Friday, May 18, 2007

TERDETIK DI HATI

Dia Datang

Zaman dulu dulu, untuk menjadi Guru silat bukan senanng. Ilmu tersebut perlu diperturunkan daripada Guru asal kepada anak muridnya yang terpilih. Persatuan-persatuan mana ada. Guru mempunyai kuasa mutlak. Anak murid yang berasa tak puas hati hanya menyimpan perasaan tersebut dalam hati. Ada peluang, mereka akan menderhaka kepada Guru sama ada secara langsung atau melalui orang lain. Itu sebabnya kita sering mendengar tentang jatuhnya Guru adalah akibat orang-orang kanannya. Itu baru nak jadi Guru; bukannya pewaris. Dalam SC ada kaitan dengan gelaran jurulatih. Dalam tulisan berikut istilah Guru adalah merujuk Guru yang utama.

Keinginan untuk menjadi pewaris Guru di kalangan murid silat agak terhad dan sempit. Biasanya Guru akan memilih bakal pengganti daripada kalangan keluarganya. Kecualilah jika anak-anaknya tidak mahu mewarisi ilmu bapanya. Maka Guru akan mencari orang lain. Kalau beliau mati sebelum sempat mencari pengganti, anak atau keturunannya akan mencarikan ganti. Begitulah keadaannya apabila minat menjadi pewaris Guru bukan fokas utama kepada ahli. Sebabnya, peluang tersebut sangat terbatas. Disitulah lahirnya istilah salasilah, mandat, waris atau pelbagai istilah yang menunjukkan adanya pertalian antara Guru yang ada dengan Guru sebelumnya.

Amalan ini sememangnya telah wujud dalam SC. Ustaz telah perbetulkan balik konsep ini apabila beliau menerima mandat daripada Gurunya. Pak Ya telah menyerah balik ilmu ini kepada anak Kedah sebagai pewaris seperti yang sepatutnya. Dalam hal ini kita perlu berfikiran luas. Walaupun dikatakan anak Kedah, itu masih merujuk pada keturunan Melayu . Orang Kedahpun adalah orang Melayu. Pada pandangan bangsa lain, semua orang Melayu yang berasal sama ada daripada Kelantan atau Terengganu atau Perlis atau Perak atau sebarang negeri lain, tetap dianggap Melayu. Tak kira apa jawatannya. Tukang sapu ke, tukang sunat ke, tukang ikrar ke atau apa-apa saja. Malah orang Jawa ke, orang Minang ke atau orang Mendeleng ke atau sebagainya tetap dianggap Melayu. Melayu yang berasal dari Kedah hanya untuk merujuk asal keturunan atau salasilah atau waris sahaja.

Sekarang ini dalam SC, oleh sebab wujudnya golongan lama yang berfikiran baru, soal-soal yang menyentuh tentang Guru telah diambil mudah. Ahli jawatankuasa mempunyai hak untuk melantik Guru. Dalam konteks SC, MMK dan MMT mempunyai kuasa penuh atas pelantikan tersebut. Ini bermakna hal-hal yang berkaitan dengan salasilah, keturunan dan asal usul tidak dikira dalam SC untuk pengesahan Guru baru. Pandangan ini disogokkan oleh mereka yang berkuasa dalam persatuan. Merekalah yang telah bertanggungjawab membuka ruang dan mewujudkan saingan terbuka untuk ahli-ahli mendapat kuasa menjadi Guru. Perkara pokoknya, mereka itu direstui oleh MMK dan MMT. Kedua-dua badan ini telah memainkan peranan seakan-akan sebagai Lembaga adat dan adab dalam SC. Ahli-ahli yang juga merupakan anak murid Guru akan diketepikan. Pandangan ahli hanya boleh didengar melalui mesyuarat agung atau mesyuarat luar biasa. Akan tetapi untuk menganjurkan mesyuarat-mesyuarat tersebut, kita terikat dengan undang-undang yang dikatakan perlembagaan. Undang-undang ini bikinan manusia. Orang yang pakar undang-undang, pasti akan dapat mengubah dan bermain dengan undang-undang.

Siapakah dalang yang sentiasa menentukan hala tuju institusi perguruan SC ketika ini. Umumnya semua ahli lebih mengetahuinya. Saya lihat ada sekurang-kurangnya enam serangkai perwatakan atau personaliti dalam SC yang berkuasa ketika ini dan menentukan hala tuju SC. Mereka ialah orang kuat MMK atau MMT atau LPT dan tidak asing pada kita semua. Ahli yang bergelar Ustaz tak masuk kira sebab beliau kurang aktif menentukan hala tuju walaupun masih berpengaruh. Nama-nama lain yang baru timbul atau yang geram kerana dikatakan dah kena “pau” adalah generasi kedua dan kurang berkuasa. Kita ketepikan En Jo buat sementara waktu kerana anak muridnya tidak ramai lagi. Kuasa En Jo adalah terbatas dan terpaksa tunduk pada enam serangkai yang berkuasa di atas. Cuba kita analisis secara telahan apakah perancangan mereka untuk masa depan SC.

Pertama sekali mereka akan menyusun barisan LPT dan MMT. Barisan LPT semestinya terdiri daripada mereka yang boleh dikuasai. Selepas itu pastinya MMT menjadi tumpuan. Sekarang ini ahli-ahli MMT meliputi keluarga Ustaz. Keadaan ini tentunya kurang menyenangkan mereka. Golongan enam serangkai ini akan memberi tekanan dan akhirnya ramai ahli MMT yang akan kecundang dan seterusnya akan diganti dengan orang-orang bangka yang boleh dipercayai kesetiaan mereka. Sasaran berikutnya ialah individu-individu terutamanya jurulatih cawangan dan pusat-pusat latihan. Ekorannya, individu tertentu akan ditendang keluar daripada SC sebagai langkah pembersihan. Keamanan dalam SC perlu diwujudkan. Puak-puak En Mat perlu disisihkan segera. Lagi cepat mereka beredar dan menubuhkan silat yang baru, lagilah baik buat Enam Serangkai. Kalau En Mat telah menubuhkan silat baru maka urusan mereka tidak akan terganggu dan mudahlah menyusun jentera untuk meneguhkan pengaruh mereka dalam SC En Jo.

