Tuesday, June 3, 2008

SATU KAEDAH MEMBUAT KEPUTUSAN

”Dah masuk bulan enam.” Masa begitu pantas berlalu. Masa depan persatuan kita masih belum ada penghujungnya. Mahkamah saja harapan kita. Tapi kita pun tertunggu-tunggu keputusan mahkamah yang sering tertangguh. Nak harapkan anisiatif daripada puak-puak persatuan bagi menyelesaikan kekusutan, jauh panggang dari api. Pergerakan kita cukup terhad. Pengajaran silat sahaja nampaknya menjadi fokas utama. Sekali-sekali dapat berita tentang pertandingan waja diri. Itu semua dalam lingkungan persilatan dalam persatuan. Begitu malap sekali pergerakan kita setakat ini.

Cuba kita renungkan peristiwa di masa-masa yang lalu; kita sering mengundang Mak Teh dalam satu-satu majlis besar SC. Tak kiralah sama ada Mak Teh sihat atau tidak sihat. Kehadirannya dalam majlis SC tersebut amat diperlukan; tak boleh tidak, hadir mesti hadir. Atas perasaan tanggungjawab agaknya, Mak Teh pasti menerima hajat dan undangan tersebut.

Kadang-kadang hati bertanya juga kenapa perlu kehadiran beliau yang kebelakangan ini tidak begitu sihat. Tapi saya tak pernah bertanya. Saya rasa tak ada siapa pun yang bertanya atau berani bertanya. Mungkin kita ada telahan sendiri. Yang pastinya mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan kehadiran beliau amat diperlukan.

i. Pengorbanannya dalam SC sejak pemulaan Ustaz mencari ilmu hingga SC dikembangkan – beliau telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan perasaan bagi mempastikan SC bertunas dan berkembang.

ii Sebagai kesinambungan zaman Ustaz dengan zaman sekarang. Kehadirannya melambangkan betapa ’semangat’ Ustaz masih membara di kalangan ahli.

iii. Beliau perlu diberi pengiktirafan dan pengiktirafan ini menunjukkan betapa beliau amat diperlukan dalam proses pengembangan SC.

iv. Menunjukkan bahawa beliau amat penting demi masa depan SC.


Berdasarkan beberapa faktor di atas berkemungkinan besar menjadi penyebab pentingnya penglibatan Mak Teh dalam setiap pergerakan atau perkembangan SC. Maknanya suara atau nasihatnya masih diperlukan.

Kalau gelombang melanda Persatuan maka Mak Teh juga perlu dilibatkan bersama untuk menenang gelombang tersebut. Apakah keputusannya tentang Guru yang dikatakan melakukan kesalahan. Apapun keputusannya, kita perlu memberi perhatian yang berat. Beliau lebih tahu tentang masa depan SC. Alasan hubungan emak dengan anak perlu diketepikan. Kalau betul-betul kita pentingkan peranan Mak Teh selama ini maka keputusannya juga perlu diberi perhatian. Tapi jelaslah selama ini sanjungan kita kepada beliau hanya berbentuk sendirawa sahaja.