Saturday, June 9, 2007

SIAPA KHIANAT

”Hai ya! Olang cakap lu punya tulisan serupa tulisan murahan lo.”

” Citt! Mana ada. Ini tulisan banyak mahal lo. Mau tulis mesti pakai komputer. Letrik, siapa mau bayar?. Buka internet berapa ringgit kena lo. Dakwat pen, gua punya ma tapi ada kelas lo. Bukan putih punya calour ma. Kampung punya barang mesti murah. Mana ada sewa. Semua free . Sama punya barang kalau dalam emporium jadi mahal ma. Sewa mau bayar lo. Ini tulisan, bandar punya lo. Semua mau bayar kalau mau tulis. Jadi, gua punya tulisan sudah jadi tulisan mahalan ma.”

”Kalau itu macam, lu penulis upahan ka?”

”Hai ya! Itu macam banyak syok lo. Kalau ada olang mau upah, gua mau lo. Dalam kita punya persatuan mana ada iklas ma. Semua mau cari wang ma. Atak olang berniaga CNI, jual katil, jual tilam dan macam-macam jual ma. Itu anu pun mau jual ma. Kita punya guru sekalang pun atak angkat wang lo.”

”Kalau ini macam Silat Cekak kasi tukar jadi Silat Cekik lo. Berapa upah lu mau?”

”Itu kena tanya Linda ma. Gua punya upah selupa Linda lo. Itu Lin, berapa harga?.

”Gua ingat itu Lin kalo ”package” dua latus lo. Dia semua boleh. Urut boleh kasi olang ikut cakap dan kasi tikam olang pun boleh ma. Dulu kita punya ketua tunduk bawah dia punya cakap lo.”

”Kalau itu macam gua tak mau lo. Gua tatak package-package ma. Ketua ikrar lagi tatak lo. Gua angkat tangan saja ma. Gua buat kerja dalam ini silat mau butut-butut ma. Bukan bontot lo.”

Pepecahan dalam SC membawa banyak manfaat. Salah satunya kita dapat lihat adakah seseorang itu dapat mempraktikkan apa yang didakwa oleh mereka sebagai ajaran Ustaz. Walaupun tidak ada kayu ukur untuk melihat kemampatan seseorang mengamalkan ajaran tersebut tetapi kita sebagai pemerhati yang sering mendengar syarahan Ustaz akan dapat membuat perbandingan antara apa yang diajar dengan apa yang dipraktikkan oleh orang-orang yang mendakwa dirinya pendokong SC dalam konteks budaya SC. Oleh itu, kita hendaklah memupuk fikiran yang sihat dan cerdas serta berfikirlah secara terbuka dalam melihat gelagat-gelagat manusia dalam SC demi masa depan persilatan kita. Semestinya segala kelemahan yang ada perlu diperbaiki bagi mempastikan tidak berlaku lagi pepecahan untuk beberapa kali , sejak zaman Kalimah, Suhadah?, Cekak Malaysia, Cekak Hanafi dan yang baru atau sedang berlaku.

” Enam serangkai, mesti enam kali pecah lo. Kalau sudah lima, masa Guru Jo mesti pecah lagi lo. Itu bakal pengganti sedang rancak buat kempen lo mau cari pengikut. Mesti lagi pecah ma. Itu olang kasi pecah punya, lagi ada dalam persatuan ma!. Itu pecah-pecah dia punya hobi looo. Lepas Guru baru ini ma, akan pecah lagi sekali lo. Baru cukup enam kali. Itu macam baru enam tolak enam maaa. Baru ini silat akan ok ma”

Ketika ini ramai yang mendakwa diri sendiri atau diri individu lain yang tertentu merupakan orang kesayangan Ustaz satu masa dulu. Merekalah yang dikatakan mengurus Persatuan dengan berkesan hingga SC berada di persada ’antarabangsa’. Tapi zaman En Mat, mereka pulak diketepikan. Itu sebab dikatakan persatuan SC porak peranda. Dalam hal ini sejauh mana kebenaran kata-kata tersebut?. Kita tidak mahu kenyataan mereka ini lebih banyak berdasarkan perasaan hingga menyebabkan mereka perasan. Setiap orang ada pesepsinya sendiri terhadap kepimpinan Ustaz. Tafsiran hubungan dengan Ustaz adalah bergantung pada pengalaman yang dilalui oleh mereka ketika bersama-sama dengan Allahyarham.

Berdasarkan pengalaman yang diceritakan, Ustaz jarang komen peribadi orang yang rapat secara langsung. Komennya pada seseorang itu dinyatakan pada orang lain. Tindakan ini mungkin bertujuan agar orang yang menerima komen tersebut menyatakan kepada individu yang dikomen. Tanggungjawab penerima komen ialah menyatakan hal tersebut walaupun komen itu pahit. Berdasarkan inilah tidak hairan individu DKK yang berkuasa pada zaman Pak Ak sekarang, dulupun dikomen oleh Ustaz walaupun beliau sendiri ke hulu ke hilir menyatakan betapa Ustaz menyayangi akan dirinya. Begitu juga keadaan ini tidak terlepas dengan individu bakal bergelar Pak yang juga pernah dikomen oleh Ustaz kerana kecewa akan tindak-tanduknya tapi pada orang lain. Orang yang tahu tetap tahu tapi tidak disebarkan bagi menjaga aib kawan. Yang tidak tahu akan terus perasan bahawa Ustaz sentiasa sayang akan mereka. Maknanya sayang Ustaz pada kita termasuk menyatakan apa yang Allahyarham tidak berpuas hati akan diri kita sendiri. Hal yang sedemikian menunjukkan bahawa kita juga sentiasa ada kelemahan. Tugas Guru ialah memberi teguran sama ada secara langsung atau tidak.