Setelah semuanya selesai maka persoalan berikutnya ialah siapakah yang bakal menggantikan En Jo sebagai Guru Utama andainya En Jo telah pergi. Ini satu persoalan yang baik. Oleh sebab mandat, keturunan dan hak telah tidak penting lagi dalam konteks pemilihan Guru dalam SC, maka pelantikan Guru adalah terbuka. Semua orang boleh menjadi Guru. Walaupun terbuka tapi kita harus ingat bahawa pihak berkuasa yang diketuai oleh Enam Serangkai tersebut masih ada dan kuat.

Ketika En Jo telah tiada, dua orang antara mereka akan dimulai gelaran mereka sebagai “Pak” sebab kalau panjang umur, pastinya menjangkau umurnya lewat enam puluhan. Kederat semakin kurang walaupun ada ilmu KK. Kalau nak ambil jawatan Guru, nanti ditempelak oleh ahli-ahli ketika ini, yang menganggap kedua-duanya sememangnya gilakan jawatan Guru satu masa duluuuuu. Agak susah untuk mereka memenuhi hajat menjadi Guru. Tinggallah saudara empat orang lagi yang mempunyai peluang yang cerah untuk dilantik sebagai Guru oleh MMK dan MMT. Pengalaman enam serangkai tersebut bersama anak mamak jati di zaman Ustaz dan awal Pak Ak, banyak memberi pengajaran. Keturunannya ada dalam Enam Serangkai tersebut. Sama-sama seketurunan DKK. Walau bagaimanapun saya yakin bahawa mereka juga mempunyai hajat untuk jawatan Guru tersebut. Kedua-duanya orang dari negeri yang sama. Apalah salahnya. Pak Ya pun orang negeri tersebut. Mungkin itu sebabnya mereka memerlukan satu pengkalan daripada cawangan. Semestinya cawangan negeri tumpah darahnya sebagai cadangan. Mereka akan menyusun strategi. Orang-orang lama yang ada di negeri itu kalau menjadi batu penghalang, perlu disingkirkan. Presiden dan setiausaha serta orang kuat cawangannya yang lain perlu “dicekup” terlebih dahulu. Mereka akan pastikan bahawa kedua-dua jawatan tersebut adalah sebulu pahat dengan mereka. Keadaan ini amat penting buat mereka. Kalau ada cawangan sebagai landasan, pastinya akan memudahkan mereka untuk berjuang mendapatkan jawatan Guru dalam SC.

Namun begitu usaha-usaha mereka akan menemui tentangan daripada saudara sepusat sepusing yang dua orang lagi. Kalau tidak ditendang keluar, pengaruh mereka akan dikurangkan. Kadua-dua saudara ni hebat dan mereka adalah orang lama. Jasa mereka sangat banyak sejak zaman Ustaz seperti yang mereka dakwa. Kedua-duanya akan berlumba-lumba mendapatkan pengaruh bagi memudahkan pemilikan jawatan Guru. Mereka pernah bertanding untuk jawatan Presiden Cawangan Wilayah. Kecoh juga masa tersebut. Tapi salah seorang daripadanya pandai strategi dan akhirnya beliau akan menjadi Guru SC bagi menggantikan En Jo pada satu masa nanti. Saya rasa beliau tahu akan keadaan ini. Itu sebabnya beliau bermati-matian menyerang fahaman yang berpegang pada mandat. Kalau soal mandat masih diutamakan maka tertutuplah peluangnya untuk menjadi Guru SC. Strateginya telah lama dirancang. Semasa zaman En Mat, beliau cuba mendapatkan sokongan daripada cawangan di bahagian selatan tanah air sebagai pengkalan. Malangnya cawangan tersebut beralih angin dan menyebabkan beliau menyusun strategi lain untuk mendapatkan pengaruh. Jawatannya dalam MMK dan MMT cukup untuk membolehkan beliau menjadi orang yang berpengaruh dan dapat meraih simpati untuk dilantik sebagai Guru oleh MMK dan MMT. (Sikalang olang panggil lia bang. Nanti akan tukar nama pak loo.)

Mereka yang menyebelahi En Jo sekarang ini perlu memahami hala tuju SC untuk tempoh jangka masa panjang. Jangan berpandangan dalam kotak hitam, berdasarkan suasana ketika ini sahaja kerana ikatan dalam persilatan SC mulai longgar dan akan mempengaruhi suasana yang akan datang. Ikatan ini meliputi daripada pelantikan Guru nya, isi pelajaran dan fahamannya.. Kecualilah kalau memang hajat dihati untuk bergiat dalam SC dalam jangka masa pendek. Tetapi kepada mereka yang berhajat untuk menjadikan SC sebagai satu kegiatan sepanjang hayat, fikir dalam-dalam dengan akal yang bebas supaya diri tidak kecewa. Janganlah diri diperalatkan untuk kepentingan seseorang dan apabila tidak dikehendaki, akan ditendang keluar umpama bidalan, “habis manis sepah dibuang.” Tapi kalau kita anggap SC hanya sama tarafnya dengan jenis sukan yang lain, teruskan penglibatan. Sekurang-kurangnya badan sihat kerana ada tempat mengeluarkan peluh.

A yo yo apa fasat lu tulis ini semua ? Fitnah loooo!. Tak tau lo.

Tapi semua rintitan itu sememangnya terdetik di hati. Sama juga dengan hati yang terdetik ketika Ustaz kembali. Tapi ketika itu tak mahu cakap kerana jaga hati. Orang-orang yang asyik turun padang hanya menumpukan perhatian kepada usaha-usaha mengembangkan SC. Detik di hati selalu diketepi. Hal-hal yang berkaitan dengan mainan politik tak pernah diambil berat. Akan tetapi orang yang tak turun padang tapi hanya turun ketika perayaan, ada banyak masa. Mereka inilah yang sering menyusun strategi untuk kepentingan diri. Kali ini, hati kecil ini tak mahu dikecewakan lagi. Apa yang terdetik, eloklah luahkan. Haaaa! Lega!.
Nanti sambung loo.Sikit-sikit kasi taburrr cukup ma.

Thursday, May 10, 2007

DULU SERONOK MA!

