Ahli-ahli perlu dilibatkan secara memberi pendapat dan akhirnya dibuat undian. Tak kiralah secara angkat tangan atau undi sulit. Nampaknya pemilihan Guru diambil mudah. Dengan kuasa yang ada, pihak yang melantik mengenakan kaedah paksaan. Kalau dah dipaksa ketaatan tidak semestinya ada.

Ketika ini imej SC begitu aib sekali. Aibnya bukan kerana Guru tapi kerana wujudnya puak-puak yang ingin menyingkirkan Guru. Teringat kisah lama-lama yang sentiasa berulang dalam ingatan. Kisah menubuhkan badan-badan siasatan dan kehakiman bukan kerana membela Guru tapi menghukum Guru, masih timbul tanda tanya. Walaupun sumpah Guru telah dilakukan tapi mereka tidak berpuas hati. Apabila berita dalam akhbar tidak berkesan, majalah silat dijadikan sasaran. Semua ini dibiarkan berlaku dalam masa setahun. Masyarakat yang tidak tahu, terus tahu. Kadang-kadang terfikir juga kenapa tidak MMK jangan melatah. Kalau aduan pada polis telah dibuat, tunggu sahaja keputusannya. Kalau didapati bersalah, MMT ambil keputusan. Tapi ahli-ahli MMK cepat geram. Setelah dapat pengganti Guru, mereka mula bertindak. Puak-puak ini menganggap merekalah satu-satunya golongan yang boleh menjadi pembela SC. Golongan lain diketepikan dan dianggap kurang kesedaran untuk membela silat. Begitulah angkuhnya mereka. Biar SC mendapat malu asalkan cita-cita penyingkiran Guru berjaya dilakukan. Apa nak dibuat. Segala-galanya telah berlaku dan kenyataan di atas hanya boleh diulang-ulang untuk menyedapkan hati. Pandangan kita tidak sama dengan pandangan mereka. Kalau marahkan nyamuk biar kelambu dibakar. Kalau Guru tidak disingkirkan, biarlah persatuan punah ranah.

Kita tertunggu-tunggu juga kenyataan MMK tentang bilangan Cawangan yang menentang dan bilangan yang menyokong. Yang menyokong susah hati dan yang menentangpun susah hati. Kalau menyokong, bagaimana pula hubungan dengan En Mat. Seburuk-buruk perangainya pun pasti ada jasanya. En Mat hanya bermasalah dengan ahli-ahli MMK, bukannya dengan cawangan. Kalau menentang keputusan MMK alamat cawangan akan dibubar. Bagaimana dengan jasa AJK nya selama ini yang berhempas-pulas mengorbankan masa dan tenaga untuk perjuangan SC. Sia-sia sahaja perjuangan mereka selama ini. Kerana perkataan menentang, jasa yang ditabur berpuluh tahun akan tidak dihargai. Dalam hal ini tindakan MMK mungkin tidak mendatangkan kesan. Pergerakan cawangan banyak bergantung pada aktiviti Pusat Latihan sama ada di sekolah atau di pusat pengajian tinggi. Penguasa Pusat-Pusat Latihan tersebut terletak pada ketua organisasi berkenaan. Kalau di sekolah, Pengetuanya lebih berkuasa. Kalau di Pusat Pengajian, Bahagian Hal Ehwal Muridnya adalah pihak yang berkuasa. Kalau En Mat diiktiraf sebagai Guru Utamanya maka Pusat-Pusat Latihan itu adalah bebas untuk memilih Guru. Siapa yang dipanggil bergantung pula pada siapa Jurulatihnya. Pastinya MMK akan tidak senang. Akhirnya berlakulah proses pemecatan ahli. Ramailah yang akan terpecat. Sampai bila lo. Kalau MMK dianggap zalim, siapa pulak yang akan memecat mereka. Bestlah sekarang ini. Seronok tengok bab pecat memecat dan sorong tali tarik tali untuk menjemput Guru. Hebat sungguh SC tinggalan Ustaz. Semuanya gara-gara si tukang pandai yang ada dalam SC.

Ramai yang tertanya-tanya tentang hukuman Guru yang digantung selama tiga tahun. Kalaulah tidak ada dakwaan mahkamah, selepas tiga tahun keahlian Guru sepatutnya akan dikembalikan. Begitu juga haknya sebagai Guru juga sepatutnya akan dapat semula. Adakah ini akan berklaku. Setakat ini tidak ada keputusannya. Walau bagaimanapun selepas tiga tahun, tentu lagi kecoh kalau En Mat masih bertahan dalam SC. Tak sabar buat kita menunggu saat dan ketika tahun 2010.

Tindakan yang dilakukan oleh ahli-ahli MMK ketika ini ialah membuktikan bahawa En Jo layak menjadi Guru. Banyak alasan-alasan yang diberikan. Hubungan yang rapat dengan Ustaz dijadikan alasan utama walaupun ramai yang rapat dengan Ustaz. Kehandalannya menewaskan murid yang mencuba dengan En Jo di Universiti Malaya satu ketika dulu juga dijadikan alasan walaupun mencuba buah, bukannya bergaduh. Macam-macam lagilah yang dilakukan bagi membuktikan bahawa En Jo adalah seorang yang sememangnya layak sebagai Guru Utama. Saya rasa alasan-alasan tersebut tidak mudah diterima oleh kebanyakan ahli yang boleh berfikir. Pendokong En Jo juga cukup marah dengan sikap ahli yang berdiri di atas pagar. Pada mereka golongan ini tiada pendirian dan tidak dikehendaki dalam persatuan. Sebaliknya merekalah golongan yang dianggap berpendirian dari dulu hingga sekarang. Ye ke? Jangan tipu lo.

Cuma yang menariknya dalam sebuah akhbar terpampang gambar Abang Bai bersalam dengan En Jo. Apa agaknya yang terlintas dalam hati si abang Bai kita tu. Satu masa dulu dulu dulu dulu dulu di zaman Pak Ak, Abang Bai selalu membuat kursus Jurulatih tanpa pengetahuan Pak Ak selaku Guru ketika itu. Pak Ak selalu bersungut. Ketika itu semuanya baik. Banyak buah yang diubahnya kecuali Buah Dua, kegemarannya. Salah seorang penuntut setianya ialah En Jo. Jadilah En Jo tukang pak turut. Tak pernah dengar dia bersuara. Buah-buah yang diubahnya tanpa restu Pak Ak yang diperkudakan ketika itu. Banyak tipu lo. Harap-harap En Jo jangan diperkudakan olehnya. Masa Pak Ak, beliau adalah penentang utama. Penentangan ini berlarutan di zaman En Mat. Zaman En Jo bagaimana pula. Cubalah sekat aktiviti abang kita tu, pasti malang yang akan menimpa pada Guru Utama. Harap-harap jadilah En Jo harimau belantara yang kuat ngaumnya agar tak mudah si abang kita memperharimaukan diri En Jo. Hai ya. Pisang buah dua kali lo.

Kita akan membaca dan mendengar banyak pendapat daripada MMK tentang mandat yang dulunya sangat dipertahankan. Kalau murid baru, mungkin tak jelas. Tapi pada mereka yang telah bergelumang sejak zaman pepecahan yang lalu akan nampak cerita-cerita lucunya tentang betapa hampasnya istilah mandat dan betapa hebatnya usaha untuk mempastikan kelayakan Guru baru. Banyak lagi peristiwa-peristiwa lucu yang akan timbul. Orang yang faham akan terasa geli gelemannya. Mana pendirian, mana pegangan dan mana matlamatnya. Glamour maaa.