”Dengan Ustaz siapa berani lo. Dengan En Mat boleh lawan ma. Beliau banyak muda looo. Siapa ada takut. Kalau komen, boleh lawan lo.”

Dalam tulisan saya yang terdahulu ada dinyatakan betapa longgarnya ikatan SC ketika ini sama ada daripada segi mandat pelantikan Gurunya, hubungan sesama ahli atau adat dan adabnya. Jangan lupa juga, betapa buah-buah dalam SC, banyak yang telah ternoda dan tercemar. Pencemaran ini telah lama berlaku dan tidak ada sebarang komen khusus sebab ramai yang buta kayu. Hal-hal yang berkaitan dengan perubahan buah-buah silat dilakukan secara licik, bersandarkan pelajaran diperoleh daripada Ustaz. Perubahan ini merupakan bala yang bersifat jenayah besar dalam persilatan SC. Kes Guru menodai anak muridnya terhad pada seorang. Itupun geng enam serangkai yang mengatakan salah. Tapi buah-buah silat kita yang dinodai oleh orang-orang yang dikatakan pendokong SC lebih dahsyat mala petakanya. Tidak ada suruhanjaya yang menyiasat penodaan buah-buah yang berlaku. Ada LPT pun lebih bercorak keramaian. Sebabnya, mereka ahli LPT dan mereka juga ahli MMK. Hanya tukar baju sahaja. Sifat dan sikap tetap sama. Keadaan ini sama juga tradisinya dalam pergolakan yang berlaku. Mereka badan kehakiman, mereka yang sahkan dalam MMK dan mereka juga mengadili Guru dalam MMT.

”Kartooon looo. Apa mau bikin. Itu serupa mereka punya hobi. Lain olang tatak pandai. Mereka olang saja pandai dalam SC. Lain-lain bolo ma.”

Senarai buah umum yang dikeluarkan oleh LPT yang diguna pakai sekarang telah dikeluarkan sejak zaman tujuh puluhan. Selama tiga puluh tahun tiada perubahan, pada hal teknik-teknik baru dalam seni mermpertahankan diri semakin banyak. LPT langsung tidak sensitif dan tidak pernah berbicang dalam agenda mesyuaratnya. Salah Guru kah! Kalau semuanya terbeban pada Guru, apa guna LPT sebagai badan punesihat. Itulah sifat para pendokong kita yang tidak sensitif pada perubahan. Pada mereka, ikut saja apa yang ada di zaman Ustaz. Tapi peliknya buah-buah dalam SC pandai-pandai pulak diubah oleh mereka.

Pelarasan buah yang dianggap sah di zaman Ustaz, hanya sekali sahaja. Ustaz sendiri turun padang. Pak Ak pun turun padang sebagai peserta. Zaman Pak Ak terdapat banyak kali pelarasan. Ketua yang buat pelarasan ini ialah bakal pengganti Guru sekarang. Banyak buah yang diubah tanpa pengetahuan pemegang amanah ketika itu, iaitu lah Pak Ak. Hinggakan dalam satu perjumpaan dalam satu kelas, Pak Ak melahirkan perasaan tak puas hati atas individu tersebut yang membuat banyak perubahan dan pelarasan buah tanpa pengetahuannya. Inilah jenayah yang paling besar. Pelarasan di peringkat zon diadakan dari masa ke masa. Peliknya antara kaedah sesama jurulatih yang menyelaras buahpun tak sama. Haru-birulah buah-buah yang ada dalam SC. Itu belum dikira unsur pertunjukan dalam buah SC. Hal ini tidak pernah diambil berat oleh geng-geng yang mendakwa pembela SC. Sebabnya otak mereka lebih tertumpu untuk bergelumang dengan arus politik SC yang dibentuk. Kuasa dan kemegahan menjadi matlamat utama. Mereka hanya memerhatikan gelagat Guru tanpa memerhatikan gelagat sebahagian besar sahabat mereka yang ingin mencari pengaruh daripada ahli-ahli melalui kehandalan mereka bersilat. Untuk membuktikan kehandalan mereka tersebut, pendapat-pendapat baru tentang buah-buah SC diutarakan pada ahli-ahli baru. Maka mengajarlah mereka mengikut ’sedap’ masing-masing. Semakin lama semakin ’lari’ kaedah buah-buah dalam SC.

Setiap tempat ada stailnya kalau berlainan jurulatih. Walaupun ada buku panduan tentang pengajaran buah-buah dalam SC, lihatlah kualitinya. Akibatnya ramai yang berasa tertipu dengan SC. Akhirnya SC sudah menjadi wayang. Banyak lakonan yang diutarakan. Sentuh sikit, musuh sudah kecundang. SC sudah menjadi umpama Silat yang mengamalkan bacaan. Tenaga sebenar tidak payah digunakan. Ada Silat lain, melalui bacaan, musuh melayang tapi dalam SC melalui sentuhan musuh kecundang. Kualiti yang menurun ini semakin menurun dari masa ke masa. Para pendokong sudah tidak ada masa. Masa yang ada diperuntukkan untuk melihat gelagat Guru. Semua kelemahan diletakkan atas bahu Guru. Mereka buat apa. Apa guna jawatan yang disandang? "Cari pengaruh ma". Lain masa kita lihat apakah aspek-aspek lain dalam SC yang telah dinodai. "Lebih teruk daripada itu budak punya nodaan ma". Semuanya dirancang oleh orang-orang kanan Guru untuk jatuhkan Guru. Upah ada ka!