Dia Datang


Ada yang berasa kecewa dengan keadaan yang sedang berlaku. Sesama ahli telah mula tidak bertegur sapa. Minat untuk senyum pun telah menjadi tawar. Kalau dulu apabila bersua muka akan membincangkan hal silat tapi sekarang apabila bersua muka mereka lebih inginkan penjelasan – geng mana. Pada cawangan pula, isu yang dibangkitkan oleh puak-puak tertentu ialah keputusan menyebelahi siapa. Mereka inginkan pendirian. Pada mereka bukannya susah untuk membuat keputusan. Tak payah buat mesyuarat agung khas bertanyakan ahli. Cukup ketua cawangan dan setiausaha cawangan membuat keputusan. AJK pun boleh ditinggalkan. Oppp silap! Parti politik pulak. Maksud saya MMN lo. Begitulah rapuhnya hubungan sesama ahli ketika ini. Tapi itu semua buat seketika. Apabila keadaan menjadi reda, ahli akan berpecah dua dan masing-masing akan membawa haluan tersendiri. Tidak menegur ahli yang kenal rapatpun akan menjadi perkara biasa. Jangan impikan perpaduan lagi. Perpaduan hanya wujud di zaman Ustaz. Walaupun ada perasaan tak puas hati ketika itu tapi tidak ada siapa yang berani luahkan secara terbuka. Hanya tiba-tiba ahli berkenaan ghaib secara beransur-ansur sebagai tanda protes. Perpaduan sangat padu ketika itu hinggakan tidak ada siapa yang berani merobeknya. Tidak timbul orang-orang lama yang cuba menegakkan kuasa atau menyebarkan pengaruh. Takut lo. Lagipun, masa itu mereka belum lagi bergelar orang lama maaaa. Sikalang sudah bangka lo.

Ketika ini, pepecahan sesama ahli bukanlah sesuatu yang boleh dielakkan. Kita berkenalan kerana adanya Silat Cekak. Atas prinsip Guru yang satu dan aktiviti SC kita bersua muka dan menjalin ikatan mesra yang sangat rapat. Apabila Guru telah tiada dan SC sudah tak tentu hala maka hubungan kita atas dasar apa lagi. Sesuailah dengan bidalan, “kita bersua kerana silat maka kita berpisahpun kerana silat.” Selepas ini hubungan sesama ahli adalah seperti sebelum mengenali SC. Maknanya tak ada hubungan langsung. Jadi apa sebab nak dirisau atau disedihkan. Kita yang memilihnya. Bukannya ada hubungan persaudaraan atau hubungan darah. Kita boleh rapat kerana adanya SC dan Gurunya. Bila dah tak ada Guru dan SC, rapat sebab apa. Bawalah diri masing-masing. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Oleh itu, tidaklah perlu dibandingkan dulu dan sekarang. Yang pastinya, dulu kerana silat kita bersatu dan bermesra dan sekarang kerana silat kita berpecah dan bermasam muka. Itulah enam tolak enam namanya.

Kita sudah jemu dengan perbahasan mengenai soal mandat. Masing-masing ada pandangan sendiri berdasarkan kepentingan masing-masing. Bukan senang untuk mengubah pegangan yang sedia ada. Biarlah masing-masing dengan pandangannya. Kita berbahas sebelum ada sebarang lantikan Guru baru. Kalau Guru baru telah dilantik, apa ada isu lagi. Cuma yang perlu kita berhati-hati ialah untung nasib SC pada masa-masa yang akan datang. Apa yang kita lakukan sekarang ini, kesannya adalah pada generasi yang terkemudian. Bila ikatan sudah longgar dari segi hak dan asal usulnya, SC akan berkembang maju dalam nama yang pelbagai dan tenaga pengajar atau Guru yang pelbagai nama dan keturunan. Lihat sajalah Labuuuuuu.
Suatu masa duluuuuuuu, SC amat hebat dalam segi apa pun. Silatnya hebat. Organisasinya hebat. Ahli-ahlinya hebat dan semuanya hebat. Tiba-tiba SC jatuh merudum menyembah bumi. Ini tentunya akan menjadi tarikan buat generasi akan datang untuk membuat kajian atau tesis. Tengoklah siapa yang membuat kajian tersebut. Kalau individu itu menekankan adab dan adat dalam dunia persilatan Melayu, maka akan terbitlah nama-nama yang telah bertanggungjawab merobek ikatan tersebut. Tak kiralah sama ada di peringkat pusat atau cawangan. Termasuk ketua ikrar lo.

Sekarang kita lihat telah wujud kebebasan bercakap dan mengeluarkan pendapat. Itulah erti kemerdekaan pada mereka dalam SC. Asal saja terlintas sebarang pendapat, berdasarkan logik, mereka akan ketengahkan pendapat tersebut, bersesuaian dengan matlamat dan kehendak mereka. Punca rujukan telah tiada. Nak rujuk pada siapa. Yang empunya silat telah diketepikan. Orang yang mendakwa SC ini dia yang punya, ramai. Mereka menganggap bahawa diri merekalah yang bertanggungjawab untuk mempastikan SC berada pada landasan yang betul. Akibat ramainya golongan ini maka pendapat yang dikeluarkan adalah banyak dan tidak terkawal. Saya tak fikir En Jo akan dapat mengawal keadaan ini dan tidak mungkin semua punca kuasa, punca pendapat dan punca suara akan hanya datang daripada En Jo. Perkara ini tentunya mustahil. Walau bagaimanapun tidak mustahil apabila muridnya bertambah ramai. Tapi jaga baik-baik. Rujuk selalu pada orang-orang bangka pada masa itu yang telah terlalu lama dalam SC. Kalau tidak rujuk pasti En Jo akan tersingkir juga akhirnya. Alasannya? Mencabul nenek tua, ibu kepada……… Hai yaaaa. Lagi kes cabul ka. Ada masuk ka.

