Friday, November 30, 2007

BELA DIRI

Kita mesti bertanggungjawab atas apa yang dikata atau apa yang dibuat. Jangan harap pada orang lain untuk membuat pembelaan. Jong pecah, habis semua tikus lari. Ramai yang berpiawaian tikus. Sakit dan senang akhirnya kita kena menghadapinya secara berseorangan. Kawan-kawan pun tak boleh diharap sangat. Ramai yang suka memadan muka daripada memberi kata membina. Patutlah Tok Guru pernah berkata, kita lahir sorang-sorang. Tak ada siapa yang panggil melainkan kelahiran kita bersabit kedua ibu bapa atas kehendak Allah. Utamakan kedua ibu bapa. Semestinya dalam keadaan kita bergantung penuh pada Allah. Sebaik-baik kawanpun tidak memungkinkan perhatian sepenuhnya kepada kita. Merekapun ada tanggungjawab lain yang perlu dibereskan. Sekurang-kurangnya tanggungjawab menyelamatkan diri. Apatah lagi yang sedang ”mengaji”. Apa dia peduli. Kita juga akhirnya yang makan hati. Tinggal bersendiri.

Ada seorang hamba Allah dalam tulisannya mintak saya buktikan sesuatu. Satu kerja pulak bagi saya untuk menurut perintahnya. Siapalah saya untuk menurut kehendak orang yang hebat tersebut. Saya tulis dalam ruangan ini bukan untuk dia rasa puas atau rasa tak puas hati. Kalau rasa tak puas hati, jangan baca. Tapi nak buat macam mana. Kalau kita alim pun tapi bila berselisih dengan anak dara hebat, terjeling dan menjeling juga. Akhirnya terjelir. Apatah lagi kalau si alim kucing. Kucing Parsi pulak tu. Walaupun tak boleh geram kerana belum mencapai makamnya, tapi besi berani tetap menangkap. Tak tengok, rugi. Tengok, jiwa alim memberontak. Tengok aje ma. Sama le agaknya dengan tulisan saya. Nak baca geram. Tak baca semacam ada satu tarikan. Baca aje le. Jangan komen banyak-banyak. Penat. Teringat ibarat, ”seperti biawak menyalak bukit”. Bila bukit runtuh atas biawak, terus biawak jadi anjing. "Binatang lagiiii. Ni yang aku geram ni."

Ada kata tulisan saya pada mulanya atas pagar, tak menyebelahi sesiapa. Tapi akhirnya sokong En Mat. Entahlah!. Pembaca boleh buat berbagai-bagai tafsiran. Pada saya, dulu dan sekarang sama sahaja. Berat sebelah kata mereka. Saya punya, saya tahulah. Syukur. Nampaknya masih sama berat dan sama belah. Belum lagi diketegorikan berat sebelah. Kalau berat sebelah maknanya semakin lemah.Saya tulis berdasarkan prinsip saya. Prinsip itu berdasarkan falsafah saya. Mana saya tahu prinsip orang lain. Tapi kita mana boleh duduk lama-lama atas pagar. Sakit punggung atau gear box, akhirnya jatuh juga. Tapi jatuh ke mana. Biarlah jatuhan yang bermakna. Orang nampak sokong En Mat. Sokong kerana En Mat atau kebetulan sokong kerana prinsip yang sepatutnya ada dalam SC. Tafsiran dalam pembacaan mestilah berdasarkan ilmu. Tapi dalam SC, ramai yang khashaf hingga boleh membaca isi hati seseorang. Baguslah. Bisik semak ada ka!

Ada yang membaca tulisan ini terasa mual. Wow! Hebat juga tulisan saya hingga membuatkan pembaca terasa mual. Mual berlaku setelah kita menikmati keindahan dan kemanisannya. Bila sudah sebati maka datanglah perasaan mual. Sama le dengan orang mengandung yang akhirnya mual hingga muntah-muntah, apabila tersemai binih yang asli lagi suci. Segala-galanya berlaku apabila dia telah merasai nikmatnya. Kenikmatan ini mesti diulang-ulang, berulang kali. Bila sebati dan menguasai diri maka perasaan mual pun berlaku. Maknanya telah menjadi la tu!. Samalah dengan tulisan ini yang dikata-katakan sebagai selalu berulang isi-isinya. Baguslah. Ini satu teknik penulisan untuk mengekalkan kenikmatan dan kemanisan penulisan pada mereka yang tahu dan menikmati kemanisannya. Orang yang tidak dapat menikmati nikmatnya, perlulah berubat atau berbuat sesuatu. Walau bagaimanapun, berkesan juga tulisan saya. Kecualilah pada mereka yang sedang sarat memikul sakit kencing manis. Bukan perasan lo.

Mual juga membawa maksud muak. Muak maknanya tak suka. Tapi banyak kes-kes orang yang suka bermula daripada tak suka. Ramai penggemar durian yang sebelumnya tak boleh menghidu baunya, lama-lama jadi pengedar durian. Ramai juga orang yang bercinta bermula daripada perasaan benci. Benci tapi rindu. Mintak-mintak Si Linda la yang tak suka tu.

Setiap sesuatu yang kita lakukan mestilah mendapat kepuasaan. Kepuasaan ini ditafsir berdasarkan pendapat sendiri. Diri sendiri yang berasa akan kepuasaan tersebut. Tak pernah berlaku orang lain buat kerja maka orang lain yang puas. Pasangan lain yang bertarung hebat di medan pertempuran atas gelanggang dunlop dengan keris terhunus mencari sarungnya, tapi last-last, orang lain pulak yang puas. Apa punya cerita ma. Kecualilah kata orang yang empunya cerita tentang pertunjukan kebudayaan yang dinamakan ”Tiger Show”. Orang lain yang berjuang tapi orang lain yang syok. Kita jadi harimau tapi orang lain yang berantai.

Kepuasaan diri maknanya syok sendiri. Kalau kita mengosok anu kita maka kepuasannya adalah pada kita. Itu namanya syok sendiri. Mana boleh kita bermain dengan anu kita hingga tertembak maka membolehkan kita bagi orang lain syok pulak. Hai ya. Dunia mau terbalik ka. Syok sendiri adalah salah satu falsafah dalam hidup kita. Falsafah ini akan menjadi pendorong dalam hidup. Tidak ada sesiapapun yang boleh mengembirakan kita melainkan kita. Lebih baik kita meraikan hari jadi kita daripada mengharapkan orang lain meraikan hari jadi kita. Lebih baik kita syokkan diri kita daripada kita membuang masa untuk mengesyokkan hati orang lain. Itulah namanya kemantapan diri. Kalau kita mengesyokkan orang lain maka itu dinamakan kemantatan diri.

Ramai yang berasa tertipu selama berada dalam SC sejak zaman Pak Ak hingga zaman En Mat. Dalam kehidupan seharian, orang yang berasa diri sendiri tertipu, biasanya adalah orang yang selalu meletakkan otaknya di celah-celah kangkang. Mereka jarang boleh berfikir dan selalunya terdiri daripada manusia yang membuat sesuatu tanpa berfikir. Apabila fikiran sendiri dinafikan maka golongan ini sebenarnya tidak faham akan apa yang dilakukannya. Apabila menyedari perbuatan amal mereka selama ini tak benar, mengungkitlah mereka. Bukan pahala yang dapat tapi dosa yang tiba. Malah pahala yang ada pun akan terbang pada mereka yang dicaci sebagai bayaran akan ketandusan berfikir yang mereka miliki. Hai ya. Ini macam olangpun ada dalam SC ka. Banyak soooi.