Betapa bencipun kita dengan En Mat, pada pendapat saya eloklah dielakkan kebencian tersebut ditujukan pada Mak Teh khasnya dan di pihak keluarga amnya. Murid-murid Pak Ak dan En Mat mungkin kurang memahami tentang keperluan menjaga nama baik keluarga Allahyarham Ustaz. Kalau mereka bercakap dan menulis secara hentam keromo sahaja terhadap Mak Teh dan keluarga, patutlah kerana ikatan mereka dengan keluarga Ustaz tidak sama dengan generasi terdahulu. Kepada ahli-ahli lama yang rapat dengan Ustaz dan menganggap Mak Teh sebagai emak kandung, walaupun tak dikeluarkan daripada Mak Teh, ingat-ingatlah pesan Ustaz. Itupun kalau Ustaz ada berpesan. Tapi antara mereka tentunya ada menerima pesanan tersebut. Pesanan agar menghormati Mak Teh. Saya angkat tangan pada seorang ahli MMT dari Johor yang masih memegang prinsip ini walau dalam keadaan apapun. Beliau tetap akur atas pesanan Ustaz. Tak kanlah beliau seorang sahaja yang menerima pesanan tersebut. Kalau dah anggap Mak, tak kan sekali marahpun putus hubungan langsung. Mak Teh panggil binatang aje. Bukan babi atau biawak atau ayam atau itik. Binatang itu gelarannya umum. Mungkin maksudnya kancil, sebab pandai menyusun strategi untuk memporakprandakan keadaan. Tak kan la tak ada kemaafan langsung. Tak akan la hati tu tertutup langsung. Anak derhaka hidup tak selamat lo. Hai ya! Itu bukan gua punya mak lo. Gua cakap-cakap saja serupa mak. Depan Ustaz gua main-main lo. Gua takut ma dengan Ustaz. Gua terpaksa pura-pura lo. Kalau tatak buat itu macam gua sudah lama kena tendang lo. Kalau gua sudah kena tendang mana macam gua mau pecah ini pesatuan maaa. Chittttt. Busuk punya olang.

Ada orang kata zaman Ustaz dulu sangat seronok. Ikatan sesama ahli sangat rapat dan saling bekerjasama. Hai ya! Tak tau mau cakap lo. Adatnya kalau wujud keseronokan zaman Ustaz, maka Pak Ak dan En Mat akan terus mewarisi ahli yang hidup dalam keseronokan tersebut. Kenapa berpecah pulak ketika zaman Pak Ak. Rupa-rupanya ramai ahli yang hanya seronok dengan Ustaz sahaja tapi tak seronok dengan beberapa kerat ahli yang lain . Ahli-ahli ini sentiasa cuba menguasai persatuan hingga timbul perasaan tak puas hati. Perasaan ini tidak diluahkan sebab menghormati Ustaz. Mereka hanya menyimpan rasa dan perasaan dalam hati. Apabila Pak Ak memerintah, ahli-ahli yang menguasai persatuan di zaman Ustaz tersebut terus ingin menguasai persatuan dan dengan Pak Ak sendiri. Alasannya ialah mereka menganggap mereka bertanggungjawab akan masa depan SC. Pak Ak bernasib baik sebab ramai ahli lama yang tidak sebulu dengan mereka dan terus menyebelahi Pak Ak. Itu sebabnya ketika pepecahan awal di zaman Pak Ak, kisah-kisah lama di zaman Ustaz diungkit-ungkit kembali menunjukkan betapa bencinya mereka pada ahli-ahli lama tersebut.

Ada kisah menarik di sebuah cawangan di utara tanah air. Dikatakan Presiden Cawangan tersebut berjaya memimpin cawangan tersebut dengan jayanya semasa zaman Ustaz. Semua ahli dikatakan berpadu dan bersatu serta sentiasa tersenyum dan ketawa. Hidup mereka dalam suasana keseronokan. Tapi rupa-rupanya bila diadakan foram di USM satu ketika yang lalu di zaman Pak Ak, ada peserta foram yang merupakan AJKnya yang mengungkit perasaan tak puas hati terhadap presidennya sejak zaman Ustaz lagi. Jelaslah di sini betapa ramai manusia yang bergelar ahli SC yang tak berpuas hati dengan segelintir manusia yang cuba menguasai persatuan di zaman Ustaz walaupun mereka sentiasa ketawa keseronokan. Mereka seronok dengan Ustaz sahaja tapi cukup meluat dan benci dengan puak yang cuba menguasai persatuan.

Puak-puak ini cuba menunjukkan kuasa di zaman Pak Ak. Malangnya mereka kecundang dan tersingkir jatuh. Mereka terpaksa berpaut pada En Mat kerana itulah punca dahan yang boleh berpaut. Dengan En Mat, puak-puak ini menyanjung tinggi En Mat serta mencaci Pak Ak dan merekalah yang membuktikan betapa layaknya En Mat sebagai Guru. CD Mak Datin dikeluarkan sebagai bahan bukti mandat yang ada pada En Mat. Sikalang ini puak mau kuasai persatuan dan En Mat. Mereka banyak kuat lo. Dulu mereka kalah tapi sikalang mereka menang. Guru kena tendang lo.

Sejarah Berikut: (Boleh baca dan boleh buat telahan apa akan berlaku ma)

Mereka telah berpaut dengan En Jo. Bahan-bahan bukti dikeluarkan betapa En Jo amat layak sebagai Guru. Mereka akan mengeluarkan pelbagai dokumen untuk menyokong tindakan tersebut dan pelbagai jenis dokumen yang menunjukkan En Mat tidak layak sebagai Guru. Mereka terus berkuasa dan berkuasa di sebalik Guru yang baru. Maka tersebutlah kisah di suatu masa nanti…………………………………………………… Kasi sambung lo. Gua tak mau tulis ma. Itu sejarah akan jadi selupa lo. Lagi pecah lo. Tapi lama-lama itu olang kuat-kuat sudah tatak lo. Hai ya! Dia ada pelapis lo. Perangai sama ma. Pecah lagi ma. Chitttttttt. Gua pinat lo.

Friday, May 4, 2007

LACUR PEMIKIRAN

Dia Datang

Semasa En Jo memberi ucapan dalam perhimpunan pengikut setianya, ada yang memberi komen pada dua segi. Pertamanya ialah cara beliau bercakap yang dikatakan tersangkut-sangkut dan keduanya isi percakapan yang tidak matang dan membahaskan isu-isu yang remeh. Ini petanda yang tidak baik. Hal ini adalah bersamaan dengan ucapan pertama Pak Ak dulu dalam satu majlis. Suara sumbang yang sedemikian sebiji sama dengan apa yang berlaku selepas Pak Ak memberi ucapan. Apakah En Jo akan menerima nasib yang sama dengan Pak Ak. Jangan risau, Guru baru perlu cari penyokong setia dengan segera bagi mengawal penguasa yang ada. Gunakan moto; sembelih dulu sebelum anda disembelihkan.

Ada pihak yang cuba menenangkan keadaan. Terkeluar kata-kata, “Berilah peluang kepada En Jo terlebih dahulu. Lama-lama dia akan berubahlah. Lagipun kan ada tokoh-tokoh yang hebat di sekelilingnya.” Kata-kata ini juga sebiji samanya dengan ungkapan para penenang di zaman pemulaan Pak Ak dulu. Lama-lama Pak Ak ditikam dari belakang. Belakang kira lo. Hai Guru baru, gunakanlah moto, “tikam dulu sebelum anda ditikamkan”

Saya pernah dihubungi oleh ahli-ahli lama tentang isu pelantikan Guru baru. Walaupun mereka tak aktif tapi masih lagi berminat dengan perkembangan silat. Orang-orang baru yang masih aktif dah tidak mahu rujuk-rujuk lagi. Wirid merekapun dah bertukar daripada Mat Mat Mat kepada Jo Jo Jo. Wirid Haji pun dah tak sempat nak buat. Mereka sudah ada harapan baru yang akan menyinari alam persilatan mereka. Dalam perbualan dengan orang-orang yang tak aktif tersebut isu mandat lebih diberi keutamaan. Walau bagaimanapun barisan kepimpinan MMK menolak perlunya mandat. Orang-orang lama ini menganggap perkembangan ini yang tidak menghiraukan soal mandat merupakan satu peluang yang baik untuk terus memperkembangkan silat Cekak. Kalau Guru baru boleh dilantik oleh empat lima orang yang bertopengkan MMK dan MMT kenapa tidak kalau ada beberapa ahli yang mungkin lebih daripada sepuluh orang melantik seorang tenaga pengajar sebagai Guru baru dengan membuka Silat baru tapi mengajar SC. Nak cari pengikut bukannya susah. Ramai yang buta hati dan buta perut. Pasti ada pengikut. Nak pakai nama SC tentu tak boleh sebab menganggu En Jo cari makan. Guru baru pada silat baru nanti bolehlah pakai sebarang gelaran. Why not? Asal usul silat dan pemiliknya tidak lagi dipentingkan sekarang. Ini tidak menghairankan kerana telah ada sebuah pertubuhan silat lain dan terkenal di tahap nasional yang berpecah daripada pertubuhan yang ada dan jurulatihnya membuka silat baru. Tapi untuk mandi limaunya tetap dicari keturunan guru yang asal. Dalam konteks ini kalau ada silat baru yang mengajar SC kalau nak berkat hanya jemput En Mat atau keturunannya sahaja. Itu pun kalau nak akan asal usul sahaja. Kalau tak nak pun tak apa sebab apa ada pada keturanan dan salasilah sekarang ini. Lihatlah nanti perkembangan yang akan berlaku seperti yang dinyatakan.

Kita juga jangan hairan jika cawangan-cawangan yang ada sekarang ini banyak yang akan bertukar nama kepada pelbagai nama persatuan silat yang didaftarkan tapi yang ijazahnya ialah En Mat. Sekarang ini nama sudah tidak penting. Saya difahamkan telah mula ada perancangan yang sedemikian. Fullamak! Semakin berpecahlah kita. Tapi apa nak dibuatkan. Memang bangsa kita jenis suka berpecah. Mungkin strategi mereka pada satu masa nanti apabila telah kuat masing-masing akan membubarkan persatuan yang ada dan bersatu kembali dalam pertubuhan yang dipimpin oleh En Mat. Wow! Macam pertubuhan politik pulak. Tapi bagaimana pula dengan pertubuhan yang dipimpin oleh En. Jo. Oppp sorry! Dia bukan pimpin lo. Atak lain olang. Mereka juga akan berkembang dengan dibarisi oleh ahli professional dan ahli-ahli yang bijak pandai. Di situ persaingan akan lebih hebat terutama apabila En Jo telah tiada. Orang bijak pandai mempunyai perancangan yang hebat. Pelbagai tektik akan dikeluarkan untuk mencari pengaruh. A yo yo yo. Lagi banyak olang jadi alat ma. Lagi banyak harga diri jatuh looo. Berapa ringgit ma!

Orang-orang yang hebat perlu melihat apa yang akan berlaku pada jangka masa berpuluh-puluh tahun yang akan datang. Itulah perancangan yang strategi. Jadikanlah diri sebagai pengusaha yang cekap untuk jangka masa yang panjang. Namun begitu jagalah harga diri kita. Harga diri merupakan nilai diri kita sendiri. Diri ini tidak ternilai harganya. Nilai kita bukan sekadar ribuan ringgit, nilai kita bukan sekadar pujuk rayu, nilai kita bukan sekadar menyebelahi kawan, nilai kita bukan sekadar orang suruhan, nilai kita bukan sekadar menjaga hati kawan, nilai kita bukan sekadar baca ikrar dan macam-macam ada tapi nilai kita amat hebat dan tidak ternilai harganya. Orang-orang ini mempunyai prinsip dan pegangan dan bukan ikut-ikutan. Jadilah silat sebagai gelanggang untuk mengasuh diri tentang erti kemerdekaan. Di tempat kerja, kita terikat dengan segala bentuk peraturan dan ikatan. Kita perlu hidup dalam kepura-puraan walaupun bertentangan dengan hati. Tapi dalam medan silat, itulah diri kita sebenarnya. Asuh diri itu supaya kita menjadi insan yang berwibawa dan disanjung tinggi sebagai pembela bangsa. Kenallah erti kemerdekaan yang selalu dilaung-laungkan oleh mantan Guru asal kita.

Elakkanlah diri kita hidup dalam dunia tanpa pegangan. Jangan jadi alat dan diperalatkan. Semua manusia, kita hormati kerana setiap manusia ada kelebihan dan kelemahannya. Jangan jadi seperti orang yang tidak erti makna keikhlasan. Satu masa orang itu disanjung hingga lupa segala-galanya. Bila dah benci sanggup diri diperalatkan untuk menikam diri orang yang disanjung dulunya, dari belakang pulak tu. Tayang pulak perasaan benci tersebut. Hai ya, kaum Lut ponya olang ka! Busuk!