”Ditelan mati mak, diluah mati bapak”. Begitulah betapa hati tidak keruan pada diri kebanyakan kita dalam meneruskan perjuangan dalam SC. Untuk meninggalkan terus perjuangan, agak terlalu awal. Penamatnya masih belum dapat. Masing-masing berlari ke garisan penamat. Tak syok kalau kita menonton sekarat jalan. Sekerat-sekerat mana ada sedapnya. Selagi belum mencecah garisan penamat, buatlah sesuatu. Dah sampai, apa gunanya. Sekarang ini, cakaplah apa sahaja. Beri cadangan-cadangan dan pandangan-pandangan. Bila ada kata putus, sudah tak guna bercakap atau menulis. Penyelesaian pada persatuan kita, tentu akan tiba. Mahkamah akan memainkan peranan penting. Mungkin mesyuarat agung akan datang pasti menentukan segala-galanya termasuk masa depan En Mat. Selepas ada keputusan penamatnya, kita akan tahu sendiri apa yang bakal terjadi. Mungkin En Mat akan dapat balik silatnya atau dia terpaksa berjuang dalam gelaran silat yang baru. Ketika itu sudah ada penamat. Masing-masing ada jalannya. Jangan dikomen jalan-jalan mereka. Sudah tidak berguna lagi. Tulis dah tak perlu dan berbincangpun dah tak guna. Masing-masing ada jalan dan haluannya. Sama seperti perkembangan Silat Cekak Malaysia dewasa ini. Masing-masing dengan jalan dan strateginya. Siapa yang hebat dan cekap maka dialah yang menang. Jangan cakap soal hak atau sebagainya. Malu dan membuang masa sahaja.

Apapun, kita mesti faham terlebih dahulu maksud perjuangan pada diri kita. Adakah perjuangan diri yang diutamakan atau lebih mementingkan perjuangan silatnya atau perjuangan meneguhkan persatuannya. Jangan ada pulak yang cuba berjuang untuk menghapuskan khurafat atau tahyol dalam SC. Kalau ada sikap ini, sukar untuk kita berbincang kerana mereka yang menganut fahaman ini mempunyai kefahaman yang tinggi, cair hafalan ayat-ayat Al-Quran dan hadis, malah dalil-dalil hebat sentiasa di bibir mulut. Ramai yang alim hebat dalam SC. Itu sebab selalu cakap Islam sebagai landasan perjuangan. Tapiii, mengata atau mengomen orang merupaka salah satu prinsipnya. Menghukum orang adalah asas fahaman dan kegemarannya. Mereka juga mempunyai amalan Bisik Semak yang hebat. Tapi kadang-kadang amat menyemakkan.

”Kita mesti berfokas” . Begitulah ungkapan yang saya beri pada mereka yang bertanya pendapat atas persoalan penglibatan diri mereka seterusnya dalam SC. Fokas ini mesti bersesuaian dengan fahaman kita atas perjuangan SC. Apa yang kita inginkan dalam penglibatan kita seterusnya. Kita sendiri yang boleh jawab. Maka pasanglah niat dan bergeraklah ke arah matlamat perjuangan kita tersebut. Kalau ingin menyebarkan silat, sebarkanlah silat ini dengan sepenuh hati. Kalau nak glamour, libatkan diri dalam acara-acara besar dalam SC. Tapi jangan merungut ya!. Tak ada pahala. Kalau nak jawatan dalam perstuan, pasang strategi dengan cara berbaik dengan Guru Wawasan atau Pak Li atau Pak Lan atau Pak-Pak yang lain. Pak Bang jangan dilupakan. Ikrar jadikan amalan.

Dengan adanya fokas tersebut, maka akan ada hala tuju kita selama berada dalam SC. Kalau tidak, kita akan kecewa akhirnya. Strategi yang digunakan akan mengalakkan kita berfikir. Fikiran ini akan memberi rangsangan yang besar dalam jiwa kita. Akhirnya apa saja keputusan yang timbul, kita tidak akan berasa diri tertipu seperti apa yang terjadi pada kebanyakan manusia yang kurang berfikir dalam SC. Orang yang lurus selalu dipergunakan oleh orang yang berkepentingan. Oleh itu perlulah kita menggunakan akal fikiran. Fikiran kita jangan dijadikan papan sekeping yang dikatakan mampu berfikir tapi secara satu arah. Kita perlu sedar bahawa, dalam SC ramai manusia yang berkepentingan dan mengesyokkan orang lain. Kalau syok sendiri tak pe. Tapi bila cuba syokkan orang lain maka pastinya akan ada diri manusia yang tertindas. Maklumlah. Ramai manusia hipokrat kehormat dalam SC. Cakap-cakap untuk meneruskan fahaman Ustaz hanyalah dogengan dan topeng untuk mencapai tujuan diri. Ramai yang tertewas di pertengahan jalan. Ada juga yang tertewas di penghujung jalan sebelum benar-benar jalan.

Kita berjuang dalam SC kerana kita sayangkan SC. Ilmunya amat bermakna dan patut disebarkan di kalangan masyarakat. Pekerjaan kita adalah iklas. Kepentingan kita hanyalah untuk menyebarkan SC seluas mungkin. Tapi cakap-cakap tentang iklas jangan dibuat. Nanti orang marah. Ada yang kata kalau kita cakap iklas, maknanya kita tak iklas. Jadi cakaplah tak ikhlas,nanti orang akan kata kita ikhlas. Nampaknya pengaruh TV cukup kuat. Hinggakan ada kecenderongan agar orang lain menilai kita seperti rancangan Akedemik Fantasia.

Kita mesti pandai membuat telahan dan andaian untuk masa-masa akan datang. Kalau tidak, kita akan hanya menemui kekecewaan dan hampa semasa penglibatan kita dalam SC. Oleh itu, buatlah sikit kerja rumah. Kaji situasi-situasi yang berlaku dalam SC dari masa ke masa. Ini semua penting bagi kita merancang strategi penglibatan kita dalam SC. Sentiasa gunakan fikiran. Letakkan fikiran di tempatnya yang sebenar. Celah-celah kangkang tak main. Usaha tersebut menjadikan kita sentiasa waspada dan berpijak di bumi nyata. Orang-orang ini tidak pernah bersungut dan tidak pernah berasa diri tertipu.

Sebagai ahli silat, buatlah pilihan sama ada untuk melibatkan diri secara sepenuh masa atau secara sambilan. Kalau sambilan, jadikan SC sebagai satu bidang riadah yang boleh menyehatkan badan dan fikiran. Jangan libatkan diri dalam sebarang politik SC. Ikut arus. Kalau diberi tugas sebagai jurulatih, maka mengajarlah tanpa membuat apa-apa komen tentang perjalanan persatuan atau pengendalian silat. Kalau nak sepenuh masa dengan menjawat jawatan-jawatan penting persatuan sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan, maka mesti ada kebolehan membuat telahan. Tanamkan cita-cita untuk mengusai persatuan. Tapi, sebelum rumah terbakar, cabut lari cepat-cepat. Nanti mati rentung dek keharuan. Jangan lupa Guru Wawasan. Bawak berpesan.

Ingatlah, pesan Tok guru. Dalam hidup ini capailah erti kemerdekaan. Kalau di tempat kerja kita terikat dengan peraturan dan kebimbangan, jadikan tempat silat sebagai satu tempat untuk mengasuh diri menjadi manusia yang sempurna. Jangan terikat dengan kawan. Berikan kebebasan berfikir. Utamakan perjuangan yang ditafsir mengikut fikiran dan kemampuan diri. Tengok betul-betul. Dengar berkali-kali. Akhirnya baru buat kesimpulan. Jangan mudah melatah atau memadan muka. Akhirnya kita akan berasa malu.

Bukan senang untuk kita menjiwai secara berterusan segala pesanan dan ajaran Ustaz. Ramai yang dapat kita perhatikan tentang manusia-manusia hebat yang tertewas semasa perjalanan perjuangan. Sekurang-kurangnya tewas untuk memenuhi pesanan Ustaz terhadap Mak Teh. Kalau ajaran yang dipesan pun tak keharuan masakan ajaran yang lain mudah difaham. Itu sebabnya apabila masih ada lagi yang berkata diri mereka tetap meneruskan ajaran dan pesanan Ustaz, ramai yang tidak percaya. Termasuk pada mereka yang cuba mengamalkan ajaran dan pesanan tersebut. Kalau mereka sendiri tertewas masakan orang lain beroleh kejayaan bagi meneruskan pesanan. Namun begitu, itu sangkaan mereka. Masih ada lagi yang tidak kecundang bagi meneruskan perjuangan. Perjuangan hakiki yang diri sendiri boleh mengerti.