Pada masa inilah pula munculnya muka-muka baru yang dulunya tidak aktif. Tergelak melihat kedudukan mereka. Macam-macam tafsiran boleh dibuat. Kadang-kadang kita ketawa sendirian. Nampak sangat semacam ada unsur-unsur alat dan memperalatkan. Jadi alat sebab puak yang ada memerlukan sokongan orang-orang jenis ini. Tambahan pula mereka ini ada gelaran orang lama. Dengan menyangjung tinggi mereka ini jadilah mereka umpama kaduk naik junjung. Tapi sampai bila ma. Satu masa nanti pooooorahhhh.

Memperalatkan bermaksud mereka ini ingin mencari tempat dan kedudukan semula untuk bergiat dalam SC. Kenapa nak cari tempat. Mungkin ada pelbagai alasan. Dulu mungkin tak ngam dengan Guru yang ada atau dengan kepimpinan yang ada. Untuk melonjakkan diri terpaksalah ditunjukkan betapa hebatnya diri. Yang peliknya orang yang dah tak ada nafsu terus ikut cakapnya. Jadi tempat rujukan pulak tu. Heeeee. Heeee.Heeee. Apa lah bang……g. Gua pun tatak faham loooo. Orang ini rajin pulak mengikuti perkembangan silat. Mesyuarat? Dia pulak yang dulu sampai. Apalah dunia ni. Penatlah aku…..

Ramai yang menulis kerana sedih betapa keistimewaan yang hebat dalam SC rela dinyahkan oleh sebilangan kecil ahli yang ada power. Di kalangan ahli-ahli pulak tu, kerana Guru yang didakwa mencabul, sanggup menukar prinsip dan menghilangkan pegangan diri. Guru didapati bersalah dan dijatuhi hukum oleh orang yang tak tentu arah yang diketahui asal usulnya. Ada yang hebat ingin mempertahankan lantikan Guru mesti daripada kalangan keluarga, tapi akhirnya tewas dan dilacurkan pandangan kerana kepentingan tertentu. Ada pelanggan pulak tu. Hai ya haru-biru. Langganilah akhbar-akhbar harian untuk mendapatkan maklumat. Janganlah langgani mereka yang melacurkan pemikiran. Jenayah akademik lo. Orang pandai-pandai mesti fahamkan. Universiti maaa.

Thursday, May 3, 2007

Cerita Adat

Bukan selalu kita berpeluang menyaksikan majlis Pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Sementara dah berkesempatan, ada baiknya keseluruhan perjalanan majlis tersebut dijadikan sedikit pelajaran buat yan nak berfikir. Dibawah disertakan sedikit petikan Wikipedia berhubung majlis tersebut

• Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin telah diadakan dalam adat istiadat di-Raja Melayu, di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari Khamis, 26 April 2007 pukul 10 pagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Seri Paduka Baginda telah dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-208 di Istana Negara pada 3 November 2006 bagi tempoh 5 tahun mulai 13 Disember 2006 untuk menggantikan Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail.

• Sultan Mizan melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong. Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj sebagai saksi surat sumpah jawatan.

• Penggunaan tulisan Jawi dalam tulisan watikah pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin serta surat jemputan kepada Raja-raja Melayu untuk berangkat ke majlis itu menghidupkan kembali budaya tulisan itu di istana seperti zaman dahulu kala.

Apa yang pasti majlis tersebut berlangsung dalam suasana yang penuh adat dan istiadat bermula seawal proses pemilihan hinggalah ke saat “Daulat Tuanku” dilaungkan. Memang adat dan budaya Melayu ni hebat. Hatta penggunaan tulisan jawi dalam tulisan watikah pertabalan pun sudah cukup menggambarkan betapa pihak yang mempertahan kedaulatan institusi Raja-raja Melayu bersungguh-sungguh dalam memastikan budaya, adat dan istiadat ini kekal sepanjang zaman. Maka bertepatanlah apa yang diluahkan oleh Sastrawan Negara Usman Awang berhubung dengan sifat Melayu

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Baik, itu cerita Raja-raja Melayu. Apa pulak ceritanya dalam alam persilatan Melayu. Perlukah adat dan istiadat dipertahankan? Perlukah para so called penggerak alam persilatan Melayu memainkan peranan memastikan adab, adat dan istiadat yang terhimpun dalam alam persilatan Melayu dikekalkan atau setidaknya diangkat ketahap yang boleh dibanggakan oleh anak cucu kita nanti? Payah nak jawab tuh. Ada banyak sebab. Ada banyak perkembangan yang dikatakan menghalang usaha mengekalkan tujuan tersebut.

Usah tengok jauh. Tengok muka kita dalam cermin dulu. Kita ahli Silat Cekak. Kita claim kita adalah Peneraju Warisan Mutlak. Kita claim sejarah silat kita penuh dengan kehebatan dan adat budaya. Ilmu perguruan diwariskan secara beradab dari Guru ke Guru. Pelajar diperturunkan ilmu dari generasi ke genarasi melalui istiadat pengijazahan. So great. Tetapi berapa lama semua ini boleh dipertahankan? Ahli-ahli baru yang belajar semakin bijak. Ahli yang menuntut semakin berfikiran terbuka. Kebanyakannya tergolong dalam Generasi Y yang dikatakan paling pandai tetapi amat jauh dari sudut penghayatan sejarah. Mereka amat cenderung dengan kehebatan teknologi bahkan mampu kaku seandai komputer di”blackout”kan secara tiba-tiba. Sekali lagi nak tanya, berapa lama semua ini boleh dipertahankan? Ini bukan soalan main-main. Tapi ini persoalan penting yang perlu difikirkan oleh semua the so called pendokong Peneraju Warisan Mutlak.

Mungkin cerita ni tidak lagi sensasi. Bab “pertabalan” YM Guru Utama PSSCUHM , (En Jo) yang baru. Sampai sekarang ni masih ramai yang dok mempersoalkan kewajaran dan cara perlantikan tersebut. Tok sah sembanglah komen yang diberikan oleh group En Mat. Konfem bercambah punya. Cuba kita bandingkan situasi ini dengan apa yang berlaku dalam pertabalan Raja kita. Betapa adat dan istiadat dipertahankan hingga sekarang biarpun semua yang hadir dalam majlis tersebut dikelilingi dengan seribu kecanggihan alat. Itu puncanya kenapa ramai yang bercakap. Persoalan yang dimainkan oleh pihak yang bercakap-cakap pasal perkara ni memang ada logiknya. Dasar perbincangan memang jelas. Mereka sangat menitik beratkan soal adat dan istiadat. Meraka amat sayangkan budaya yang ada dalam Silat Cekak. Silat Cekak tu sendiri bernyawa dalam adat dan istiadat yang penuh dengan muslihat perguruan dan persilatan melayu. Bila dah dikatakan bernyawa, maka tidak mustahil satu saat dan ketika nanti jika adat ditiadakan atau mungkin sengaja dilupa-lupakan, Silat Cekak akan mati dalam kepungan the so called Peneraju warisan Mutlak.