Saturday, November 17, 2007

MENYEBOK

Sejauh manakah tulisan dalam blog ini akan dapat membuka minda masyarakat pembaca daripada ahli persatuan dan ahli silat dalam Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi. Seperti yang dinyatakan terdahulu, itu bukannya penting sangat. Sama ada tulisan ini berkesan atau tidak, bukan tujuan utama. Selain daripada menjadi tulisan sejarah satu masa nanti, mungkin ada antara ahli yang dapat jadikan panduan. Tidak ramai ahli-ahli silat yang faham tentang SC sejak zaman Ustaz, benar-benar berminat untuk mempertahankan salasilah ketuanan Ustaz. Ustaz disanjung tapi keluarga dimusuhi. Mereka bercakap tentang perjuangan Ustaz Hanafi. Cakap saja. Usahkan silat, fahamanpun porak peranda. Walau bagaimanapun, kita tidak mungkin mengubah nilai seseorang dengan begitu mudah. Lihat sahaja kritikan dunia atas negara Israel yang tamakkan kuasa hingga menguasai dunia arab. Biar sebanyak manapun kritikan yang ada, Israel tetap Israel. Nilai yang tertanam pada rakyatnya amat sukar diubah. Saya tetap berpegang pada kata-kata Ustaz sebagai usaha mententeramkan diri. Seperti biawak, binatang tersebut tetap memilih bangkai. Walaupun kita berusaha bersungguh-sungguh hingga empat puluh hari berturut-turut, menghidangkan kek atau piza atau ayam goreng atau nasi beriani atau tose atau atau atau, akhirnya binatang tersebut tetap memilih bangkai. Oleh itu soal binatang tersebut hendak memilih apa, biarkanlah. Yang penting kita telah menghidangkan altenatif makanan yang baik kepadanya. Biawak akan tetap biawak. Binatang ini sentiasa tuli dua puluh empat jam. Waktu tidur pun tuli. Apatah lagi ketika berjaga. Mintak simpang daripada kita berperangai biawak.

Kadang-kadang saya terfikir tentang orang-orang sibuk tapi suka menyebokkan diri. Setiap kita biasanya ada tugas tertentu yang diamanahkan oleh kerajaan atau sektor swasta ketika ini pada diri kita sendiri. Ramai penggerak dalam SC mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Ada yang menjadi peguam, ada yang menjadi pegawai tertinggi kerajaan, ada yang menjawat jawatan-jawatan penting dalam sektor swasta seperti perbankan dan macam-macam ada, sesuai dengan kebolehannya. Tugas-tugas tersebut adalah sebagai ’core business’ mereka. Tetapi kenapa mereka ini tersangat pentingkan pengurusan Persatuan SC dan silat itu sendiri hingga cuba campur tangan dan menguasai perjalanannya. Pada hal SC telah ada empunyanya iaitu En Mat yang seratus peratus menumpukan perhatian pada silat dan merupakan profesyennya. Kita menjawat jawatan yang ada sekarang, ada punca kuasanya. Manakala En Mat yang bertugas sebagai Guru Silat dan Presiden Persatuan SC juga ada punca kuasanya.

Tiap-tiap orang ada tanggungjawabnya. Kalau dia seorang peguam, maka tanggungjawabnya adalah dalam bidang keguamannya. Kalau dia pegawai tinggi kerajaan maka tanggungjawabnya ialah pada jabatan yang diketuainya. Kalau dia bekerja di sektor swasta maka tanggungjawabnya ialah memastikan sektor tersebut berjaya. Kalau di bank, banyakkan pelanggan. Kalau sedang belajar ambil master atau Phd., tanggungjawabnya belajar saja. Dalam konyeks ini, En Mat yang mengetuai pergerakan silat maka kerja atau tanggungjawabnya ialah memastikan pergerakan silat tersebut berjalan lancar. Jadi, kenapa orang lain perlu campur tangan dalam pekerjaannya. Susah juga hendak faham. Sepatutnya tugas orang lain hanya membantu En Mat. Tugas hakiki En Mat ialah Guru Silat. Itu adalah sumber pendapatannya. Kenapa orang lain menganggu ”mata pencariannya”. Kenapa perlu kita jahanamkan kehidupannya. Apa akan terjadi jika orang lain pulak yang mencampuri urusan tugas harian kita hingga hilang tanggungjawab tersebut daripada kita. Misalnya kalau kita seorang pegawai tinggi kerajaan, tiba-tiba ada orang lain campur tangan hingga hilang kerja kita tersebut dan kita menjadi penganggur. Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu. Bayangkanlah En Mat yang ada kerja sebagai Guru Silat tiba-tiba cuba digelapkan masa depannya oleh anasir-anasir jahat subversif.

Kalau kita kata bahawa kita ada tanggungjawab untuk membetulkan keadaan, siapalah kita untuk mengatakan demikian. Tak ada siapa yang melantik diri kita. Biasanya perasan sahaja. Bukankah tanggungjawab tersebut terpikul di bahu En Mat. Kalau perlakuan sundalnya itu benar, siapalah kita untuk menyiasat dan menghukum. Biarlah mahkamah yang menentukannya kalau sudah dibuat pengaduan. Kalau dari sudut persatuan mungkin ada logiknya berdasarkan peraturan persatuan, tapi dari sudut silat hingga mengeluarkannya daripada Guru Silat, mana logiknya. Begitulah dahsyatnya dunia ini. Ramai pemangsa dan mangsanya. Saya teringat akan teori-teori tentang pelakuan manusia selain yang dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis.

Ada satu teori X dan Y tentang pelakuan tersebut:

“•Manusia dibahagi kepada dua golongan iaitu manusia X yang bersifat negatif dan manusia Y yang positif. Manusia X kebanyakannya secara semulajadi tidak suka bekerja, kurang bercita-cita, suka dikerah dan disuruh, suka menentang perubahan dan tidak begitu bijak. Manakala manusia Y terdiri daripada menusia yang suka bekerja dan mencarinya, mereka juga sukakan “participative management”, mereka dapat menentukan matlamat sendiri dan bertanggungjawab serta amanah dan mereka ialah manusia yang kreatif.”

Kalau ditafsirkan, manusia Y adalah bersifat positif. Malangnya walaupun ramai manusia Y dalam SC tapi akhirnya membawa mereka kepada matlamat sendiri untuk berkuasa dalam SC. Apabila diberi peluang untuk berkongsi kuasa, habis semuanya, dengan guru sendiri hendak dikuasainya. Begitulah betapa cantiknya teori tersebut tapi tak menjadi dalam SC. Kalaulah kepakaran yang ada digunakan sepenuhnya untuk membangunkan SC, sudah tentu silat kita semakin hebat di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, sifat buruk tetap ada dan sukar dihindari. Menentukan matlamat sendiri bermakna selaras dengan matlamat organisasi dan persilatan kita. Sebaliknya lain yang terjadi. Haiii. Apa dah jadi pada pak-pak kita dalam SC. Kalau Mak Teh dah kata binatang, jenis apa agaknya.

Dalam apapun persatuan atau organisasi, ada satu lagi teori mengenai gelagat manusia yang wujud. Kebiasaannya terdapat empat kumpulan manusia yang mempunyai pelbagai macam perangai.