Be wise bro. Jangan cepat melatah. GU yang baru dah boleh mengijazahkan murid-muridnya yang pertama. OK fine. Cuma itu tidak bermaksud golongan yang masih dok bercakap-cakap pasal ketiadaan adat dan istiadat akan terus senyap. Sejarah membuktikan bahawa selepas 13 tahun, CD Penegak kebenaran yang dahulunya dianggap senjata memusnahkan puak-puak Pak Ak rupa-rupanya menjadi AK47 bagi penyokong En Mat untuk menyerangbalas pihak MMK. Ungkapan yang dah 13 tahun diterima sebagai satu kebenaran rupanya tidak lagi relevan sekarang. At any click of time, things can change. Satu hari nanti jangan terkejut kalaulah ada terpacul satu statement dari sorang hamba Allah yang sekarang ni mungkin setia dengan En Jo mengatakan bahawa “ketiadaan cara perlantikan GU yang mengikut adat dan istiadat sebenarnya mencabul salasilah perguruan Silat Cekak. Dan sehubungan itu apa sahaja perisytiharan yang dibuat dan apa jua keputusan yang dipersetujui adalah dengan sendirinya terbatal dan tidak sah”. Jangan kata mustahil. Semua ni dah berlaku sekarang maa.

Dari sudut logik umur pulak, mungkin perlantikan bakal GU yang akan menggantikan GU baru sedia ada akan berlaku dalam tempoh yang tidak lama. Timbul persoalan. Apakah kaedah perlantikan yang bakal diguna pakai? Apakah adat dan istiadat perlantikan yang akan dilaksanakan? Bagaimana proses pembuktian salasilah Guru dilakukan? Ini semua memerlukan satu penelitian semula dan perlu dibincangkan oleh the so called Peneraju Warisan Mutlak sekarang. Hari ini mungkin persoalan ini tidak perlu dijawab. Namun jangan lupa generasi yang bakal mentadbir nanti bukan semuanya faham sejarah dan budaya. Mereka dibesarkan dengan melihat contoh perilaku dan cara tindak abang-abang dia sekarang. Mereka telah didedahkan dengan pendekatan “darurat menghalalkan sebarang cara”. Kalau tak betul cara didik, tak mustahil bakal GU selepas ini akan diisytiharkan di Saloma Bistro aje, melalui hasil rundingan dan permuafakatan yang berteraskan kehendak semasa dan undi popular sms. Jangan main-main bro, ini soal penting. Sekarang ni mempertahankan tradisi bukan lagi satu kemestian. Maka sesiapa sahaja yang mentadbir kemudian hari (diwaktu para the so called Peneraju Warisan Mutlak reach the limit) boleh melakukan apa sahaja pendekatan yang difikirkan sesuai dengan kepentingan yang tertentu. No body can argue. Nak argue apa pulak, mereka ikut cara yang orang sekarang ajar. Kira betul le tu.

So..apa mau bikin sekarang? Wa tak tau. Cuma yang sempat difikir ialah..andai GU, MMT, LPT dan MMK hanya mengekalkan status quo tanpa memperbaiki semula keadaan, pastinya apa yang dinyatakan kat atas, bakal berlaku. Itu jam kalu, we just sit aside and see. I've told you already maa. Sebaliknya jika GU, MM, LPT dan MMK menyemak semula perincian dalam perlembagaan persatuan serta adat dan istiadat persilatan, mungkin satu pendekatan terperinci perlu digubal, dibahas dan disahkan sebagai kaedah yang perlu diterima sebagai tatasusila perlantikan GU yang sah. Semua orang, tak kira sapa perlu main peranan. Kalau tak nak jugak, ada baiknya kita renung-renungkan balik cara turun temurun yang pernah dibuat oleh Panglima Ismail, Panglima Tok Rashid, Pak Ya, Ustaz, Pak Ak dan En Mat dulu. Apapun ini bukan satu cadangan. Ini Cuma sekadar nak bagi tahu. Terpulang nak difikirkan atau tidak.

Wednesday, May 2, 2007

BISIKAN HATIKU

Dia Datang

Dengar khabar, Hari Tenaga Pengajar bagi Guru yang baru dilantik, baru saja habis. Tak kisahlah sama ada meriah atau tidak. Apa saja program yang dilakukan sebelum ini perlu dikembalikan bagi membuktikan kewibawaan Guru baru. Kewibawaan ini perlu diraikan oleh ahli-ahli yang masih setia dengan En Jo. Ahli-ahli yang datang pastinya mereka yang telah membulatkan hati kesetiaan mereka pada Guru baru. Walaupun bila ditanya pelbagai alasan akan diberi, sokong – mesti disokong. Sayunara En Mat. Jasamu tetap kulupakan. Seperti yang dikata oleh yang empunya diri ketika menongkat kewibawaan Guru baru, baru-baru ini.

“En Jo mesti hebat. Kalau tak hebat masakan kami sanggup meraikannya. Badannya lebih tinggi lampai daripada En Mat. Mukanya mempunyai ciri-ciri Brorey yang lebih tenang untuk didakap. Banyak lagi perawakan fizikalnya yang mantap. Beliau pandai bersilat. Mungkin inilah masanya untuk kami menambahkan ilmu yang semakin kurang di dada. Kurang kerana telah ditarik oleh En Mat. Guru baru kami ini disokong oleh ahli-ahli lama yang telah lama berkecimpung dengan Ustaz. Perawakan mereka hebat. Pengajian mereka tinggi dan sama dengan kami. Sesuailah untuk kami berbincang dan bertukar-tukar fikiran kerana aras pengetahuannya sama dengan kami. Orang-orang lama yang ada bersama En Jo, berkreatif tinggi. Pengetahuan silatnya hebat sekali. Kami tertarik dengan mereka. Merekalah yang akan memandu kami. Oh Tuhan! Terima kasih kerena kami bersua rapat dengan mereka.”