Kumpulan pertama ialah kumpulan manusia perintis atau pencipta atau pencetus. Mereka sukakan perubahan dan lain daripada kebiasaan. Mereka inilah manusia luar biasa yang sentiasa memberi sumbangan kepada perubahan. Kata-kata pemimpin sering diterjemahkan dalam tindakannya seharian. Kecaman atau bantahan terhadap ketua, tidak mudah diterima. Dalam konteks SC, kumpulan inilah yang sering pertahankan Guru. Sepatutnya Guru SC menggunakan kepakaran mereka kerana kerja-kerja yang dilakukan mereka adalah ikhlas. Lantik mereka sebagai pengerusi cawangan atau ahli-ahli sebarang lembaga. Kenalah jaga dan hindari sebarang tohmahan atau dengki khianat orang lain terhadap kumpulan ini. Kalau Guru tidak menjaga mereka, tersangatlah ruginya Guru itu sendiri.

Kumpulan kedua ialah kumpulan pemimpin atau pelopor. Kumpulan ini juga terbuka kepada perubahan tetapi sering memikirkan kesannya terlebih dahulu. Mereka juga sering menjadi pemimpin tidak rasmi kerana mempunyai pengikut. Ramai yang menyokong mereka kerana hubungan dengan ahli begitu rapat dan mempunyai sesuatu kebolehan yang boleh menarik perhatian ahli. Apatah lagi kalau ada pengetahuan agama. Mereka juga bersedia menjadi pemimpin untuk menggerakkan sesuatu perubahan. Kumpulan ini jika bercanggah dengan ketua organisasi maka kesannya amat besar sekali kerana mereka mempunyai pengikut. Bayangkanlah bagaimana kumpulan ini yang terdiri daripada pelbagai Pak yang mempunyai pengaruh yang kuat daripada ahli-ahli SC. Apabila mereka bersanggah pendapat dengan En Mat, lihatlah kesannya. Pengaruh mereka begitu kuat dan boleh meranapkan persatuan. Kalaulah daripada peringkat awal En Mat berbincang dengan mereka tentang masalah cabul dan dapatkan maklumat dan pendapat mereka serta bergantung penuh pada mereka untuk menyelesaikan masalah, mereka akan gembira dan bersedia untuk membantu. Malangnya apabila dimusuhi dan menggelarkan mereka binatang, biawak agaknya, tindak balas mereka begitu kuat kerana mereka mempunyai pengikut dan para pengikutnya akan berdiri teguh di belakang mereka. Ramai ahli yang begitu mempercayai kekuatan peribadi mereka walaupun terbukti pendapat mereka tidak sepenuhnya boleh dipakai. Ahli pulak yang taksub dengan mereka, bukannya Guru. Tambahan pulak kalau ada gelaran Ustaz. Samalah makamnya dengan Ustaz Hanafi dan Ustaz Ak.

Kumpulan pengikut merupakan kumpulan terbesar dalam mana-mana organisasi. Penglibatan mereka dalam persatuan banyak bergantung pada pengaruh pemimpin yang ada dalam persatuan tersebut. Pendirian mereka tidak tetap. Siapa yang berjaya menarik perhatian mereka, itulah pemimpin mereka. Bayangkan kalau golongan ini dilantik oleh En Mat sebagai pemimpin di tahap cawangan. Silap haribulan, En Mat akan dilawannya. Sebabnya ialah mereka lebih bersandarkan pendapat daripada golongan manusia yang disukainya; jarang menggunakan pendapat sendiri. Nak guna macam mana. Small mind la.

Satu lagi kumpulan ialah kumpulan penentang. Mereka menentang setiap perubahan yang ingin dilakukan. Peratusnya kecil tapi tidak ada pengikut. Dalam SC, mereka ini ialah golongan yang sudah lama diketepikan. Jawatan tak ada. Mengajar silat pun tak bagus. Cakap saja banyak dan cakap pun tidak serupa bikin. Gelaran macam harimau, tapi pakai gigi palsu. Sekali gigit, apapun tak rasa. Cuma geli geleman. Akan tetapi apabila kumpulan ini bergabung dengan kumpulan pemimpin tak rasmi, pengaruh mereka amat besar dan telah membenamkan En Mat. Kita dapat lihat dalam silat kita. Manusia ini wujud dan sentiasa tidak puas hati dengan En Mat. Apabila ada peluang maka mereka telah bergabung dengan pemimpin-pemimpin tak rasmi yang terdiri daripada pelbagai Pak. Maka al-kisah, penentangan mereka sungguh hebat.

Itu sebabnya saya selalu tegaskan betapa penting En Mat mempunyai kemahiran dalam ilmu organisasi untuk mengenal pasti gelagat manusia. Setakat ilmu Bisik Semak atau ilmu Khasaf yang ada, sudah tak termakan dengan sifat ”manusia” yang ada dalam dunia SC ketika ini. Mak Teh kata mereka manusia jenis apa? Tak tau la.

Wednesday, November 14, 2007

KEFAHAMAN YANG MELENCONG

Apabila kita telah kehilangan punca kuasa atas pelantikan Guru yang sah, dikuathiri persilatan dan kefahaman SC amat sukar dikawal dari segi mutu dan kebenarannya. Pelbagai tafsiran boleh dilakukan ahli tanpa ada sebarang sekatan atau pengawalan. Secara langsung ahli-ahli persatuan dan mungkin ahli-ahli silat akan terus terumbang ambing dengan pelbagai tafsiran yang disesuaikan kefahaman diri dengan kefahaman SC. Malah, kalau orang-orang kanan persatuan sekali pun cuba mengenengahkan sesuatu kefahaman yang dikatakan kefahaman SC, Guru yang ada sukar membendung. Tambahan pula ketika ini sokongan padu daripada orang-orang kanan sangat diperlukan. Kalau Guru Wawasan terus mengubah bentuk-bentuk buah dalam SC sekalipun, Guru Persatuan tak akan berani bersuara. Inilah perkembangan yang semakin tidak sihat dalam SC. Maka akan berlakulah nanti ahli-ahli persatuan SC diajar dengan ilmu yang tidak tepat. Lambat laun, ahli-ahli akan menyedari bahawa diri mereka tertipu. Ketika itu sekali lagi berlaku peristiwa malang dalam perkembangan SC.

Dalam tulisan ini saya cuba tunjukkan betapa kefahaman SC boleh terpesong kalau si penutur atau si penulisnya tidak benar-benar faham atas perkara yang ditutur atau dituliskannya. Walaupun dia mendengar dari mulut Ustaz, kekuatannya berfikir akan mengarah kepada tafsirannya sendiri. Lemah fikiran bererti lemahlah tafsiran. Di mana hendak merujuk. Kalau Guru yang sah ditolak maka rujukan pada Guru Persatuan pula semestinya tidak sah kerana mandatnya diberi oleh Persatuan Pak Li dan Pak Lan serta Pak-Pak yang lain termasuk Pak Bang. Persatuan boleh melantik sesiapa saja yang difikirnya layak dari sudut organisasi. Bukannya layak berdasarkan mandat.

Salah satu contoh kefahaman yang boleh disalahertikan ialah hubungan Silat Cekak dengan papan sekeping. Ada yang cuba mengupas kefahaman tentang prinsip tersebut dengan mengatakan bahawa papan sekeping diibaratkan jalan yang lurus dan dianggap sebagai prinsip asas dalam SC. Benarkah pendapat tersebut. Benarkan gelaran silat papan sekeping itu merupakan prinsip asas dalam SC. Mereka juga menganggap bahawa silat papan sekeping yang tidak ada bengkang dan bengkoknya merupakan suatu falsafah yang teristimewa dalam SC. Yang mereka faham, ”silat papan sekeping ini membawa maksud perjuangan mendaulatkan seni pusaka bangsa yang seharusnya dilaksanakan atas satu asas yang teguh tanpa penyimpangan dari matlamat asal iaitu menghapuskan unsur-unsur takhyul, khurafat dan penyelewengan akidah islamiah dalam silat-silat Melayu.” Kalau itu falsafah yang difahami mereka, kita patut menghormati pendapat tersebut. Itulah kebenaran tentang Silat Cekak pada mereka. Dan itulah harapan kebanyakan manusia dalam SC agaknya. Mereka tersangat yakin bahawa perjuangan SC adalah berpaksikan kepada Islamiah. Apabila didapati prinsip ini tidak berjalan lancar, mereka menganggap prinsip ini gagal dipertahankan oleh ahli-ahli SC. Mereka berasa tersangat kecewa. Pada mereka dalam SC hanya itulah sahaja prinsip yang ada. Cuba kita luaskan sedikit perbicaraan tentang silat papan sekeping ini.