“Kami yakin Guru kami adalah manusia yang dapat kawal nafsunya. Umurnya telah mencecah enam puluhan. Masakan nafsu boleh timbul. Ini penting bagi kami. Guru umpama kepala keretapi. Kalau Guru bernafsu kurang dan rendah maka kamipun akan dapat mengawal nafsu kami. Isteri-isteri kami akan suka akan kami. Jadilah kami sebagai suami mithali. Ini penting kerana kami telah terambil ilmu KK tempoh hari.”

“Kami berjanji akan melupakan salasilah silat yang digembur-gemburkan oleh puak En Mat. Zaman moden ini perlu apa mandat-mandat. Persetankan adat dan adab. Ini semua meruntuhkan bangsa Melayu. Apa guna menggoreng ayam kalau kentucy ada di pekan. Buang masa sahaja. Perkara penting ialah sebarkan silat. Keturunan Guru jangan diperbesarkan. Masyarakat Melayu telah maju – dimajukan oleh orang Melayu. Tapi jangan persoal darah keturunannya sama ada DKK atau DKA. Jangan peduli hala tujunya. Pokok pangkalnya ialah MAJUUUU.”

“ Orang kata Melayu itu mudah lupa. Itu orang kata. Kami tak mudah lupa. Tapi kami benci Guru lama. Silap banyak ka, silap sikit ka, apa kami peduli. Sumpah Quran ka, apa ka, apa kami dapat. Nah! tengok sekarang, masa En Mat habukpun tarak. Sekarang dapat dia jawatan LPT. Ilmunya pasti hebat. Itu sebab kami sokong En Jo. Boleh rapat dengan ahli itu. Cuti yang patutnya kami bersama keluarga, kami korbankan untuk menunjukkan kecintaan kami pada En Jo, dan semestinya memadankan muka En Mat.” “ Kami inginkan pembaharuan. Guru baru dan segala-galanya baru. Kalau buah ditukar barupun memang minat kami. Semua ini suratan takdir seperti sejarah negara kita. Masa dijajah oleh Portugis, kami inginkan sesuatu yang baru. Kami dapat Belanda. Tapi tak puas. Kami inginkan pembaharuan. Kami dapat Inggeris. Tak puas lagi, kami dapat Jepun. Jepun tak syok kami dapat Bintang Tiga. Tapi kami dapat balik Inggeris. Bila kami perintah, tak ada ummm lah. Jadi tukar-tukar Guru bestlah. Apa ada pada pendirian seperti yang dilaung-laungkan. Buang masa saja. Kami ingin bebas. Bebas menetapkan pendirian. Orang lama-lama jangan campur tangan. Orang lama yang ada pada En Jo sudah cukup memenuhi impian.”

“Ustaz sudah lama mati. Kenapa disebut-sebut namanya lagi. Isterinya sudah tak berkuasa lagi. Kadang-kadang menyakitkan hati. Anak-anaknya ramai yang tak tentu arah. Kerana Ustaz kami pendamkan hati. Kami tertanya-tanya bilakah revolusi akan berlaku. Kami tertunggu-tunggu pada pemimpin kami. Apabila pemimpin kami memberi lampu hijau, hati kami melonjak kesukaan. Terima kasih Mak Teh kerana mencaci mereka. Atas cacian itu mereka berubah sikap. Inilah yang kami nanti. Sekarang hajat kami dipenuhi. Kami benci apabila didengar dengan istilah Bani Hanafi. Tambahan pula umur Guru dulu hampir sebaya dengan kami. Apa kelebihannya. Pengajiannya tak sampai ke universiti. Kami boleh menilai sendiri.“

“Sekarang silat ini boleh dianggap silat ilmiah yang diterajui oleh mereka yang memiliki akademik tinggi. Guru yang ada, tak apa. Tugasnya hanya ijazah aje. Tapi pentadbirannya dikuasai oleh mereka yang berkelulusan tinggi. Walaupun ada antara mereka yang tak pernah merasa mandi di perigi, itu tidak penting. Apa bezanya pili dengan perigi. Yang penting kita memiliki ijazah tinggi. Baharulah sama taraf dengan diriku ini. “

Demikianlah kata-kata yang diberikan oleh mereka yang menghadiri majlis baru-baru ini. Walaupun saya tak pergi tapi mereka yang pergi bila balik cepat-cepat memberikan laporan seperti yang terperi di atas. Begitulah semangat mereka ketika berada dalam majlis tersebut. Rasa-rasanya mereka ingin terus mengisytiharkan kesetiaan mereka pada En Jo. Tambahan pula tokoh-tokoh lama seperti Am Brothers, Azlan dan Ramli adalah sanjungan mereka. Mereka mempunyai daya fikir yang hebat dan berwibawa. Tak ada mereka apalah ilmu silat yang ada pada diri sendiri.

SC masih lagi terumbang-ambing. Ramai yang mengharapkan keputusan mahkamah tentang persatuan kita. Kes Guru pada polis tak dengar berita. Apapun keputusan yang dikeluarkan, Guru baru telah ada. Ramai yang setia. Sekurang-kurangnya mereka yang hadir pada hari Tenaga Pengajar tempoh hari adalah pengikut setia yang sanggup mati untuk Guru yang baru dilantik. Ramai yang ternanti-nanti agar satu penyelesaian yang adil didapati. Kalau yang hadir pada hari tersebut, hanya dua ratus orang, itu tidak menjadi masalah. Kalau Guru lama terlantik kembali, tersingkirnya bilangan dua ratus itu tidak akan menjadi sebarang kudis di mana sahaja. SC tidak boleh berpecah. Gurunya mesti satu. Selagi Guru itu tidak mati, kita perlu kekalkannya hinggalah beliau sendiri menurunkan mandat pada orang lain. Oleh sebab kita orang Melayu, berpeganglah pada adat Melayu. Kalau Guru didapati bersalah oleh mahkamah, masakan Guru ingin mempertahankan diri. Ketika itu baharulah kita jatuhkan Guru. Tapi mana ada hukuman. Kalau ahli yang menjatuhkan hukuman pada Guru samalah maknanya, anak murid menjatuhkan hukuman pada Guru yang mengajarnya dan samalah maknanya anak menjatuhkan hukuman pada kedua ibu bapanya. Alangkah haru-birunya dunia. Kalau kita ikut, kitapun turut haru-biru. Aparahhhhh.