Secara tersurat, kalau kita ingin buktikan bahawa, ”Silat papan sekeping menunjukkan keaslian SC yang berdiri teguh dengan prinsip tidak mengelak kiri dan kanan malah mara ke hadapan dalam mempertahankan diri apabila diserang,” boleh kita persoalkan. Tapi kalau kita mengatakan bahawa, ”Di atas papan sekepingpun pengamal-pengamal SC masih dapat mempertahankan diri tanpa perlu mengelak,” maka saya menyokong pendapat tersebut. Di sini terdapat dua kefahaman yang berbeza yang boleh membawa pelakuan yang berbeza dalam pengamalan SC. Kalau tidak memahaminya akan menyebabkan ahli-ahli berasa celaru kemudiannya.

Setiap orang ada tafsirannya atas apa yang wujud dalam SC. Tanpa mengetahui punca kejadian atau punca perkara itu wujud, akan menyebabkan kita memberi pendapat atau pentafsiran atas kewujudan perkara itu. Inilah salah satu budaya masyarakat kita dalam sastera rakyat. Kerana wujudnya batu yang merupai ”pintu”, maka wujudlah cerita tentang batu belah batu bertangkup. Kerana wujudnya patung berwajah manusia maka wujudlah cerita tentang Si Tanggang. Kerana wujudnya wajah-wajah berupa binatang-binatang, maka terbitlah cerita tentang Si Kelembai. Banyak lagi cerita-cerita yang berbentuk metos dan dongeng dalam sastera kita. Janganlah pulak bentuk-bentuk cerita ini diwujud dan dikembangkan dalam SC. Tambahan pula ketika ini, masing-masing sibuk membuktikan kelemahan mantan Guru dan menyebarkan berita mengenainya daripada usaha-usaha para pendokong untuk mengawal mutu persilatan dan apatah lagi mengawal kefahaman dalam SC. Akan banyak lagi benda-benda pelik yang boleh ditafsirkan sesuka hati di kalangan penuntut SC.

Malang sekali ada yang membuat kenyataan dan andaian bahawa, ”Silat Cekak Silat Papan sekeping ini tidak dapat dipertahankan oleh anak-anak murid Almarhum Ustaz Hanafi dan prinsip ini akan bersemadi bersama-sama pengasas agung Seni Silat Cekak.” Kanyataan ini menampakkan kejanggalan ahli tersebut berfikir.

Oleh sebab tafsiran yang kurang tepat, silat papan sekeping telah membawa banyak perubahan pada buah-buah silat dan corak latihan yang ada dalam SC. Sepanjang ingatan saya bersama Ustaz, beliau menegaskan betapa wujud kelebihan SC yang boleh bersilat atas papan sekeping. Itu sebabnya sesuai digelar silat Cekak Silat Papan Sekeping. Gelaran ini perlu dimiliki oleh Silat Cekak dengan segera memandangkan saingan kita iaitu Silat Kalimah dikuatiri akan menggunakannya terlebuh dahulu. Itulah strategi Ustaz, sesuai dengan motto Silat Cekak sebagai ”Peneraju Mutlak.”
Lama-kelamaan, secara tersirat kelebihan SC bersilat atas papan sekeping telah diketepikan dan diganti dengan konsep tersurat iaitu SC itu merupakan silat papan sekeping. Oleh itu beberapa buah telah diubah suai untuk disesuaikan dengan konsep baru tersebut,. Buah yang jadi mangsanya ialah buah Pasung Kemanga, Kilas depan dan Buah Paras. Kaedah mengambil buah telah berubah sama sekali dan pelakuan ini dibiarkan tanpa ada teguran. Semua ini dilakukan bagi menyesuaikan SC dengan konsep baru Silat Cekak sebagai Silat Papan Sekeping. Lakonan daripada serangan-serangan musuh sudah jadi tak tentu hala. Ketika SC disesuaikan dengan Silat Papan Sekeping, memaksa musuh yang menyerangpun menyesuaikan serangannya berdasarkan papan sekeping. Jadilah wayang karton dalam pertunjukan SC. Ini semua adalah hasil tafisran yang berbeza. Ahli-ahli lama terutamanya Guru Wawawsan apa peduli tentang perkembangan yang berlaku. Mereka pun ada perjuangannya yang tersendiri. Niat telah dipasak kuat untuk mencapai ke matlamatnya.

Paling malang lagi ada yang cuba mentafsirkan maksud papan sekeping. Papan sekeping lebih menjurus kepada jalan yang lurus. Maka mentafsirlah mereka konsep jalan yang lurus dalam SC. Semuanya tiada punca yang berdasarkan tafsiran sendiri. Siapa yang pandai mentafsir dan pandai bercakap maka disebarkanlah konsep tersebut di kalangan ahli persatuan atau ahli silat. Maka porak perandalah keaslian dalam kefahaman SC.

Inilah salah satu contoh tentang wujudnya kefahaman yang seleweng dalam SC. Pasal penyelewengan konsep mandat mungkin kita sudah jemu mendengarnya. Keadaan ini tidak dipandang berat oleh para pendokong dalam SC. Mungkin banyak lagi kefahaman yang menyeleweng boleh kita bahaskan tapi tidak sesuai dalam ruangan yang terhad ini. Dari segi buah, sama ada teknik dan penyampaiannya, akan terus menyimpang dari bentuk asalnya. Semakin tertipulah pada mereka yang mempelajari SC. Kemana perginya manusia yang menggelarkan diri mereka para pendokong SC. Apapun yang berlaku, mereka asyik mencari ruang untuk menempatkan diri dalam Persatuan. Untuk mendapatkan populariti tersebut berkempenlah mereka bagi membuktikan bahawa diri mereka hebat. Akhirnya dibuktikan bahawa Guru yang ada yang menggantikan Ustaz tidak dapat menjalankan amanah dengan memuaskan. Kempen-kempen memburukkan Guru terutamanya zaman En Mat dilancarkan secara senyap. Apabila timbul kes pencabulan yang entah mana pucuk pangkalnya, En Mat tersingkir dengan mudahnya. Puaslah hati mereka. Apabila tanda ikrar daripada beberapa orang ahli persatuan didapati, maka semakin megahlah pelaksanaan perancangan mereka selama ini.

Perkembangan inilah yang amat membimbangkan. Tambahan pula, pada zaman Guru Persatuan ini, adat dan adab telah mula diketepikan. Bukan itu sahaja. Konsep mandat yang merupakan perdu dalam adat dan adab bidang persilatan SC, telah diketepikan. Kalau penafian ini boleh dilakukan maka saya yakin akan banyak lagi perubahan yang akan berlaku dalam SC sama ada bidang persilatannya atau bidang kefahamannya. Ketika itu semakin ramai nanti ahli yang bertanya-tanya akan keasian SC. Mana satu asal usul Silat Cekak. Di tangan atau penguasaan En Mat kah, atau di tangan Pak AK kah atau di tangan Guru Perstuan kah atau di tangan Guru Wawasan kah. Masa itu apabila punca SC telah tidak ketahuan maka hilanglah kemegahan dan keunikan SC itu sendiri. Masing-masing dengan usaha mencari pengaruhnya sendiri. Seperti yang selalu saya tegaskan, dalam politik silat kita, apabila mandat telah tiada, pemilihan Guru adalah terbuka. Sesiapapun boleh menjadi Guru. Untuk menunjukkan pengaruh, wang adalah merupakan faktor utama. Tersebarlah politik wang di kalangan bakal Guru dalam SC. Syarikat-syarikat perniagaan akan berleluasa termasuk Syarikat Silat Cekak Ustaz Hanafi -yang dipelopori oleh Pak Li dan Pak Lan. Dengan wang, mudahlah membuat sumbangan untuk mengadakan jamuan dan kursus-kursus SC. Mudahlah si Linda membuat rumah terbuka. Bahan-bahan mesti beli ma.

Wednesday, November 7, 2007

SAMBUNGAN KENANGAN SATU

Berdasarkan perbualan dengan rakan seorang lagi, beliau lebih banyak menceritakan pegangan yang ada pada dirinya hingga beliau berupaya melonjakkan diri ke mercu kejayaan. Beliau sentiasa terkenang tentang fahaman tersebut yang telah dipupuk oleh ustaz dan sangat bermakna kepada beliau. Pegangan tersebut tidak mudah dilupakan dan tetap dijadikan pegangan hingga sekarang. Dalam perbualan yang terhad dengan beliau, saya dapat mencungkil beberapa perkara yang menyebabkan beliau begitu bersemangat untuk menjadikannya sebagai pegangannya. Sudah semestinya saya kaitkan dengan apa yang berlaku sekarang.

Ustaz telah memupuk supaya kita sentiasa memulakan sesuatu dengan niat yang baik. Prinsip ini telah dipegang oleh sahabat saya tersebut. Dalam pertemuan tersebut kami menyingkap kata-kata atau ajaran-ajaran Ustaz berhubung dengan prisip NIAT tersebut. Beliau tidak langsung bertanyakan khabar tentang SC ketika ini yang sedang hangat bergolak. Orang-orang seperti ini lebih mementingkan apakah faedah yang diperolehnya daripada penglibatannya dalam SC. Ini yang membantu untuk mencorak hidupnya berbanding dengan pergorbanan pada persatuan atau pengorbanan pada pemimpin persatuan ketika ini atau ketika sebelumnya. ”Untuk melonjakkan diri, kita memerlukan dorongan.” Betul juga kata-katanya. Teringat saya pada sahabat-sahabat saya ketika ini yang mati-matian menegakkan kebenaran orang. Kalau geng persatuan pasti akan menegaskan betapa tindakan MMT dan MMK tersebut adalah benar. Guru Persatuan dan bakal Guru Wawasan adalah benar. Berkempenlah mereka mencari anak murid untuk diijazahkan oleh pilihan guru mereka. Apa yang dapat ye!. Masihkah diri itu dapat dibangunkan sesuai dengan prinsip dan amalan SC. Sendiri kena jawab.

Kami dapat bertukar-tukar pendapat berdasarkan ajaran ustaz perihal keperluan ada niat. Kata telah sambut menyambut antara kami berdua berdasarkan ajaran ustaz yang mungkin berbeza penerimaannya antara kami berdua.

Tergambar percakapan melalui mulut Ustaz. Niat ada kaitannya dengan perbuatan. Sesuatu yang diniatkan tanpa diikuti dengan perbuatan maka itu bukan namanya niat. Sebaliknya itu adalah cita-cita sahaja. Orang yang hebat adalah orang yang sentiasa berpegang pada niat. Itu sebabnya ketika masuk silat maka kita perlu ada niat. Orang yang masuk silat Cekak kerana silatnya hebat daripada pembawaan gurunya maka perbuatannya pasti menjurus ke arah mendapatkan ilmu dengan sepenuh hati dan menghormati apa saja yang berkaitan dengan bidang persilatan tersebut. Maka dengan itu penuntut tersebut akan menghormati adat dan adabnya dan semestinya guru yang ada. Orang yang tak pasang niat, jadilah mereka hidup kepura-puraan ketika berada dalam SC. Jadi, jangan hairanlah jika mereka ini bertukar-tukar Guru dalam SC sendiri. Daripada Pak Ak kepada En Mat, mungkin ada alasannya kerana wujud penyerahan mandat. Tetapi daripada En Mat kepada En Jo, mana pulak pegangannya. Apabila mandat ditolak, mudahlah mereka membuat pelantikan. Yang saya tak faham-faham hingga sekarang ialah kenapa ada antara kita bersetuju tentang mandat tapi mencari ahli-ahli baru untuk diijazahkan oleh Guru Persatuan. Pelik tapi benar.

Perbuatan yang ditunjukan hasil niat yang dipegang adalah selari dengan hatinya. Orang-orang ini adalah orang yang tidak berpura-pura dan tegas pendiriannya. Dalam konteks ini cuba kita lihat berapa manusia dalam SC ramai yang berpura-pura. Sikap ini kita telah tahu setelah mereka menarik diri daripada berhubung rapat degan En Mat. Ketika itu baru diungkit-ungkit perasaan tak puas hati mereka terhadap En Mat yang selama ini mereka pendam dalam hati. Rupa-rupanya selama ini mereka hidup sebagai hipokrat terhormat. Itu sebabnya mereka yang mempunyai niat yang jelas ketika masuk dalam SC tidak akan terikut-ikut dan tidak mudah untuk mengikuti sikap yang mereka tunjukkan ketika ini. Pengikut-pengikut golongan hipokrat terhormat ini sudah tentu terdiri daripada mereka yang tidak jelas tentang punca mula mereka masuk SC. Niat yang ”dipasang” jauh sekali daripada kefahaman mereka. Main hantam keromo sahaja dan tidak ada perasaan langsung akibat tidak menggunakan fikiran yang Tuhan bagi dalam konteks adat dan adab persilatan kita.

Perbuatan yang dipancarkan hasil niat yang jelas pastinya bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Dalam SC, golongan ini sentiasa turun padang bagi mengembangkan SC. Apa yang dirancang akan dilaksanakan dengan sepenuh hati. Jadilah mereka golongan yang dikatakan cakap serupa bikin. Mereka tahu akan apa yang dilakukannya. Perbuatan mengembangkan SC seolah-olah sebagai hobi dan tidak dapat dipisahkan daripada hati mereka. Mereka akan bersuara jika wujud suasana atau keadaan yang mengamcam SC itu sendiri. Ketegasan mereka ini juga meliputi sesuatu yang berkait dengan Guru. Tetapi secara beradab.

Orang yang mempunyai niat yang jelas, sentiasa terdorong untuk menunaikan tanggungjawab dengan ikhlas dan berkesan. Kalau sentiasa terdorong bermakna dirinya sentiasa terangsang dan ini akan menjadikan diri berada dalam suasana yang sihat. Maka secara langsung, hati berasa sangat seronok. Keseronokan bukanlah sesuatu yang kita cari. Keseronokan hanya wujud kalau kita mewujudkannya. Oleh itu, tubuh badan kita akan menjadi sihat kerana perbuatan kita adalah jelas dan terdorong. Akibat niat yang baik juga maka suasana keseronokan akan sentiasa wujud. Muka kita akan nampak ceria dan berseri. Dengan itu kita akan dapat mengawal diri dan kita akan dapat menjauhi daripada sifat panas baran. Itulah pentingnya jika kita mempunyai niat dalam melakukan sesuatu perkara.

Beliau juga membincangkan tentang peranan air dalam kehidupan kita. Betapa dalam silat kita tidak ada upacara mandi minyak. Apa jenis mandipun dalam kehidupan kita adalah menggunakan air. Mandi minyak tidak ada asal usulnya dalam budaya kita. Tapi itu semua dulu. Sekarang ini di bawah kepimpinan Guru Persatuan dan kemudiannya nanti Guru Wawasan, mana mereka peduli tentang adat dan adab. Pasti murid-murid SC akan mandi minyak. Ini termasuklah mereka yang sangat menyokong Guru Persatuan dan Guru Wawasan yang ada. Rasa geli geleman melihat gelagat mereka nanti. Mereka ini tiada pegangan. Suka ikut cakap Guru tanpa merujuk punca kuasa dan asal usul Guru. Dah penat saya bercakap. Tak faham-faham=faham.

Menyentuh tentang air, maka saya teringat kata-kata tok guru satu masa dulu. Perangai manusia boleh dikaitkan dengan air.

”Orang yang hebat boleh berjalan di atas air pada bila-bila masa. Orang yang kurang hebat hanya mampu berjalan atas air pada ketika-ketika tertentu. Orang yang sederhana sahaja hanya dapat menggunakan air untuk kehidupannya. Manakala orang yang teruk hanya mampu membuang air sahaja.”

Kita boleh nampak betapa wujudnya manusia yang berfikiran kecil dan sempit dalam SC. Mereka tidak ada pegangan dan bersikap tidak tentu hala. Penuntut-penuntut yang baru yang sepatutnya disemai dengan ilmu persilatan dan prinsip SC dengan sepenuhnya tapi diasak dengan kata-kata dan nasihat yang membenci. Mereka ini bukan setakat membuang air malah membuat taik sahaja dalam perjuangan kita di persada SC. Selagi manusia ini wujud dalam SC, silat kita akan semakin malap dan hilang taringnya sebagai sebuah silat yang hebat dan disegani oleh silat-silat lain pada satu ketika dulu.

Itulah antara lain perbualan saya dengan sahabat saya yang mempunyai kelulusan yang tinggi dalam dunia akademik tapi masih menyanjungi SC. Kerana SC maka mereka berjaya dalam hidup dan terus menjalani kehidupan dengan lebih yakin. Itulah SC dan itulah salah satu peranan Gurunya untuk menyemai semagat dan keyakinan kepada anak muridnya. Mereka sentiasa berterima kasih pada mantan Guru Ustaz Hanafi yang berjaya mengasaskan SC buat pegangan kita dalam hidup. Tetapi puak-puak tu berterima kasih juga kerana kewujudan SC-lah maka mereka berpeluang memegang pangkat persatuan hingga dapat memaksa ramai manusia yang berakal agaknya untuk membaca ikrar taat setia kepada diri mereka dan kepada diri orang yang mereka patungkan. Sungguh mencuit hati tapi tak sampai ke tahap gelak.

Sejauh manakah kehebatan SC ini dapat dikekalkan oleh penuntut-penuntut SC yang ada. Sukar untuk menjawabnya. Jika dulu apabila disebut ahli persatuan maka secara automatik dia juga murid atau ahli silat. Tetapi sekarang tidak tentu. Kalau dia ahli persatuan tidak mungkin juga dia akan menjadi ahli silat. Sebabnya, dia sendiri menolak guru yang sah, yang sepatutnya ada pertalian yang disebut mandat atau punca kuasa. Putus hubungannya dengan dunia persilatan SC. Ikatannya hanya pada persatuan di bawah kepimpinan Guru Persatuan. Kalau adat dan adab ditolak, maka apa ertinya prinsip-prinsip dalam dunia persilatan SC. Mereka hanya terikat dengan peraturan dan berprinsipkan perlembagaan yang mereka bentuk dan tafsir sendiri.
Yang mereka faham ialah undang-undang dan peraturan. Puncaknya ikrar. Setiap kali berjumpa maka mereka akan membaca ikrar. Hinggalah apabila dapat menghafalnya, bacaan ikrar tersebut akan diteruskan dalam hati. Itulah pegangan mereka. Jadilah mereka ahli persatuan dan ahli yang mahir dalam ikrar. Sungguh mengharubirukan.

Kalau kita bercakap dari sudut jiwa, mereka ini ialah manusia tak tentu arah dan tiada arah. Kalau dilihat dari sudut binatang, mereka ini agaknya adalah golongan biawak seperti yang dibincangkan sebelum ini. Kalau dari sudut pegangan, pastinya mereka masuk SC tanpa niat yang betul. Kalau dari sudut organisasi, merekalah manusia yang bijak mengguna dan mengambil kesempatan. Saya tabit juga pada mereka kerana berjaya mempengaruhi orang yang disangka ada pegangan dalam SC. Tertewas juga rupanya. Tengoklah apa yang akan berlaku seterusnya.

Thursday, November 1, 2007

KENANGAN SATU

Ada dua tiga jenis binatang lagi yang pernah disebut oleh Allahyarham. Namun begitu, bukan soal binatang yang penting dalam tulisan ini tetapi perangai dan sifat binatang-binatang tersebut harus kita teladani atau jauhi. Ketika era Ustaz, isi percakapannya sangat dihargai kerana setiap nasihat atau tegahan, membawa makna yang besar untuk membangun prinsip dan falsafah diri. Semua ahli yang bergelar murid, menaruh keyakinan kepada Ustaz untuk mendapat keberkatan. Atas prinsip keyakinan inilah maka Allahyarham telah dianggap oleh muridnya sebagai pendorong atau sebagai sumber ilham yang tidak ada tolok bandingnya. Isi percakapannya sentiasa dipandang positif. Walaupun di hati kecil sebilangan muridnya mempunyai persoalan atau perasaan tidak puas hati terhadap pengendalian persatuan atau penyelesaian sesuatu perkara, mereka masih dapat membezakan antara peranan Ustaz sebagai Presiden dengan peranannya sebagai Guru Utama. Keadaan ini membawa makna bahawa hal-hal yang berkaitan dengan ilmu Silat berbeza dengan hal-hal yang berkaitan dengan persatuan yang memungkinkan wujud percanggahan pendapat atau perasaan tidak bersetuju.

Keadaan ini nampaknya berbeza dengan suasana ketika ini. Kebanyakan ahli SC tidak dapat membezakan antara peranan En Mat sebagai Guru Silat yang memimpin Silat Cekak hasil mandat yang diterima dan peranannya sebagai Presiden persatuan yang memimpin Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi hasil pemilihan ahli dalam mesyuarat agung. Akibatnya, apabila timbul persoalan atau perasaan benci atau perbezaan pendapat, habis segala-galanya tidak betul sama ada persilatan yang dibawanya atau persatuan yang dipimpinnya. Keadaan ini tidak menguntungkan pergerakan Silat Cekak. Kita akan membuang masa membahaskan isu-isu dalam SC yang akan membantutkan matlamat perjuangan kita yang sebenarnya. Pepecahan akan terus berlaku jika kefahaman ini tidak ditekankan di kalangan ahli. Saya yakin, selepas ini pepecahan akan berlaku lagi terutamanya selepas ketiadaan En Jo. Siapakah penggantinya. Soal mandat telah diketepikan. Peranan Guru ditentukan oleh MMK dan dialatkan pada MMT. Jadi, siapakah selepas En Jo. Tidak ada yang lebih layak melainkan Guru Wawasan yang sedang mengatur strategi mempopularkan diri. Tapi siapa pula selepas Guru Wawasan. Ketika itu ramai yang layak. Penggunaan wang sebagai sogokan pasti berlaku. Ramai tokoh koperat dan keparat dalam persatuan kita ketika itu. Sekurang-kurangnya telah wujud syarikat yang menggunakan nama Silat Cekak Ustaz Hanafi. Pak Li dan Pak Lan tentu arif dalam bidang ini. Tentu mereka juga ada saham dalam syarikat tersebut. Jadilah suasana politik wang dalam pemilihan Guru. Untuk jawatan presiden, para perwakilan juga turut menikmati habuannya. Itulah telahan masa depan berdasarkan pergolakan yang berlaku ketika ini.

Nampaknya ketika ini pun, hubungan sesama ahli lebih merujuk kepada geng mana yang mereka pilih. Mereka telah lupa akan perjuangan SC sama ada daripada segi penyebaran silatnya atau segi ilmu falsafahnya. Sepatutnya, masalah peribadi tidak boleh dikaitkan dengan perjuangan kita. Geng mana sekalipun, perjuangan hakiki perlu diberi keutamaan. Alangkah ruginya penuntut-penuntut SC ketika ini. Hilang kelebihan dan keistimewaan sebagai murid SC yang selama ini amat saya kagumi dan juga dikagumi oleh masyarakat silat lainnya.

Beberapa hari yang lalu, secara kebetulan saya telah bersua muka dengan dua orang penuntut lama yang pernah belajar SC. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Salah seorang daripada mereka yang lelaki, pernah saya latih untuk kelas kemahiran. Kedua-duanya saya panggil doktor kerana memiliki ijazah doktor falsafah dan mereka mengenali saya dengan akrab. Seorang daripadanya menjadi pensyarah di salah sebuah universiti tempatan dan seorang lagi menjawat jawatan tinggi dalam salah satu kementerian di Puterajaya. Pertemuan tersebut bukanlah secara serentak. Sudah lama mereka meninggalkan aktiviti SC kerana kesibukan melanjutkan pelajaran dan ketika ini pun sibuk menjalankan tugas. Itulah ahli-ahli SC dulunya. Bukan senang untuk terus kekal atau seimbang dalam perjuangan. Ada yang ghaib selepas menikmati syurga dunia secara sah dan ada yang ghaib apabila membuat ijazah lanjutan. Kalau tak ghaib pun, kesibukan diri akan ditonjolkan dengan aktiviti library, kelas tutorial dan pelbagai lagi. Maklumlah. Dia sorang saja yang sibuk dan sebok.

Seorang daripada mereka tidak sempat berbual panjang dengan saya. Beliau tergesa-gesa dalam perjalanannya dan hanya sempat mengambil nombor telefon bimbit sambil menyatakan keinginannya untuk berhubung bagi mendapatkan penjelasan atas soal pepecahan yang sedang berlaku. Setakat ini saya telah bersedia untuk menyatakan sesuatu yang patut dinyatakan bagi memenuhi keperluan fikirannya. Mustahil beliau akan aktif semula memandangkan sudah lama meninggalkan persatuan. Bukan mudah untuk mendapat tempat dalam persatuan SC kalau sudah lama berpisah. Ini adalah budaya kita yang agak buruk sikit.

Pada saya untuk menegakkan siapa benar atau siapa salah, bukanlah perkara utama. Kedua-duanya ada kekuatan hujah atas pandangan masing-masing. Keadaan ini samalah dengan kiasan sibuta yang memegang gajah. Apa yang dipegangnya maka itulah gajah. Walau bagaimanapun kita mesti kembali kepada perjuangan SC. Erti perjuangan perlu dihuraikan dengan jelas. Perjuangan ini telah diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Hanafi dan dilanjutkan oleh pengganti-pengganti beliau. Sebagai manusia, mustahil pengganti-pengganti Ustaz dapat meniru seratus peratus perwatakan Ustaz dalam menunai amanah mengembangkan SC. Oleh itu, mereka perlu diberi peluang mengembangkan potensi diri ketika menjalankan tugas sebagai Guru Utama. Sikap inilah yang telah dilakukan oleh En Mat tanpa berpaut pada ahli-ahli lama untuk menjalankan aktiviti dalam SC. Dan keadaan inilah yang sangat dibenci oleh ahli-ahli lama yang sudah biasa dengan gaya kepimpinan Ustaz Hanafi. Apabila tindak-tanduk En Mat sukar dikawal oleh mereka, diri orang-orang lama tersebut terasa dicabar kerana sering disisihkan. Itu sebab ada di kalangan mereka yang mempersoalkan kewibawaan En Mat di medan-medan tertentu, tanpa disedari oleh En Mat sendiri. Hal ini berterusan hinggalah En Mat dapat disingkirkan oleh kumpulan mereka.

Kepada penuntut SC yang saya temui tersebut, akan saya jelaskan betapa penting ahli-ahli SC kembali pada matlamat asal Ustaz ketika Ustaz menceburi bidang ini. Matlamat itu seperti yang telah saya nyatakan dalam artikel sebelum ini. Bagi mencapai matlamat tersebut, murid-muridnya telah dibentuk dengan cara ”diasak” ilmu persilatan dan pengalaman hidup termasuk ilmu petua yang sangat berguna untuk pembentukan diri dan pembinaan keyakinan. Asakan tersebut diterapkan secara berterusan kepada ahli-ahli silat yang baru dari masa ke masa. Dengan cara ini murid-murid SC dapat diacukan untuk menuju kepada matlamat yang diingini. Jadi, apa perlunya diperbesar-besarkan kes-kes yang remeh berbanding dengan perjuangan besar SC. Pasal duit, siapa suruh bagi pinjam. Pasal tak dapat kawal Guru, kenapa orang-orang kanannya yang gagal menasihati Guru Utama tak letak jawatan. Pasal perbuatan sundal, tunggulah keputusan mahkamah. Lagi pun beliau telah bersumpah bersaksikan Al-Quran. Pasal Mak Teh sebut mereka binatng, Ustaz pun ada sebut. Paper pun tumpang sekaki menggelarkan En Mat binatang harimau. Kenapa mesti dikecoh-kecohkan. Bagaimana dengan kekuatan SC selama ini yang semakin malap dan diruntuhkan dari masa ke masa oleh manusia-manusia durjana yang tidak berhati mulia. Pelantikan Guru sudah tidak tentu hala. Mandat tidak lagi sebagai punca kuasa. Sebaliknya Persatuan adalah punca kuasa pelantikan Guru. Adat-adat dalam Silat cuba dipermoden dan dikikis secara perlahan-pelahan tanpa memahami kenapa adat tersebut diadakan. Contoh yang paling mudah, adat ” ayam petunjuk” . Ustaz tidak bergantung pada adat tersebut untuk mengetahui latar belakang muridnya. Kalau dulunya adat tersebut diletakkan pada pemulaan majlis pengambilan murid supaya diketahui perangai bakal muridnya, Ustaz telah mengekal adat tersebut tetapi meletakkan adat itu di akhir pengajian SC. Inilah keistimewaan SC kerana kita masih mengekalkan tradisi atau budaya Melayu tanpa bergantung padanya. Banyak peristiwa lucu boleh dijadikan kenangan hasil adat yang dikekalkan itu. Banyak lagi contoh adat dan adab yang cuba dikesampingkan ketika ini. Hal yang sedemikian sangat merugikan SC. Akan hilang rupa bentuk SC seperti yang diagung-agungkan selama ini.

Paling malang lagi apabila tinggalan Allahyarham berupa isterinya, dimusuhi dengan sesungguhnya. Murid-murid atau ahli-ahli baru atau lama yang ada, dididik agar membenci isteri Ustaz. Sebaliknya, diri Ustaz sentiasa disanjung. Pada hal, tujuan utama mereka menjadi ahli SC semata-mata untuk mendapatkan ilmu SC. Akan tetapi tujuan ini telah diambil mudah dan diketepikan oleh para jurulatih yang berfikiran sempit. Kita semakin lalai untuk menunaikan tanggungjawab sebenar bagi mendidik ahli-ahli SC dengan ilmu persilatan yang hebat, tangkas dan berani. Ahli-ahli ini sepatutnya disogok dengan falsafah dan prinsip hidup dalam SC sebagai usaha melahirkan ahli-ahli silat yang hebat dan bertanggungjawab. Sayang sekali apabila pembangunan ahli diabaikan sama ada dari segi persilatan ataupun prinsip hidup, maka kita khuatir akan lahirlah ahli-ahli SC yang lembut atau keras yang tak tentu hala.

Terdapat Penyelia Kelas yang membuang masa menanam perasaan benci di kalangan ahli baru yang belum tamat. Mereka gagal untuk memenuhi hajat sebenar penuntut yang berkorban wang menjadi ahli SC. Selama ini mereka menganggap Silat Cekak sebagai silat yang hebat. Oleh itu, janganlah dirosakkan pemikiran asal mereka tersebut. Penyelia-penyelia atau juru-jurulatih yang tidak bertanggungjawab ini eloklah berundur dan nyah daripada terus merosakkan lebih banyak penuntut-penuntut baru dan merosakkan kewibawaan SC. Saya rasa persoalan di ataslah yang patut dibahas atau dijelaskan kepada siapa sahaja yang ingin mengetahui situasi silat kita masa kini.

Perbualan saya dengan penuntut yang seorang lagi agak berlainan. Beliau tidak beminat dengan situasi yang ada tapi mengungkap peristiwa lama di satu masa lalu.